Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Menanti Lebuhraya Rakyat.....

Dah tiga bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas. 

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa tu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ni. 

Ramai yg mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yg tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut. 

Sampai la sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya2 sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang.....? 

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yg dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ni dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.


Hampir setahun kisah projek tersebut diwar2kan kpd umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu bawa ke mesyuarat Exco utk meminta kelulusan. Bukan ka pelik prosedurnya tu……? 

Saling tak ubah seperti seorg pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara org sampai lunyai lepas tu barulah terfikir utk membawa rombongan keluarga utk menemui keluarga wanita malang tu. Tak lagu tu.....? 

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yg banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yg dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yg memberi manfaat kpd rakyat. 

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yg dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya. 

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja. 

Saban tahun rakyat ternanti2 sambil membilang jari entah bila tahunnya projek2 tersebut akan siap utk dinikmati. 

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ni sama saja seperti yg lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yg senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi utk melunaskan 22 tahun amarah dlm hati.

Aku takut derma yg rakyat dok bagi ni akan jadi sama dgn Derma Tabung Memali.....

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top