Tuesday, September 11, 2012

KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.


KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.

NEW DELHI, 27 Ogos (Bernama) -- Perbalahan tercetus antara Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh (BHTPA) dan syarikat pemaju Malaysia, Kulim Technology Park Corporation (KTPC), membabitkan tindakan sekatan semula ke atas taman teknologi tinggi pertama di negara itu.

Menerusi tindakan itu, BHTPA merancang membahagikan taman di Kaliakoir di Gazipur itu kepada tiga bahagian dan menawarkannya kepada lebih daripada satu pemaju.

Bagaimanapun, KTPC yang dipelawa oleh BHTPA untuk merundingkan tindakan berkenaan baru-baru ini menulis surat kepada pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikankan taman itu, lapor The Financial Express of Bangladesh hari ini.

Ia berkata syarikat Malaysia itu berhujah bahawa tidak ada peruntukan untuk tindakan berkenaan dalam RFP (permintaan untuk cadangan) dalam dokumen tender projek.

"Tindakan ini melanggar klausa RFP," kata seorang pegawai syarikat itu. 

Sebaliknya, BHTPA dalam surat bertarikh 6 Ogos, memberi amaran kepada pemaju Malaysia itu supaya tidak membuang masa dalam menyelesaikan rundingan mengenai cadangan pembangunan taman teknologi tinggi berkenaan.

Pihak berkuasa berkata ia akan memulakan rundingan dengan pihak lain jika syarikat Malaysia itu gagal menjawab dalam tempoh lima hari (berakhir 11 Ogos).

BHTPA berkata taman teknologi tinggi itu merupakan projek utama kerajaan dan ia tidak dapat menunggu tempoh yang tidak menentu bagi memuktamadkan rundingan bagi membuka taman terbabit.

Sementara itu, sumber-sumber di KTPC berkata mereka berusaha keras untuk menyakinkan pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikan taman itu untuk dimajukan oleh beberapa pemaju.

Syarikat itu dalam surat lain kepada BHTPA, berkata: "Sebagai entiti kerajaan, Kulim Technology Park Corporation bimbang terhadap kesahihan dan dan ketelusan.

Berdasarkan reputasi Kulim di dunia, syarikat itu tidak menjangkakan komplikasi perundangan dan dakwaan rasuah dalam projek semasa atau akan datang.

BHTPA sebelum itu mempelawa mereka yang berminat mengemukakan cadangan bagi membangunkan infrastruktur asas di taman itu, yang akan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penubuhan sektor unit industri ICT, kejuruteraan, elektronik, telkomunikasi, bioteknologi dan sektor lain, kata laporan itu.

Menurut BHTPA, ia akan menyediakan tanah kepada pembida yang berjaya untuk pembangunan infrastruktur dan menarik pengeluar IT dan elektronik terkemuka asing melabur di taman itu dengan memudahkan operasi mereka di Bangladesh.

Di taman itu kelak, pelabur domestik dan asing akan diberikan tanah untuk kegunaan industri atau komersil selain sebagai bangunan kilang standard untuk kilang elektronik, mekanikal serta kilang bersekutu lain.

-- BERNAMA --


Lagu mana nak berkembang pelaburan tu, kalu awai2 lagi dah letak syakwasangka.

Atau mungkin tak glamour nak buat tempat makan angin kalu PAS pegang Kedah lagi.....?

[ READ MORE ]

Monday, August 13, 2012

Menanti Lebuhraya Rakyat.....

Dah tiga bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas. 

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa tu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ni. 

Ramai yg mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yg tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut. 

Sampai la sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya2 sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang.....? 

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yg dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ni dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.


Hampir setahun kisah projek tersebut diwar2kan kpd umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu bawa ke mesyuarat Exco utk meminta kelulusan. Bukan ka pelik prosedurnya tu……? 

Saling tak ubah seperti seorg pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara org sampai lunyai lepas tu barulah terfikir utk membawa rombongan keluarga utk menemui keluarga wanita malang tu. Tak lagu tu.....? 

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yg banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yg dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yg memberi manfaat kpd rakyat. 

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yg dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya. 

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja. 

Saban tahun rakyat ternanti2 sambil membilang jari entah bila tahunnya projek2 tersebut akan siap utk dinikmati. 

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ni sama saja seperti yg lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yg senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi utk melunaskan 22 tahun amarah dlm hati.

Aku takut derma yg rakyat dok bagi ni akan jadi sama dgn Derma Tabung Memali.....

[ READ MORE ]

Saturday, August 11, 2012

DAP Golongan Khawarij Cina Mahu Hapuskan Islam.


Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.

Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa'amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebuta sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia.

Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya.....?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam.....?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan 'tahaluf siyasi'.

PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.  

Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat. Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.

Tidakkah PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu.....?

Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu.....?

Tidakkah insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional.....?

DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.

Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka. Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.

Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!

Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij. Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra. 

Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia. DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.

Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud. 

[ READ MORE ]

Monday, July 23, 2012

MB Kedah Nak Tuntut RM5 Juta Tunggakan Duti Hiburan Dari Underwater World Langkawi (UWL).....

FLASHBACK KHTP: MASALAH AIR YG TAK PERNAH BERLAKU DI ZAMAN BN TAPI DAH LIMA KALI BERLAKU DALAM MASA TIGA TAHUN DI BAWAH PAS KEDAH SEJAHTERA

MB Kedah baru2 yg termalu akibat dari isu PKNK membeli saham FGVH tanpa pengetahuan beliau nampaknya nak ‘cover line’ dgn mengeluarkan isu tanah FELDA di Kedah dan juga mengumumkan akan menuntut sejumlah RM5 juta cukai tertunggak dari UWL (nak divert dari kontroversi isu FGVH), tapi sudah lupa bahawa di atas mejanya juga terdapat surat dari KITA yg menuntut kerugian kilang2 di KHTP sebanyak RM53 juta dari Kerajaan Negeri Kedah yg langsung tak dilayan oleh beliau, walau pun kerugian itu disebabkan oleh kecuaian oleh KTPC dan JBAK (Jabatan Bekalan Air Kedah, sekarang dikenali dgn SADA) sejak dari 2009.

Bagi menyegarkan ingatan ahli PAS Kedah yg sentiasa menuduh semua yg tak baik seperti masalah air kpd kerajaan terdahulu, sukacita diingatkan bahawa krisis air yg berlaku di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sejak hujung tahun 2009 adalah di bawah tanggungjawab kerajaan PAS yg menyebabkan kilang2 di KHTP terpaksa menghentikan operasi selama beberapa hari (shutdown).

Secara ringkasnya, terdapat 5 peristiwa penting masalah bekalan air KHTP yg telah dihadapi semasa PAS memerintah Kedah (2009 – 2011) seperti berikut:

MASALAH BEKALAN AIR DI KULIM HI-TECH PARK

1.   Krisis Air pada 13 Oktober 2009

Pada 13 – 15 Oktober 2009, bekalan air terputus lanjutan drp “Altitude Valve” yg tak berfungsi di “Reservoir” Bukit Jelutong.

6 buah kilang yg mengalami kerugian yg teruk iaitu: 

    i.   Intel Products (M) Sdn. Bhd.
    ii.  Fuji Electric (Malaysia) Sdn. Bhd.
   iii.  Hoya Electronics Malaysia Sdn. Bhd.
   iv.  AIC Semicondustor (m) Sdn. Bhd.
    v.  Showa Denko HD (Malaysia) Sdn. Bhd.
   vi.  Toyo Memory Technology Sdn. Bhd.

KHTP
Ind Zone Phase
13 Oct
14 Oct
15 Oct
Loss (RM)
Fuji Electric
1
X
X
X
35,000,000
Hoya
1
X
X
X
4,2000,000
AIC
1

X
X
250,000
Intel
1

X

12,600,000
Toyo Memory
2

X

175,000
Showa Denko
2

X

1,000,000
X = Shutdowns
Total Estimated Losses = RM53,225,000

2.   Low-Water Issue due to Faulty Valve at Hoya Electronics on 31.12.09

Low water pressure had interrupted some of the production in Hoya Electronics, Kulim Hi-Tech Park. 

Issue happened in the early hours of 31.12.09. Hj Rosli received the issue notification at about 8.30am. After investigation by a SADA contractor on the same day, the issue was pinpointed to a dropped spindle that had held the sluice in the gate valve housing. Water pressure returned to normal when the contractor had reopened the sluice to allow water to flow normally again on the same day at 3.00pm. 

On 1/1/2010, Hj Sobri visited Hoya to personally inspect and assess the site of the faulty gate valve. (Nota: Hoya mengalami masalah air kali ke 2

3.   Low Water Issue at Fuji Electric on 14 January 2010

Water pressure issue in FUJI ELECTRIC, Kulim Hi-Tech Park.

Issue happened on 14.1.10. Hj Rosli received the issue notification at about 12.00 noon. After investigation by a SADA contractor on the same day, drop in water pressure most probably due to “air lock” along the main line since water level at Bkt Sera Reservoir is consistent above 4m level. Water pressure gradually returned to normal at 4.30pm and stabilize on the same day at 7.00pm.

4.   Krisis Air pada 5 Februari 2010

Pada 5hb Februari 2010, tiga (03) kilang fabrikasi wafer (Infineon, Silterra & FUJI Electric) terpaksa ditutup operasi lanjutan drp kandungan “TOC (Total Organic Carbon)” yg tinggi. 

Spesifikasi/Parameter kualiti air yg dibenarkan berbanding kualiti air yg telah dibekalkan pada 5hb Februari 2010 kpd kilang-kilang yg terlibat adalah seperti berikut:

No
Syarikat
Paras TOC Yg Dibenarkan
Paras TOC Semasa Kejadian
1
Infineon
5 ppb
Melebihi paras yg dibenarkan (ppb = part per billion)
2
Silterra
2 ppb
3
Fuji
2 ppb

Kronologi krisis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh
Masa
Tempat
Deskripsi
2/2/10
7pm
Fuji
Bacaan mendapati Paras TOC yg tinggi.
4/2/10
2 pm
Infineon
TOC mencapai tahap maksima.
5/2/10
3 am
Silterra
TOC melebihi paras maksima operasi dihentikan
5/2/10
5 am
Infineon
TOC melebihi paras maksima operasi dihentikan
5/2/10
8 am
Fuji
TOC melebihi paras maksima operasi kilang dihentikan
5/2/10
10.30am
KTPC
Meeting: KTPC, SADA, Infineon, Silterra, Fuji, Intel.
5/2/10
3.10 pm
KTPC
Meeting: KTPC dan SADA
5/2/10
4.00pm - 6.00pm
Infineon/
Silterra/
FUJI
Lawatan ke kilang terlibat (Loji Rawatan Air Kilang) oleh KTPC & SADA.
6/2/10
12.00pm
Silterra
Bacaan TOC masih tinggi.
6/2/10
1.00 pm
Fuji
Bacaan TOC tak stabil.
6/2/10
1.00 pm
Infineon
Bacaan TOC masih tinggi.
6/2/10
1.30 pm
Infineon
60% produksi kilang beroperasi utk. non-critical or non-sensitive products.
6/2/10
2.00 pm
Fuji
Kilang beroperasi semula. TOC:  <2ppb.
6/2/10
4.30 pm
Silterra
Kilang beroperasi utk non-sensitive products.

Pihak Infineon memaklumkan bahawa kerugian yg terpaksa ditanggung lanjutan drp pemberhentian operasi adalah sebanyak EURO 1 Juta sehari dan pihak mereka juga terpaksa menukar sistem penapis di kilang mereka yg berjumlah RM 500,000.00.

5.  SADA menaikkan tarif air di KHTP dari RM1.00 se cubic meter ke RM1.05 ke RM1.20 se cubic meter walau pun di minta menunda kenaikan itu ke tahun 2013, hingga menyebabkan kilang2 di KHTP dikenakan notis pemotongan bekalan air seperti berita di bawah:


The Star, Friday September 9, 2011
Four Kedah companies refuse to pay water bill

ALOR SETAR: Four companies in Kulim Hi-Tech Park are refusing to pay their August water bill amounting to RM600,000 as they want Darulaman Water Company Sdn Bhd (SADA) to use the old rate approved by the state 15 years ago.

The four companies which produce electronic and software products, claim that they should be paying a flat rate of RM1 per cubic metre as agreed, compared to the new tariff which is from RM1.05 until RM1.20 based on usage amount.

SADA Chief Executive Officer Datuk Adzmi Din said the companies did not pay their August bill and insisted that SADA stick to the RM1 water rate agreement which will end in 2012.



IMPLIKASI MASALAH BEKALAN AIR DI KHTP.

Paras air rendah di kedua Kolam Takungan Bukit Sera (R2 & R3) yg membekal keseluruhan air di kawasan industri Fasa 1 & 2 adalah penyebab kpd tiada bekalan air.

Kejadian ini menjejaskan dayasaing KHTP dalam menarik pelaburan baru. Walaupun kapasiti Loji Air Kulim Hi-Tech di Pinang Tunggal sebanyak 150 MLD (million litre daily) adalah jauh melebihi penggunaan harian keseluruhan industri sebanyak 43 MLD pembekalan air ini tak licin dan menjejaskan operasi kilang.

Perkara yg perlu diberi tumpuan adalah penyenggaraan secara berkala oleh pihak Jabatan Bekalan Air Kedah.

Status KHTP sebagai “CYBERCITY” jika mengikut takrifan adalah terjejas memandangkan bekalan air hanya dapat dibaikpulih 52 jam selepas kejadian berlaku. (Klausa “CYBERCITY”, ianya perlu dipulihkan/dikembalikan didalam masa 24 jam).

Kesimpulan.....

Walau pun PAS hanya pegang Kedah tak sampai 5 tahun, terdapat lima krisis air yg amat serius di KHTP dlm tiga tahun (2009-2011), sedangkan tiada masalah yg dihadapi selama 12 tahun bersama BN. Malah  berjaya menarik minat pelabur2 ke KHTP dgn menawarkan tarif air yg istimewa berbanding kawasan industri lain. 

Khabarnya masalah asalnya adalah disebabkan bekalan air dari Loji Bukit Jelutong yg dikhaskan utk KHTP (yg terletak di Sg Petani) telah di "Divert" utk turut membekalkan air ke kawasan Sg Petani. Persoalannya, mengapa bekalan "dedicated water supply" ke KHTP terpaksa kena "share" bekalan dgn penduduk Sg Petani.....?

Kepada MB KEDAH: 

SILA LAYAN TUNTUTAN KERUGIAN KILANG2 DI KHTP DI ATAS MEJA USTAD (RM53 JUTA) DAHULU SEBELUM MENGUMUMKAN AKAN MENUNTUT TUNGGAKAN DUTI HIBURAN RM5 JUTA DARI UNDERWATER WORLD LANGKAWI.

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top