Posts Terkini

Saturday, October 29, 2011

KTPC - Tanda2 Awai KANTUNG KTPC Sudah Mula Kosong.

Hilang seri kita nak melaram and nyanyi. Siap dah training ngan Bang Aji…….
Walaupun sudah berlalu, cuma saja aku nak cubit sikit pasal Majlis Makan Malam Tahunan KPK KTPC 2011 tu……. Mana la tau kot2 ada yg nak menokok-nambah apa yg patut. 

Aku hairan pasai pa trip and jamuan kali ni buat simple sungguh. Masalah apa ya Aniza dan AJK oooiiii……. sampai tak dapat dielakkan. Big Boss tak bawak turun budget kaaaaaaa……. or kantung dah mula kebocoran…….?

 Aku petik dari GMC kah...kah...kah...


From      :     Aniza Ramli         Sent:   Mon 10/10/2011
To:                ktpcstaff                            11:43 AM
Cc:
                               
Subject:        FW: Majlis Makan Malam Tahunan KPK KTPC 2011

As salam dan selamat sejahtera,

Pertama sekali saya bagi pihak AJK KPK KTPC ingin memohon maaf kerana ’annual trip’ ke Kuantan, Pahang  tidak dapat kita laksanakan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Namun begitu, pihak  AJK KPK KTPC telah mengambil inisiatif lain iaitu, akan menganjurkan Majlis Makan Malam tahunan bagi tahun 2011 di Hotel BrasmanaPutra di Kuala Perlis pada 26 dan 27 November 2011.

Lanjutan itu, kami sekali lagi ingin membuat ’survey’ kehadiran tuan/puan untuk memudahkan pihak kami membuat perancangan selanjutnya.

Tarikh akhir bagi tuan/puan membuat pengesahan adalah pada 13 Oktober 2011. Pengesahan boleh dibuat melalui saya ataupun Cik Nadia.

Kerjasama tuan/ puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Aniza Ramli


Apa yg dapat kita zahirkan kat sini ialah kos utk mengadakan lawatan ke Kuantan adalah tinggi dan hanya digantikan dengan Majlis Makan Malam di Kuala Perlis sahaja, itu pun hanya nak bagi cukup syarat saja.

Satu lagi sumber yg sahih di MoF juga melaporkan Tuan Hj Awang Solahudin Hashim (kain kuning bomoh kat belakang kerusi dalam bilik dia) dgn Tuan Hj Fitri juga dah mengemukakan permohonan terbaru utk geran operasi bagi membayar gaji pekerja utk lima tahun (2012-20160). Ini juga merupakan lagi satu tanda2 awal bahawa kantung wang yg berada di KTPC sudah hampir kering akibat diperah dek hamPAS selama 3 tahun berturut2 tanpa pengurusan berhemah. (Insyallah aku akan cuba siarkan laporan tu).

Kpd Hj Sobri…..:

“Awat yg hang tak refer sponsor dinner ni kpd THAMS, dia kan ada banyak sponsor, suruh la dia cari sponsor/kontraktor utk biayai annual trip ke Kuantan tu. Dulu pun KTMSB ada trip fully sponsored oleh Temigas Sdn Bhd ke Kuantan, siap dengan panggang kambing golek (seekorq) lagi. Ini hal kecil bagi beliau”.


[ READ MORE ]

Friday, October 28, 2011

KTPC – Semakin Banyak Kes Guna Kereta Syarikat Tak Letak NOMBOR PLET Pada Borang.

Nampaknya kes menggunakan kereta syarikat secara bebas masih berleluasa, hinggakan Jabatan HR terpaksa mengeluarkan emel agar kakitangan yg menggunakan kereta syarikat supaya menulis nombor plet kenderaan tersebut pada borang yg digunakan. Inilah akibat apabila undang2 syarikat tak dituruti di bawah kepimpinan Hj Sobri. Kakitangan sebenarnya tak lagi menghormati beliau dan dia pun tahu keadaan itu. Jadi segala prosedur yg memang tercatit dalam ISO syarikat tak diendahkan kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap pengurusan tertinggi. 

Apa pun, kita baca emel di bawah ni :


From:   Zaharah                           Sent:  Wed 10/12/2011
To:        ktccstaff; ktpcstaff                      9:37 AM
Cc:                          
Subject:        Urusan Rasmi Dengan Kenderaan Pejabat

Assalamualaikum…

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dipohon kerjasama tuan2 dan puan2 yang sering menggunakan kenderaan pejabat untuk urusan rasmi agar mencatit no. kenderaan yang diguna pada PINK FORM.

Ini adalah untuk memudahkan bahagian pentadbiran / kewangan merekod nombor kenderaan tersebut apabila tuntutan petrol dituntut oleh Tuan2 dan Puan2.

Juga dipohon kerjasama Tuan2 dan Puan2 untuk mengisi  Lokasi, Tujuan, Tarikh dan Masa gengan lengkap agar tuntutan `daily & meals’ allowance dapat dikira dengan betul.

Sekian, terima kasih.


Nilah salah satu keputusan kepimpinan 5’s yg Hj2 dok berkempen….. utk memingkatkan mutu kerja di KTPC.

[ READ MORE ]

Friday, October 21, 2011

Hj Sobri Perlu Belajar Dari Sifu FDI Dari Kedah.....

Kita sama2 baca artikel di bawah yg disiarkan pada 16 September 2009 yg lalu:


FEDERAL GOVT TO PARTLY FUND SENAI HI-TECH PARK (klik sini)

16 SEPTEMBER 2009, BY BUSINESS TIMES 

The federal government has agreed to partly finance the infrastructure for the 404.69ha Senai Hi-Tech Park. 

International Trade and Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed said the Johor government, through the State Economic Planning Unit (EPU), had applied for a grant amounting to RM300 million from the total cost of RM515 million. 

"The federal government has agreed in principle to finance part of the infrastructure cost and we will meet the state and federal EPUs to discuss the matter soon." 

He told reporters this after chairing the Joint Industrial Coordination Committee Meeting with the Johor government in Johor Baru yesterday. 

Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said with the high technology park, more foreign investors will be drawn to the Iskandar Malaysia development region. 


La mai kita lihat hasil pemberian geran RM300 juta tersebut:


SENAI HI-TECH PARK A HOT ATTRACTION (klik sini)

The park has attracted two major investors since it was opened, with its latest addition Solexel following EQ Solar Technology International from China. 

Kuala Lumpur: Malaysia's second high-technology park in Johor can repeat the success of its northern counterpart in the electronics sector with a similar investment interest in the solar and green technology. 

So far, the park has attracted two major investors since it was opened, with its latest addition Solexel Inc following on the heels of EQ Solar Technology International Sdn Bhd from China.

Senai Hi-Tech Park Sdn Bhd chief executive officer Datuk Ahmad Shukri Tajuddin is happy with both Solexel and EQ Solar. Having first tenants of such stature is important for the success of any industrial park, he said, referring to his experience in Kulim Hi-Tech Park, touted as one of Malaysia's success stories. 

The 1,700ha Kulim Hi-Tech Park in Kedah is the first hi-tech industrial park in Malaysia that houses industries in advanced electronics, telecommunications, biotechnology, advanced materials, research and development and emerging technologies. 

Senai Hi-Tech Park is keen on the green technology industries of the future. It focuses on the high-end semiconductor solar advanced technology and materials. 

So far, the park has attracted investments in semiconductor, solar, advanced material industries and nanotechnology to the tune of RM3 billion

Solexel has pledged to invest RM2.8 billion to build a photovoltaic (PV) cell manufacturing plant in Senai Hi-Tech Park. 

Ahmad Shukri, the very person who helmed Kulim Hi-Tech Park when it drew Intel and other big multinational corporations (MNCs) like Infineon or First Solar to Kulim, says Senai Hi-Tech Park has its own potential apart from incentives and human resource. 

Being close to Singapore is one. Flanked by ports like Port of Tanjung Pelepas and Johor Port and next to Senai Airport are among the main logistics criteria which discerning international investors are on the lookout for. 

They also have the infrastructure link to get across to Changi Airport in Singapore or alternatively from the island republic to Kuala Lumpur in three hours. 

Intellectual property support is also a key deciding factor for companies like Solexel which has its own R&D centres. 

"We hope that we can play a supporting role, fronting the industrial development for Iskandar Malaysia, attracting high-end companies with value-added, into Senai," said Ahmad Shukri in an interview. 

He said the park is looking at China, India, Korea, Taiwan and Japan to woo investors from the green technology sector. 

Investment flow into hi-tech parks are also market-driven and, in the case of Senai, many are watchful for the feed-in tariff. 

Ahmad Shukri agreed that with the current external uncertainties, securing foreign direct investments (FDIs) in Senai Hi-Tech Park would be challenging. 

"We'll have to be more creative in our approach, but fortunately we have Iskandar Malaysia which will assist things to move faster."

The northern industrial park also commenced business during a recession period, followed by a financial crisis soon after. 

"Having Solexel here, with movements and activities on site, more interest will come in. And, this will be enhanced by activities in the nanotechnology technology centre," he added. 

Small- and medium-sized enterprises, both domestic and international, will be the supporting companies which Senai Hi-Tech Park, together with the Malaysian Investment Development Authority (Mida) are targeting to support the four solar companies that have invested in the country. 

With its aim to become the world's third-largest solar photovoltaic cell producer, Malaysia's investment package has also attracted Tokuyama, Osram, Fuji, Rohm-Wako and Nichia over the past three years. 

Clustering the small businesses with these major industries is important and this, he said, can be possible through private or joint-venture participation. 

Solar technology is a major growth opportunity for Malaysia, with the energy technology industry enjoying a 20 per cent annual growth rate. 

As at June this year, the total solar energy investments totalled RM15.8 billion, involving various businesses that are due to create about 14,300 jobs

Senai High-Tech Park is a wholly-owned subsidiary of Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd, under the MMC Group of Companies.


Ringkasannya ketika Dato' Shukri pegang KTHP dan SHTP…..

BIL.
KAWASAN & JANGKA MASA
GERAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
NILAI PELABURAN/FDI YG DICAPAI
1.
Kulim Hi-Tech Park (KHTP); 1995 - 2008
RM2 billion
RM23 billion
2.
Senai High Tech Park (SHTP); 2009 - 2011
RM300 million
RM6.36 billion

Ya, mungkin Tuan Haji Sobrie kita boleh menuntut ilmu mencari FDI dari Y. Bhg Dato Hj Ahmad Shukri & team (semua terdiri dari pengurusan kanan ex-KTPC), yg ternyata dapat menghasilkan formula kejayaan (replicating the success of KHTP) untuk menjana FDI di Senai dalam masa jangkamasa singkat iaitu tiga tahun sahaja.

[ READ MORE ]

Tuesday, October 18, 2011

Kedah Sejahtera - NO ACTION TALK ONLY (NATO).

Dlm pada MB Kedah, SADA & KTPC menyalahkan antara satu sama lain dan juga tidak ketinggalan menyalahkan UMNO/BN dan Kerajaan Negeri terdahulu berkenaan isu bekalan air KHTP; pada hari Jumaat lepas (7 Oktober 2011), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mengiklankan satu Tender Terbuka seperti di bawah (dlm suratkhabar NST & Utusan Malaysia):
Iklan ni adalah bukti nyata salah satu contoh Kerajaan Persekutuan yg Pro-Aktif dan Pro-Business. 

Orang-orang di Kedah patut tahu bahawa masalah bekalan air di KHTP sedang dipantau oleh Kerajaan Persekutuan, dan ianya sedang dlm tindakan, dgn keluarnya iklan tender terbuka ni. 

Sebenarnya banyak lagi yg telah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya utk menggantikan paip air lama di Kedah dgn yg baru, dan terbaru kini Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan utk menaiktaraf dan menambahbaik infrastruktur sistem bekalan air di KHTP dan loji air KHTP yg terletak di Pinang Tunggal, Sg Petani (yg berdekatan dgn rumah Tuan Haji Presiden KTPC di Taman Sejati) demi kebaikan dan kepentingan pelabur/kilang di KHTP. Apabila Kerajaan Persekutuan menjaga kebajikan kilang, maka pekerja kilang yg terdiri anak tempatan (jurutera & operator) yg rata-ratanya penyokong PR akan terjamin pekerjaan mereka dan kilang tidak akan tutup atau berpindah ke Thailand/Vietnam/Singapura. 

Mungkin selepas ni akan ada pengumuman dari MB Kedah bahawa SADA akan mengatasi masalah bekalan air di KHTP, tetapi sebenarnya yg mengeluarkan perutkan utk semua ni adalah dari kantung Kerajaan Persekutuan. 

Akhir kata, kalau nak jadi towkay KHTP, mestilah ada duit dan mestilah kena keluar duit utk selesaikan masalah. Tetapi sekarang yg mengaku jadi towkay KHTP (Kerajaan Negeri aka PAS) tak ada duit. Sayugia diingatkan; kalau tak ada duit lain kali janganlah cuba nak belagak jadi towkay.

[ READ MORE ]

Wednesday, October 12, 2011

Bantuan Kerajaan Pusat Utk KHTP - NCIA Beri RM4 Juta Geran Kpd KBioCorp.

Sebagai makluman, NCIA, takat ni membantu Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dlm dua projek iaitu:

1.      HAZMAT (Bomba & Penyelamat)
2.      MDERS (di Hospital Kulim)

Kini, kali ketiga , NCIA telah membantu KTPC  lagi dgn membangunkan sebuah Pusat Kultur Tisu (Tissue Culture Centre) berjumlah RM4 juta.

Asalnya cadangan ni datang dari Orchid Life Sdn Bhd syarikat berstatus BioNexus, dan apabila ia mengemukakan kpd Hj Sobri, cadangan ni mendapat sokongan beliau, tetapi tiada sumber kewangan utk membangunkannya.

Orchid Life kemudian mengemukakan cadangan ni kpd NCIA yg bersetuju membiayai pembelian peralatan dan penggajian, manakala KTPC pula menyediakan tempat di Techno Centre, KHTP, dan ianya dibangunkan melalui anak syarikat KTPC iaitu Kedah BioResources Corporation Sdn Bhd.

Kita sama2 baca kertaskerja cadangan yg dibuat oleh Kedah BioResources Corporation.  Rujuk kat penghujung artkel ni…..

Ini satu lagi bukti walau pun bantuan yg diberikan oleh NCIA agak kecil iaitu RM4 juta, tetapi tetap membuktikan MB Kedah tidak bercakap benar apabila mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak memerlukan bantuan dari Kerajaan Persekutuan/Pusat/Federal Government. Sebenarnya MB Kedah tidak tahu pun megenai perjalanan pentadbiran keseluruhan negeri Kedah, dan sepatutnya meletakkan jawatan sahaja.

Berita mengenai bantuan ni disiarkan dlm The Star, kat di bawah atau (klik sini)


PETALING JAYA: Four companies will be investing a total of RM690mil in the Northern Corridor Economic Region in the agriculture and manufacturing key thrust areas.

ECE Technologies Sdn Bhd, Kedah BioResources Corporation Sdn Bhd,Aviatron (M) Sdn Bhd and KTM-Motonation exchanged documents with the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) in Putrajaya witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

According to NCIA chief executive Datuk Redza Rafiq in a press statement, the investments would create about 1,030 jobs and other business opportunities.


Mungkin ramai yg tidak perasan, gambar Hj Presden KTPC terpampang dlm berita TV1 jam 6 petang tersenyum mengambil dokumen dan bersalaman dgn Dato Redza NCIA, di Putrajaya pada 26 Ogos 2011, yg mana YB Pengerusi KTPC Datuk Hj Amiruddin juga turut hadir.

Walau bagaimana pun, KTPC tidak boleh mendabik dada dgn Pusat Kultur Tisu ni kerana sebenarnya NCIA merancang utk membuka sebuah Pusat Kultur Tisu yg lebih besar lagi di Penang, dan pusat di KHTP ni akan menjadi pusat kedua (secondary) sahaja.  Kertas kerja ni pun disediakan oleh Orchid Life Sdn Bhd, bukannya dari KTPC atau KBioCorp pun.

*******************************
Kertas Kerja Cadangan
*******************************

CADANGAN MENAIK TARAF MAKMAL BIOTEKNOLOGI DI KULIM HI-TECH PARK BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN SEKTOR PERTANIAN (AGROBIOTECH), PEMBANGUNAN PRODUK DAN PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA


TUJUAN

1.       Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon peruntukan dari Kementerian Kewangan (MOF) bagi cadangan menaiktaraf makmal Bioteknologi yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park di bawah penyeliaan Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd. (KBioCorp) iaitu anak syarikat Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC).

2.       Kertas ini juga mengemukakan cadangan menaiktaraf makmal dan perancangan pembangunan beserta maklumat mengenai operasi sedia ada di makmal bioteknologi di Kulim Hi-Tech Park.

LATAR BELAKANG

3.  Di bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMKe8) dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe9) KTPC telah menerima peruntukan bagi perolehan peralatan serta penubuhan makmal bioteknologi di Techno Centre untuk tujuan R&D dan pengujian.

4.    Tujuan utama penubuhan makmal bioteknologi ini adalah bagi  memenuhi keperluan piawaian dan kawalan kualiti untuk produk berasaskan herba serta penyelidikan untuk membantu industri terutama pengusaha IKS dalam sektor makanan, kosmetik dan produk kesihatan.

5.  Buat masa ini makmal bioteknologi ini telahpun 4 tahun beroperasi dan menawarkan perkhidmatan
·         Pengujian dan Analisa kandungan Nutrisi (Nutrition facts)
·         Pengujian Microb (Microbial limit test)
·         Pengujian Logam Berat (Heavy Metal test)
·         Pengujian Steroid (Steroid test)
·         Ketulinan (purity test)
·         Pengujian bahan terlarang (Sildenafil, Tadanafil, Verdanafil)
·         Perkhidmatan ektraksi Herba

6.       Di antara peralatan yang disediakan di makmal ini adalah :
·         Atomic Absorption Spectrometer (AAS)
·         High Performance Liquid Chromatography Mass Spectrometer (HPLC-MS)
·         Gas Chromatography Time of Flight Mass Spectrometer (GCTOF-MS)
·         High Performance Thin Layer Chromatography (HPTLC)
·         Ultra Performance Liquid Chromatography Time of Flight Mass Spectrometer (UPLCTOF-MS)
·         Food Analysis System (Soxtec, Kjeltec, Fibertec)

7.       Selain dari menjadi makmal pengujian dan R&D, peranan makmal ini juga dikembangkan untuk tujuan latihan dan pembangunan.  Di antara program  latihan yang ditawarkan  ialah:

Latihan Analisis Elemental Menggunakan Atomic Absortion Spectroscopy
Kursus Kawalan Kualiti Ke Atas Produk-Produk Herba, Kosmetik, Makanan Dan Ubat-Ubatan
Latihan Analisa makanan Dan Penglabelan Fakta Nutrisi Ke Atas Produk
Seminar Pembangunan Kualiti Industri Makanan Dan Pembiayaan

KEPERLUAN TAMBAHAN PERKHIDMATAN UNTUK RANTAIAN NILAI MAKMAL BIOTEKNOLOGI

8.       Di antara fokus utama negeri Kedah ialah pembangunan sektor Pertanian dan bioteknologi yang mana keduanya berkait rapat dalam pengeluaran bahan makanan utama seperti padi dan juga tanaman herba untuk kegunaan makanan, ubatan dan kosmetik.

9.       Petani di Kedah mengalami kekurangan bekalan benih untuk tanaman asas seperti Pisang, Nenas dan sebagainya disebabkan kekurangkan pembekal  yang dapat menawarkan benih yang berkualiti. Dengan itu makmal pembenihan perlu ditubuhkan bagi mengatasi masalah ini.

10.    Kebanyakan bahan mentah pertanian pula tidak dapat dipasarkan kerana tidak menepati piawaian di samping kurangnya produk hiliran dari bahan ini. Keperluan dan permintaan produk berasaskan sumber pertanian terutamanya herba amat tinggi tetapi masih kurang aktiviti penyelidikan dan usaha pembangunan produk untuk bahan-bahan ini. Keperluan kepada makmal yang dapat membantu usaha membangunkan produk ini amat penting dan pada masa ini makmal sedia ada tidak dapat menawarkan perkhidmatan tersebut.

CADANGAN MENAIK TARAF MAKMAL

11. KTPC bercadang untuk menaiktaraf makmal sedia ada bagi memenuhi keperluan rakyat terutama petani dan industri (IKS) di samping menyediakan makmal yang menepati piawaian antarabangsa.

12.    Makmal yang dinaiktaraf ini juga akan dimanfaatkan oleh :
·  Syarikat bertaraf Bionexus Partner dan Status di bawah program Malaysian Biotech Corporation
·    Universiti di sekitar seperti USM, UniMap, AIMST, UiTM dan lain-lain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.
·         Agensi yang berkaitan seperti MARDI, MADA dan sebagainya.

PROGRAM MENAIKTARAF YANG DICADANGKAN

13.    KTPC mencadangkan tiga (3) program naik taraf untuk tahun 2010:
·         Makmal Tissue Culture.
·         Makmal Pembangunan Produk dan Prototaip.
·         Makmal yang memenuhi keperluan piawaian antarabangsa.

MAKMAL TISSUE CULTURE.

14.    Makmal Tissue culture ini merupakan yang pertama di Kulim Hi-Tech dan akan fokus kepada pembentukan
·         Plantlets
·         Plantlets untuk pelbagai species
·         Young Plants  dalam polybag untuk edaran kepada petani

15.    Antara ciri utama penyelidekan di makmal tissue culture ini ialah:
·         Rapid protocols of micropropagation
·         Disease free, stress-tolerant & quality plantlets

16.    Keputusan dan ujian untuk pembenihan disini pula akan menggunakan pelbagai  teknik dan proses seperti
·         Cell culture – mass propagation of selected clone varieties with chosen characteristics
·         Clone stocks storage for long term supply
·         Rapid clone stock generation to address sudden market demand                           

17.    Proses
·         Pemilihan “mother plant” yang bermutu menggunakan biochemical dan molecular studies
·         Mother plant yang terpilih akan di “micropropagated”
·         Clones yang dibangunkan akan diuji dan dinilai untuk memastikan ialah adalah asli dan terbaik disamping terus dipertingkatkan kualitinya.

18.    Kelebihan kepada proses Tissue Culture ini ialah :
·         “Superior/elite plants” melalui kaedah penyelidekan.
·         Hasil tissue culture dan clones akan menjadi “disease-free & virus-free”.
·         Penggunaan DNA markers untuk memastikan keaslian clones

Makmal Tissue culture ini akan menempatkan kemudahan seperti Media Preparation
Room, Tissue Culture Room; Growth Room dan lain-lain.

MAKMAL PEMBANGUNAN PRODUK DAN PROTOTAIP

19. Pembangunan Produk merupakan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh petani dan pengeluar bahan mentah bagi mewujudkan produk hiliran yang mampu menjana ekonomi. 

20.    Antara aktiviti yang dijalankan dalam makmal ini ialah
·         Formulasi produk berasaskan makanan dan herba dari konsep sehingga pasaran
·         Menjalankan Ujian dan analisa Produk
·         Membangunkan prototaip untuk makanan dan produk herba.
·         Latihan usahawan IKS untuk membangunkan produk.

21.  Makmal ini juga mampu untuk meningkatkan mutu dan hasil produk melalui siri ujian dan penyelidikan.

22.  Program pembangunan produk akan bekerjasama dengan pakar dari institusi penyelidikan dan pengajian  Tinggi untuk kaedah formulasi dan pengujian.

MAKMAL YANG MEMENUHI PIAWAIAN ANTARABANGSA

23.  Bagi menembusi pasaran antarabangsa, barangan buatan Malaysia perlu diuji dan mendapat akreditasi dari makmal yang diiktiraf di peringkat antrabangsa dan diakui oleh agensi pengawalan seperti USFDA/Health Canada, ISO dan lain-lain.
24.  Dengan Pengiktirafan dan akreditasi antarabangsa, makmal Bioteknologi di Kulim Hi-Tech Park ini akan bertindak sebagai makmal premier yang menjadi penghubung dengan agensi penguatkuasaan melalui kolaborasi dan kerjasama .
25. Untuk pasaran antarabangsa, makmal ini juga akan memfokuskan aktivitinya kepada penyelidikan herba hutan hujan serta pengujian dan formulasi produk berasaskan herba.
26.    Aktiviti utama program menaiktaraf makmal ini adalah :
·    Pembelian peralatan ujian dan aparatus yang memenuhi kehendak piawaian antarabangsa seperti USFDA/Health Canada dan sebagainya.
·         Pembangunan metod dan personel yang dapat melaksanakan pengujian dan analisa produk untuk pasaran luar negara.

JUSTIFIKASI

27.    Keperluan dan kepentingan untuk cadangan ini ialah
·     Menyediakan makmal “tissue culture” sebagai tambahan dari perkhidmatan sedia ada bagi memenuhi keperluan sektor pertanian di negeri Kedah yang menghadapi masalah kekurangan benih untuk tanaman asas seperti pisang, nenas dan herba. Ia  juga sebahagian dari Perancangan Pertanian Nasional (NAP3) di mana arahan strategik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti pertanian melalui adaptasi  teknologi tinggi, kepakaran pengetahuan dan kepelbagaian produk.

·   KTPC telah pun mempunyai makmal bioteknologi yang berupaya menjalankan ujian dan analisa kandungan bagi membantu IKS yang terlibat dalam Industri makanan, kosmetik dan kesihatan. Oleh itu tambahan peralatan makmal diperlukan  untuk membolehkan aktiviti pembangunan produk dan ujian barangan berasaskan pertanian dan herba bagi memajukan industri tersebut.

·         Menaiktaraf makmal sedia ada untuk pengiktirafan piawaian antarabangsa bagi menjalankan ujian dan analisa produk yang ingin dipasarkan di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah dan juga bagi mengatasi masaalah kekurangan makmal yang diiktiraf. (i.e Health Canada/FDA,EU, ISO)

IMPLIKASI KOS UNTUK PROGRAM MENAIK TARAF

28.    Rumusan maklumat implikasi kos untuk program adalah seperti di bawah:

Deskripsi
Jumlah diperlukan (RM)
Laboratory Infrastructure (Diagnostic Room, Media PrepRoom, Transfer Room, BioMolecular Lab, Product Development lab, Growth Chamber, Sterilisation Room, Washing Area, Administrative & Office Fit-Out)
1,500,000
Laboratory Equipments (Laminar Flows, , Autoclaves, Media Dispenser, Computers, Software, Oven etc), Consumables, Utensils & Chemicals (R&D and Production), RO water system, viscometer, refractometer, and detector.
1,500,000
Human Capital and Training Development (Management/Research Professionals/Semi Professional, Intellectual Property/Consultancy/Legal etc) Marketing & Business Development (Local and International Markets)
500,000
Acclimatisation & Distribution Centre (Nursery, Planting and packing facilties, Warehouse, Sprinklers & Mechanicals etc), Office Fit-Out and Equipment
500,000
Jumlah
4,000,000

CADANGAN / SYOR

29. Dengan ini pihak KTPC memohon peruntukan sebanyak RM4,000,000 dari MOF bagi pelaksanaan Tiga (3) program menaiktaraf makmal Bioteknologi yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park seperti di atas. 


[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top