Posts Terkini

Tuesday, March 05, 2013

Kerajaan Kedah Akui Gagal Tarik Pelabur.....


Utk gambaran besar atau pun ‘look at the big picture’ mai kita baca dgn teliti berita di bawah ni.....



Kulim: Kerajaan PAS Kedah mengakui gagal menarik pelaburan dalam sektor pembuatan yang menurun dengan drastik pada 2012 berbanding tahun sebelumnya. 

Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012. 

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan. 

Tangga kesembilan 

“Biasanya Kedah berada di tangga keempat, kelima atau keenam, tetapi untuk 2012 Kedah jatuh ke tangga kesembilan disebabkan pelaburan yang lembap dalam sektor pembuatan. 

“Penurunan pelaburan dalam sektor itu berlaku di semua bahagian di Kedah termasuk Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya pada sidang media sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dengan dua penyewa barunya di sini, kelmarin. 

Pada majlis itu, dua penyewa baru iaitu Aspion Sdn Bhd and CTR Setia (M) Sdn Bhd bersetuju melabur sehingga RM400 juta dan RM60 juta bagi membina kilang baru di Taman Teknologi Tinggi Kulim. 

Disember lalu, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan, Pulau Pinang yang ditadbir DAP bakal hilang kedudukan selaku destinasi utama pelaburan negara bagi sektor pembuatan. 

Kerjasama dengan MIDA 

Beliau dipetik berkata, Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM1.8 bilion saja untuk tempoh separuh tahun lalu, menyebabkan ia jatuh di bawah Selangor, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Perak. 

Dalam perkembangan sama, Amiruddin berkata, penurunan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan di Kedah diseimbangkan dengan peningkatan pelaburan dalam sektor lain seperti pertanian dan perkhidmatan. 

Amiruddin yang juga Pengerusi KPTC berkata, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Sumber dari : Berita Harian Online



[ READ MORE ]

Friday, March 01, 2013

Update Pelaburan FDI Tahun 2012 KHTP.....

Umum dah tau pengurusan KHTP menjalankan aktiviti dan sering berbangga bahawa kerana hasil usaha merekalah FDI di KHTP berkembang dgn pesat sekali, terutamanya apabila mereka ke luar negara mengadakan ‘trade mission’ termasuklah ke US, Jepun, Korea, Turki dan Europe pada tiap2 tahun tanpa jemu. 

Banyak wang ringgit rakyat Kedah dihabiskan utk program jalan2 cari investor ni. 

PERSOALANNYA ADALAH: 

Mengapa pi sini.....?
KHTP Promosi di Jepun November 2012
KHTP Promosi di Jepun November 2012

TAPI LAST2 SAPA YG MAI…..? 

Ish.....ish.....ish..... yg melabur pada tahun lepas rupa2nya mai syarikat tempatan iaitu dari Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS).


1. CTR Setia Sdn Bhd dari Bukit Minyak, Seberang Perai 
2. Aspion Sdn Bhd dari Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan. 

Mana misi rombongan perdagangan KHTP dilakukan ke Pulau Pinang dan Kelantan pada tahun lepas.

KHTP - Aspion dari Kota Bahru



Aspion Sdn Bhd (Aspion) has agreed to set up their new medical device facility in the Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Aspion, a company related to Adventa Bhd, the latter of which is listed on Bursa Saham, will lease a 51.74-acre land space in Phase 3 of the Industrial Zone from Kulim Technology Park Corporation (KTPC).

The company will produce the Automated Peritoneal Dialysis machines, as well as surgical gloves of which Adventa has established itself as one of the world’s largest suppliers of these range of products.

Aspion will invest between RM300–RM400 million to set up its manufacturing and R&D facilities in the park. Construction is scheduled to begin in Q12013.

In a signing ceremony held in Kulim today, Mr Muhamad Sobri Osman, President, signed for the company, while Mr Low Chin Guan, its Director and CEO, signed for Aspion. The Honourable Dato’ Hj Ir. Amiruddin Hamzah, Chairman of the Kedah State Executive Committee for Industry and Investment, and Chairman of KTPC, witnessed the signings.

Sumber dari KHTP (klik sini)

Aspion is a special purpose private limited company incorporated in Malaysia on 5 July 2012 under the Companies Act, 1965. It is principally involved in investment holding. Aspion has an authorised share capital of RM100,000 comprising 100,000 ordinary shares of RM1.00 each and an issued and paid-up share capital of RM2.00 comprising two (2) ordinary shares of RM1.00 each. The directors of Aspion are Low Chin Guan and Wong Chin Toh. - sumber dari Bursa Malaysia.


KHTP - CTR Setia 31 Dec 2012

CTR SETIA INVESTING IN KULIM HI-TECH PARK

CTR Setia Sdn Bhd (CTR), who has already had a manufacturing facility in Bukit Minyak, and who is known for its equipment-building expertise for the semiconductor sector, is now venturing into building medical equipment. CTR, a Malaysian company, has agreed to set up its second manufacturing facility in the Kulim Hi-Tech Park to manufacture intravenous catheters.

For this purpose, CTR has decided to lease a 31.5-acre site at Industrial Zone Phase 3 from Kulim Technology Park Corporation (KTPC).

In a signing ceremony held recently in Kulim, Mr Muhamad Sobri Osman, KTPC President, signed on behalf of the company, while CTR was represented by Mr Thomas Woo, its President. The Honourable Dato’ Hj Ir. Amiruddin Hamzah, Chairman of the Kedah State Executive Committee for Industry and Investment, and Chairman of KTPC, witnessed the signings.

Sumber dari KHTP (klik sini


Jadi sebenarnya tak ada apa pun yg perlu dibanggakan oleh kepimpinan Presiden KHTP yg ada sekarang. 

Lagi persoalan yg perlu diketengahkan ialah:


Mengapakah 2 majlis tandatangan ini dibuat pada betul2 hujung tahun 2012 iaitu 31 Disember, 2013, bersama juga dgn dua lagi syarikat tempatan.....? Apakah ini betul2 majlis tandatangan atau pun hanya sebagai kosmetik sahaja bagi mengaburi mata semua pihak. 

Kalau pun ada Infineon yg melabur pada tahun lepas, itu pun hasil dari usaha Kerajaan BN terdahulu semasa zaman Dato Seri Syed Razak lagi. Malah pajakan tanah Infineon dah pun dibuat terdahulu, dan KHTP tidak mendapat apa2 hasil pajakan tanah apabila Infineon melakukan pelaburan tambahan pada tahun lepas. 

Oleh itu sebagai rumusan, pada amatan saya, dua2 perjanjian yg ditandatangani ini hanyalah dibuat utk menunjukkan bahawa terdapat pelaburan yg dilakukan di KHTP tahun lepas dan bukan tahun ini supaya nilai jualan utk rekod kewangan akan nampak cantik (ada sale), kalau tidak ‘zero sale’ la pulak. Semuanya ini berkait rapat dgn usaha utk mendapat lebih bonus dan insentif kewangan utk Hj2 KHTP sahaja sebelum mereka cabut lari dari KHTP utk menjadi calon ADUN PRU13 utk PAS. Tidak lebih dari itu. 

Dlm pada itu juga, ada kemungkinan satu syarikat akan bungkus di Bangunan KHTP Business Centre tu. Hj2 kalau ada masa, tolong la siasat dan bantu mereka ini agar jangan ditutup. Kesian nanti mana pekerja2 mereka nak cari kerja baru dlm masa yg singkat ni.




[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top