Posts Terkini

Saturday, December 25, 2010

BDB vs Kedah Sato – Semakin Merentung.

Terbaru, diberitakan suhu kepanasan di Menara BDB semakin meningkat berikutan gerak taichi dan kuntau dipentas pertembungan  semakin tangkas dan ganas.

Sebagaimana yang telah dijangkakan, YB Dato’ Mahfuz Omar akan berhadapan dengan kelicikan dan kerakusan Dato’ Jahubar and The Gang. Beberapa orang Exco Kerajaan Negeri telah mereka kunjungi untuk melobi sokongan terhadap mereka dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menyerang hendap dan melumpuhkan musuh.

Khabarnya hasil kurang memuaskan, buat masa ini. Kalau memgambilkira beberapa kes yang terdahulu, Dato’ Jahubar and The Gang terbukti mampu mempengaruhi serta memenangi sokongan daripada ’God Father’.

Dato’ Jahubar juga dikatakan sedang melobi Lembaga Pengarah BDB dan Wisma Negeri untuk mengugurkan Yb Dato’ Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd.

Amat diharapkan YB Dato’ Mahfuz Omar tidak mudah untuk mengalah, malah turut berusaha mematahkan serangan dan asakan dari Dato’ Jahubar and The Gang.

Projek Kampus Induk KUIN amat penting sebagai penanda aras serta ukuran keberkesanan dan ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS.

YB Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena bukanlah nama kecil diarena politik negeri dan nasional. Di Kedah beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya 2, sementara diperingkat nasional merupakan Naib Presiden (2) PAS.


‘Perhitungan Terakhir’, pertembungan yang berlaku dan berlangsung selama lebih enam (6) purnama telah sampai kemuncaknya.

Setelah berbagai hujah dan kaedah yang dikemukakan masih tidak menemui jalan keluar dan kata pemutus serta berpencak digelanggang dan medan yang tersedia masih tidak dapat menobatkan siapakah sebenarnya ‘pendekar’.

Maka hanya satu kaedah atau cara sahaja lagi yang boleh dilakukan iaitu dengan menyerahkan kepada ’Pendekar Mustar’ untuk memilih dan memutuskan siapakah diantara dua (2) Dato’ Panglima nya yang menjadi pilihan kalbu lalu dinobatkan sebagai ‘Pendekar’.

Untuk tujuan itu, YB Dato’ Mahfuz Omar telah menyerahkan surat perletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kedah Sato Sdn. Bhd. yang bertarikh 21hb. Disember 2010 kepada YAB Dato’ Sri Ustaz Azizan bin Abdul Razak berserta salinan kepada Setiausaha Syarikat.

Kini ‘bola’ berada dikaki YAB Dato Sri Menteri Besar, beliau paling layak untuk memutuskan sebagai ketua kerajaan yang empunya projek dan dengan pekenan beliau juga Dato’-Dato’ berada pada kedudukan mereka sekarang ini.

”Hijau kata Dato’ Sri, Hijau lah jadinya; Biru kata Dato’ Sri, Biru lah jadinya.”

Mungkin ramai pihak beranggapan tindakan YB Dato’ Mahfuz sebagai merajuk atau tidak ‘gentleman’. Tapi apakah yang terdaya dilakukan sekiranya semua saranan dan pandangan beliau didalam mesyuarat Lembaga Pengarah Kedah Sato berhubung isu KUIN-IJM tidak langsung diminitkan/ direkodkan oleh Setiausaha Syarikat (Puan Muna).

Jauh lebih mengecewakan, khabarnya persiapan untuk majlis menanda-tangani pelantikan IJM sedang disusun-atur tanpa melalui proses-proses tertentu sebagaimana yang disarankan.

Biarpun isu dan duduk perkara telah disuarakan secara terus kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar, namun jawapan yang pasti tidak juga diperolehi. Bagi memudahkan, kini terpulang sepenuhnya kepada YAB Dato Sri Menteri Besar untuk menentukannya.

Ehsan dari : Helang Kedah

[ READ MORE ]

Saturday, December 18, 2010

Dato' Paduka Ahmad Bashah Dan Dato' Mukhriz Bukan Pemimpin Paling Top Di Kedah.

Ramai pemimpin Umno di Kedah merasakan diri mereka paling layak untuk dinobatkan sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah termasuklah mereka yang kalah pada PRU-12 Mac 2008.

Najib Razak mungkin telahpun memuktamadkan pilihan beliau dan hanya menunggu masa untuk mengumumkannya.

Ahmad Bashah Md Hanipah dan Mukhriz Mahathir dikatakan bakal diumumkan sebagai Ketua dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Adakah Bashah dan Mukhriz calon paling popular di Kedah?

Kepada mereka yang tidak tersenarai, ianya disebabkan samada mereka tewas semasa pilihanraya tersebut atau mempunyai masalah besar sehinggakan mereka hilang kelayakan untuk disenaraikan seperti Syed Sobri Syed Hashim (Kuala Nerang) yang dibelenggu hutang dan Abu Hasan Sharif (Kota Seputeh) yang menunggu samada akan dilucutkan gelaran wakil rakyat kerana gagal menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah. 

BERIKUT SENARAI 12 PEMIMPIN UMNO PALING TOP DI KEDAH (Kajian berdasarkan kepada majoriti kemenangan mereka semasa PRU-12). 
  1. Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam) majoriti: 6,995 undi
  2. Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu): 7,060 (**kelebihan kepada Ahmad Zaini kerana kerusi yang ditandingi beliau hanya kerusi negeri berbanding kerusi parlimen yang besar yang ditanding Johari**)
  3. Abu Bakar Taib (Parlimen Langkawi): 4,970
  4. Nawawi Ahmad (Kuah): 3,324
  5. Suraya Yaakob (Sungai Tiang) 3,006
  6. Mahdzir Khalid (Pedu) 2,733
  7. Saad Man (Jitra): 2,258
  8. Mukhriz Mahathir (Parlimen Jerlun): 2,205
  9. Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat): 1,135
  10. Azmi Che Hussin (Bayu): 984
  11. Ahmad Bashah Mad Hanipah (Bakar Bata): 358
  12. Tajuddin Abdullah (Belantik): 254
Jelas Ahmad Zaini merupakan pemimpin yang tertinggi memperolehi undi majoriti di Kedah sementara Ahmad Bashah, pemimpin favourite untuk menyandang jawatan Ketua Perhubungan berada di tempat ke 11. Bakal timbalan beliau, Mukhriz, hanya berada di tempat ke-8.

Artikal dipetik dari Blog Jelapang.

Komen aku.......,

Najib terpaksa membuat percaturan nipis menentukan calon yang sesuai menerajui Kedah. Lobi melobi adalah amalan biasa di dalam UMNO. Tersalah pilih berkemungkinan untuk mengambil Kedah kembali 50-50.

Kepada mereka yang terpilih, di sinilah penentu politik mereka. Sekiranya berjaya mengambil kembali Kedah, semestinya namanya akan disanjung dan dipuji. Tetapi, kekalahan akan menghancurkan karier politik mereka. Lebih-lebih lagi kepada Dato' Mukhriz, dengan nama Tun akan rasa tempiasnya.

Anonymous Anonymous said...

Memang Najib tak nak BN menang di Kedah bila lantik dua org ni...untung Bashah sebab dia kawan Najib dan rupan2nya UMNO ni hanya utk kekawan shja....Tahniahlah Najib kerana lantik mrk ini...Timbalan tu bertanding KP Kubang Pasu pun kalah..cuba tanya Mukhriz..berapa kali dia hadir Mesyuarah AJK Bhgn Kubang Pasu?
Basha tu masa jadi Timbalan..apa yg dia bantu Shafie? Naib Oh Najib..jadilah anjing dgn bayang2nya...

Kalau nak diambil kira kajian daripada Jelapang tu bukannya tidak bagus tetapi kita kena ingat, kekalahan BN di Kedah adalah kerana tsunami politik Pak Lah. Penyokong parti tetap menyokong parti mereka, hanya pengundi atas pagar dan pegundi saluran 3, saluran 4 dan sedikit dari saluran 2.
Malangnya Kedah tiada ramai tokot-tokoh politik diperingkat atasan yang ada kredibiliti. Generasi lapisan kedua bersusun menungu peluang untuk naik, tetapi hakikatnya permainan dalam UMNO tidak memberi peluang kepada muka baru untuk menonjol. Muka-muka baru yang perpendidikan tinggi akan dicantas begitu sahaja. Maka naiklah nama nongoi-nongoi pengampu. Adat mengcantas ni bukan sahaja berlaku di Negeri mahupun Bahagian, tetapi di peringkat cawangan lagi. Yang kepala dok atoq datangnya dari orang atasan juga. Tak salah pepatah kuah dan nasi.......borek anak dan bapak....... kerana nila akar umbi tercalit.
Mungkin dalam masa yang terdekat ini Najib tiada pilihan untuk menentukan calon pilihan beliau, walaupun calon itu bukan favourite sesetengah akar umbi. Hakikatnya kita harus akur dengan pucuk pimpinan memandangkan pilihanraya kian hampir. YANG PENTING KEDAH MILIK KITA.
Selepas ini ahli akar umbi dipeingkat cawangan perlu memainkan peranan untuk memilih siapa bakal pimpinan bahagian mereka. Ini tidak, kalau kena sogok sikit mula la buat kroni. Bila pimpinan bahagian rosak, mula la nak salahkan depa, sedangkan kita yang membuat pilihan. Kena ingat....... satu jari menunding, tiga lagi patah balik kat kita....... 
Generasi muda kita terlalu ramai dan mereka juga mampu memimpin sekiranya diberi peluang. 
[ READ MORE ]

Friday, December 17, 2010

Buang Empat Gejala Penyakit Supaya BN Kuat, DiPilih Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) supaya mengikis gejala penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh dalam usaha menambat hati rakyat.

“Kita mesti mengelak, mengikis dan membuang jauh empat gejala penyakit itu sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan mereka menjadi kemarahan dan sokongan rakyat bertukar menjadi penentangan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

“(Saya) menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Hakikatnya, parti yang terlampau berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri,” katanya dalam ucapan amanat dasar di Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, kelmarin.

Dalam amanat bertema “Mengukuh Barisan Mendahulu Rakyat” itu, Perdana Menteri berkata penyakit khayalan kerana berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan, manakala kelupaan kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal.

Yang ketiga, penyakit kejumudan yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan dan seterusnya penyakit angkuh yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai, katanya.

Najib berkata untuk bangun kembali, BN mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten.

“Itulah yang sedang kita usaha dan sedang kita lakukan. Barulah nanti akan memperoleh kemenangan besar yang diidam-idamkan,” katanya.

Katanya bukan sekadar cukup dengan persepsi positif, akan tetapi kepercayaan sebenar rakyat terhadap BN perlulah terus dipupuk dan dibaja dengan jalan bekerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.

“Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat,” katanya.

“Maka, saya ingin sentiasa mengingatkan bahawa kejayaan-kejayaan awal ini perlu dijadikan asas kemenangan yang lebih memberangsangkan kelak. Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuat,” katanya.

Najib berkata berbanding pilihan raya umum 2008, di mana BN yang cuba dimomok-momokkan sebagai sudah suram, kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih.

“Begitulah episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas telah meraih kemenangan besar.

Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan sokongan rakyat kepada kita telah berputik dan mekar kembali.

“Pokok pangkalnya, BN telah sentiasa mendahulukan rakyat dan mampu mengota apa yang dijanjikan kepada rakyat, sekaligus mengangkat negara ke satu tahap yang sungguh menbanggakan.

“Dari dahulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara Barisan Nasional adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat. Dari Perlis sampailah Sabah, BN menjiwai degupan sanubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita-cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam ucapan hampir sejam itu yang sentiasa mendapat tepukan gemuruh perwakilan, Najib juga berkata antara nilai paling penting yang mengukuhkan BN adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan parti pemrintah itu untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang jauh lebih besar,” katanya.

Najib berkata kepentingan itu adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, stabil, maju lagi makmur di mana semua orang dapat membina kehidupan yang bahagia.

“Jelas sekali, orang lain hanya mampu memperdagangkan mimpi, mencanangkan angan-angan, mencetak khayalan, walhal parti kitalah sebenarnya menjadi barisan pejuang tulen untuk rakyat, yang berpasak di bumi, bersandarkan perancangan jitu, serta pelaksanaan kerja yang tersusun,” katanya.

Menurutnya BN berjaya merubah sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

Dalam hal ini, katanya, BN bukan sahaja berjaya menguruskan sebuah negara pelbagai kaum dengan baik malah dapat memajukan bidang sosio ekonomi serta memastikan keselamatan serta ketenteraman nasional.

Najib berkata bahawa sejarah menunjukkan BN tidak pernah sesekali mengapi-apikan sentimen perkauman atau menjadikan rasisme teras pengurusan perhubungan kaum di negara ini.

“Di Malaysia semenjak merdeka, kerajaan tidak pun menjadikan isu kaum dan warna kulit sebagai alasan untuk mengehadkan hak kelayakan mendaftar mengundi.

Apatah lagi, bagi menentukan tempat duduk di restoran dan kenderaan awam, serta mengasingkan penggunaan bilik air, sebagaimana berlaku di negara-negara lain,” katanya.

Justeru itu, katanya, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menafikan peranan BN sebagai parti pelbagai kaum sebenar yang memperjuangkan kesejahteraan hidup antara kaum di Malaysia selama ini.

“Kita dianggotai oleh pelbagai jenis parti berasaskan kaum dan ada bersifat pelbagai kaum. Bersatu dan bersama mewakili kepentingan semua pihak. Sedangkan di pihak pembangkang, tidak terjamin suara kaum minoriti akan sampai ke peringkat perbincangan kepimpinan tertinggi mereka, hanya kerana mereka tidak diwakili secukupnya,” kata Najib.

Najib berkata konvensyen kali ini yang berlangsung di Wisma MCA, sebagai satu tanda bahawa “kita adalah rakan kongsi yang komited dalam usaha untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia”.

Katanya pemimpin-pemimpin terdahulu telah merintis warisan paling agung yakni mekanisme perkongsian kuasa dan kerjasama politik antara kaum yang telah terbukti paling berkesan, paling praktikal dan kekal merentasi masa.

Mengimbas sejarah daripada Perikatan kepada BN, Najib berkata malah ada parti-parti yang dahulunya sebagai pembangkang, telah mengiktiraf dan memilih jalan ke arah kesatuan nasional.

“Ini kerana, mereka mempercayai bahawa masa depan negara yang terjamin hanya mampu dibela oleh BN. Selanjutnya, BN juga mengembangkan keanggotaan kepada parti-parti di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjelmakan era baru integrasi kebangsaan apabila BN menjadi jambatan politik yang merantau jauh, merentasi Laut China Selatan,” katanya.

Katanya, harus dibanggakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan yang mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.

Dalam menyentuh program transformasi politik, Najib menggariskan antara contoh terkini adalah perubahan bersejarah dalam BN sejak ia ditubuhkan iaitu berkaitan keanggotaan.

BN bersetuju mewujudkan empat jenis keanggotaan baru — keanggotaan secara bersekutu, secara bergabung, rakan BN dan kelab Rakan Muda BN.

“Kita akan terus bergerak dan berusaha agar dasar keahlian terus BN ini akan menjadi realiti yang membawa manfaat kepada parti dan rakyat,” katanya.

“Kesimpulan yang boleh dibuat, BN adalah parti yang bertanggungjawab…BN adalah parti yang melaksanakan amanah rakyat dan BN adalah parti di mana rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan pengharapan,” kata Najib.
[ READ MORE ]

Parlimen Catat Sejarah Hitam Dek Kelakuan Hodoh Pembangkang.

Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini yang dicetuskan ahli parlimen pembangkang disifatkan sebagai satu sejarah hitam parlimen yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika menjelaskan isu kekecohan tersebut berkata pembangkang sebenarnya sengaja menimbulkan kekacauan untuk menggambarkan kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianiaya dan tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya.
“Kami di pihak Barisan Nasional (BN) sudah sedia untuk bahas usul ini kerana kita percaya kedua-dua usul iaitu usul untuk gantung Datuk Seri Anwar dan gantung YB Sivarasa (Subang), YB Azmin (Gombak) dan YB Karpal Singh (Bukit Gelugor) perlu dibahas untuk memberi ruang kedua-dua pihak untuk mengutarakan dan mengenengahkan hujah masing-masing. 
“Namun apabila usul dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, pembangkang tidak membenarkan, tidak mewujudkan  persekitaran di mana usul itu boleh dibahas. Itulah hakikat sebenar,” katanya kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Selaku ahli parlimen pertama untuk membahaskan usul tersebut, beliau berkata sudah bersedia dengan pelbagai fakta namun tidak dapat meneruskan perbahasan kerana ahli parlimen pembangkang membuat kecoh dan menjerit-jerit seolah-olah tidak mahu meneruskan perbahasan.
“Kita mahu supaya hujah-hujah dari pihak BN dan pembangkang dikemukakan dalam dewan supaya boleh diperdebatkan… jadi soal perkara ini dilulus tanpa dibahas seolah-olah sudah dirancang adalah tidak benar,” ujarnya.
Justeru beliau menegaskan persoalan pokok bukanlah Anwar dianiaya tetapi keengganan Anwar sendiri untuk menggunakan ruang yang diberikan untuk mempertahankan dirinya.

“Soal pokok yang sebenarnya yang kita lupa beliau (Anwar) diberi peluang untuk menjelaskan dan memberi keterangan tentang apa yang disebut pada 17 Mac tahun lepas iaitu Apco telah memberi nasihat kepada perdana menteri untuk memperkenalkan konsep Satu Malaysia yang sama dengan konsep One Israel.
Mengenai usul kedua untuk menggantung Ahli Parlimen Subang, Gombak dan Bukit Gelugor kerana menghina Dewan Rakyat pula beliau berkata perbahasan usul tersebut tetap diteruskan walaupun ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan.
“Kalau sekiranya kita tidak mahu bahas dan hanya mahu teruskan perkara ini dan ‘rubber stamp’ usul yang dibentangkan Nazri Aziz sudah pasti bila pembangkang dah keluar dewan kita lulus saja usul kedua usul tersebut tapi kita masih lagi debat isu itu walaupun pembangkang tiada.

“Ini menunjukkan dah sedia dengan fakta kita untuk berhujah,“ ujarnya. Sementara itu berhubung tindakan pembangkang yang bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pula Khairy berkata pembangkang bebas untuk berbuat demikian. 
Ehsan dari - MediaUMNO.
[ READ MORE ]

Dato' Sulaiman Taha Kembali Kerahmatullah.


ADUN Tenang, Johor Dato' Sulaiman Taha meninggal dunia jam 1:10am hari ini di Hospital Ampang Puteri.

Allahyarham merupakan Ketua Bahagian UMNO Labis. Moga Allah mencucuri rahmat keatas arwah. Takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara Allahyarham.

Al-Fatihah.
[ READ MORE ]

Tuesday, December 14, 2010

Siri Turun Padang BPUNK Bertemu JKuasa 4 Sayap - Baling.

Sambutan di Baling amat meriah sekali. Disamping kehadiran JKuasa Bahagian dan Cawangan, turut hadir juga Pengerusi dan Setiausaha JKKP Daerah Baling.


Bahagian Baling.



Tarikh    : 11/12/2010

Tempat  : Pusat Latihan Belia, Pokok Assam.



Pimpinan negeri :  YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md. Hanapiah


                            YB Dato' Seri Diraja Mahadzir Khalid.

Ketua Bahagian :  Dato' Aziz Rahim.


Kehadiran orang ramai juga menggalakkan semasa sessi ceramah yang disampaikan. Mereka dahagakan maklumat terkini. Dalam masa yang sama, Parlimen Baling menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai di dewan bersebelahan.


[ READ MORE ]

Siri Turun Padang BPUNK Bertemu JKuasa 4 Sayap - Kulim Bandar Baharu.


JKuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah memulakan kempen perjumpaan JKuasa Bahagian dan cawangan (4 sayap - Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri) setiap daerah di dalam negeri Kedah. 

Bahagian Kulim Bandar Baharu membuka tirai siri ini.

Tarikh    : 10/12/2010
Tempat  : Hotel Seri Malaysia Kulim (perjumpaan JKuasa 4 sayap)
             : PLKN Kulim (perjumpaan pimpinan 4 sayap)

Pimpinan negeri :  YB Dato' Seri Diraja Mahadzir Khalid.
Ketua Bahagian :  Dato' Aziz Shiekh Fadzir.


[ READ MORE ]

Monday, December 13, 2010

Kedah Bangkit.

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...

Perdana Menteri mencanangkan pilihanraya kian hampir. Rata-rata rakyat jelata membuat andaian akan teka-teki ini. Desas desus berkata mungkin pertengahan tahun hadapan, atau penghujung tahun hadapan, tidak pun penghujung tahun hadapan. Tetapi yang pastinya sebelum bulan 3, 2012.

Di dalam kesibukan mencari jawapan dengan andaian tersendiri, adakah UMNO benar-benar sudah bersiap sedia menghadapinya?

Aku tidak arif di dalam percaturan politik masa kini. Tetapi pandangan aku akan banyak tertumpu sekitar politik Kedah. 

Entah apa percaturan yang melambatkan Perdana Menteri mengistiharkan siapa bakal menerajui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Semakin lama dibiarkan, semakin senak UMNO Kedah. Kemelut lobi melobi amat jelas kelihatan. Apa yang berlaku di akar umbi tiada siapa mempedulikannya. Ketua-ketua Bahagian sibuk mencari kroni bagi mendapat sokongan supaya dipilih menjadi calon PRU13 kelak.

Terdapat bahagian-bahagian UMNO Kedah ada yang tidak terurus, lebih-lebih lagi kawasan Kedah selatan. Terutamanya Sungai Petani, Padang Serai, Merbok, Baling dan Kulim Bandar Baharu. Adakah UMNO Kedah ketandusan pemimpin?

Walau bagaimanapun UMNO Kedah sudah mula menggorak langkah dengan mengadakan beberapa program perjumpaan Pimpinan Perhubungan Negeri bersama  jawatankuasa bahagian, wanita, pemuda dan puteri (4 sayap). Tahniah.
[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top