Posts Terkini

Thursday, January 27, 2011

KTPC Ke Exhibition 0Maritima, Paris.

Tertarik aku bila baca tulisan GMC bertajuk OH..KTPC…!! PATUT LE RUGI !! kah.kahh..kahhh.  Cuma aku nak ulas sikit mudah-mudahan pembaca dapat melihat dengan lebih jelas lagi. Sorry la GMC…

Apa yang aku difahamkan, data di bawah adalah lokasi di mana KTPC melibatkan diri menghantar wakil menghadiri Pameran di Luar Negara antara bulan Jun hingga Disember 2010 :


Negara
Bandar
Exhibition
Dari
Hingga
Malaysia
K Lumpur
MIHAS
23-Jun
27-Jun
Australia
Cairns
AABI/BAIA
12-Sep
15-Sep
Russia
Moscow
CeMAT
28-Sep
1-Oct
Germany
Hannover
Biotechnica
5-Oct
7-Oct
Malaysia
K Lumpur
PSMB
19-Oct
20-Oct
USA
Las Vegas
AAPEX
2-Nov
4-Nov
USA
Orlando
I/ITSEC
29-Nov
2-Dec
India
Ooty
APIN Workshop
29-Nov
1-Dec
France
Paris
Maritima
8-Dec
11-Dec
France
Paris
Microbiota
14-Dec
15-Dec

Peserta yang terlibat  perjalanan ke Paris  (Exhibition Maritima) pada 6 Dis. – 13 Dis. 2010 adalah:


Kos penerbangan
No
Nama
RM
1
Annuar Mohd Saffar (Business Class)
RM18,043.00
2
Ahmad Shiraz Kamarudin
RM17,803.00
3
Muhd Fauzi Abdul Kadir (Economy Class)
RM6,070.00
4
Ahmad Mahmud
RM6,070.00
5
Abdul Rahman Othman
RM6,070.00
6
Abdull Amid Abdull Majid
RM6,070.00
7
Mohd Isnin Ismail
RM6,070.00
8
Hamidah Zainon
RM6,070.00
JUMLAH KOS PENERBANGAN
RM72,266.00

Aku heran pasai pa ramai sangat yang pi exhibition tu…? Adakah nama-nama ni begitu pakar dan arif membawa masuk business ke KHTP…?

Kos Penginapan
Hotel
Novotel Gare Montparnasse, Rue du Cotentin, Paris.
(Confirmation  E96-052Z / E96-03B8)
Check-in
07 Dis.
6 bilik Superior x RM1,180.00 x 5 malam
Check-out
12 Dis.
JUMLAH KOS PENGINAPAN
RM35,400.00

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk menghadiri
Exhibition Maritima di Paris adalah:

RM72,266.00 + RM35,400.00
RM106,666.00
(memang jahanam punya nombor)

Kalau macam ni la punya perbelanjaan satu exhibition di Luar Negara,  cuba banyangkan antara Jun hingga Disember 2010 (7 bulan) ada 8 exhibition Luar Negara, tak tau la aku apa yang berlaku dari 2008 hingga Mei 2010… Dengar kata 2011 lagi hebat…

Jumlah ni tak termasuk lagi dengan alaun perjalanan, makan, pengangkutan dan bermacam-macam alaun lagi. Pendek kata... makan angin dah satu hal... balik mai poket tarak kempis oooo....

Balik mai tak nampak pun hasil dia sampai ke la… Yang aku tau masalah timbul tu banyak laaa… Macam GMC kata… pelan…pelan… kita selam…

Aku nak tambah sikit jawapan pilihan yang GMC bagi tu…

A= Melancong perabih duit Rakyat.
B= Untuk bertemu dengan Razak Baginda.
C= Untuk berbakti pada rakyat yang menyokong mereka.
D= Untuk bersiar-siar selagi ada kuasa..
E= Bersantai selagi ada kuasa.
F= Semua di atas.

Tapi teringin juga aku nak jolok sikit, satu persoalan untuk dijawab oleh yang empunya diri…

Merujuk memo Ahmad Shiraz kepada Tuan Hj Awang (Ruj. MEMO/HANNOVER/07) bertarikh 19 Mei 2010. Lebih kurang bunyinya lagu ni…,

“saya telah memohon agar wang ‘commitment’ sebanyak RM5,000 yg dibayar oleh 3 syarikat yang menyertai pameran tersebut dikembalikan semula berikutan membatalan penyertaan mereka berikutan letupan gunung berapi di Eropah. Walau bagaimana pun, tiada sebarang tindakan di ambil dari pihak tuan berhubung memo tersebut. Sehubungan itu saya memohon agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera”.

Aku dimaklumkan bahawa Ahmad Shiraz telah dihubungi oleh 3 syarikat tu berulangkali, malangnya tiada maklum balas dari pihak Hj Awang. Kalau 1 syarikat RM5,000.00 ni sampai 3 syarikat tak ka mashukkk RM15,000.00…? Sudahkah dipulangkan kembali…? Tolong jawab Tuan HAJI… takkan bekas pegawai bank tak pandai kira duit atau dah lupa etika kerja yang dikatakan pegawai bank tu. Entah-entah kena buang bank pa… PAS tarik masuk jadi Naib Presiden KTPC (Kewangan).

Fikir-fikir...

[ READ MORE ]

Monday, January 24, 2011

Isu Tender KTPC.

Masalah tender di KTPC (2010) masih lagi dok bermain dan berlegar menunding mencari penyelesaian yang tak kunjung tiba. Masing-masing cuba menutup pekung. Teringin aku nak mengintai beberapa permasalahan yang ada. Antarannya:

1.  Di mana berlakunya kelewatan memasang peralatan disebabkan masalah kerana dokumen tender tidak menyebut dengan jelas skop kerja syarikat pembekal tender. Isu CCTV Tender juga terdapat masalah dan ditegur oleh MoF.

2.  Dahulu terdapat Audit Committee untuk menyemak tender di KTPC, tetapi telah dihapuskan oleh Anuar Safar. Syarikat terlibat AsianAutotec juga syarikat yang ada hubungan dengan Anuar Safar (syarikat kroni). Kontrak CNC Waterjet tu dipercayai mereka ini menggunakan syarikat Singapura Bystronic (equipment supplier) untuk sebarang urusan memasukkan wang ke poket mereka sendiri.

Perkara ni kena sabaq sat pasai nak korek maklumat ni susah sikit. Tambah pulak baru-baru ni 19 Januari 2011, Jabatan Audit Negara turun membuat siasatan ke atas KTPC. Kita dedah pelan-pelan.

[ READ MORE ]

Wednesday, January 19, 2011

Pengurusan Dan Pentadbiran Kulim Hi-Tech (KHTP).

Setelah PAS mengambil alih pengurusan KHTP sejak May 2008, mai kita buat analisis mengenai konsep kepimpinan dan pengurusan KHTP dahulu (BN) dan sekarang (PAS).

Kajian ini berkait rapat dengan pelaburan langsung asing kerana tampuk pemerintahan ini ditranslasikan melalui kejayaan dalam membawa pelaburan langsung iaitu Foreign Direct Investment (FDI)dan Domestic Direct Investment (DDI).

Sejak ianya ditubuhkan seawal tahun 1993 di Alor Setar bermula di bawah satu Unit di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), KHTP telah berkembang pesat menjadi kawasan perindustrian yang terkenal di dunia dengan nilai pelaburan anggaran sebanyak RM24 billion (2010). 

Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri pada masa itu telah berjaya menarik Intel untuk melabur, dan selanjutnya ianya amat mudah dipasarkan kerana nama Intel sudah cukup untuk menarik pelabur antarabangsa yang lain ke KHTP.  Pelabur lain yang tidak asing ialah Infineon, Silterra, Fuji Electric dan terbaru sekali First Solar.

Nama syarikat yang menguruskan KHTP ialah Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC).

Melalui pelaburan-pelaburan yang masuk ini, maka wujudlah salah faham sewaktu BN dahulu dan juga PAS sekarang bahawa KHTP adalah ‘lubuk emas’.  Berpaksikan ini jugalah ramai ahli politik UMNO dahulu dan PAS sekarang yang berlumba-lumba melobi untuk berada di KHTP baik diperingkat Ahli Lembaga Pengarah atau peringkat pengurusan.  Semuanya mahu berada di KHTP. Ramai yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi CEO atau Presiden di KHTP mahupun KTPC.

Walau pun UMNO juga cuba untuk berada di dalam pengurusan KTPC, ini tidak dilakukan sewaktu kepimpinan empat Menteri Besar UMNO iaitu Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak dan Mahdzir Khalid.  Pada waktu itu, orang politik atau ‘political appointment’ hanyalah di peringkat Ahli Lembaga Pengarah sahaja.

Peringkat pengurusan dibiarkan kepada golongan professional, di mana waktu itu, Y.Bhg Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin dan pasukan profesionalnya yang mana antara kriteria pada waktu itu memerlukan akauntan bertauliah menjadi GM, Pengurus Kanan atau Ketua untuk Bahagian Kewangan.  Malah Dato Shukri juga adalah jurusan ‘accountancy’ dan memiliki pengalaman luas dalam menguruskan syarikat GLC negeri dan juga ‘science park management company’.  Maka inilah yang dikatakan pengurusan yang professional.

Justru itu, apabila PAS mengambil alih pengurusan KTPC secara rasmi pada September 2008, maka kaedah ini ‘professional appointment’ telah ditukar menjadikan pasukan pengurusan dari kalangan ‘political appointment’.

1.       Haji Muhammad Sobri Osman yang mempunyai MBA (kelulusan tinggi juga) telah dilantik oleh Ustaz Azizan menjadi Presiden KTPC (bukan KHTP), hanyalah merupakan Pengurus Kanan HR di Hitachi Metals (sekarang Renesas) di Kulim dan Pulau Pinang.  Kalau kita bekerja di kilang, jika kita engineer dan ada MBA pulak tu , berada di HR, maka ini merupakan taktik ‘cold storage’ kilang tersebut.  Mungkin kepakaran beliau hanyalah dalam sistem 5S sahaja (6S kalau tambah nama dia sekali), dan tiada pengalaman dalam pengurusan GLC negeri.
 Tuan Hj Mohammad Sobri Osman
 Presiden Kulim HITECH Park (sebenarnya Presiden KTPC)
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani
Pengarah Majlis Tindakan DUN Bakar Arang
AJK PAS Negeri (Lantikan)

2.       Pelantikan Hj Awang Hashim (Mr Broken English) yang merupakan bekas Pegawai Bank di Hong Leong Bank dilantik menjadi Naib Presiden/Vice President iaitu orang yang menjaga perihal Kewangan KTPC.  Perlu diingatkan bahawa kerja di bank tidak sama dengan menguruskan KTPC yang menjadi syarikat mengurus dan membangunkan KHTP.
Bayangkan standard KTPC dahulu, untuk menjadi Ketua Bahagian Kewangan, iaitu yang memerlukan keahlian ACCA dan kelulusan akauntan sudah ditukar oleh PAS kepada hanya pengalaman bekerja di bank dalam satu tempoh yang lama.
 Hj Awang Hashim
Bergaya di samping mesin untuk KTPC dalam lawatan ke Jerman (tarikh seperti di gambar).
Dulu dok di bank mana nak merasa pi tempat-tempat macam ni.

Maka hilanglah profesionalisma pengurusan yang sekian lama telah menjadi tunjang kekuatan KHTP iaitu memiliki pasukan pengurusan berpengalaman dan berkelulusan tinggi dalam bidang masing-masing di KTPC.

Satu lagi yang perlu diberitahu kepada pihak umum bahawa YB Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai), sewaktu mendapat tahu pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah KTPC telah menelefon kepada Setiausaha Syarikat KTPC dan soalan pertama yang diajukan ialah ‘berapa elaun aku?’ dan kedua ialah ‘boleh tak main golf secara percuma?’.  Nah!, inilah pemimpin berjiwa rakyat dari Pakatan Rakyat.  Kita boleh semak dengan Setiausaha Syarikat untuk menentukan kesahihan jika beliau belum lagi hilang ingatan.

Tidak dinafikan bahawa sewaktu zaman UMNO pun terdapat cubaan untuk melakukan ‘political appointment’ tetapi ianya tidak dijalankan, dan ini sebenarnya adalah ‘rahsia kejayaan’ sewaktu pimpinan Dato’ Shukri dan juga orang kanannya pada waktu itu, tak lain dan tak bukan Encik Azaham Abidin.  Mereka juga dibantu oleh pengurusan kanan yang berpengalaman dan bersefahaman dan kurangnya kaki ampu pada masa itu (yang ada kaki ampu cuma dua orang saja masa tu).

Walau pun PAS menyatakan kerajaan dan pengurusan terdahulu mengamalkan rasuah, tetapi pada masa inilah rekod pelaburan tertinggi di KHTP telah dicapai.  Malah masalah infrastruktur seperti elektrik dan air juga adalah minimal.  Sebenarnya semua cerita rasuah ini digembar-gemburkan dalam ceramah PAS sahaja dan kemudiannya mereka sendiri terpengaruh dengan dongeng mereka sendiri.  Sila tanya kepada MIDA Kedah di Alor Setar untuk maklumat lanjut.

Pelaburan Yang Di Terima di KHTP (1996 – 2010)
Tahun
Jumlah Pelaburan
1996
RM1.03 billion
1997
RM926 juta
1998
RM1.144 billion
1999
RM2.785 billion
2000
RM115 juta
2001
RM6.217 billion
2002
0 (Kegawatan Ekonomi_
2003
0 (Kegawatan Ekonomi)
2004
RM5.27 billion
2005
RM1.3 billion
2006
RM566 juta
2007
RM2.084 billion
2008
RM1.440 billion
2009
RM134 juta
2010
RM1.295 billion
Jumlah
RM24.306 billion
(Biru=BN; Hijau=PAS)

Apa yang ingin ditekankan disini ialah ‘give credit where it is due’, dan kerajaan PAS sekarang perlu memberi ‘credit’ kepada kerajaan BN yang mentadbir KHTP melalui KTPC secara yang betul dan mengikut teori pengurusan yang betul, dan hasilnya ialah pencapaian FDI yang memberangsangkan seperti di atas.  Malah untuk mencapai FDI di atas ini, hanya sejumlah RM2 billion telah dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur di KHTP oleh Kerajaan Persekutuan. 

Janganlah menuduh secara melulu dan berusaha mengeluarkan beberapa individu secara paksa dan ‘cold storage’ dari KTPC, sedangkan Kerajaan Negeri sekarang mengamalkan pengurusan ‘nepotisme’ iaitu Presiden KTPC ada pertalian saudara dengan Menteri Besar Kedah melalui isteri beliau

Gembar-gembur aku dengar di mana pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) syarikat yang menguruskan Northern Corridor (Koridor Utara) yang juga merupakan agensi Kerajaan Persekutuan sudah pun diberikan mandat untuk menjalankan kajian kesesuaian (feasibility study) untuk mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri Kedah. 

Ironinya disini ialah Hj Sobri, Presiden KTPC menjadi teramat marah kepada mantan CEO KTPC dan kuncu-kuncunya apabila bila mengetahui bahawa satu cadangan iaitu Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan KTPC dicadangkan oleh Dato Shukri kepada Kabinet Malaysia pada tahun 2008. 

Malah dilaporkan kini Hj Sobri juga berada dalam Jawatankuasa kajian tersebut.  Punca utama cadangan untuk NCIA mengambil alih pengurusan KHTP adalah disebabkan oleh ketidakcekapan Presiden KTPC sekarang dalam menangani krisis ketiadaan air di KHTP yang menyebabkan penutupan beberapa kilang di KHTP (yang belum pernah terjadi dalam sejarah penubuhan KHTP).

Ternyatalah pengurusan di bawah Kerajaan PAS adalah pengurusan yang mengikut emosi sahaja.  Malah VP Kewangan, Hj Awang juga dilaporkan selalu tidak berada di pejabat.  Inilah padahnya menukar pasukan pengurusan kepada ‘political appointment’.

PAS dan juga BN buatlah kesimpulan sendiri dan bertanya adakah Hj Sobri, Hj Awang dan kuncu-kuncunya (Hj Anuar, Hj Fitri, Hj Shahiran, Hj Patrick, Hj Zaidi dan Hajah Laili) masih sesuai untuk berada di KTPC untuk mengurus KHTP secara professional atau mereka ini perlu diganti dengan mereka yang lebih mantap dan dari kalangan anti bodek…….?

Mungkinkah Dato Redza Rafiq, Ketua Eksekutif NCIA ada jawapannya.  Kita sama-sama tunggu dan lihat. 

Semoga padah melantik orang politik ke jawatan tinggi di KTPC tidak berulang lagi di masa hadapan (secara logik pun, orang politik ni tiada masa untuk mentadbir urus KTPC) dan tinggi harapan aku agar KTPC menjadi agensi persekutuan dan tidak berada di peringkat negeri kerana KHTP adalah projek nasional dan telah dibangunkan sepenuhnya dan jayanya oleh Kerajaan Persekutuan.
[ READ MORE ]

Tuesday, January 18, 2011

Gobala Oh Gobala.

Gobala pi India jumpa Saibaba sebab nak pukau Anwar dan Azmin serana nak jawab surat tunjuk sebab 45 mukasurat tu……. Kah…kah…kah… (pinjam gelak tu sat GMC).

Gobala kini dah tersepit, ibarat  diluah mati bapak … ditelan mati mak… dikebam mati pucuk… apabila tempatnya selaku Naib Presiden PKR dirasmpas oleh  N. Surendren di atas arahan Anwar.

Beginilah nasib yang dikatakan seorang pejuang suatu ketika dahulu oleh Anwar. Membela membuta tuli pertahankan Anwar yang kini TERASING sudah. Gobala kena dengar lagu Allahyarhan Surdiman.

Nama Gobala akan hilang begitu saja.

Nak bersama Zahid Ibrahim, dah terlewat sebab jawatan untuk dia dah tak ada.
Nak bersama MIC ibarat menjilat najis sendiri walaupun cuba mengadu dumba dengan Anandan s/o Somasundaram.
Nak ambil balik jawatan Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Ustaz Azizan langsung tak mau pandang muka dia.

Tempat yang paling sesuai rasanya adalah BALAI POLIS. Polis amat berminat sangat dengan mamat ni atas khidmat dan jasa baiknya diperlakukan kepada jabatan kepolisian.

[ READ MORE ]

Monday, January 17, 2011

Sultan Kedah Meminta Rakyat Kedah Sentiasa Berwaspada.


ALOR SETAR 16 Jan. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta rakyat negeri ini agar sentiasa berwaspada dan menolak percubaan pihak tertentu untuk melibatkan baginda dalam apa-apa isu yang berbangkit.

Tuanku Abdul Halim bertitah, peristiwa seperti itu telah berlaku di beberapa tempat lain sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan rakyat.

"Seluruh rakyat diingatkan agar terus memelihara suasana aman damai yang membolehkan kita semua menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing tanpa berasa bimbang dengan ancaman atau gangguan ke atas keselamatan kita," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah-darjah serta bintang-bintang kebesaran di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Pada majlis tersebut baginda berkenan untuk mengurniakan pingat dan darjah kebesaran kepada 83 penerima.

Sultan Kedah bertitah, peristiwa yang berlaku di negara lain hendaklah dijadikan iktibar dan pengajaran oleh rakyat untuk sentiasa memelihara keamanan.

"Beta bersyukur dengan suasana keamanan dan keharmonian antara kaum yang dinikmati di negeri ini.

"Beta yakin ikatan perpaduan yang erat dan kukuh di kalangan penduduk berbilang kaum masa kini dapat menjadi benteng untuk memelihara keamanan," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, baginda ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan perancangan pembangunan sosioekonomi di negeri ini.

"Khasnya kepada Perdana Menteri yang tidak melupai negeri Kedah dalam agenda pembangunan negara.

"Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak seperti pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan, anggota pasukan keselamatan yang membantu semasa banjir besar melanda Kedah pada November lalu," titah baginda.
[ READ MORE ]

Dreba Boss KTPC Songlap Duit.....

Tertarik aku baca artikal GMC pasai BOSS HI-TECH VS MENTERI AMARAN...kah..kahh..kahhhhh. Cekap juga GMC ni korek maklumat. Cuma aku nak tambah sikit…

Dreba Hj Muhd Sobri Osman (President Kulim Technology Park Corporation And Group Of Companies – KTPC) si Umar Bin Ariff bukan saja kena kes songlap duit tapi kaki ponteng kerja jugak.


Aku heran apa besaq sangat kuasa si Umar dreba ni…?

Bagi aku kalau bab monteng kerja tu mungkin tindakan AMARAN KERAS diambil boleh pakai la jugak. Tapi bab songlap RM600.00 sepatutnya dipecat saja dari kerja.

Kalaulah dreba pun taik penipu, boss dia pulak tak tau laaa… Orang perangai macam tu sanggup ambik jadi dreba lagi ka…? Kalau aku la notis 24 jam aku pecat. Buat malu saja.

KTPC mau jugak simpan orang macam ni. Hangpa kena serampah apa dgn puak PAS…?

[ READ MORE ]

Friday, January 14, 2011

Apa Cerita Ni YB Manikumar.......?

Belek punya belek blog..... terbaca aku petikan dari blog sahabat bertajuk Kedah Communication Events (KCE) Pulak...? Antara petikannya berbunyi:

"Sinar Harian bertarikh  08hb. Januari 2011, menyiarkan di muka depan nya berita berhubung kemungkinan Kedah Communication and Events Sdn. Bhd. (KCE) akan di tutup. Krisis GLC yang meruncing makin  menjerat kepimpinan PR dan mencerna bahang kepanasan yang kian menghakis ozon politik negeri."

Dan

Terbaca pula aku petikan dari kenyataan akhbar Sinar Harian bertajuk "Exco sahkan tak tutup KCE ".

Malas aku nak komen, cuma aku harap pembaca dapat mentafsir sendiri apa cerita sebenarnya....... Yang pastinya KCE akan ditutup kalau macam ni punya ayat EXCO walaupun cuba mempertahankannya.

Renung-renungkanlah apa yang aku hilight dalam merah.



ALOR SETAR - Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Communication & Event Sdn Bhd (KCE) tidak akan tutup sebaliknya diberi tempoh untuk mengenal pasti masalah dalaman yang dihadapinya serta untuk membuat penilaian semula dalam beberapa aspek bagi usaha penambahbaikan.

Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar yang juga Pengerusi KCE berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), Datuk Bakar Din di sini, semalam.

KCE tak akan ditutup dalam masa terdekat. Pihak pengurusan KCE diberi tempoh untuk meneliti masalah yang timbul dan perkara itu akan dibincangkan bersama di peringkat atasan,” katanya ketika dihubungi selepas mengadakan mesyuarat bersama PMBKed di Wisma Darul Aman. (Bukan masa terdekat tapi........?)

Menurutnya, desas-desus KCE akan ditutup dalam masa terdekat berikutan semua kakitangannya diberikan notis pemberhentian kerja dan operasi syarikat sejak seminggu lalu, belum muktamad. (Surat telah diberi tapi belum muktamad , apa cerita ni......)

Surat yang diterima oleh pekerja terbabit bukan keputusan muktamad, sebaliknya hanya sekadar pemberitahuan awal. Mesyuarat memutuskan masih ada pilihan lain untuk meneruskan operasi KCE. Perinciannya akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Manikumar berkata, butiran terperinci belum diputuskan dalam mesyuarat itu dan hanya membariskan beberapa opsyen.

Mungkin kita kaji sama ada perlu serapkan pekerja ke agensi Kerajaan Negeri yang lain atau buat pilihan lain jika mahu terus beroperasi,” katanya. (Ayat ni nak cover bagi sedap orang mendengar)

Menurutnya, segala masalah atau perselisihan faham sebelum ini harus dirungkai semula untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Saya percaya ia ambil masa sedikit. Perkara ini bukan mudah seperti disangka. Saya tidak mahu ada pihak teraniaya atau kerugian kerana kajian masih dibuat sama ada harus dikekalkan atau ditutup,” katanya. (Sememangnya bukannya mudah..... majoriti dok dalam KCE semuanya PAS. Cari la kalau ada orang PKR atau DAP kalau ada....... KCE mana tau buat kerja. Dok melangut menadah projek dari MB....... Mana MB tak bengang.......)

Manikumar memberi jaminan akan cuba mempertahankan KCE dengan membuat penyatuan semula dalam semua aspek termasuk pengurusan.

“Saya percaya dan yakin masih ada ruang dan masa untuk semua pihak memulihkan KCE. Buat masa ini, operasi berjalan seperti biasa. Sekiranya ada kekangan tertentu setelah dibuat perincian, barulah kita akan umum kenyataan rasmi,” katanya. (Apa akan jadi pada mereka yang dapat notis dah ni......?)

Menurutnya, beliau akan memperincikan semula hala tuju dan masa depan KCE untuk diketengahkan dalam perbincangan akan datang.

Dalam perbincangan itu memang wujud ketidaktentuan dalam komunikasi antara pengurusan KCE dan PMBKed. Bukan masalah besar dan boleh diselesaikan. Saya mempunyai harapan besar pada KCE dan yakin sepenuhnya pada peneraju PMBKed,” katanya. (Sememangnya ada masalah laaa)

Manikumar berkata, akan akur pada keputusan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kelak.

“Saya percaya apa jua keputusan kelak pasti ada rasionalnya. Selagi saya memikul tanggungjawab ini, saya akan lakukan seperti yang diamanahkan,” katanya. (Kalau tak silap ayat yang sama YB Radzhi dan YB Tan Wei Suu guna masa depa jadi EXCO dulu)

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan KCE mungkin ditutup dalam masa terdekat setelah dipercayai mengalami kerugian RM4 juta sejak diambil alih Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR). KCE dipertanggungjawabkan membantu Pejabat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri amnya, dalam pelbagai bidang yang merangkumi media, komunikasi dan penganjuran acara.

KCE diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hisham Nordin dan Pengurus Besar, Ahmad Yani Bakar yang turut bertindak sebagai jentera perhubungan awam dan korporat Kerajaan Negeri di samping mewujudkan sistem perpustakaan maklumat dan bahan hebahan untuk maklumat awam.

Dipetik dari :  sungguhka sebagai bahan simpanan dan rujukan.
[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top