Aku tak tau samada masalah air ni dah selesai ka belum di KHTP. Tak sempat aku nak menggali. Tapi aku rasa perkara ni masih lagi dok main tarik tali. Kalau benar la seperti apa yg paham, kilang2 sememangnya masih lagi tak puas hati dgn pentadbiran KTHP dlm usaha menangani isu air ni sebab berdasarkan perjanjian awal, pengilang2 di KHTP hanya perlu membayar tariff air dlm kadar 1.00/m³.
From: Chong Nee Hwa [mailto:xxxxxxx@fujielectric.com.my] Sent: Tuesday, November 09, 2010 11:10 AM To: xxxxxxx@entegris.com; YK Sow; Tahir; Amran; Idris MY; xxxxxxx@sngw.els.hoya.co.jp; Halm Peter (IFKM F); Gary Tan; Nazri Cc: Yeoh Mooi Kuan Subject: Verbal Notice from SADA to cut Water Supply Dear all, We just received verbal notice from Hj Rosli that SADA had received instruction from headquarter to terminate our water supply. He said written notice will be served shortly. I was told that Infineon had received the same notice. I called Tn Hj Sobri (KTPC) just now, he will meet me in Fuji at 12PM later to discuss further. I am trying to contact YB Dato Amiruddin, Idris, can you help to inform him? Tahir and Karen, Did you all receive the notice too? How should we proceed to respond to this from KITA’s perspective? Comment? This is really disappointing! Regards NH Chon ---------------------------------------------------------------- From: Halm Peter (IFKM F) Sent: Tuesday, November 09, 2010 1:00 PM To: Lim Seng Meng (IFKM OP FE FM K) Subject: FW: Verbal Notice from SADA to cut Water Supply Hi Seng Meng, Have you received this threat? Rgds Peter ---------------------------------------------------------------- From: xxxxxxx@infineon.com Sent: Tue 11/9/2010 1:43 PM To: xxxxxxx@infineon.com Cc: xxxxxxx@infineon.com; xxxxxxx@infineon.com Subject: RE: Verbal Notice from SADA to cut Water Supply Attachments: Document.pdf(333KB) Hi Peter, So far IFKM did not received any verbal notice from SADA to cut our water supply yet. What was mentioned below is the written red notice saying that we have an outstanding balance of which was only RM260.78 with last record of payment amounting to RM196. We are requested to make the outstanding payment within 14 days after which water supply will be cut and connection charges of RM25 will apply for reconnection. Attached is the letter in Malay language. Separately I was informed by MK Yeoh of Fuji this morning over phone that earlier, Fuji has attempted to pay the previous month bill (Oct 10) based on old tariff of RM1/m3 but SADA refused to take the payment as it was not tally with the figures on the bill (after new tariff) and (this is what IFKM attemp to do, the recalculated bill for last month has been sent by Noor to Finance yesterday). Let me know what time to call you if you need further clarification, as this morning myself & Liang has called SADA Alor Setar Office trying to understand the increment percentage as latest bill (Nov 10) received yesterday indicating 17% increment, different from our understanding of 15% (based on Oct 10) bill. Generally SADA is not consistent, not to mention our call has been passed to 4 stages of officers before the last one instructed us to send e-mail explaining concerns to another lady Officer. Rgds, Hashimi. ---------------------------------------------------------------- From: xxxxxxx@infineon.com Sent: Tue 11/9/2010 5:58 PM To: Nazmi Abdullah Cc: Muhamad Sobri Osman Subject: RE: Isu kenaikan tarif air di KHTP. Attachments: RE: Verbal Notice from SADA to cut Water Supply(348KB) Salam Encik Nazmi & Tuan Hj Sobri, Di kepilkan adalah email saya kepada Encik Peter Halm, CFO IFKM berkenaan perkara ini. Secara khususnya IFKM mempunyai 3 meter air dan surat peringatan yang diterima hanyalah untuk 1 sahaja meter air dengan jumlah berbaki yang sedikit, hanya dua ratus ringgit lebih. Ini sebenarnya merujuk kepada baki tertunggak yang minor dan tidak merujuk kepada notis pemotongan yang sebenar untuk merangkumi jumlah tertunggak dari penggunaan air utama (meter utama). Berlainan dari Fuji, setakat ini IFKM belum lagi menerima apa2 panggilan telefon atau pengumuman dari pihak SADA berhubung notis pemotongan bekalan air disebabkan kelewatan pembayaran bil bulan Oct 10 yang lalu. Pihak pengurusan bercadang untuk membayar bil Okt 10 berdasarkan kadar lama RM1/m3. Walaubagaimanapun saya berharap Encik Azmi & Tuan Hj, akan menangani (handle) mail yang saya kepilkan ini sebagai SULIT (highly confidential) dan tidak mem"forwardkan" kepada orang lain kerana ini adalah diskussi tertutup diantara ahli2 tertinggi KITA. Best Regards, Hashimi. ---------------------------------------------------------------- From: Nazmi Abdullah Sent: Tuesday, November 09, 2010 5:38 PM To: Mohd Kassim Hashimi (IFKM OP FE FM K REM) Cc: Muhamad Sobri Osman Subject: Isu kenaikan tarif air di KHTP. Assalamualaikum En Hashimi, Lanjutan daripada perjumpaan dgn FUJI Electric berkenaan dgn kenaikan tarif air pada hari ini, pihak kami dimaklumkan bahawa pihak Infineon telah menerima notis pemotongan bekalan air drp pihak SADA (pihak FUJI juga menerima panggilan drp SADA berkenaan pemotongan air ini, dimana surat pemotongan akan dihantar didlm masa terdekat kpd FUJI). Pihak KTPC ingin memohon kerjasama tuan jikalau notis tersebut boleh diperpanjangkan kpd KTPC agar pihak kami dapat membuat pertemuan dgn pihak SADA lanjutan daripada kenaikan tarif air di KHTP. THANK YOU & BEST REGARDS, Muhammad Nazmi Abdullah KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD 3rd Floor, KHTP Business Centre Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim, Kedah Malaysia Telephone / Fax : +604-403xxxx / 403xxxx Email : xxxxxxx@khtp.com.my ---------------------------------------------------------------- From: Ch'ng Mei Yueh [xxxxxxx@fujielectric.com.my] Sent: Thursday, November 11, 2010 10:00 AM
To: Muhamad Sobri Osman Cc: Yeoh Mooi Kuan
Subject: Notice to Terminate water supply from SADA Hi Tuan Hj. Sobri, Attached is the noticed that we received from SADA. **************************************************** Ch'ng Mei Yueh Facility Tel.+604 409 xxxx Fax.+604 403 xxxx Mobile:+6012 xxxxxxx e-mail: xxxxxxx@fujielectric.com.my (Attach surat SADA) |
From: Muhamad Sobri Osman To: amiruddinhamzah@gmail.com; Amiruddin Hamzah Cc: Zulkefli bin Ahmad; Khairul Fithri Osman; 'awang.hashim@khtp.com.my'; Nazmi Abdullah; Patrick Teh Subject: FW: Notice to Terminate water supply from SADA Attachments: Original Notice From SADA 20101110.pdf(249KB Sent: Thu 11/11/2010 11:38 AM Assalammualaikum YB Dato Adalah dimaklumkan kepengetahuan YB Dato, 3 buah kilang di Kulim Hi-Tech Park iaitu Fuji Electric, Infineon dan Siltera telah menerima surat notis pemotongan bekalan air. Perkara ini ada kaitan dengan tarif baru yang dikeluarkan oleh SADA. Semasa dialog YB Dato dengan pengilang pengilang pada 20/10/2010 di KGCR, YB Dato ada memaklumkan akan memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan/berkenaan dan akan memaklumkan kembali kepada pihak pengilang. Dalam tempoh tersebut, kawasan utara telah dilanda banjir besar dan mungkin insentif/ isu tariff air ini sedikit tertangguh. Sungguhpun demikian, pihak pengilang telah menyuarakan rasa terkejut mereka kepada KTPC apabila menerima notis pemotongan bekalan air dari SADA. Perkara ini saya panjangkan kepada pihak YB Dato demi menjaga imej kerajaan negeri. Bersama ini disertakan surat SADA – kepada Fuji Electric. Sekian, Wassalam. Muhamad Sobri Osman KTPC |
PERMOHONAN UNTUK MENGEKALKAN INSENTIF TARIF AIR DI KULIM HI-TECH PARK (KHTP)
1.0 OBJEKTIF
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi menilai dan seterusnya meluluskan agar insentif tarif air yang dikenakan kepada para pelabur di KHTP sekarang dikekalkan pada kadar RM 1.00/m³ sehingga penghujung tahun 2012.
2.0 PENGENALAN
Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 8 Jun 1994 untuk menjadikan tarif air sebagai salah satu insentif utama adalah merupakan langkah proaktif yang menunjukkan komitmen Kerajaan negeri untuk menarik pelaburan asing ke negeri Kedah.
Insentif ini merupakan sebahagian pakej pelaburan yang ditawarkan kepada pelabur selain daripada insentif keatas taksiran cukai pintu sebanyak 8% setahun.
Impak dari keputusan ini boleh dilihat melalui pelaburan yang bernilai berbillion ringgit oleh syarikat-syarikat multinasional di KHTP.
Sehingga kini sudah terdapat 24 buah syarikat multinasional dan tempatan yang melabur di Zon Perindustrian Fasa I, II, dan III dengan jumlah pelaburan mencecah hampir RM 24 billion.
Ini jelas menunjukkan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) terus kekal sebagai sebuah lokasi pelaburan pilihan yang strategik kepada syarikat-syarikat multinasional seperti Intel, Silterra, Fuji Electric, Infineon dan yang terkini First Solar.
Bagi syarikat-syarikat multinasional ini terutamanya yang terlibat dengan aktiviti fabrikasi wafer dan pembuatan cakera keras, air adalah merupakan komoditi utama dalam aktiviti pembuatan dan ia digunakan dalam kuantiti yang amat banyak.
Air akan diproses bagi menghasilkan “Ultra Pure De-lonized Water” dan seterusnya akan digunakan dalam proses menghasilkan wafer dan cakera keras tersebut.
Apabila berlakunya kenaikan tarif air ia secara langsung memberi kesan kepada kos pengeluaran produk pelabur terbabit. Situasi yang membebankan akibat kenaikan tarif air ini telah mendorong pelabur-pelabur tersebut mengemukakan rayuan bagi mengelakkan mereka dari terus menanggung beban peningkatan dalam kos pengeluaran produk mereka dengan mengekalkan tarif sedia ada sebanyak RM 1.00/m³
3.0 HURAIAN
Isu kenaikan tarif ini telah beberapa kali ditimbulkan oleh para pelabur di KHTP apabila insentif ini telah tamat tempohnya. Terdapat dua rayuan yang telah dikemukakan oleh para pelabur sebelum rayuan kali ketiga dibuat melalui Kulim Industrial Tenant Association (KITA) pada 21 September 2007.
Bagi menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri yang berterusan terhadap pelabur, rayuan kali ketiga tersebut telah pun diluluskan sebelum ini melalui kertas No. 6(F) 387/2007 iaitu Permohonan Untuk Mengekalkan Insentif Tarif Air di KHTP dengan keputusan “Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menetapkan tarif air pada RM 1.00/m³ bagi tempoh 5 tahun lagi” iaitu sehingga tahun 2012.
Daripada keputusan yang telah dibuat sebelum ini, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri untuk memastikan tarif air di KHTP terus kekal sehingga penghujung tahun 2012 bagi mengelakkan timbulnya rungutan dan rasa tidak puas hati dikalangan pelabur sedia ada.
Ini kerana tarif air yang rendah menjadi satu daripada insentif penting dalam usaha menarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi ke negeri Kedah dan perubahan terhadap tarif ini akan memberikan kesan negatif jangka panjang terhadap kemasukan pelabur-pelabur berpontensi yang baru di KHTP.
Sebagai makluman, Pulau Pinang masih lagi merupakan di antara negeri yang menawarkan kadar air yang terendah di Malaysia walaupun bekalan air mereka diperolehi dari Kedah. Faktor wujudnya persaingan yang kompetatif di antara Pulau Pinang dan KHTP dalam usaha untuk menarik pelaburan industri berteknologi tinggi perlu diberi perhatian serius.
Sekiranya tarif air di Pulau Pinang adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan KHTP maka terdapat kemungkinan besar pelabur di masa hadapan akan memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan untuk mengurangkan kos operasi mereka.
Oleh itu langkah positif dari Kerajaan Negeri untuk mengekalkan KHTP sebagai lokasi pelaburan strategik yang lebih berdaya saing adalah amat perlu.
Tarif air pada RM 1.00/m³ patut terus dikekalkan sehingga penghujung tahun 2012 agar ianya menjadi lebih signifikan kepada komitmen Kerajaan Negeri terhadap para pelabur.
3.1 Kesan pengekalan tarif insentif kepada pendapatan Syarikat Air Darul Aman (SADA).
KESELURUHAN PENGGUNAAN AIR DI KULIM HI-TECH PARK TAHUN 2009
BULAN | METER PADU |
Mar-09 | 788,862 |
Apr-09 | 925,367 |
May-09 | 1,088,921 |
Jun-09 | 1,012,496 |
Jul-09 | 1,210,893 |
Aug-09 | 1,195,367 |
Sep-09 | 1,199,258 |
Oct-09 | 1,135,609 |
JUMLAH | 8,556,773 |
PURATA (BULANAN) | 1,069,596.63 |
PURATA (HARIAN) | 35,653.22 |
ANGGARAN PENGGUNAAN AIR DARI BULAN OKTOBER 2010- DISEMBER 2012
TAHUN | HARIAN M³ | BULANAN M³ | TAHUNAN M³ |
2010 | 40,000 | 1,200,000 | 3,600,000 |
2011 | 44,000 | 1,320,000 | 15,840,000 |
2012 | 48,400 | 1,452,000 | 17,424,000 |
ANGGARAN JUMLAH PENGGUNAAN AIR (M³) 36,864,000
Nota: Anggaran pertambahan penggunaan air sebanyak 10% setahun
TARIF BARU BERKUATKUASA TARIF INSENTIF OKTOBER 2010
M³ | RM | RM |
0 - 10000 | 1.05 | 1.00 |
10001 - 50000 | 1.15 | 1.00 |
>50001 | 1.20 | 1.00 |
A. ANGGARAN JUMLAH PENDAPATAN SADA DARI BULAN OKT 2010 – DIS 2012 BERDASARKAN TARIF BARU
M³ | RM | RM |
0 - 10000 | 1.05 | 10,500.00 |
10001 - 50000 | 1.15 | 46,000.00 |
>50001 | 1.20 | 44,176,800.00 |
ANGGARAN PENDAPATAN (RM) 44,233,300.00
B. ANGGARAN JUMLAH PENDAPATAN SADA DARI BULAN OKT 2010 - DIS 2012 BERDASARKAN TARIFF INSENTIF RM 1.00 / M³
ANGGARAN PENDAPATAN (RM) 36,864,000.00
C. PERBEZAAN PENDAPATAN DARI BULAN OKT 2010 - DIS 2012
JUMLAH PERBEZAAN (RM) (A.) – (B.) 7,369,300.00
4.0 KESIMPULAN
Isu kenaikan tarif air ini akan menjadi lebih besar sekiranya ia tidak ditanggani sewajarnya dan sudah tentu akan menjejaskan imej Kerajaan Negeri di mata pelabur. Langkah positif perlu diambil oleh Kerajaan Negeri untuk terus mengekalkan insentif tarif air bagi keperluan industri di KHTP untuk menarik minat pelabur sedia ada menambahkan pelaburan mereka disamping menarik pelabur baru ke negeri ini.
Ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak yang terlibat dan akan dapat menarik lebih banyak syarikat-syarikat berteknologi tinggi ke Kulim Hi-Tech Park dan seterusnya menjadikan ianya lebih kompetitif.
Kesan limpahan pelaburan syarikat-syarikat ini sudah tentunya akan mengimbangi (off-set) kerugian Kerajaan Negeri melalui kutipan hasil air yang tidak begitu tinggi, memandangkan manfaat dan impak yang akan dibawa oleh pelaburan ini jauh lebih signifikan dalam meningkatkan ekonomi negeri Kedah secara keseluruhannya.
Dengan pembentangan isu di atas, adalah dengan ini di pohon supaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan dan meluluskan perkara berikut:
i) Mengekalkan insentif tarif air pada kadar RM 1.00/m³ sehingga penghujung tahun 2012 sepertimana kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini, iaitu Kertas No. 6(F) 387/2007.
Ni la antara salah satu alasan yg diberi oleh Hj Sobri and the gang pasai apa pelabur tak mau mai Kedah. Tak tau cari jalan penyelesaian mula la menunding jari merata. Dikabarkan YB Ir Amiruddin dah feed-up dgn kerenah si Sobri and the gang ni, tapi pasai anak menakan MB Ustat Jijan dia tak mampu buat apa2… Tunggu la kot2 agenda YB Ir Amiruddin and the kroni ni berjaya kais MB nanti tau la apa dia nak buat dgn Sobri ni…
3 comments:
INI JAWAPAN YB AMIRUDDIN DI DUN
Tiada pelabur lari kerana masalah air
Isnin, 03 Mei 2010 16:14
Tiada pelabur yang lari dari Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kerana masalah air. Demikian penegasan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah di Sidang DUN.
Menjawab soalan lisan dari YB Dato’ Seri Mahadzir Khalid (BN-Pedu), YB Dato’ Amirudin menjelaskan bahawa KHTP tidak mengalami masalah bekalan air sebenarnya.
“Rekabentuk loji di kawasan tersebut dibuat untuk menampung kapasiti sebanyak 150 juta liter air sehari dan pengeluaran loji tersebut (kini) hanya 137 juta liter sehari,” katanya.
Tambah beliau, masalah sementara di Kulim Hi-Tech tempohari berpunca apabila dua buah pam yang berfungi mengepam air ke kolam simpanan Bukit Jelutong mengalami masalah.
Masalah tersebut hanya dikesan apabila kilang terbabit mengalami masalah kekurangan tekanan dan dimaklumkan kepada SADA.
SADA telah mengambil tindakan segera dengan menggunakan tiga pam untuk meningkatkan semula tekanan air di kawasan terbabit. Sebagai langkah memantau tekanan air tersebut, SADA telah memasang alat yang dapat memaklumkan keadaan tekanan dengan pantas.
“Kerajaan negeri sedang memantau tekanan air di kawasan berkenanan setelah memasang alat baru tersebut dan hanya dengan menghantar SMS, kadar tekanan tersebut dapat di pantau melalui telefon mudah alih,” jelasnya.
Menjawab soalan tambahan YB. Dato’ Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak – BN) mengenai gangguan air yang berlaku di KHTP, Dato’ Amiruddin menjelaskan terdapat satu masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu peningkatan Total Organic Carbon (TOC) atau kadar jumlah kandungan karbon organik di dalam air yang disalurkan ke KHTP.
“Kejadian bermula apabila kita mengalami kemarau yang panjang, oleh itu paras air di Sungai Muda berhampiran Kuala Ketil menjadi rendah dna dibawah paras pam.
“Sada telah mengambil langkah segera dengan melepaskan air dari empangan Beris dan ketika itulah berlakunya TOC,” ujarnya.
Jabatan Alam Sekitar yang melakukan semakan selepas kejadian tersebut memaklumkan kemungkinan tahap TOC di dalam air meningkat kerana pembakaran terbuka dan sisanya telah masuk ke dalam air dan kebetulan quantiti air didalam sungai muda rendah, maka tahap TOC menjadi tinggi.
“TOC adalah parameter yang tidak diukur dan tidak termasuk dalam perjanjian dengan pelabur berhubung bekalan air. Tahap TOC tidak termasuk didalam standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang digunapakai oleh kerajaan negeri di dalam menganalisa kualiti air,” jelasnya.
Bagi mengatasi masalah TOC tersebut, SADA telah merawat air dari sumbernya iaitu di Loji Pinang Tunggal dengan menggunakan bahan kimia. Sejumlah RM100 ribu lebih telah dibelanjakan untuk tujuan rawatan tersebut. Bagaimanapun, SADA tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap kilang-kilang terbabit.
Seterusnya Dato’ Amiruddin memberitahu, pihak SADA telah menasihatkan kilang-kilang terbabit supaya mengadakan sistem rawatan air sendiri khusus untuk TOC
POINT IS:
Memang tiada kilang lari, tapi tutup operation seminggu dan rugi RM53 juta
Masalah apa pun, mesti kena tanggung jawab.
Yang kilang di KHTP bengang ni adalah kerana bekalan air supply pun ada problem tapi ada hati nak naikkan tarif air, itulah YB Amirudin tak reti nak jawab pasal isu ni.
Lagi satu nak tanya bukanka Hj Sobri dah minta MIDA tulong bagi peruntukan RM10 juta pasai Kerajaan Negeri tak dak duit nak bagi? MIDA dah bagi ka duit tu? Atau pun tak pi KL lagi untuk ligan geran ni
Kalau hampa nak tau Encik Nazmi ni la yg dok kena tibai dgn investor, pasai Hj Sobri & Hj Fitri pandai transfer teknologi, maknanya apabila susah saja taichi dan transfer problem tu ke Nazmi ni. Sorila Nazmi, hang dah jadi terkenal pulak kat sini. Apa pun di KHTP tu memang kalau masalah air boleh check dgn Menteri Air, Encik Nazmi, jgn tanya kat Hj, sebab dia nak kena pi check tangki air kat Pinang Tunggal, memang dia sendiri pi check siap ambik gambaq lagi, sebab dia ni engineer asalnya, dia banyak kepada aspek process sahaja, bukannya strategy atau pun mcm mana nak tangani crisis management. Lagi pun Hj la ni dah gila angau dilamun cinta
Pa kata puak2 pokka hijau tentang isu ini, berila komen, jgn la duk asyik monitor & baca sajer. Katala yang email ni palsuka, repot ke Ecxo rekaan ka atau pun apa2 lagi. Kan dlm blog kita bebas utk bagi komen. Jadi hampa kena la defend sikit bos hampa yang sekarang ini sedang didedahkan dengan ketidak cekapan mengurus KHTP dan juga soal abaikan rumahtangga (tipu bini). Ini kan fitnah walau pun Hj ada kat baru2 kat staf bahwasanya info ni org dalam yg bagi maklumat. Berani kerana benar beb
Post a Comment