Posts Terkini

Friday, October 18, 2013

Apa Motif Zairil Mengaku Melayu.....?

Rumah siap, kontraktor berbunyi, tuan rumah buat-buat buta tuli. Itulah yang berlaku selepas selesainya pemilihan semula CEC DAP. Dalam kata lain, pemilihan CEC yang kontroversi telah ditangani dengan mengadakan pemilihan semula yang kontroversi juga.

Mana tidaknya, jika jumlah ketidakhadiran dalam pemilihan semula ini adalah jauh lebih ramai dari pemilihan awal. Selain itu, ia juga menyaksikan begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir.

Namun, apa yang lebih kontroversi ialah bagaimana anak Cina, Christopher Howard Lim yang lebih gemar menggunakan nama Melayu, Zairil Khir Johari, masih ke hulu ke hilir mengaku Melayu setelah menang dalam pemilihan semula ini.

Anak Cina ini sebelum ini telah menang dalam pemilihan awal dengan cara yang cukup kontroversi dan kini mencipta kontroversi lagi melalui kekeliruan ‘bangsa’ sendiri.

Nampaknya Zairil telah menjangkiti kebodoh-sombongan Guan Eng kerana menyangka yang orang lain bodoh serta tidak sedar dia sedang menipu.

Jika tidak, tentu beliau tidak akan membuat kenyataan ini apabila disoal oleh akhbar the New Straits Times mengenai ‘Melayu’ di dalam CEC DAP.

Kata Zairil, “Sebagai permulaan, jumlah calon Melayu yang bertanding tidak ramai, iaitu hanya tujuh orang dari jumlah keseluruhan. Jadi saya rasa kemenangan saya seorang adalah sudah cukup bagus.”

Soalan kita, sejak bila Zairil menjadi Melayu?

Jika kita mencari maklumat mengenai Zairil di internet, kita pasti akan terjumpa salah satu wawancaranya di mana beliau bangga memberitahu dunia bagaimana bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari juga merasa ‘kurang sesuai’ dengan cara Melayu dan lebih ‘senang’ dengan budaya dan cara hidup Cina.

Hakikat bahawa Zairil mendedahkan perkara ini menunjukkan bahawa Zairil juga tidak suka dengan cara Melayu. Ini tentulah tidak mengejutkan kerana beliau langsung tidak punya darah Melayu malah lahir juga di Hawaii.

Hanya setelah berusia belasan tahun maka ibunya berkahwin dengan seorang Melayu yang turut ‘tidak suka’ menjadi Melayu.

Justeru, tiada apa-apa yang Melayu mengenai Zairil melainkan nama yang digunakannya. Sekali gus membutikan bahawa tindakannya mempromosi dirinya sebagai Melayu mempunyai motif yang licik dan jahat.

Namun, tiada siapa yang akan tertipu lagi dengan pembohongan Zairil kecuali mereka yang sama bodoh atau lebih bodoh dari Zairil sahaja. Lebih dari itu, Zairil, seperti juga Guan Eng, Kit Siang, Karpal dan anak beranak mereka, hanya mampu menipu diri sendiri kononnya diri mereka dan bangsa mereka lebih bijak dari Melayu.

Entah bila Zairil akan sedar dari perasannya bahawa beliau tidaklah sebijak mana berbanding Melayu biasa. Dalam banyak segi, Melayu biasa, para nasionalis adalah jauh lebih bijak dari Cina DAP, Melayu celup atau Cina bernama Melayu sepertinya.

Melayu biasa juga jauh lebih telus, matang dan bijaksana serta professional kerana tidak mudah terbawa-bawa dengan semangat perkauman membabi buta.

Buktinya, negara ini kekal aman, teguh dan maju biarpun mengalami berbagai ancaman sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Sedangkan, jika DAP yang memerintah, kita pasti negara ini sudah lama terlingkup dalam beberapa hari sahaja. 14 hari diperintah komunis dan tragedy 13 Mei sudah cukup untuk menggambarkan kehidupan di bawah pemerintahan DAP.

Atau, mungkinkah kerana itu, Zairil ingin mengaku Melayu? Iaitu kerana tidak mahu dikaitkan dengan Cina DAP yang bodoh sombong? Namun, kita tidak percaya yang Zairil mampu menganalisis sejauh ini.

Untuk pengetahuan Zairil, kalau pun benar beliau Melayu, maka terimalah hakikat hanya Melayu paling bodoh sahaja yang sanggup duduk dalam DAP. Walaupun sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, jika Cina DAP bodoh, maka Melayu DAP jauh lebih bodoh.

Oleh itu, apapun bangsa yang dipilih Zairil untuk dipromosi, kedua-duanya sama sahaja bodoh sombong selagi duduk di dalam DAP.

Kalau tak bodoh, masakan Zairil boleh keliru akan bangsanya sendiri.....?
[ READ MORE ]

Thursday, October 17, 2013

Tony Pua Sahkan DAP Membawa Semangat Radikal 13 Mei.....

Apa maksud Tony Pua menyeru ‘sertai saya berjuang dan mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan’? (Join me to fight & change Malaysia for Chinese to Rule The Government).

Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya dengan begitu jelas sekali. Apakah ini bermakna DAP telah mengambil keputusan untuk tidak berselindung lagi? Mungkinkah DAP kini telah bersedia menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis?

Tidak mustahil DAP sudah ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum. Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila manipulasi pemilihan CEC terbongkar.

Hakikat bahawa DAP adalah parti ‘dari kaum Cina, untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’ sudah tidak boleh dinafikan lagi. Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang sama ada pura-pura tidak faham, atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya, yang masih menafikan hakikat ini.

Apa yang diseru Tony Pua membuktikan bahawa semangat puak radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei masih segar di dalam dirinya dan juga DAP. Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah komunis yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.

Matlamat mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis. Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.

Ini juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia korup atau tidak telus. Tetapi, DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu. Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.

Kita menghargai sikap terus terang Tony Pua. Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang atas matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit. Cara ini adalah lebih ‘gentleman’ dan perlu dipuji.

Malah, kita wajar berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat kini dapat membuat pilihan dengan lebih mudah. Sesiapa yang suka diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka, tidaklah akan terpedaya dengan slogan ‘parti untuk semua kaum’ seperti yang dilaungkan sebelum ini.

Berdasarkan bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka, wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP. Tentu ada sebab kenapa mereka inginkan penjenayah dibebaskan melalui penghapusan Akta Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka turut mendesak yang sama ke atas Akta Hasutan.

Ada sebab mereka terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab mereka membikin filem The New Village yang menjulang komunis sebagai wira.

Jangan kita terlepas pandang akan pengajaran dari sejarah kerana mereka yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum mengharunginya berkali-kali. Bukan kita ingin menuduh DAP sedang merancang anarki tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP kerana mencegah adalah lebih baik dari tengadah.

[ READ MORE ]

Wednesday, October 09, 2013

Pendedahan DAP 9 - DAP Cuba Untuk Rasuah ROS Dengan RM 500,000.00.


Adalah sukar untuk mempercayai bahawa Dinasti Lim kini berusaha keras untuk mengharamkan DAP. 

Tetapi inilah hakikat yang sebenarnya.

Selepas tanggal 29 September 2013 CEC, kedudukan DAP semakin tenat. Menurut perlembagaan, DAP, untuk mengadakan pilihan raya semula, DAP harus mengemukan calon dan wakil-wakil yang sama dengan 10 minggu notis akan dikeluarkan kepada semua wakil-wakil.

Tetapi DAP telah melanggar kedua-dua peraturan di atas. Mereka hanya mengemukan senarai calon-calon 2012 sahaja dan notis diberikan dalam masa 4 minggu.

DAP juga menukar status cawangan dari siil B kepada sijil A. Ini adalah untuk membolehkan mereka menjadi wakil CEC di dalam pemilihan semula. Sebanyak 120 cawangan telah dinaik taraf dari sijil B kepada A sijil dan ini melibatkan 450 perwakilan.

Kerja jahat Lim Guan Eng dengan bantuan daripada kedua-dua hamba Tony Pua dan Anthony Loke telah diketahui oleh 5 Harimau. Berita ini telah merebak dan akan menjadi bencana baru kepada Dinasti Lim.

Masalah demi masalah muncul dan ini membuatkan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Tony Pua tidak senang duduk. Sehari selepas pilihan raya semula, mereka dipanggil Karpal Singh untuk membincangkan perkara ini. RSN Rayer turut hadir pada mesyuarat itu.

Di dalam mesyuarat itu, mereka telah sebulah suara membuat keputusan bahawa cara terbaik untuk selamat adalah dengan mengharamkan DAP dan mendaftarkan semula parti.

Mereka mahu DAP diharamkan dengan harapan ROS tidak akan menggeledah dan mendedah perkara yang kotor tersembunyikan di bawah karpet DAP yang secara langsung merujuk kepada Lim Guan Eng.

Untuk membolehkan semua strategi ini dilaksanakan, mereka memerlukan bantuan daripada ROS. Maka muncullah RSN Rayer. Beliau diminta untuk berurusan dengan ROS dan menawarkan jumlah rasuah RM500,000.00 supaya DAP dapat diharamkan serta-merta.

Pengharaman DAP bukan sahaja akan menutup Lim Dynasty, tetapi boleh menimbulkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.

DAP mengharapkan rakyat Malaysia akan melihat bahawa BN melalui ROS adalah dalang yang membuat DAP diharamkan. Dalam masa akan membuat perasaan masyarakat Cina tersinggung dan menentang BN.

Apabila DAP diharamkan dan didaftarkan semula, adalah peluang yang terbaik untuk Dinasti Lim menendang keluar semua musuhnya termasuk 5 Harimau. Kemudian mereka akan membuat perlembagaan baru dan menetapkan kedudukan seorang Setiausaha Agung memegang tanpa had. Ini akan membolehkan Lim Guan Eng kekal di kerusi itu selama-lamanya.

Kesimpulan daripada ini, DAP yang diharamkan serta-merta akan memberi millage politik dan keuntungan bagi Dinasti Lim supaya mereka terus mengukuhkan kuasa dan pemerintahan mereka. - Peter


[ READ MORE ]

Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia Taraf Dunia Ketiga.....?

Harakah Daily (Klik sini)
Bukan sekali Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu mengkaji, tetapi telah beberapa kali. Antara kenyataan palingmemalukan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah ialah berkenaan isu Lahad Datu di mana beliau menuduh Pasukan Cawangan Khas sebagai bertanggungjawab untuk mencari orang hilang. 

Malah, dalam isu agama juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang, tetapi menyerbu sesuka hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam. Kerana itu, beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam, dan salah dari segi politik.

Seperti bapanya, Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara yang remeh. Namun, sesekali, Nurul Izzah kelihatan teringin juga menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara. Bagaimanapun, ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana merisikokan rahsia negara terbongkar luas.

Hari ini, Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus menghentam produk-produk 1Malaysia. Kita faham betapa terdesaknya anak papa ini, yang namanya semakin pudar dalam politik negara. Kita juga faham Nurul agak malu dan tertekan dengan ejekan orang ramai terhadap tindakan bapanya membuat ‘make-over’ ke atas wajah yang ketandusanseri. Dan Nurul perlu mengalih perhatian ramai.

Kini, Nurul pun menghentam Klinik 1Malaysia. Katanya, klinik ini tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 kerana tidak menyediakan doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit. Benar, bahawa klinik ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana memang itupun yang diumumkan kepada rakyat iaitu objektifnya ialah untuk menangani sakit ringan dan biasa sahaja.

Objektif ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan khidmat perubatan yang murah, dekat dan mudah bagi sakit biasa seperti luka, demam, batuk, selsema, cirit-birit atau sakit kepala, dan yang sepertinya. Sakit seperti ini adalah bermusim dan mudah tersebar. Bagi sebuah keluarga yang ramai, kewujudan Klinik 1M ini tentulah memudahkan, daripada mereka terpaksa bersilih ganti ke klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.

Selain itu, ia juga bagi memudahkan pesakit yang memerlukan ubat berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi pengidap kencing manis dan sebagainya. Dengan adanya klinik 1M ini, pesakit seperti ini tidak perlu lagi menapak ke hospital setiap kali kehabisan bekalan ubat-ubatan.

Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan mengurangkan beban kos rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan biasa. Oleh itu, kritikan Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Dato’ Seri Najib bukan berperangai seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun tidak mampu menyediakannya. Dato’ Seri Najib menjanjikan perkara yang logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.

Nurul Izzah pastinya mempunyai mentaliti dunia ketiga yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan taraf pertama dengan kos yang paling rendah atau percuma. Beliau juga tentu menyangka yang semua ahli politik adalah penipu seperti bapanya.

Hakikatnya, BN tidak pernah menipu. Buktinya, Klinik 1M telah pun wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan. Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.

Justeru, daripada Nurul Izzah asyik tersalah kritik, mungkin lebih baik jika Nurul Izzah cuba bentangkan apakah yang telah dilakukannya atau partinya yang mampu membantu dan memudahkan hidup rakyat?

Rasanya, sudah sampai masanya Nurul berpolitik secara matang, bukan dengan cara dunia ke-3.

Mantra
[ READ MORE ]

Jangan Disia-siakan KeBERANIannya.....

Politik di Malaysia amnya dan UMNO khususnya, samada kita sedar atau tidak adalah merupakan dunia yang dimonopoli kaum lelaki. Samada di pihak pemerintah atau pembangkang, kaum adam sentiasa diperlihat sebagai hero dalam menangani sesuatu isu itu.

Namun, mengambil pendekatan menjadikan “Bijak Berani Benar” sebagai falsafah kepimpinan, Dato Azalina telah berjaya meletakkan kepimpinan seorang wanita yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di kalangan ahli-ahli politik.

Gender bukan isu untuk seseorang pemimpin menangani isu-isu rakyat dengan bijak, berani dan benar....

Hijau menguning padi di sawah
Tunduk berisi bagai nak rebah
Pendirian kukuh tidak goyah
Menghadap PEMBANGKANG tidak gelabah

Kita masih terpaku dengan keberanian Dato Azalina berhujah di Dewan Parlimen pada persidangan yang lalu apabila pihak pembangkang cuba mencelah dengan kata-kata yang ingin memutarbelitkan fakta. Keberanian Dato Azalina berhadapan dengan pihak pembangkang walaupun berseorangan telah membuktikan wanita juga mampu berhujah dengan baik.

Keberanian Dato Azalina bukan sekadar berhujah di dewan parlimen yang memberi imuniti kepada ahli-ahlinya, tetapi keberaniannya juga dibawa ke luar apabila pihak pembangkang dicabar untuk berdebat tetapi pihak pembangkang tidak berani menyahut cabarannya.

Trend politik hari ini adalah politik berhujah dan berdebat. Mencerna fakta dan menghuraikannya adalah keutamaan bagi seseorang pemimpin untuk menepis segala tohmahan dan fitnah pihak lawan. Penerangan demi penerangan kepada rakyat pula diteruskan.

Baru-baru ini, apabila ditanya oleh pihak wartawan kepada Lim Guan Eng, setiausaha Agong DAP terhadap pilihannya antara Dato Shahrizat dan Dato Azalina, dengan pantas beliau tidak akan memilih Dato Azalina sekiranya pertandingan perebutan Ketua Wanita UMNO berlaku.

Kita semua maklum apa mesej sebenar Guan Eng yang tersirat. Bagi pihak yang sangat-sangat memusuhi dan membenci UMNO, pemimpin yang berani sememangnya tidak dikehendaki dan digemari mereka. Pemimpin yang berani berhujah dengan mereka adalah satu mimpi ngeri yang mampu melemahkan kredibiliti parti mereka.

UMNO adalah parti politik orang Melayu, kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik. 

Jika inginkan seorang pemimpin berani menyuara dan mempertahan hak rakyatnya, maka inilah yang ada pada Dato Azalina. 

Tiba masanya, UMNO memiliki pemimpin-pemimpin yang digeruni pembangkang dan disenangi rakyat.....

[ READ MORE ]

Tuesday, October 08, 2013

Pendedahan DAP 8 - Dinasti Lim Dan Dinasti Singh Bekerja Keras Untuk Haramkan DAP.....?

Pemilihan semula CEC hujung minggu lepas membuatkan Dinasti Lim dan Dinasti Singh semakin pening kepala. Semuanya kerana kehadiran Jenice Lee sebagai perwakilan dan turut membuang undi.

Rakyat Malaysia telah mengetahui Jenice Lee dipecat daripada DAP semasa GE 13 April 2013. Tiba-tiba Jenice hadir membuang undi untuk memilih CEC minggu lepas. Gambar-gambar kehadiran Jenice termasuk gambar Jenice sedang memasukkan kertas undi CEC ke dalam kotak disebarkan dengan meluas di internet.

Penyebaran gambar-gambar itu membuatkan orang ramai yakin bahawa pemilihan CEC tidak dilakukan dengan betul dan tindakan ROS selama ini betul. Warga internet mempersoalkan bagaimana orang yang telah dipecat boleh hadir sebagai perwakilan.....?

Dinasti Lim dan Dinasti Singh mengeluarkan arahan kepada semua ahli CEC supaya jangan mengulas perkara itu jika ditanya oleh pemberita atau sesiapa sahaja. Ini bagi mengelakkan bahana besar melanda DAP.

Kehadiran Jenice sebagai perwakilan adalah mengikut peraturan kerana pemecatannya sebelum ini tidak sah akibat CEC yang ada pada waktu itu tidak diiktiraf. Sebab itu beliau masih kekal sebagai perwakilan.

Jika ada mana-mana ahli CEC yang menjelaskan sebab kehadiran Jenice sebagai perwakilan ianya akan mengesahkan CEC sebelum ini tidak diiktiraf. Itu akan menyusahkan Dinasti Lim. Mereka mengambil tindakan mendiamkan perkara itu sebaliknya mengalihkan isu dengan menyerang ROS untuk menunjukkan mereka tidak bersalah dan mengelirukan rakyat. Sebab itu dalam tempoh seminggu ini Lim Guan Eng, Tony Pua dan Karpal Singh terus menyerang ROS. Rakyat Malaysia sekarang patut tahu bahawa bapak pembohong dan pembelit. 

Dalam masa yang sama mereka juga sedang susah hati kerana kredibiliti mereka teruk tercalar di kalangan golongan intelek dan ahli perniagaan Cina. Kecelaruan pemilihan CEC turut dirasai oleh Kerajaan Penang kerana ahli perniagaan mula berkira-kira untuk melabur modal di sana akibat dari kedudukan Lim Guan Eng yang tidak stabil.

Tahukah anda bahawa kini DAP sedang berusaha untuk mengharamkan parti mereka sendiri.....?

Apa yang saya sebut ini mungkin sukar untuk anda semua percayai. Namun saya boleh mempercayainya dengan mudah kerana saya telah lama bergaul dengan golongan ini. Cakap di depan lain dan lain perbuatan di belakang adalah perkara lumrah dalam DAP. Mereka bercakap pasal rasuah dan intergriti di depan rakyat namun di belakang ramai yang tidak tahu bahawa DAP sebuah parti yang kuat rasuah.

Sukar untuk percaya kan.....?

Namun itulah hakikat yang berlaku sekarang selepas pemilihan semula CEC minggu lepas.

Bagaimana dan apa yang sedang dilakukan oleh DAP untuk haramkan parti mereka.....? - Peter

[ READ MORE ]

Pendedahan DAP 7 - Kehancuran Yang Dilakukan Oleh Tony Pua Dan Anthony Loke.....

Sun Tzu menyatakan, "Untuk menang seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah suatu kejayaan. Untuk menundukkan musuh tanpa pertempuran adalah kejayaan". Ini adalah benar. Diktator tidak pernah mengada-adakan peluang mereka sendiri. Berdiri dan membuat pilihan sebagai salah satu hukuman kerana enggan melibatkan diri dalam politik berakhir dengan diperintah.

Dalam bab ini, saya akan terus menulis tentang pembohongan dan penipuan selepas mereka membuat pengumuman mengenai hasil mesyuarat itu.

Di samping untuk membuat pengumuman mengenai kesilapan komputer mengira, kemenangan Zairil dan kekalahan Vincent Wu, dalam sidang akhbar yang sama pada 4. Januari 2013, Tony Pua juga mengumumkan bahawa mesyuarat pertama CEC pada 16 September 2012 adalah sah. Dalam politik, tiada apa yang berlaku secara tidak sengaja. Jika ia berlaku, mesti ada perancangannya.

Pertemuan pertama CEC pada tanggal 16 Desember 2012 dihadiri oleh Vincent Wu. Pada pertemuan tersebut, para anggota CEC membuat keputusan untuk pemilihan National Chairman, Secretary General, Chairman of the Discipline dan posisi lainnya .

Perlu diingatkan bahawa Vincent Wu telah kalah, tetapi turut terlibat didalam pertemuan pemilihan tersebut. Pada hukumnya pertemuan pertama CEC adalah tidak sah. 

Dalam masa yang sama perlantikan Lim Guan Eng juga tidak sah. Oleh yang demikian apabila tujuan mengkronikan DAP tidah berhasil, mereka menyusun langkah-langkah serta tindakan segera yang perlu diambil.

Seramai 40 orang ahli DAP yang kehilangan kesabaran mereka dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Tony Pua dan Anthony Loke telah bertindak untuk membuat aduan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 14 Januari 2013. Aduan yang dibuat berkenaan dengan tindakan DAP yang gagal memberi masa yang mencukupi kepada notis untuk mesyuarat selaras dengan perlembagaan.

Apabila ditulis dalam bahasa Cina, perkataan "krisis" adalah terdiri daripada dua watak. Satu mewakili bahaya dan satu lagi merupakan peluang.

Berdasarkan 1966 Organisasi, semua pertubuhan yang berdaftar dikehendaki mengemukakan laporan tahunan mereka kepada ROS dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tahunan. Apabila 40 ahli DAP membuat aduan kepada ROS pada 14 Januari 2013, DAP masih belum mengemukakan laporan itu kepada ROS.

DAP akhirnya menghantar laporan mereka kepada ROS seminggu sebelum 60 hari dari tarikh tamat pada 8 Februari 2013.

Laporan yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak disertakan dengan minit mesyuarat CEC pertama yang dihadiri oleh Vincent Wu. Sedangkan dalam mesyuarat itu, Vincent Wu telah terlibat secara langsung dalam pememilih pucuk pimpinan parti itu, termasuk memilih Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Di mana ketelusan dan integriti yang sentiasa dilaungkan oleh Dinasti Lim selama sedangkan mereka mengemukakan laporan palsu kepada ROS.....? 

Mengapa mereka bertindak cara itu dan apa yang Lim Guan Eng cuba lakukan.....? Akan terangkan pada bab seterusnya. - Peter

[ READ MORE ]

Friday, October 04, 2013

Bersama Artis Saat Paling Gembira Saya - TG Nik Aziz

Aku petik artikal ni dari Harakah Daily "Bersama artis saat paling gembira saya - TG Nik Aziz" (klik sini). Saja aku nak kongsi dan nak bagi tau la ni PAS dah semakin kehilangan sokongan.....

Kenyataan Harakah Daily "Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuannya dengan para artis hijrah adalah antara perkara paling menggembirakan sepanjang 23 tahun bergelar Menteri Besar."

Tu dia..... sepanjang 23 tahun bergelar Menteri Besar inilah saat yg paling Pok Nik gembira..... So sepanjang tempoh tu boleh aku simpulkan yg Pok Nik amat sedih dan berduka dgn pentadbiran beliau.....

Namun begitu, kepelikkan yang melampau adalah apabila Pok Nik mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama2 artis. Umum mengetahui, golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ni dan depa memandang hina kpd profesyen seni dan persembahan. Begitu juga dgn aktiviti kebudayaan yg diharamkan di Kelantan kerana kononnya melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kini lain pula ceritanya, dimana artis2 difatwakan oleh Pok Nik utk dijadikan ikon dan contoh kpd masyarakat walaupun depa tak mempunyai ilmu agama yg cukup utk dijadikan contoh.

Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah pondok menolak Pok Nik dan partinya, beliau mengambil langkah populis dgn bersengkongkol dgn artis yg telah merudum populariti mereka. Seolah2 ada satu perjanjian tolong menolong antara artis pro-pembangkang dan para pemimpin PAS. Depa menggunakan artis utk menaikkan imej liberal depa tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya dgn jubah dan serban sudah mampu untuk depa rasakan syurga akan berada di bawah tapak kaki depa.

Pok Nik kini lebih selesa utk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding dgn guru2 pondok dan ulama’ yg selama ni menyokong beliau tetapi telah tersedar dari lamunan permainan kata2 PAS. Jgn kerana terlalu terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama’ seperti mana perjuangan PAS yg terdahulu.


[ READ MORE ]

Pendedahan DAP 6 - Titik Hitam DAP Yang Membawa Kepada Malapetaka Dan Kemusnahan.

Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. 

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. 

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. 

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi. 

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ? 

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. 

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP. 

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut. 

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu. 

Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang. - Peter.

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top