Sunday, September 18, 2011

Isu Air KHTP : Aantara Kerugian RM53j Berbanding Dgn Bil Air SADA Ogos Tertunggak RM600,000.00.

PAS mempunyai ingatan singkat apabila sekali lagi gagal menangani kemelut terkini kenaikan tarif air di Kedah. 

Terkini terdapat laporan akhbar The Star menyatakan 4 kilang di KHTP yg enggan membayar bil air tertunggak. Ternyata sekali lagi PAS gagal menyelesaikan isu yg sungguh mudah ini. 

MB Kedah juga menggunakan alasan pasai pa kilang lain boleh bayar, pasai pa tak 4 kilang ni....? 

Tapi beliau lupa, (Melayu mudah lupa) bahawa 4 kilang ni telah mengalami kerugian sebanyak RM53juta pada bulan Oktober 2009 akibat kecuaian Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) sekarang dikenali sebagai Syarikat Darul Aman Kedah (SADA) yg gagal mengawal selia loji air depa di Sg Petani. Ini telah lama aku dedahkan "Masalah  Pemotongan Air DI KHTP" dan juga Kedah Times.

SYARIKAT-SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN AIR 2009 DI KHTP
Bil.
Nama Syarikat
Aktiviti
Pelaburan
(RM Juta)
Pekerja
Anggaran Kerugian
(RM)
1.
Intel Products (M) Sdn. Bhd.
SMD micro
processors, server board
2,300
3,083
12,600,000
2.
Fuji Electric (M) Sdn. Bhd.
Magnetic disk for hard disk (Media)
2,400
748
35,000,000
3.
AIC Semiconductor Sdn. Bhd.
Assembly and test of IC’s
244
914
250,000
4.
Toyo Memory Technology Sdn. Bhd.
Aluminium substrates for hard disk
610
281
175,000
5.
Showa Denko HD (M) Sdn. Bhd.
Aluminium substrates
200
365
1,000,000
6.
Hoya Glass Disk Malaysia Sdn. Bhd.
Mask blanks for TFT-LCD panels
247
154
4,200,000

Juga ditambah dgn isu kelebihan karbon (TOC) selepas isu ni, yg juga telah aku jelaskan terlebiih dahulu dalam laman blog ni. 

Kilang2 ni juga hanya memohon agar keputusan Exco Kerajaan Negeri Kedah spt kat bawah ni dikekalkan hingga ke 2012. Bukannya meminta kadar RM1 per cubic meter tu dikekalkan selama2nya utk mereka di KHTP. Ini adalah jelas spt dalam surat di bawah:


Jika MB Kedah seorang yg "pro-business", maka beliau boleh menggunakan budi bicara beliau utk menyelesaikan isu kadar tarif air ni, dgn mengekalkan kadar tersebut pada RM1 dan hanya akan dinaikkan menjelang 2013. 

Jika anda berada dipihak kilang, setelah mengalami kerugian RM53juta, tanpa sebarang bayaran ganti rugi daripada Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) la ni dikenali sebagai Syarikat Darul Aman Kedah (SADA), anda juga akan bertindak spt 4 kilang tersebut. 

Akhir kata, kita ingin beri jawapan kpd soalan MB Kedah mengapa 4 kilang tersebut enggan menjelaskan bila air tertunggak bulan Ogos 2011.

JAWAPAN:

1.  4 KILANG TERSEBUT TELAH MENGALAMI KERUGIAN RM53 JUTA DAN SURAT MEMOHON BAYARAN GANTI RUGI TERSEBUT MASIH TERPERAP DI PEJABAT MB KEDAH.

2.  TARIF ISTIMEWA DI KHTP JUGA DIPOHON OLEH KILANG-KILANG DI KHTP UTK DIKEKALKAN HINGGA AKHIR 2012, BUKAN UTK SELAMA-LAMANYA.

3.   BAYARAN BIL KILANG-KILANG JUGA AMAT TINGGI, DAN WAJARLAH MEREKA INI DILAYAN DGN ELOK DAN BUKAN DI SERGAH DAN DIMARAHI OLEH MB KEDAH DAN CEO SADA MACAM BUDAK-BUDAK KECIL.

4.   SILA GUNA BUDI BICARA ANDA SEBAGAI MB KEDAH DGN SEBAIK-BAIKNYA UTK MENYELESAIKAN ISU NI.  INGATLAH BAHAWA KILANG2 NI AKAN MEMBERI TAHU RAKAN MEREKA DI LUAR NEGARA BAHAWA KERAJAAN NEGERI KEDAH SEKARANG BUKAN LAGI “BUSINESS FRIENDLY” AKIBAT KENAIKAN KADAR AIR NI.  AKIBATNYA AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT NEGERI KEDAH APABILA KURANG PELUANG PEKERJAAN DAN JUGA KURANG PELUANG PERNIAGAAN

Dengar cerita salah satu sebab Datuk Seri Ustaz Azizan MB Kedah mengalami masalah jantung dan masuk IJN ialah kerana telah hilang sabar dgn Hj Sobri, Presiden KTPC, yg hampir2 dipecat sebelum bulan puasa apabila cuba bertemu dgn MB utk menyelesaikan isu kadar air ini di pejabat MB Kedah di Wisma Darulaman. 

Antara dialog MB Kedah ialah "Hang jangan dok ingat hal2 dunia ni; hang pi balik jaga Hi-Tech". Selepas tu nyaris MB Kedah memecat Hj Sobri secara lisan, tetapi disabarkan oleh para pegawai2nya pada hari tu. Kemudian, spt yg kita semua tahu, MB Kedah dimasukkan ke IJN. 

PATUT LA PELABURAN MAKIN KURANG DI KHTP. NCIA PUN DOK KOMPLEN PASAI HJ SOBRI NI. KILANG DI KHTP DULU PUN SOKONG GILA2 PAS, LA NI TAK TAU LA, BOLEH PI TANYA KAT DEPA LA NI APAKAH MEREKA LEBIH BAIK DARI PENGURUSAN TERDAHULU....? 

[ READ MORE ]

Friday, September 16, 2011

KHTP Mohon Geran Tambahan Utk Bangunkan FASA 4.....

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PERUNTUKAN BAGI TUJUAN PEMBAGUNAN INFRASTRUKTUR ASAS ZON INDUSTRI FASA 4 DI TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM, KEDAH DARUL AMAN

1.       TUJUAN

Tujuan kerja ini adalah untuk memohon kelulusan peruntukan berjumlah RM107,400,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Juta Empat Ratus Ribu Sahaja) yang diperlukan bagi pembagunan infrastruktur asas Zon Perindustrian Fasa 4 di Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (KHTP).

2.       LATAR BELAKANG

Seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Kabinet dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan penubuhan sebuah Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi, Kerajaan Negeri Kedah telah diberi tanggungjawab bagi membangunkan Projek Taman Perindustrian Hi-Tech di Kulim, Kedah Darul Aman. Untuk tujuan itu lebih kurang 1448 hektar kawasan tanah berhampiran bandar Kulim telah dikenalpasti dan selanjutnya kawasan seluas 1408.88 hektar telah dibuat pengambilan balik mengikut Akta Pengambilan Tanah 34/1960. Permintaan tanah perindustrian di KHTP amat menggalakkan sehinggakan penambahan pembesaran kawasan perindustrian dibuat pada tahun 1996 menjadikan kawasan keseluruhan KHTP menjadi 1632 hektar.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melalui anak syarikatnya Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) sebagai agen pelaksanaan dan pengurus projek ini telah memulakan kerja-kerja pelaksanaan sejak pertengahan tahun 1993 berdasarkan konsep pembangunan bersepadu yang merangkumi tiga fungsi utama iaitu:-

§  Industri
§  Pembangunan dan Penyelidikan (R&D)
§  Kediaman / Ameniti

Projek ini sedang dibangunkan secara komprehensif dan bersepadu yang melibatkan pembangunan komponen-komponen berikut:-

*         Zon Perindustrian                589 Ha
*         Zon Perumahan                   470 Ha
*         Zon Ameniti                         248 Ha
*         Zon R&D dan Latihan         157 Ha
*         Zon Bandar                        113 Ha
*         Zon Institusi                          55 Ha
                                                     1632 Ha

3.       KEMAJUAN SEMASA

ZON INDUSTRI

Zon Industri Fasa 1 KHTP telah siap dibangunkan pada November 1994 dengan jumlah keluasan kawasan pembangunan dan kawasan pajakan iaitu 618 ekar (250 hektar) dan 323.98 ekar (131.21 hektar) masing-masing. Sehingga kini lebih kurang 100% tanah perindustrian telah dipajakkan kepada 21 syarikat.

Berikutan perkembangan pesat pembangunan KHTP dan sambutan yang amat menggalakkan  daripada pelabur-pelabur untuk menempatkan kemudahan kilang dan R&D di Zon Industri Fasa 1, pihak pengurusan dengan persetujuan Jawatankuasa Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah bersetuju untuk membangunkan Zon Industri Fasa 2, dua tahun lebih awal dari jadual pembangunan yang telah dirancang.

Zon Industri Fasa 2 mempunyai keluasan kawasan pembangunan dan kawasan pajakan seluas 558 ekar (226 hektar) dan 326.5 ekar (132.2 hektar) masing-masing. Kerja pembangunan tapak berkenaan dijangkakan siap sepenuhnya pertengahan 2000. Sehingga kini terdapat 6 buah syarikat yang telah memajak tanah di kawasan Zon Industri Fasa 2. Syarikat syarikat yang sedang beroperasi di Fasa 2 adalah Toyo Memory Technology, Showa Aluminum, Malaysian Oxygen, Silterra (febrikasi wafer), ETI Tech dan Infineon Malaysia (febrikasi wafer).

Pembinaan Zon Industri Fasa 3 dengan keluasan pembagunan dan pajakan masing-masing 420 ekar dan 343 ekar telah mencapai 99% dan akan siap sepenuhnya pada tahun 2010. Walaupun masih di dalam pembinaan, 43% dari bahagian pajakan telah dipajak kepada First Solar Malaysia. Pihak First Solar juga telah membuat tempahan (First Right Refusal – FRR) untuk tanah seluas 116.49 ekar (30%) dengan KTPC.

Jumlah pelaburan sehingga kini berjumlah RM25 billion.

ZON PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN (R&D)

Pelan Induk Pembangunan KHTP juga telah mencadangkan pengwujudan institusi-institusi pengajian tinggi  dan Zon R&D selaras dengan objektif untuk menjadikan KHTP sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan / latihan berteraskan teknologi tinggi di Malaysia. Antara institusi-institusi pengajian / latihan dan aktiviti-aktiviti R&D yang dirancang pembinaannya di KHTP ialah:-

a)       Universiti
b)       Politeknik
c)       Kolej Pendidikan Teknologi Swasta
d)       Spanish – Malaysian Institute
e)       Sekolah Antarabangsa
f)        Tekno Centre
g)       Pusat Teknologi Maklumat (I.T. Centre)
h)       SIRIM
i)         MIMOS

Kesemua komponen pendidikan / latihan dan R&D mempunyai hubungkait antara satu sama lain yang mana di samping membekalkan terus tenaga kerja mahir dan separuh mahir untuk industri berteknologi tinggi, para lepasan sijil dan diploma dari Politeknik, Spanish-Malaysian Institute dan Kolej Pendidikan Swasta di KHTP akan daat menyambung pengajian mereka secara sambilan atau sepenuh masa ke peringkat yang lebih tinggi tanpa perlu meninggalkan KHTP.

ZON PERUMAHAN / KOMERSIL

Pembangunan kawasan perumahan / komersil sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di KHTP. Penyediaan perumahan adalah untuk memenuhi keperlauan tempat tinggal bagi pihak pengurusan dan pekerja yang tinggal dan bekerja di KHTP. Pembangunan ini melibatkan pembinaan komponen guna tanah berikut:

*         Rumah berbagai jenis        6125 unit
*         Rumah kedai                       284 unit
*         Kedai Pejabat                      165 unit
*         Bangunan Perdagangan
*         Pusat Membeli Belah

Selain dari itu terdapat juga kawasan yang telah dirancang bagi pembangunan perumahan akan datang yang melibatkan kawasan seluas 197 hektar (487 ekar). Adalah dijangkakan terdapat lebih kurang 5000 unit rumah pelbagai jenis akan dibina bagi kawasan yang berkenaan.

ZON AMENITI / REKREASI

Bagi memenuhi keperluan riadah dan rekreasi di KHTP, sebuah padang golf sedang dibina oleh anak syarikat KTPC, Kulim Resort Development Bhd (KRDB).  Projek yang dinamakan Kulim Golf and Country Resort (KGCR) berkeluasan 182.36 hektar (450 ekar) ini sedang rancak dibangunkan merangkumi pembangunan komponen-komponen berikut:-

  • Padang Golf 27 lubang bertaraf antarabangsa
  • Rumah Kelab
  • 50 unit Chalet
  • 4 blok Apartment
  • 823 unit Lot Banglo

KGCR telah beroperasi sepenuhnya dengan menyediakan kemudahan beriadah seperti padang golf 27 lubang, lapang latihan (driving range), kemudahan rumah kelab dan restoran, pusat karaoke, pusat snooker, kolam renang, gelanggang skuash, gelanggang tennis, ballroom, bilik seminar dan lain-lain lagi.

4.       BANK TANAH KHTP (LAND BANK)

Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RM9), KTPC telah diluluskan peruntukkan pinjaman kerajaan berjumlah RM 60 juta untuk perolehan tanah, geran berjumlah RM 89.9 juta bagi pembangunan infrastruktur bagi Zon Industri Fasa 3 (99% siap) dan RM 80 juta untuk perolehan tanah Fasa 4.

Sejak kebelakangan ini KTPC banyak menerima cadangan dan kunjungan daripada para pelabur asing yang ingin melabur di KHTP dalam masa yang terdekat. Dengan permintaan yang meningkat ini, Zon industri Fasa 3 kini tidak lagi berupaya untuk menampung permintaan daripada pelabur-pelabur asing yang baru. 

Bagi memenuhi permintaan pelabur yang agak mendesak ini, pembangunan Zon Industri Fasa 4 menjadi amat kritikal. Sekiranya tidak dilaksanakan segera, KHTP akan kehilangan pelaburan asing dalam bidang teknologi tinggi ini kepada pesaing-pesaing lain di seluruh dunia. 

Senarai pelabur-pelabur baru yang berminat untuk melabur di KHTP adalah seperti berikut:-


Syarikat
Negara Asal
Produk
Pelaburan
Tenaga Kerja
Keluasan Tanah
Merix Corporation
USA
Advanced multilayer rigid printed circuit board
USD 60 M
700
15 ekar
Honeywell
USA
Aviation Electronic parts
Undisclosed
700
15 ekar
Symmetry Medical
USA
Total solutions on medical equipments and parts
Undisclosed
150
20 ekar
Kinetics Systems
USA
Total Gas and Chemical Solution
Undisclosed
Undisclosed
3 ekar
Solar Tech
Germany
Solar Panel
Undisclosed
Undisclosed
100 ekar
Ixmation
Switzerland
Precision Tool
Undisclosed
Undisclosed
5 ekar
Project Apex
Undisclosed
Solar Panel
Undisclosed
800
75 ekar
Diamondwire Technology
USA
Advance wire for wafer cutting
Undisclosed
500
20 ekar

KTPC bersama-sama dengan MIDA sedang giat berbincang dengan syarikat-syarikat ini dan sekiranya berjaya pelaburan dari syarikat-syarikat ini dijangka melebihi RM 5 Bilion dengan peluang pekerjaan melebihi 4,000 orang.

Iklim pelaburan yang memberansangkan ini menunjukkan Malaysia kini menjadi destinasi pilihan pelabur-pelabur asing  dalam bidang industri berteknologi tinggi.

Justeru, adalah perlu bagi kita mengekalkan suasana pelaburan di KHTP ini. Untuk tujuan itu, adalah dicadangkan Kerajaan Pusat memperuntukkan peruntukkan tambahan bagi tujuan perolehan tanah dan pembangunan infrastruktur untuk peluasan kawasan Zon Industri KHTP seperti berikut:-

Tahun
Geran  (RM)
2011
22.6 juta
2012
47.4 juta
2013
35.0 juta
JUMLAH
250 juta

5.       SKOP DAN KOMPONEN PROJEK

Jumlah keseluruhan kawasan Zon Industri Fasa 4 adalah seluas 197 Ha ini terbahagi kepada:

           Fasa 4
Kawasan Perindustrian                            18.20 ha     
Nursery & Kawasan Hijau                       39.40 ha       
Industrial Urban extension & sewerage       7.88 ha       
NUR                                                          1.97 ha         
Lain-lain                                                  29.55 ha
Jumlah                                                   197.00 ha

Skop pembangunan adalah membina dan menyiapkan kerja-kerja infrastruktur asas untuk sektor perusahan berteknologi tinggi.

Secara amnya komponen projek ini terdiri daripada:

§  Kerja-kerja tanah
§  Pembinaan Jalan
§  Peparitan dan peparitan utama
§  Elektrik dan telefon
§  Sistem saluran kumbuhan
§  Pusat rawatan kumbuhan
§  Saluran paip air
§  Kolam takungan air
§  Penambahbaikan Sungai Air Merah
§  Susunatur taman
§  Yuran professional

Mengikut perancangan pembangunan infrastruktur asas ini akan dijalankan di dalam masa yang sama. Kerja-kerja yang akan dijalankan mengikut komponen komponen di atas secara ringkas adalah seperti berikut:

§  Kerja-kerja tanah
Bagi memulakan kerja-kerja tanah, perangkap banjir akan diadakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja lain dapat dimulakan. Selain daripada itu, kerja-kerja dibawah skop ini termasuklah kerja-kerja seperti pembersihan tapak, memotong dan menambak cerun tanah dan juga menanam rumput bagi menghalang hakisan tanah daripada berlaku.

§  Kerja-kerja pembinaan jalan
Skop kerja di bawah elemen ini secara umumnya adalah membina jalanraya bertar mengikut pelan yang telah ditetapkan. Di kiri kanan bahu jalan juga disediakan kaki lima pejalan kaki. Pembinaan jalan ini juga dilengkapkan dengan langkah-langkah keselamatan iaitu dengan penyediaan pagar logam berpemantul di tepi jalan dan ditanda dengan pembahagi jalan kaca untuk memberi kesan pantulan keselamatan kepada pengguna jalanraya.

§  Peparitan dan peparitan utama
Untuk kerja-kerja awal ini, satu peparitan utama akan dibina yang mana akan disambungkan ke kawasan Sungai Ayer Merah dengan konkrit yang sesuai untk menampung pengunaan masa hadapan. Di samping itu peparitan di tepi jalan juga akan dibina bagi memenuhi syarat-syarat pembinaan. Di tempat-tempat tertentu dan dirasakan perlu, saliran parit bawah tanah akan dibina. Parit-parit ini akan menghala ke beberapa tempat penahan air yang akan dibina di beberapa kawasan dengan keluasan yang ditetapkan

§  Eletrik dan telefon
Kerja-kerja yang akan dijalankan adalah penyediaan kabel untuk bekalan elektrik dan juga pemasangan telefon. Ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan mestilah dapat menampung pengunaan di kawasan ini secara total.

§  Sistem saluran kumbuhan dan pusat rawatan kumbuhan
Kawasan ini akan dilengkapi sistem saluran kumbuhan dimana paip kumbuhan berkonkrit akan dibina. Ia akan dilengkapi dengan lubang di permukaan tanah untuk pemeriksaan paip kumbuhan dari masa ke semasa. Sebagai langkah keselamatan, lubang ini akan ditutup dengan besi.

Paip-paip kumbuhan ini akan dihalakan ke satu pusat rawatan kumbuhan untuk dirawat supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Secara keseluruhannya, pembinaan ini mestilah mematuhi tahap yang ditetapkan oleh Indah Water Konsortium dan mendapat kelulusan mereka sebelum ianya dijalankan.

§  Saluran paip air dan kolam takungan
Sebuah kolam takungan air akan dibina untuk membekalkan air bersih kesekitar kawasan ini. Seterusnya pemasangan paip air dan kerja-kerja lain bagi mengadakan apa-apa peralatan yang perlu bagi mengekalkan air bersih ke kawasan sekitarnya akan dijalankan. Ianya juga mesti dapat memenuhi tahap yang ditetapkan oleh Jabatan Bekalan Air.

§  Penambahbaikan Sungai Air Merah
Sungai Air Merah yang mengalir menerusi Zon Industri Fasa 1, 2 dan 3 merupakan punca utama Kulim Hi-Tech Park untuk melepaskan air sisa kilang. Sungai Air Merah yang mengalir bersempadan dengan Zon Industri Fasa 4 ini perlu dinaiktaraf dan ditambah dengan elemen pembaikan tebing dan pengaliran supaya dapat menampung jumlah air yang bakal di salurkan ke dalamnya.

§  Susunatur taman
Untuk memenuhi syarat-syarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim, beberapa kawasan hijau bersama taman-taman akan dibina dikawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

§  Yuran professional
Termasuk di dalam kos ini adalah kos kerja-kerja awalan dan pentadbiran. Contohnya ialah mendapatkan khidmat nasihat daripada Jurukur Berlesen dan Jururunding bertauliah untuk menentukan keperluan penyelenggaraan projek tersebut dan juga penyediaan dari segi memenuhi keperluan Pihak Berkuasa Tempatan.

6.       ANGGARAN KOS PROJEK DAN KEPERLUAN ALIRAN TUNAI

Kos pembangunan keseluruhan Kulim Hi Tech Park Fasa 4 dijangka akan melibatkan pelaburan berjumlah RM105 juta yang mana terbahagi seperti berikut:

Komponen Projek
Fasa 4 (RM’juta)
Kerja-kerja awalan
3.50
Kerja-kerja tanah
10.00
Pembinaan jalan
4.50
Peparitan dan peparitan utama
7.00
Elektrik dan telefon
4.50
Jambatan
1.00
Pusat rawatan dan sistem saluran kumbuhan
14.00
Kolam takungan dan saluran paip air
13.50
Susunatur taman
1.50
CCTV
3.50
Penambahbaikan Sungai Air Merah
10.50
Yuran profesional
2.59
Bayaran fee & kontigensi
31.31
Jumlah Kos Projek
107.40

7.       JUSTIFIKASI PROJEK

  1. Sistem bekalan tenaga elektrik dan air induk sediaada yang berkualiti telah menarik minat ramai pelabur untuk datang dan menyatakan hasrat untuk melabur di Kulim Hi Tech Park. Hal ini dapat dibuktikan dengan senarai syarikat-syarikat asing sepertimana dijadualkan di 8.1 di atas dan turutan lawatan mereka ke Kulim Hi Tech. Sehigga sekarang, Perbadanan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM25 billion. Pelaburan terbaru adalah dari sebuah sebuah industri solar iaitu First Solar dengan pelaburan mencecah RM 1 billion pada tahun 2009.

  1. Dengan kemasukan First Solar ke KHTP, penggunaan pajakan tanah di Kulim Hi Tech Fasa III telah mencecah 78% dari jumlah keseluruhan. Dengan baki 22% tanah untuk dipajak pada Kulim Hi Tech Fasa III, pihak Perbadanan memerlukan lebih tanah untuk dibangunkan supaya permintaan pajakan tanah kepada industri berteknologi tinggi dapat disediakan dan dapat menambah pelaburan asing ke Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

  1. Demi kejayaan ini, Perbadanan memerlukan sokongan dari pihak Kerajaan Persekutuan bagi menjamin penyiapan projek ini tepat pada masanya. Dengan ini, Perbadanan memohon agar Kementerian dapat meluluskan peruntukan geran sebanyak RM 107.4 juta (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Juta Empat Ratus Ribu Sahaja) bagi membiayai pembangunan infrastruktur Kulim Hi Tech Fasa 4.

8.       KESIMPULAN

Langkah penambahan kawasan industri di KHTP ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan memberikan penekanan kepada ’dual-system’ iaitu memaksimakan penggunaan kemudahan sediada untuk pelbagai tujuan. Di samping itu ianya adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan KHTP sebagai pusat kecemerlangan teknologi tinggi dan klaster fabrikasi wafer dan ”IC design” yang jelas dirangka dalam Industrial Master Plan 3 (IMP3) dan juga inisiatif Northern Corridor Development Region (NCER).

Memandangkan KHTP yang berstatus MSC Cybercity telah menjadi satu jenama yang tersendiri dan dikenali di seluruh dunia, adalah penting untuk KHTP dimantapkan pembangunannya sebagai pusat kecemerlangan industri Teknologi Tinggi dan R & D.

Minat dan hasrat syarikat-syarikat ”multinational” berteknologi tinggi untuk melabur di KHTP haruslah dipenuhi agar Malaysia akan tetap menjadi pilihan pelabur-pelabur asing seterusnya mengekalkan daya saing negara dalam bidang perindustrian.

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top