Tuesday, September 11, 2012

KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.


KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.

NEW DELHI, 27 Ogos (Bernama) -- Perbalahan tercetus antara Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh (BHTPA) dan syarikat pemaju Malaysia, Kulim Technology Park Corporation (KTPC), membabitkan tindakan sekatan semula ke atas taman teknologi tinggi pertama di negara itu.

Menerusi tindakan itu, BHTPA merancang membahagikan taman di Kaliakoir di Gazipur itu kepada tiga bahagian dan menawarkannya kepada lebih daripada satu pemaju.

Bagaimanapun, KTPC yang dipelawa oleh BHTPA untuk merundingkan tindakan berkenaan baru-baru ini menulis surat kepada pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikankan taman itu, lapor The Financial Express of Bangladesh hari ini.

Ia berkata syarikat Malaysia itu berhujah bahawa tidak ada peruntukan untuk tindakan berkenaan dalam RFP (permintaan untuk cadangan) dalam dokumen tender projek.

"Tindakan ini melanggar klausa RFP," kata seorang pegawai syarikat itu. 

Sebaliknya, BHTPA dalam surat bertarikh 6 Ogos, memberi amaran kepada pemaju Malaysia itu supaya tidak membuang masa dalam menyelesaikan rundingan mengenai cadangan pembangunan taman teknologi tinggi berkenaan.

Pihak berkuasa berkata ia akan memulakan rundingan dengan pihak lain jika syarikat Malaysia itu gagal menjawab dalam tempoh lima hari (berakhir 11 Ogos).

BHTPA berkata taman teknologi tinggi itu merupakan projek utama kerajaan dan ia tidak dapat menunggu tempoh yang tidak menentu bagi memuktamadkan rundingan bagi membuka taman terbabit.

Sementara itu, sumber-sumber di KTPC berkata mereka berusaha keras untuk menyakinkan pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikan taman itu untuk dimajukan oleh beberapa pemaju.

Syarikat itu dalam surat lain kepada BHTPA, berkata: "Sebagai entiti kerajaan, Kulim Technology Park Corporation bimbang terhadap kesahihan dan dan ketelusan.

Berdasarkan reputasi Kulim di dunia, syarikat itu tidak menjangkakan komplikasi perundangan dan dakwaan rasuah dalam projek semasa atau akan datang.

BHTPA sebelum itu mempelawa mereka yang berminat mengemukakan cadangan bagi membangunkan infrastruktur asas di taman itu, yang akan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penubuhan sektor unit industri ICT, kejuruteraan, elektronik, telkomunikasi, bioteknologi dan sektor lain, kata laporan itu.

Menurut BHTPA, ia akan menyediakan tanah kepada pembida yang berjaya untuk pembangunan infrastruktur dan menarik pengeluar IT dan elektronik terkemuka asing melabur di taman itu dengan memudahkan operasi mereka di Bangladesh.

Di taman itu kelak, pelabur domestik dan asing akan diberikan tanah untuk kegunaan industri atau komersil selain sebagai bangunan kilang standard untuk kilang elektronik, mekanikal serta kilang bersekutu lain.

-- BERNAMA --


Lagu mana nak berkembang pelaburan tu, kalu awai2 lagi dah letak syakwasangka.

Atau mungkin tak glamour nak buat tempat makan angin kalu PAS pegang Kedah lagi.....?

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top