Posts Terkini

Saturday, August 31, 2013

Lelaki Rampas Bendera Sang Saka Malaya.....


Terbaik bro..... terima kasih bro..... selamat hari merdeka bro.....

Mohon diperkenalkan identiti bro ni utk kita sama2 berbangga dgn sikapnya.... negara tumpahnya darahku amat mengalu2kan sikap sebegini.....


[ READ MORE ]

Anuar Safar Sebagai "Caretaker" KTPC.....?


Setelah Hj Sobri xCEO KTPC mininggalkan KTPC akhirnya "Caretaket" sementara dah dilantik menjawat tugas CEO seperti yg telah ditulis dlm blog Gunung Mat Cincang atas tajuk "
HI-TECH... DATUK MUKRIS TOLONG CHECK SAT DGN YB UMNO NEI....??" (klik sini)

Aku bersetuju sangat seperti apa yg dituliskan oleh GMC tu, pasai banyak artikal2 dlm blog ni menceritakan siapa sebenarnya Anuar Safar ni.....

Disebabkan sokongan kuat oleh YB Puan Sabrina, Exco IT Kedah, PKNK telah menyerah tugas 'caretaker' KHTP kepada Anuar Safar. Tugas caretaker hanyalah sementara sahaja menunggu kemasukan CEO yang baru tak lama lagi.

Anuar Safar tidak boleh membuat pemindaan, memberi kenaikan pangkat atau apa2 penukaran pun. Tiada kuasa langsung hanyalah boleh approve setakat RM30k sahaja. Itu sahaja.

Dilaporkan juga kemungkinan CEO baru ni juga asalnya yg pernah bekerja di KTPC jugak. Tetapi disebabkan tekanan politik dan ramai calon2 yg menyatakan minat utk menjawat jawatan CEO itu (walau pun kurang kelayakan), Kerajaan Negeri nampaknya amat berhati2 menangani isu lantikan CEO KHTP baru ini dan adalah dijangka akan menunggu sehingga selesainya mesyuarat UMNO Bahagian seluruh Malaysia pada 19 Oktober 2013 untuk sebarang pelantikan.

Walaupun aku ni bukannya YB, nasihat aku pada EXCO YB Sabrina..... perlu mengenali sepenuhnya siapa tu Anuar Safar. Manusia ni ibarat Musang Berbulu Ayam di KHTP. Boleh dikatakan semua kakitangan KHTP cukup kenal dan masak dgn perangai Anuar Safar ni.....

Tok Mukhriz mungkin dapat menilai siapa sebenarnya yg layak memegang jawatan CEO KHTP, tapi secara peribadi, aku fikirkan apa salah kiranya bawa pulang anak watan Kedah yg telah membawa masuk banyak pelaburan di Senai.....

p/s..... Hj Sobri dilaporkan masih mencari kerja dan mungkin berpatah balik menjadi konsultan TQM kpd PKNK.

[ READ MORE ]

Friday, August 30, 2013

Top 10 Pemimpin Yang Akar Umbi Mahu Mereka Berundur Supaya Umno Lebih Kuat…..!

Selama lebih 2 minggu Keris telah membuat kaji selidik di kalangan orang UMNO secara verbal dalam majlis-majlis UMNO. Bertanya kepada akar umbi siapa pada mereka perlu undur diri demi kesejahteraan dan kemajuan UMNO.

Mula-mula Keris nak cakap ini dari akar umbi. Bukan Keris suka-suka nak hentam mana-mana pihak. Apapun mari kita lihat siapa 10 nama paling banyak Keris dengar untuk ditukar :

10. Dato' Sulaiman Mohd Karli


Beliau dikatakan punca kekalahan paling teruk di Kuala Langat dan sejak 2008, UMNO Bahagian Kuala Langat menjadi antara bahagian bermasalah. 

DKS....dia ni suka bergerak sendirian tanpa sayap pemuda,wanita dan puteri. Ada kedekut sikit.....





9. Dato' Shaziman Abu Mansor 


Ahli Parlimen Tampin. Apa salah YB ni ya? Ikut orang cakap dia antara MT yang gagal. Hmm…..










8. Dato' Sri Dr Ir Jamaluddin bin Mohd Jarjis 


Ketua UMNO Bahagian Rompin ini sebenarnya disukai di bahagian dia sendiri. Namun ada suara-suara mengatakan dia merupakan 'pencatur calon' pada PRU13 yang lepas membuatkan akar umbi menolak dia untuk MT.










7. Datuk Zainal Abidin Osman


Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Sebab musabab dia ditolak adalah sifat 'ignorance' dia terhadap kepimpinan Pulau Pinang. Apa masalah sebenar dia mesti orang UMNO Pulau Pinang lebih mengetahui. Lagipun BN Kalah di Pulau Pinang, boleh tukar kot untuk idea dan strategi baru.







6. Dato' Tajuddin Abdul Rahman


Ahli Parlimen Pasir Salak yang sudah berapa penggal. Antara veteran UMNO yang patut sudah boleh angkat kaki dan beri peluang kepada anak muda. Dia juga terkenal sebagai orang yang memalukan BN di dalam Parlimen Malaysia bila mudah baran dan suka maki.

DKS.....dia saja yg betoi, berlagak samseng, apa pun janji asukkkkk.....






5. Dato' Hj Tajul Urus B Hj Mat Zain


Gagal di bahagian sendiri. Terus terang orang yang sombong dan angkuh. Bercakap berdasarkan pengalaman. Sepak kamera kawan Keris tapi tak minta maaf. Siap jeling lagi. Ini nak menerajui kepimpinan UMNO?

DKS.....Cukup pandai bermuka2. Kalu sapa2 nak jadi Exco Kedah boleh tanya dgn mangkok hayun ni lagu mana caranya….. 






4. Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee 


Seorang Ketua Bahagian yang sangat aktif dalam mencari kesalahan orang lain. Kerja dia kritik, kritik, kritik. Bahagian sendiri sampai sudah tak menang-menang tapi dok sibuk cerita pasal bahagian orang lain. Lagipun takkan tak ada orang lagi dekat Cheras yang boleh bagi formula memenangkan BN? 

DKS.....pintu belakang penting nak hidup.....



3. Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin 


Gagal di Gombak maka sebagai orang bertanggungjawab, sudah pasti dia harus berundur demi memastikan BN merampas kembali Gombak. Lagipun Gombak bahagian yang bermasalah selepas Kuala Langat. 

DKS.....pelakon handalan.....





2. Y.B Dato’ Ir Mohd Zin Mohamed


Pemimpin UMNO Selangor yang bukan anak jati Selangor. Harus bertanggungjawab diatas kekalahan Selangor buat penggal yang kedua. Dia juga dikhabarkan sebagai 'pencatur calon' yang akhirnya memusnahkan UMNO Selangor. Manusia yang memalukan Perdana Menteri ketika itu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Dia sendiri kalah di Sepang dengan wakil rakyat PAS yang perangai buruk.


1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Ada ramai ahli-ahli Wanita kata pada Keris, Shahrizat sudah tiba masanya untuk berundur. Terlalu banyak kontroversi yang mana melemahkan sayap Wanita UMNO. Dia juga kalah pada Nurul Izzah dan tidak tercalon pada PRU13 (bukan winnable candidate kot?). Sampai bila persepsi negatif terhadap Wanita UMNO harus ditanggung oleh akar umbi? Banyak kelemahan dia telah menjadi bayangan kepada Wanita UMNO. Nak simpan lagi?






Mungkin ada yang rasa perlu letak orang lain dalam Top 10 ini tapi macam Keris cakap ini semua suara akar umbi. Rais Yatim, Rafidah Aziz, Bushro semua 'gentleman' untuk beri peluang pada orang lain.

Formula baru diperlukan dengan kepimpinan yang lebih efisien. Bukan dengan kekalkan yang kita tahu sudah kalah. Kenapa nak simpan orang yang diberi peluang memimpin namun gagal?

Ehsan dari: kris7lok

[ READ MORE ]

Wednesday, August 28, 2013

Anwar Tak Senang "ANWARINAS" Semakin Berkurangan.....?


Sejak perletakan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, juak-juak Anwarinas semakin TERPINGGIR dibawah Menteri Besar yang baru, Datuk Ahmad Yakob....Perlantikan Husam Musa ke dalam Exco Kelantan ditolak mentah-mentah oleh DYMM Sultan Kelantan, walaupun 'Kambing Jamnapari' ini cuba konar baring dengan kenyataan rasmi tidak mahu sebarang jawatan dalam kerajaan negeri......Memang cukup parah ... Anwar semakin gusar, tiada seorang pun wakil Anwarinas dalam pentadbiran kerajaan negeri PAS Kelantan. 

Lebih menggusarkan lagi apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilihat lebih banyak memuji Kerajaan Pusat dengan perlaksanaan beberapa projek pembangunan untuk rakyat marhaen.

Tampak seperti wujud jalinan mesra kerjasama di antara BN Kelantan dan kerajaan negeri. Gedebak gedebuk pun, rakyat Kelantan juga yang mendapat faedah sekalipun berlainan fahaman politik. 

Dan Anwar sememangnya tidak menyukai "cara pujian sipi-sipi" Datuk Ahmad Yakob terhadap Kerajaan Pusat dan BN Kelantan...Dalam waktu Anwar Ibrahim kelam kabut mahu menyusun "juak-juak Anwarinas" dalam kerajaan negeri Kelantan, media rasmi PAS Harakah Daily telah menerbitkan satu artikel yang boleh disifatkan sebagai mahu "mengajar" Ketua Umum PKR agar jangan suka membelakangkan rakan parti dalam pembangkang. Jangan suka "main belakang"lah secara umumnya.

Ironinya ...
_________________________________________________________________________________

Artikel ini dikeluarkan pada hari yang sama sewaktu ketibaan Anwar Ibrahim kebumi Kelantan, 26 Ogos 2013. 

Ayat paling tak tahan ... 

“Kalau dahulu IDEA KERAJAAN PERPADUAN saya marah, namun sekarang saya melihat seperti ada keperluan,” hujahnya. Akhirnya terlihat beliau sekarang menjadi pendokong ortodok perjuangan Melayu. Beliau tinggalkan PKR kerana tidak yakin multiracial party. 

sumber : HAPRAKDAILY 
_________________________________________________________________________________

Suka atau tidak, artikel yang dikeluarkan pada hari yang sama sewaktu ketibaan Anwar di Kelantan adalah SATU TAMPARAN DAN TERAJANG terhadap beliau sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang dalam isu KERAJAAN PERPADUAN.


Suka atau tidak, artikel yang dikeluarkan pada hari yang sama ini menunjukkan PAS mahu mengajar Anwar Ibrahim agar jangan kerap 'PIJAK KEPALA, MAIN BELAKANG', membelakangkan rakan parti pembangkang yang lain. Depan cakap lain ... belakang MAIN BONTOT PAS, DAP.

Suka atau tidak, artikel yang dikeluarkan pada hari yang sama ini CUKUP JELAS menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah seorang yang TIDAK BOLEH DIPERCAYAI kata-katanya, apatah lagi janji yang dibuat.

Suka atau tidak ... Anwar Ibrahim telah dimalukan dan ditelanjangkan oleh PAS. Mana lu nak letak muka Anwar ... PAS dah MAIN BONTOT lu balik.

Ehsan dari : Kak Yong Shariena IV

[ READ MORE ]

Tuesday, August 27, 2013

UMNO Perlu Membuat Perubahan.....

Takdir ALLAH, Pakatan kalah. Walaupun berlaku peningkatan jumlah kerusi pada Pakatan, namun ianya tidak terjadi pada PAS dan PKR. Sebaliknya hanya kepada DAP. Lebih memalukan, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang pun atas ihsan DAP yang memiliki suara dan kuasa paling dominan dalam Pakatan.


Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dlm PRU13 yang lalu. 

Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kpd UMNO, org2 Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ni kebelakangan ni.


Seimbas membaca blog2 yg menyokong UMNO akhir2 ni, kita tak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu2, yg sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dgn cara menempelak keras. Menepis bahawa perasaan ragu2 itu sebagai ‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak. Seharusnya, pengajaran ni telah pun difahami dgn baik oleh UMNO dlm PRU12.

Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yg diragui oleh org2 Melayu terhadap parti ni. 

Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger.....?

Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yg membawa rentak yg sama dgn blog2 itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut.....?

Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yg diperhatikan oleh org2 Melayu secara dekat pada hari ni ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC.

Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yg dikhuatiri oleh org2 Melayu dlm semua isu ni.


Secara dasarnya, org2 Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yg semakin menjadi2 pada hari ni adalah berpunca dari keputusan kerajaan utk tunduk kpd tekanan pembangkang dan org-org Cina.

Org Melayu yg telah dikejutkan dgn tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yg dilihat bakal membuka lebih ruang kpd org2 seperti Namewee utk menghina Islam dan Melayu.

Ternyata apa yg dikhuatiri itu benar2 berlaku. Begitu juga dgn peningkatan kadar jenayah yg berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kpd pembangkang dgn menghapuskan Akta EO dan ISA. Kerajaan mungkin menafikan yg penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera utk memberi berbagai alasan utk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan.

Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tak mampu mengembalikan keyakinan org-org Melayu terhadap UMNO, sekurang2nya setakat hari ni.

Bagaimanapun, setakat hari ni juga, harapan terus diberikan kpd UMNO kerana org2 Melayu tak mampu mempercayai PR utk membela nasib mereka. Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan org2 Cina menjadikan org2 Melayu bimbang terhadap keputusan yg bakal diambil oleh kerajaan dlm isu-isu yg berkaitan ekonomi, terutama TPPA.
Org2 Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yg bersekutu dgn kuasa besar utk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kpd kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dlm strategi kuasa besar utk menguasai ekonomi negara ni.

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, org-org Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kpd org-org Cina utk menguasai GLC dan juga jawatan2 penting di dlm kerajaan. Ni kerana org2 Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dlm pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.

Kebimbangan org2 Melayu terhadap sikap perkauman org Cina ternyata berasas apabila org2 Cina menolak Barisan Nasional mentah2 dlm PRU13 yg lalu walaupun setelah diberikan hampir segala2nya oleh kerajaan.


Berdasarkan senario ni, mana2 individu yg ingin bertanding dlm pemilihan yg akan datang wajib menangani persepsi ni dgn baik. Sikap sesetengah pihak yg terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak.

Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dlm menghadapi pemilihan ni akan turut memberi kesan kpd pilihanraya yg akan datang. Apa guna menang dlm pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal.....?

Org2 Melayu ingin melihat UMNO yg menepati slogan "transformasi" dari segi minda dan sikap.

Transformasi tak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dgn cara meningkatkan lagi semangat juang yg asal serta mengadaptasinya dlm mengharungi zaman utk kekal menjadi pemerintah di negara ni.

Mampukah UMNO memilih pemimpin yg menepati ciri2 "transformasi" ni.....?


[ READ MORE ]

Soalan Nombor 8 Sidang DUN Kedah Hari Ini.....


Berapakah jumlah Lesen Hiburan yg diluluskan sepanjang "Pentadbiran Cara Islam" PAS di Negeri Kedah dari selepas PRU12 sehingga ke PRU13.....?

Jawapan yg diberi.....

1.       Kotar Setar 42
2.       Kuala Muda 235
3.       Kulim 45
4.       Kubang Pasu 26
5.       Baling 17
6.       Sik 1
7.       Padang Terap 32
8.       Langkawi 158
9.       Yan 0
10.   Pendang 11
11.   Bandar Baharu 5
12.   Pokok Sena 5

Pungutan Hasil Cukai Hiburan

2008 : RM 714,543
2009 : RM 2,258,869.90
2010 : RM 2,997,423.45
2011 : RM 4 juta ++
2012 : RM 4,028,078.70

Sebanyak 577 Lesen Hiburan diluluskan sepanjang “Pentadbiran Cara Islam” PAS di Negeri Kedah dari selepas PRU12 sehingga ke PRU13.

Hasil Pungutan Cukai Hiburan pula mencecah ke RM 14 juta yang tidak diasingkan sebagai Pendapatan Negeri..


Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri BN la…..?

1.       Tiada Lesen Hiburan baru yang berbentuk Maksiat akan diluluskan.
2.       Pemantauan & Penguatkuasaan Undang Undang akan dibuat oleh PBT & PDRM.

Ingat PAS Ingat Maksiat…..!

[ READ MORE ]

Phahrolrazi Zawawi Minta Isu KUIN Ditamatkan Pada Sidang DUN Kedah.....


Teringat aku tulisan Zul Yahaya pasai KUIN yg cuba menyalahkan kerajaan Kedah sekarang tentang permasalahan KUIN.

Rata MACAI PR menuding jari menyalahkan UMNO tidak amnil berat pasai KUIN.....
_________________________________________________________________________________

Sebahagian tulisan Zul Yahaya dlm Harakahdaily bertajuk:

Zulkifli Yahaya,  04 Ogs 2013 

AKHIRNYA Kulliyah Muamalat yang menjadi kelompok terakhir bertahan di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kuala Ketil juga diarah berpindah kembali ke Alor Setar. Bermakna selepas Aidilfitri nanti kosonglah kembali kampus induk Kuin yang telah dirasmikan oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong penghujung tahun lalu. 

Apa ertinya apabila kampus induk Kuin yang tersergam indah di Kuala Ketil itu dikosongkan oleh kerajaan negeri? Pertama, ia bermaksud kerajaan Umno tidak berminat lagi untuk menjadikan kampus induk tersebut untuk kegunaan Kuin. Kampus di Kuala Ketil adalah simbol kejayaan kerajaan lalu membangunkan sebuah institusi pendidikan tanpa sesen pun bantuan Pusat. 

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, BN cuba mematikan pembangunan yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dahulu. 

Secara tidak langsung mereka tidak mahu lima tahun Pakatan memerintah Kedah meninggalkan kesan fizikal terhadap Kedah. 
_________________________________________________________________________________

Tetapi pada hari ini.....

ADUN PAS Phahrolrazi Zawawi minta Isu KUIN ditamatkan pada Sidang DUN Kedah sebentar tadi.

Beliau juga sanggup menerima kepincangan Pentadbiran PAS dalam Isu KUIN.

Jadi. Penganut & Media PAS tidak perlulah 'Buat Fitnah' dalam Isu KUIN. ADUN PAS sendiri telah teruk dilunyaikan pada Sidang DUN.....


[ READ MORE ]

Sunday, August 25, 2013

Lagi Penghinaan Terhadap Sultan.


Terbaru yg aku perolehi masa dok berFB, keluaq pulak sekok mamat ni yg penuh dgn kebiadaban menghina program yg diterajui oleh Tengku Mahkota Johor. Aku ingin berkongsi bersama.....







Menggelar FBnya "Rajimen Anarki (Gerila Malaya)" tanpa rasa sifat kenegaraan sanggup menghina Sultan. Sifat manusia yg bertopengkan SETAN ni malah mencabar FB's membuat report polis.

Kalau diikutkan biodata dari FB setan ni, adalah pelajar UITM Melaka. Hometown Senai, Johor.



Tindakan yg sewajarnya patut diambil.

[ READ MORE ]

Saturday, August 24, 2013

Roadtax Dan Insuran..Semua Kenderaan Awam dan Persendirian Perlu D Kaji Semula.....


Perkara ni pernah dibangkitkan oleh YB Datuk Azmi Che Husin pada pertengahan tahun 2011.

Hari ni knderaan yg umurnya 10 thn ke atas dikenakan loading oleh semua syarikat insuran. Tanpa insuran roadtax tidak dapat dibayar. Insuran dan roadtax telah menjadi bebanan kpd penduduk luar bandar khususnya.

Mohon mencadangkan supaya kerajaan menggunakan subsidi yg besar ke atas petrol itu digunakan subsidi kpd Insuran dan roadtax.

Pasti semua rakyat M'sia akan mendapat munfaatnya kerana rakyat tempatan sahaja yg mendaftar knderaan mereka di negara ini. Berbeza dgn subsidi petrol, org Singapore dan Thailand juga mendapat keuntungannya.

Banyak pula berlaku penyeludupan. Apa pandangan kalian..?

[ READ MORE ]

Hanya Pembangkang Yang Untung Dari Kematian Altantuya.

Kes pembunuhan Altantuya menjadi kes berprofil tinggi kerana orang yg disyaki sebelum ni merupakan individu yg mempunyai hubungan dgn Perdana Menteri iaitu Razak Baginda. Dari situ, pembangkang mengambil kesempatan utk memburukkan Perdana Menteri dan juga isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai terlibat dlm pembunuhan tersebut.

Cerita awal yg disebarkan oleh pembangkang ialah Datin Seri Rosmah dikatakan berada di tempat kejadian pembunuhan, mengarahkan dan menontonnya sendiri. Kononnya, beliau berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana Mendiang Altantuya mempunyai hubungan sulit dgn suaminya.

Namun, cerita ni terbukti sebagai fitnah kerana pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah dan Dato’ Seri Najib masing2 mempunyai alibi yg kukuh kerana berada di program buka puasa berasingan dgn beratus orang saksi termasuk rakaman video dan laporan berita. Cerita ni juga diakui sebagai rekaan oleh penulis asalnya iaitu Raja Petra Kamaruddin.

Oleh itu, pembangkang terpaksa menukar cerita kononnya bukan Perdana Menteri tetapi Razak Baginda yg mempunyai hubungan dgn Altantuya. Perdana Menteri hanya membantu ‘menutup’ hubungan sulit tersebut dgn ‘membenarkan’ penggunaan anggota keselamatan dan juga bahan letupan.

Namun, cerita ni juga gagal mengaitkan Dato’ Seri Najib secara langsung.

Maka, pembangkang mencipta pula kisah Altantuya menjadi penterjemah dlm urusan pembelian kapal selam scorpene dan Dato’ Seri Najib terlibat dari segi menerima rasuah.

Jelas sekali bahawa pembangkang sejak dari awal cuba sedaya upaya utk mengaitkan pembunuhan Altantuya dgn Dato’ Seri Najib. Apabila gagal melakukannya, mereka menukar dan menukar cerita itu berkali-kali agar nama Dato’ Seri Najib dapat dikaitkan juga.

Kebenaran tak mungkin berubah atau bertukar-tukar. Oleh itu, cerita pembangkang yg berubah-ubah, dgn sendirinya membuktikan yg mereka berbohong.

Apatah lagi apabila terdedahnya bahawa pembangkang, khususnya, Anwar Ibrahim cuba memaksa dan menyogok tertuduh utk menipu dgn mengaitkan nama Dato’ Seri Najib sebagai dalang pembunuhan. Pendedahan ni dilakukan oleh bekas peguam Anwar, Zulkifli Nordin dan tertuduh sendiri. Bertitik tolak dari situ, Zulkifli telah meninggalkan Anwar kerana tak sanggup bersekongkol dlm taktik kotornya.

Selain itu, kisah mengenai kaitan Dato’ Seri Najib dgn Altantuya dan komisyen dari pembelian scorpene juga terbukti sebagai kisah dongeng yg tak berasas sama sekali. Ni kerana Altantuya muncul dlm kisah ni dua tahun selepas urusniaga scorpene selesai. Urusan pembelian scorpene juga tak memerlukan penterjemah dan Altantuya pula tak pernah menjejak kaki ke Perancis dlm tempoh urusniaga berjalan. Ni disahkan sendiri oleh pihak polis dan Kementerian Luar Perancis. Lebih dari itu, kes scorpene yg kononnya sedang dibicarakan di mahkamah Perancis adalah sebenarnya tak pernah wujud sama sekali sepertimana yg disahkan oleh Mahkamah Perancis sendiri.

Sedangkan, pembangkang telah pun menyebarkan cerita mengenai senarai nama saksi yg bakal disapina.

Kita faham bahawa pembangkang ingin sangat agar nama Dato’ Seri Najib tercemar. Tetapi, kenapa perlu berbohong berkali2 dan mengulang2 pembohongan walaupun telah beberapa kali terkantoi.....?

Siasatan telah membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib tak terlibat. Malah, tertuduh sendiri tak sanggup mengaitkan beliau walaupun cuba disogok oleh Anwar. Peguam tertuduh yg merupakan peguam Anwar sendiri tak sanggup bersekongkol dgn Anwar utk mengenakan Dato’ Seri Najib sehingga memilih utk meninggalkan Anwar. Dan kita juga tak lupa bagaimana bapa Altantuya sendiri mengakui bahawa Anwar ada berjumpa dgnnya semata2 utk mengaitkan Dato’ Seri Najib dgn Altantuya.

Maka kita tertanya2, kenapakah begitu penting bagi pembangkang, khususnya Anwar, utk mengaitkan kes ni dgn Dato’ Seri Najib walaupun ia mustahil.....?

Apa ada dgn kes ni.....? Kenapa pembunuhan Altantuya begitu menarik hati Anwar.....?

Persoalan semakin bertambah apabila mahkamah hari ni telah memutuskan utk membebaskan kedua-dua tertuduh. Hari ni, telah terbukti bahawa Dato’ Seri Najib sememangnya tak terlibat walau bagaimana hebatnya usaha pembangkang utk mengaitkan beliau.

Jika Dato’ Seri Najib tak terlibat, maka siapakah dalangnya.....? Utk mencari dalang, kita perlu bertanya apakah motifnya.....? Atau siapakah yg memperoleh keuntungan dari kematian Altantuya.....?

Setakat yg kita tahu, satu-satunya pihak yg mendapat keuntungan dari kematian Altantuya adalah pembangkang. Pembangkang telah menggunakan isu ni selama bertahun-tahun sebagai modal politik bagi memburukkan nama Dato’ Seri Najib. Malah, isu ni juga membantu mereka mengumpul dana melalui sumbangan orang ramai kepada SUARAM.

Kesimpulannya, keuntungan yg diraih oleh pembangkang dari pembunuhan Altantuya bukan sahaja dari segi modal politik, tetapi juga dari segi kewangan.

Dlm kata lain, hanya pembangkang mempunyai motif yg kukuh utk membunuh Altantuya. Mungkinkah kes ni perlu dibongkar semula.....?

[ READ MORE ]

Sunday, August 18, 2013

Kebajikan Tidak Dipinggir - Mukhriz

Kerajaan negeri akan memastikan keperluan serta kebajikan rakyat tidak dipinggirkan selain memastikan pelbagai kemajuan dan segala pembangunan negeri berjalan lancar.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir (gambar) berkata, antara rancangan itu ialah membina dan menaik taraf jalan-jalan kampung, membaik pulih jalan taman perumahan, mewujudkan lorong motosikal di jalan-jalan utama selain memastikan penyelenggaraan dan baik pulih jalan negeri berjalan mengikut jadual.

"Kerja membina dan naik taraf ini akan dilaksanakan bagi jalan-jalan kampung sepanjang 500 kilometer di seluruh negeri. Ini bagi memberi kemudahan kepada rakyat yang tinggal di kawasan kampung," katanya pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di sini semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mukhriz berkata, kesemua aku janji Barisan Nasional (BN) yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan dilaksana dan ditunaikan bagi memastikan kemakmuran rakyat Kedah tidak terabai.

"Segala janji yang telah dibuat pada pilihan raya akan kita kotakan bagi memastikan kesejahteraan, keselesaan dan kemakmuran rakyat Kedah terjamin.

"Ibu negeri Kedah akan mengalami perubahan yang ketara apabila diangkat menjadi Bandaraya Metropolis yang bakal menjadi tumpuan para ilmuwan melalui penubuhan universiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berteknologi tinggi," katanya.

Mukhriz berkata, penubuhan UTC di Kedah merupakan inisiatif Perdana Menteri bagi memberi kemudahan kepada rakyat sejajar dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"UTC kelima di Malaysia ini membolehkan rakyat melakukan segala urusan harian dengan lebih mudah kerana UTC telah menghimpunkan 32 agensi Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan swasta serta 11 agensi kerajaan negeri di bawah satu bumbung," katanya.

Dipetik dari : Portal Rasmi Kedah.

[ READ MORE ]

RM8.3 Juta Bantu Golongan Miskin Di Kedah.

Sebanyak RM8.3 juta diperuntukkan oleh kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak awal tahun ini untuk membantu golongan tidak bernasib baik. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, bantuan diberikan kepada penerima yang layak di seluruh negeri. Katanya, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat dan berusaha membela nasib golongan itu.

"Ini merupakan bantuan bulanan yang diberikan melalui JKM kepada penerima bagi membantu meringankan beban rakyat," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau juga menggesa agar pemimpin setempat bergerak aktif dalam mengesan penduduk di kawasan mereka yang memerlukan bantuan agar tindakan sewajar dapat diambil.

"Kita akan membantu mereka yang layak jadi semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan termasuk pemimpin di kawasan masing-masing untuk mengesan orang susah seperti pesakit terlantar atau ibu tunggal yang miskin," katanya.

Beliau pada masa yang sama menyeru agar syarikat korporat tampil menghulurkan bantuan kepada golongan tidak bernasib baik ini sebagai salah satu daripada khidmat sosial mereka.

sumber dari : Portal Rasmi Kedah.

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top