KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang dengan majoriti lebih besar apabila kedua-dua calonnya menewaskan calon PAS pada pilihan raya kecil serentak hari ini.
Di Merlimau, BN menang dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah, memperoleh 2,319 undi. Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Eusoff, di Dewan Platinum Politeknik Merlimau pada 8.15 malam tadi. Sebanyak 130 kertas undi ditolak.
Seramai 8,435 atau 78.76 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar di DUN Merlimau keluar mengundi hari ini berbanding 76.18 peratus pada pilihan raya umum 2008.
Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas calon PAS, Jasme Tompang.
Di Kerdau, BN menang dengan majoriti 2,724 undi. Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, meraih 5,060 undi manakala calon PAS, Hassanuddin Salim, memperoleh 2,336 undi. Keputusan rasmi pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Tarif Abdul Rahman, kira-kira 8.20 malam tadi. Sebanyak 90 kertas undi ditolak.
Sejumlah 7,486 pengundi atau 83.20 peratus daripada 8,999 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi calon BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, dengan majoriti 1,615 undi.
Aku petik artikal DKS Dan Papa Gomo buat renungan kita bersama…
Gomo takde lah nak ulas panjang malam ni dalam meraikan kemenangan BN di PRK Merlimau dan Kerdau. Namun Gomo nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada angkatan Blogger nyamuk yang berjuang sepanjang tempoh PRK ini.
Tak kira lah sama ada blogger nyamuk yang hadir menjalankan misi di Merlimau, Kerdau ataupun di mana sahaja anda semua adalah yang terbaik.
Namun Gomo sebenarnya agak terkilan dan kecewa apabila kita para blogger nyamuk ini kadang kala di pandang sepi oleh BN. Bukan semua yang tak menghargai blogger nyamuk, ada mereka yang prihatin dan peka kepada kita blogger nyamuk ni.
Gomo sebenarnya agak terkilan kerana ada pemimpin yang merasakan blogger blogger nyamuk ini tidak membantu kepada kemenangan BN. Malah ada di antara mereka merasakan blogger nyamuk ini merupakan beban kepada BN kerana berkemungkinan membocorkan maklumat.
Kita blogger nyamuk bukanlah Parasit yang menjadi pengkhianat kepada parti keramat UMNO. Kita berjuang kerana kesedaran kita sendiri dan bukan arahan dari mana mana pihak. Kita lakukan semua ini kerana sayang dan kasih kepada kerajaan, sayang pada Islam, sayang pada bangsa dan negara.
Kita bukannya pandai nak mintak projek sana sini, apa yang kita inginkan adalah penghargaan dalam bersama sama berjuang memastikan kemenangan BN pada PRU13 ini.
Gomo tidak ingin menceritakan sepenuhnya hal ini namun sekadar nak ingatkan kepada mereka yang mempunyai pengaruh dan jawatan dalam bidang tertentu agar sekali sekala pandanglah kami.
Semoga angkatan Blogger Jalanan @ Nyamuk yang ada hari ini akan terus berjuang memastikan kemenangan BN pada PRU Sarawak dan PRU 13 ini. Sesungguhnya perjuangan kita ikhlas dan bukan nak melobi jawatan dalam parti mahupun kerajaan.
Perjuangan Belum Selesai.
Pertama ucapan TAHNIAH kepada BARISAN NASIONAL di atas kemenangan besar di dalam PRK N27 Merlimau, Melaka dan N28 Kerdau, Pahang.
Terbukti kini rakyat sudah bijak membuat pilihan antara kebenaran dan kepalsuan bagi menjamin keamanan, kesejahteraan, kemahmuran dan kemajuan untuk generasi akan datang.
Sepanjang tempoh kempen meraih undi parti-parti yang bertanding, berbagai tomahan, dakwaan dan strategi yang disusun untuk kermenangan.
Tidak ketinggalan juga peranan yang disumbang oleh bloggers, bertungkus lumus tanpa mengira keringat mahupun wang ringgit mendapatkan bahan bagi menangkis serangan-serangan dari pihak pembangkang. Bukan sahaja melalui media eletronik, malah mereka juga turun padang melalui gerakan sulit ataupun nyata ibarat singa yang kelaparan mencari bahan. Sumbangan bloggers berikan itu secara tidak langsung telah memberi impak yang kuat ke atas memenangkan Barisan Nasional.
Aku TABIK HORMAT kepada semua bloggers yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung memastikan Barisan Nasional terus menguasai di kedua-dua DUN ini. Malah kali ini kemenangan yang besar kita perolehi.
Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH aku ucapkan di atas usaha kalian semua. Semoga kita dapat teruskan usaha kita ini bagi menegakkan kebenaran. Bagi aku, kita kembalikan suara rakyat kepada rakyat apa yang mereka harapkan demi masa depan agama, bangsa, anak cucu dan negara.
Kita bloggers semua tidaklah sehebat mana, tetapi kita mampu bersuara memperjuangkan kebenaran sesungguhnya kita mempunyai jati diri tersendiri yang mampu menggegarkan keadaan sekiranya kesalahan mendahului kebenaran…….
Ayuh teruskan perjuangan demi kebenaran.
Sekali lagi TAHNIAH dan TERIMA KASIH.
Pakat2 pikiaq laaa, apa yg tersurat dan tersirat…
0 comments:
Post a Comment