Showing posts with label Ehsan Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Ehsan Sahabat. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Misteri Mesyuarat Exco Sebuah Negeri Di Adakan di Thailand.

MENURUT sumber, sebuah kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat EXCO khasnya di Thailand pada minggu lalu bagi memberi peluang beberapa EXCOnya menghadiri majlis memberi penghormatan terkahir kepada bekas ketua Komunis Malaya paling kejam mendian Chin Peng.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para EXCO Negeri Selangor dikatakan telah mengadakan Mesyuarat tersebut di World Club Hotel, Bangkok, Thailand.

Khabarnya seramai 18 orang yang antaranya Exco Selangor dan pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi pada 18 September iaitu pada hari Rabu lepas.

Kita sedia maklum, kematian ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pada Hari Malaysia, 16 September lalu memberikan pelbagai impak kepada parti Pembangkang hinggakan mereka meroyan ke tahap yang sangat kritikal.

Mereka mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan membenarkan mayat juga abu pembelot negara ini dibawa pulang ke Malaysia.

Jadi, apakah modus operandi Khalid bersama orang bawahannya pergi ke Bangkok dan mengadakan mesyuarat Exco Negeri di sana.....?

Ia dapat dirungkaikan seolah-olah mesyuarat tersebut hanyalah alasan buat Pakatan Rakyat untuk pergi memberikan penghormatan terakhir kepada pengkhianat negara yang dianggap oleh puak Pembangkang sebagai pejuang kemerdekaan.

Juga, sebagai usaha dari kerajaan PR untuk mempertahankan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

Sebelum ini, puak Pembangkang mudah melemparkan tuduhan di mana kerajaan terlalu boros dalam mentadbir kewangan negara dan telah menipu rakyat apabila menggunakan duit rakyat dalam merencanakan program dalam negara ini.

Namun, apabila berbicara mengenai mesyuarat senyap yang dijalankan di Bangkok, apakah kerajaan Negeri Selangor tidak boros membelanjakan kewangan kerajaan negeri.....?

Dimaklumkan dari sumber Pejabat Menteri Besar Selangor, Segala perbelanjaan pemergiaan, kos penginapan dan makan minum telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna, Khalid juga telah menggunakan duit rakyat untuk kepentingan politik sendiri. Dan lebih dasyat, Khalid menggunakan duit rakyat demi menghormati pengganas Malaysia, Chin Peng.

Dari sudut lain pula, mengadakan mesyuarat Exco Negeri sampai ke negara orang lain memperlihatkan Khalid tidak pandai dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran Selangor.

Juga, Khalid gagal dalam mengawal politik kerajaan negerinya hinggakan menjemput pihak luar dalam mesyuarat penting negeri beliau.

Jadi, tidakkah pelik bagi kerajaan Negeri Selangor mengadakan mesyuarat Exco Negeri jauh dari Malaysia.....?



[ READ MORE ]

PAU2013 : #6 Dato' Azalina Membawa Aspirasi Wanita Profesional Dan Muda.


Berikut adalah senarai 50 daripada 64 calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO setelah tempoh penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 5 petang tadi:

SENARAI CALON MAJLIS TERTINGI:
  1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  2. Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
  3. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin
  4. Datuk Abdul Azeez Rahim
  5. Datuk Razali Ibrahim
  6. Datuk Azalina Othman Said
  7. Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
  8. Razali Husain
  9. Datuk Dr. Norraesah Mohamad
  10. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
  11. Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman
  12. Raja Ropiah Raja Abdullah
  13. Abdul Zarin Mohd. Yasin
  14. Datuk Seri Shahidan Kassim
  15. Azlan Man
  16. Datuk Sohaimi Shahadan
  17. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
  18. Datuk Idris Haron
  19. Datuk Seri Idris Jusoh
  20. Datuk Abdul Rahman Dahlan
  21. Datuk Musa Sheikh Fadzir
  22. Datuk Hasan Malek
  23. Datuk Mahadzir Khalid
  24. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  25. Tun Faisal Ismail Aziz
  26. Datuk Nur Jazlan Mohamed
  27. Datuk Abd. Wahab Ibrahim
  28. Datuk Azman Shah Omar Shah
  29. Yusoff Ishak
  30. Zawawi Othman
  31. Tan Sri Anuar Musa
  32. Datuk Halimah Mohamed Sadique
  33. Datuk Mokhtar Radin
  34. Datuk Md. Alwi Che Ahmad
  35. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi
  36. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
  37. Datuk Samsul Anuar Nasarah
  38. Datuk Nasir Safar
  39. Datuk Rosni Zahari
  40. Hamidah Osman
  41.  Dr. Mohd. Puad Zarkashi
  42. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar
  43. Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan
  44. Datuk Maznah Hamid
  45. Mohsin Yussof
  46. Dr. Zubir Harun
  47. Datuk Ahmad Jaafar
  48. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
  49. Mohd. Sazili Shahidi
  50. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Mengalah untuk bertanding sebagai Ketua Wanita bukan bererti Dato Azalina kalah dalam perjuangannya. Namun, sebagai seorang yang sangat setia kepada UMNO, perjuangan demi Agamanya, Bangsanya dan Tanahairnya diteruskan dengan menawarkan dirinya sebagai calon Majlis Tertinggi.

Di dalam kenyataan media beliau baru-baru ini, Dato Azalina menjelaskan;
  • Mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak
  • Yakin semua pihak terima baik keputusannya 
  • Sokongan padu dari Dato Shahrizat dan pergerakan wanita untuk pencalonannya.
  • Kerana setia kepada kepimpinan serta sayang kepada UMNO maka perpaduan, keutuhan dan keunggulan parti adalah keutamaannya untuk persediaan PRU14.
  • UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. 
  • UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. 
  • UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.
  • Kapasiti dan track recod Dato Azalina sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO.
Berikut adalah kenyataan penuh Dato Azalina di dalam satu sidang akhbar;

KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
JUMAAT 20 SEPTEMBER 2013
1. Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak, saya dengan penuh takzim mengesahkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia didalam pemilihan parti kali ini.

2. Saya yakin keputusan saya ini akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO. Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan UMNO, apa yang penting bagi saya ialah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya UMUM ke-14 nanti.

3. UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.

4. Saya juga secara rasmi mengumumkan penawaran diri saya sabagai calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Saya yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada diri saya sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal sehingga hari ini dan pernah menjadi Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, saya mampu mencurah bakti dan berkhidmat kepada parti, ahli ahli UMNO, bangsa, Negara dan Agama .

5. Disini saya saya juga ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mengucapkan jutaan terimakasih kepada beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Pergerakan Wanita UMNO kepada saya bagi merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang ( P157)
[ READ MORE ]

Sunday, September 22, 2013

Azalina Tidak Layak Majlis Tertinggi....

"Jika menjelang hari pendaftaran calon ada arahan supaya saya menarik diri, maka saya akan akur kerana selama menjadi ahli UMNO saya tidak pernah meletakkan diri lebih tinggi daripada parti," kata Azalina

Inilah sikap seorang ahli politik yang matang yang sepatutnya mendapat tempat dan dihormati serta perlu dicontohi ahli-ahli UMNO, jika ingin melihat UMNO diterima rakyat pada PRU 14 nanti.

Apa yang dikatakan KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di blognya adalah benar;

"Ada pemimpin UMNO yang dilihat popular dan memenangi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) tetapi ditolak rakyat pada PRU ke-13 yang lalu, ini iktibar yang harus dijadikan teladan," 

dan

"Tidak ada maknanya kita bermegah dengan jawatan dalam parti, tetapi apabila berlakunya PRU, UMNO kalah teruk, pemimpinnya ditolak rakyat dan kita kehilangan kuasa.

Di dalam artikel terdahulu saya... Azalina mengalah bukan kalah telah dengan jelas menunjukkan betapa sokongan akar umbi serta rakyat terlalu inginkan Dato Aza menerajui kepimpinan sayap Wanita UMNO namun demi meletakkan perjuangan UMNO melebihi kepentingan diri.... Dato Aza mengalah.

Kita juga terima keputusan Dato Aza kerana atas alasan "DI NASIHAT" walaupun dalam suasana hampa tetapi kita tidak sekali-kali akan dikecewakan untuk kali kedua apabila Dato Aza sekali lagi "DI NASIHAT" bertanding untuk Majlis Tertinggi.

Dari dunia puteri ke wanita, politik telah menjadi sebati dalam hidup saya... itulah kata-kata Dato Aza.

Mendapat kepercayaan dan mandat Tun Dr Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu, Dato Aza telah mewujudkan Puteri UMNO untuk mendekati wanita-wanita muda. Semua, samada ahli UMNO atau tidak, mengakui kejayaan Dato Aza menerajui Puteri UMNO semenjak penubuhannya pada tahun 2001 hingga 2004dan kesan yang diberi kepada PRU, BN tidak pernah gagal mendapat majoriti 2/3.

Kejayaan pendekatan yang dibawa Dato Aza mendekati dan menyerlahkan peranan wanita-wanita muda dalam Puteri UMNO, akhirnya telah ditiru pihak pembangkang samada PAS, PKR dan DAP. 

Kecemerlangan beliau sebagai Ketua Puteri pertama diiktraf oleh Tun Mahathir yang meletakkan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan wanita pertama telah menjadi faktor penarik golongan belia, terutama wanita untuk menyertai aktiviti kementerian.

Dato Aza juga tidak sunyi dari kontroversi apabila ketika menyandang jawatan sebagai Menteri Pelancongan, namun tahun 2009, SPRM dan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Said Hamdan mengesahkan Azalina bebas dari rasuah.

TRANSFORMASI UMNO

Survival UMNO di PRU 14, sangat-sangat bergantung kepada barisan kepimpinan di PAU akan datang. Its a DO or DIE...

Mereka yang menawarkan diri dalam PAU kali ini bukan sekadar ingin menawarkan diri tetapi berharap akan berlaku transformasi yang terbaik antara kombinasi bakat pemimpin lama dan yang baru dan itu juga adalah saranan dari YAB Perdana Menteri sendiri selaku, Presiden UMNO dan ini juga diakui oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia bukan sekadar untuk berkhidmat atau menempa nama tetapi bersedia untuk membawa parti kearah transformasi ahli UMNO yang mana ahlinya terdiri dari orang Melayu itu sendiri, untuk terus dibela dan terus bermaruah ditanah tumpah bumi yang bertuah ini dan UMNO adalah medan terbaik untuk berbuat demikian…

UMNO PERLU DIGERUNI

Pada PRU 12 dan 13, BN gagal mendapat mandat 2/3 majoriti, Ini sangat-sangat mendapat perhatian akar umbi UMNO. Walaupun pada PRU13, UMNO berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen namun yang perlu diambil iktibar adalah barisan kepimpinan UMNO yang bakal dipilih mesti diterima baik rakyat juga.

Barisan pemimpin baru UMNO, bukan sekadar popular di kalangan UMNO tetapi mereka haruslah merupakan barisan panglima UMNO yang digeruni pembangkang.

Kita telah menyaksikan bagaimana Dato Aza secara solo menghadapi serangan pembangkang dengan isu projek petrokimia RM60 bilion di Pengerang sehingga Salahuddin Ayub tidak berani menyahut cabaran Dato Aza untuk berdebat dan seterusnya takut untuk bertanding di Pengerang pada PRU 13 lalu.

Nurul Izza yang pernah menewaskan Ketua Wanita UMNO di Lembah Pantai juga turut terpaksa duduk diam dengan keterangan Dato Aza di Dewan Parlimen di SINI...

Dengan kemenangan majoriti bergaya pada PRU13 sebanyak 22,508 setelah menang tanpa dicabar pada PRU11 dan PRU12, adalah pencapaian yang tidak mampu diperlekeh pembangkang. Kita makluam Dato Aza diserang dengan begitu hebat dari pelbagai sudut termasuk para simpati yang diupah masuk dari Singapura.

Apakah dengan keberanian, kebijaksanaan, ketegasan dan kecemerlangan Dato Azalina Othman maka UMNO tidak akan menerima beliau menduduki Majlis Tertinggi di PAU akan datang nanti?

Jika pembangkang sendiri akur dengan kecemerlangan beliau, mengapa UMNO perlu menidakkannya?

[ READ MORE ]

Friday, August 30, 2013

Top 10 Pemimpin Yang Akar Umbi Mahu Mereka Berundur Supaya Umno Lebih Kuat…..!

Selama lebih 2 minggu Keris telah membuat kaji selidik di kalangan orang UMNO secara verbal dalam majlis-majlis UMNO. Bertanya kepada akar umbi siapa pada mereka perlu undur diri demi kesejahteraan dan kemajuan UMNO.

Mula-mula Keris nak cakap ini dari akar umbi. Bukan Keris suka-suka nak hentam mana-mana pihak. Apapun mari kita lihat siapa 10 nama paling banyak Keris dengar untuk ditukar :

10. Dato' Sulaiman Mohd Karli


Beliau dikatakan punca kekalahan paling teruk di Kuala Langat dan sejak 2008, UMNO Bahagian Kuala Langat menjadi antara bahagian bermasalah. 

DKS....dia ni suka bergerak sendirian tanpa sayap pemuda,wanita dan puteri. Ada kedekut sikit.....





9. Dato' Shaziman Abu Mansor 


Ahli Parlimen Tampin. Apa salah YB ni ya? Ikut orang cakap dia antara MT yang gagal. Hmm…..










8. Dato' Sri Dr Ir Jamaluddin bin Mohd Jarjis 


Ketua UMNO Bahagian Rompin ini sebenarnya disukai di bahagian dia sendiri. Namun ada suara-suara mengatakan dia merupakan 'pencatur calon' pada PRU13 yang lepas membuatkan akar umbi menolak dia untuk MT.










7. Datuk Zainal Abidin Osman


Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Sebab musabab dia ditolak adalah sifat 'ignorance' dia terhadap kepimpinan Pulau Pinang. Apa masalah sebenar dia mesti orang UMNO Pulau Pinang lebih mengetahui. Lagipun BN Kalah di Pulau Pinang, boleh tukar kot untuk idea dan strategi baru.







6. Dato' Tajuddin Abdul Rahman


Ahli Parlimen Pasir Salak yang sudah berapa penggal. Antara veteran UMNO yang patut sudah boleh angkat kaki dan beri peluang kepada anak muda. Dia juga terkenal sebagai orang yang memalukan BN di dalam Parlimen Malaysia bila mudah baran dan suka maki.

DKS.....dia saja yg betoi, berlagak samseng, apa pun janji asukkkkk.....






5. Dato' Hj Tajul Urus B Hj Mat Zain


Gagal di bahagian sendiri. Terus terang orang yang sombong dan angkuh. Bercakap berdasarkan pengalaman. Sepak kamera kawan Keris tapi tak minta maaf. Siap jeling lagi. Ini nak menerajui kepimpinan UMNO?

DKS.....Cukup pandai bermuka2. Kalu sapa2 nak jadi Exco Kedah boleh tanya dgn mangkok hayun ni lagu mana caranya….. 






4. Datuk Wira Syed Ali Bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee 


Seorang Ketua Bahagian yang sangat aktif dalam mencari kesalahan orang lain. Kerja dia kritik, kritik, kritik. Bahagian sendiri sampai sudah tak menang-menang tapi dok sibuk cerita pasal bahagian orang lain. Lagipun takkan tak ada orang lagi dekat Cheras yang boleh bagi formula memenangkan BN? 

DKS.....pintu belakang penting nak hidup.....



3. Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin 


Gagal di Gombak maka sebagai orang bertanggungjawab, sudah pasti dia harus berundur demi memastikan BN merampas kembali Gombak. Lagipun Gombak bahagian yang bermasalah selepas Kuala Langat. 

DKS.....pelakon handalan.....





2. Y.B Dato’ Ir Mohd Zin Mohamed


Pemimpin UMNO Selangor yang bukan anak jati Selangor. Harus bertanggungjawab diatas kekalahan Selangor buat penggal yang kedua. Dia juga dikhabarkan sebagai 'pencatur calon' yang akhirnya memusnahkan UMNO Selangor. Manusia yang memalukan Perdana Menteri ketika itu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Dia sendiri kalah di Sepang dengan wakil rakyat PAS yang perangai buruk.


1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


Ada ramai ahli-ahli Wanita kata pada Keris, Shahrizat sudah tiba masanya untuk berundur. Terlalu banyak kontroversi yang mana melemahkan sayap Wanita UMNO. Dia juga kalah pada Nurul Izzah dan tidak tercalon pada PRU13 (bukan winnable candidate kot?). Sampai bila persepsi negatif terhadap Wanita UMNO harus ditanggung oleh akar umbi? Banyak kelemahan dia telah menjadi bayangan kepada Wanita UMNO. Nak simpan lagi?






Mungkin ada yang rasa perlu letak orang lain dalam Top 10 ini tapi macam Keris cakap ini semua suara akar umbi. Rais Yatim, Rafidah Aziz, Bushro semua 'gentleman' untuk beri peluang pada orang lain.

Formula baru diperlukan dengan kepimpinan yang lebih efisien. Bukan dengan kekalkan yang kita tahu sudah kalah. Kenapa nak simpan orang yang diberi peluang memimpin namun gagal?

Ehsan dari: kris7lok

[ READ MORE ]

Saturday, February 23, 2013

Pemimpin Pembangkang Umpama ‘Air Dan Minyak’.


Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin tertinggi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti ‘air dan minyak’ yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.

Menurut Perdana Menteri pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologi perjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain.

“DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka ini seperti ‘air dan minyak’yang mustahil untuk disatukan.”

“Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi,” katanya Selasa.

Najib, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata demikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di sini.

Berlainan dengan pemimpin pembangkang yang disifatkan seperti ‘”air dan minyak’, BN yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa di antara parti-parti komponennya telah memegang tampuk pemerintahan negara ini sejak ia merdeka, katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meminta rakyat Johor supaya menolak kedatangan Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim ke negeri itu hari ini dan tidak terpengaruh dengan janji-janji pemimpin PKR itu.

Khalid sama seperti pemimpin PKR dan pembangkang yang lain katanya, merupakan ‘penjual-penjual janji’ yang tidak berminat untuk menunaikannya, walaupun janji itu terkandung di dalam manifesto parti mereka.

Mereka (pembangkang) kata janji-janji yang terkandung di dalam manifesto parti mereka itu bukanlah suatu janji dan ia tidak perlu ditunaikan. Jikalau Khalid (Ibrahim) datang ke sini (Johor), suruh dia balik,” katanya.

Semenjak 2008, kata Najib, rakyat Selangor masih menunggu pelaksanaan pelbagai janji kosong oleh kerajaan negeri Selangor, termasuk melibatkan janji bekalan air percuma, bantuan untuk ibu tunggal, warga emas dan lain-lain lagi.

“Nilai bagi sesebuah kerajaan itu adalah pada pelaksanaan janjinya kepada rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Barisan Nasional, apa sahaja yang dijanjikan oleh kita, kita akan menunaikannya,” katanya.

Najib berkata BN berjanji akan menunaikan apa sahaja yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat di dalam manifesto pilihan raya umum nanti.

Kerajaan BN berusaha membantu rakyat dan ia dibuktikan dengan penyediaan pelbagai barangan dan perkhidmatan di bawah konsep 1Malaysia, bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, katanya.

Beliau berkata dalam dalam tempoh yang singkat, sebanyak 139 barangan dan perkhidmatan di bawah 1Malaysia telah berjaya diwujudkan untuk kemudahan rakyat.

“Berlainan dengan pembangkang, mereka hanya tahu menganjurkan demonstrasi jalanan dan menterbalikkan kereta polis. Mereka (pembangkang) dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0, tetapi kita dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 1.0, 2.0 dan seterusnya BR1M 3.0 untuk membantu rakyat,” kata Najib.

  
[ READ MORE ]

Anwar akan melafazkan SUMPAH LAHNAT........ ?


Biar betul....... Sungguhka.....apa yg hang tulis ni.....

Anwar akan melafazkan SUMPAH LAHNAT........ 

Inilah cerita yang terbaru saya dapat dari sumber yang boleh dipercayai. Setelah kecewa dengan ISU KALIMAH ALLAH telah membuatkan kedudukan PAS tergugat kerana penyokongnya telah mula berpecah. DAP pula mula merasa gusar kerana PR akan kehilangan pengundi dari kalangan orang Melayu. 

DAP amat yakin 80% pengundi Cina akan memihak kepada mereka. Pengundi India mereka tak gusar kerana "spesis cucuk hidung".......lungguk todi mesti hanyut punya...... 

Disebabkan kegusaran untuk memenangi PRU13 ini, satu pakatan sulit telah dibuat antara PAS dan DAP akan mendesak Anwar membuat SUMPAH LAKNAT demi untuk meraih sokongan pengundi Melayu. 

Sekirannya Anwar menolak desakan ini, PAS diminta menyusun strategi bertanding di tempat-tempat PKR akan bertanding yang majoritinya Melayu dan BN meletakkan calon Melayu

Hebat betul rancangan DAP untuk menghancurkan Melayu....... Walaupun berlaku sedikit perdebatan, demi survival politik tolak maruah Agama dan Bangsa, ahirnya PAS bersetuju dengan perancangan yang dibuat. Malah mencadangkan masa yang paling sesuai Anwar melafazkan SUMPAH LAKNAT malam sehari sebelum mengundi . 

Adakah ini benar-benar akan berlaku.......? Mampukah Anwar melakukannya.......? Kita tunggu dan lihat.

[ READ MORE ]

Wednesday, February 06, 2013

1 Jam PC Bersama Cikgu A, B, C... - Kemelut Tabung Memali.

Walaupun dimaki, dicaci, dicerca, diugut, disisih, diherdik....... namun semangat Cikgu Non (C.N. Al-Afghani) tidak pernah luntur untuk memperjuangkan nasib balu-balu dan anak-anak yatim mangsa Memali. 

Selama ini PAS begitu gah mengambil kesempatan dari apa yang berlaku di Memali mewujudkan tabung yang kononnya akan membela nasib Memali. 

Dicanang dan dilancarkan "TABUNG MANGSA MEMALI" seluruh pelusuk dunia....... Kutipan masuk tak putus-putus dari Perlis hinggalah ke Sabah, malah ada yang datangnya dari luar negara....... 

Hakikatnya....... 

Cikgu Non akan mengupas serba sedikit apa sebenarnya berlaku.

Dapatkan naskah LAPORAN terbaru dari beliau.

Tempat : Dewan Hotel Kuala Lumpur International (Kampung Baru) 
Tarikh : 7/2/2013 (Khamis) 
Masa 9:00 malam
[ READ MORE ]

Wednesday, January 02, 2013

Identiti Budak Kibar Bendera Rakyat Malam Tahun Baru Didedahkan.....

 
Malam tahun baru semalam telah digemparkan dengan satu tindakan biadap yang mana satu lagi bendera Sang Saka Malaya telah dikibarkan di Landasan LRT Masjid Jamek....

Mungkin ramai yang hendak tahu siapakah dalang yang mengibarkan bendera tersebutkan?

Ok aku cerita sikit...budak yang disyaki menjadi dalam mengibarkan bendera "Bendera Rakyat" merupakan seorang Jurulatih PLKN dan sekarang ini sedang melanjutkan pengajian peringkat master di Universiti Putra Malaysia.

Mohd Haizal, pemuda yang berasal dari Kg. Sungai Manila, Sabah itu juga merupakan bekas graduan USM di pusat pengajian seni.

Budak ini juga dikatakan kerap menyertai perhimpunan yang dianjurkan pembangkang yang kita ketahui semuanya membawa agenda membenci kepada kerajaan Malaysia.
Tapi dalam laporan Meloyakini, depa kata budak-budak ini tidak mendokong mana-mana parti politik...ini adalah satu lagi siri penipuan Meloyakini bagi mengelirukan masyarakat. Apa tidaknya, Haizal juga dikesan menyertai himpunan hijau baru-baru ini..bukan itu sahaja dia juga dikatakan kerap menyertai himpunan anjuran pembangkang.
Berbalik kepada latar belakang Haizal, dia merupakan seorang jurulatih PLKN di Kem PLKN Paya Indah...mengikut maklumat yang diterima, sudah ada laporan telah dibuat berkenaan tingkah laku budak ini dan JLKN dikatakan tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap perangai setan budak ini...

Dia turut menggunakan laman FB bagi menyebarkan dakyah untuk menghasut peserta PLKN...Pelik juga aku, PLKN yang diilhamkan oleh Kerajaan bagi menerapkan semangat patriotik tetapi tenaga pengajarnya pula tak guna...
 
Bukan itu sahaja, budak Haizal ini juga pernah mengumumkan di Facebook peribadinya bahwa berazam ingin menggulingkan Sultan...


Kau nak popularkan!!!!Kahkahkah!!!! Jurulatih PLKN Student UPM
Inikah Jurulatih PLKN, Penuntut UPM yang dilahirkan???apakah tidak ada tindakan langsung kepada budak yang biadap ini?
Rosak PLKN kalau ada Jurulatih bengong macam ini!!!!

Sumber: Harapan Esok.

[ READ MORE ]

Thursday, March 22, 2012

KES TUTUP ATAU KATUP MASIH BERTERUSAN DI KHTP.

Artikal ni aku petik dari sahabat aku SUNGGUHKA untuk dikongsi bersama juga sebagai koleksi aku pasai KHTP.....

Bagaimana berlakunya kes penutupan di ASetar yang ada kaitannya dengan KHTP.......?. Adakah ini satu fitnah..?. Tapi hakikatnya ialah pengurusan tertinggi syarikat pengurusan iaitu Kulim Technology Park Corpo....rati. Bhd (KTPC) telah menutup operasi sebuah Unit yang dikenali sebagai Digital Village (DV) disebabkan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) mengambil alih bangunan yang selama ini diduduki oleh Digital Village di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

DIGITAL VILLAGE yang diasaskan oleh bekas MB Kedah Sanusi Junid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmatannya mulai 31 Januari 2012. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga ASetar dan sekitarnya. DV memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma, atau pun dikenakan bayaran ‘token’ berjumlah RM20 sahaja. Sambutan dari rakyat amat memuaskan. 

DIGITAL VILLAGE menyediakan 3 orang tenaga pengajar. Kelas diadakan pagi dan petang. DV juga dilengkapi dengan 2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan. Guru-guru mereka amat berkemahiran. Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan, juga pihak polis, bomba, kakitangan kerajaan dan juga isteri-isteri Exco dan ADUN Kerajaan Negeri Kedah. 

Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri. Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri. 

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak-anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui oleh Kerajaan Negeri 

Kita tidak tahu apa sebab sebenarnya ia ditutup begitu sahaja, sedangkan ia adalah projek CSR KTPC yang sekian lama mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kedah. 

Adakah sebab ianya projek dari Kerajan BN terdahulu, maka sekarang ianya ditutup.......? 

Ada sumber sahih dari AS melaporkan ianya berpunca dari pergeseran peribadi antara Exco dan Pengerusi KTPC dengan bos INSPIN. Jika ini benar, ianya amatlah sedih kerana yang rugi ialah rakyat Kedah yang tidak dapat menikmati kelas-kelas komputer secara percuma atau pun begitu murah iaitu seminggu hanya RM5 dan sebulan berjumlah RM20. 

Kesian jugak kat semua staf DV yang sekarang terpaksa berulang dari ASetar ke KHTP hanya semata-mata untuk mencari rezeki sesuap nasi bagi menyara keluarga masing-masing. 

Apa pun benda yang mendatangkan faedah dan manfaat tidak sepatutnya ditutup begitu sahaja, tanpa alasan yang kukuh dan konkrit. 

Mungkin ada saudara atau saudari di luar sana yang dapat memberi beberapa klu lagi mengapa operasi DV ini terpaksa ditutup, walau pun hanya sekadar melakukan kerja CSR bagi pihak KTPC, yang juga anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 


RANJIT SINGH
DIGITAL VILLAGE, Alor Setar
Tue Jan 31, 2012 11:01pm
203.82.90.65

DIGITAL VILLAGE yang diasas olih bekas MB Kedah Sanusi Jonid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmat nya mulai 31 Januari 2012. Digital Village adalah anak syarikat Kulim Hi Tech.Ia adalah dibawah Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga Alor Setar dan sekitar nya...ia memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma.

Sambutan dari rakyat amat memuaskan.DIGITAL VILLAGE telah menyediakan 3 orang tenaga pengajar.Kelas diadakan pagi dan petang.2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan.Guru Guru amat berkemaheran.Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan.
Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri.Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri.

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui olih Kerajaan Negeri.Ranjit adalah salah seorang pelatih DIGITAL VILLAGE.Kalau kelas komputer tutup aku terpaksa balik kampong bela lembu lembu pawah Kak Jat dan cuba ngorat Milah janda muda dihujung kampong...


Apakah peranan dan siapakah Haji Mohamad bin Che Nai, Pengurus Besar INSPIN.......? Apakah Hj Sobri, Presiden KTPC tidak mempunyai kuasa langsung untuk menyelesaikan sebarang masalah atau pergeseran kuasa antara DV dan INSPIN.......? dan Hj Anuar Saffar, VP in charge DV juga tidak mampu berbuat apa-apa.......?, atau pun ini hanya helah dan dendam kesumat THAMS supaya staf DV akhirnya meletak jawatan setelah tidak sanggup berulang jauh dari ASetarr ke KHTP (banyak kena bayar tol & minyak ni).
Peneraju DV, Salman & bosnya THAMS sewaktu masih ceria bersama, sekarang DV hanya tinggal secebis kenangan
Digital Village (KTPC),Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah
Bangunan Digital Village telah diambil alih oleh INSPIN
APA SALAHNYA DV DAN INSPIN BEKERJASAMA DAN MELETAKKAN EGO PENGERUSI DAN GM MASING-MASING KE TEPI.......? 

PERALATAN YANG LENGKAP DI DIGITAL VILLAGE KINI TERPAKSA DIANGKUT BALIK KE KULIM, HANYA SEMATA-MATA KERANA PERTELINGKAHAN ANTARA PENGERUSI KTPC DAN GM INSPIN.......?

[ READ MORE ]

Saturday, January 28, 2012

Sorotan Di KHTP Dari Kacamata Seorang Pemberita Sambilan.

Tarikh Liputan/Wawancara: Khamis, 22 Disember 2011

Disiarkan di bawah satu kesah benar yang dihantar ke DKS pada bulan lepas sebagai tatapan dan bacaan kita semua.

Pagi tadi aku sempat ikut Datuk Mukhriz ke KHTP, yang belum pernah aku lawati atau aku jejakkan kaki.  Pada program anjuran Malaysian Productivity Centre (MPC) ni, aku sempat berjumpa dengan beberapa kakitangan KHTP.

Berikut adalah serba sedikit maklumat hasil ‘interview’ dengan kakitangan tersebut yang dapat aku rangkumi setelah hampir empat tahun KHTP berada dalam tampuk pengurusan oleh Presiden, Hj Muhamad Sobri Osman yang dilantik oleh kerajaan negeri Kedah dari kalangan parti politik, iaitu Timbalan Presiden PAS Kawasan Sg Petani.

Rata2 kakitangan KHTP sudah muak, meluat dan tidak menyokong cara pengurusan yang cuba diterapkan oleh PAS.  Lebih2 lagi cara pengurusan seorang lagi lantikan politik, iaitu Hj Awang Hashim, Naib Presiden Kewangan KHTP.  Beliau juga sering dilabel ‘lebih sudu dari kuah’ oleh mereka yang aku dah interview.

Memang terdapat banyak yang Datuk Mukhriz sentuh mengenai KHTP semasa ucapan beliau yang banyak menempelak pengurusan tertinggi KHTP sekarang.  Tapi yang lebih menarik lagi ialah ‘inside story’ dari mereka yang masih bekerja di situ yang aku senaraikan di bawah sebagai tatapan.

Difahamkan terdapat berbagai masalah, malapetaka dan bencana dan tidak ketinggalan tragedi yang telah dihadapi sejak pengurusan KHTP diambil alih oleh PAS aka Kedah Sejahtera.  Disiarkan senarai masalah/bencana yang dihadapi oleh KHTP sejak 2008 hingga 2011 dengan bantuan staf KHTP:
  1. Ketiadaan bekalan air pada hujung tahun 2009 (Oktober) sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM53 juta kepada kilang2 di KHTP disebabkan kegagalan ‘maintenance’ Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) untuk loji air di Pinang Tunggal dan pengurusan KHTP yang kurang pengalaman gagal menangani kemelut ini, walau pun terdapat Cybercity Guidelines yang boleh diguna pakai untuk menangani krisis ini sewaktu kecemasan
  2. Gangguan bekalan elektrik di MIMOS (syarikat kaitan kerajaan yg beroperasi di KHTP)
  3. Pembelian mesin yang masih tidak boleh digunakan hingga sekarang (water jet CNC); belum diselesaikan isu ini, puncanya dari kegagalan Naib Presiden Tn Hj Anuar Safar meletakkan budget untuk bekalan air (‘DI/de-ionised water‘ untuk mesin tersebut).  Patutnya dia & semua staf/engineer terlibat juga dikenakan DI (domestic inquiry)
  4. Naib Presiden Kewangan yang tidak berkelayakan sebagai akauntan, tidak mempunyai kelayakan hanya pengalaman sebagai seorang pegawai bank (current account) di Hong Leong Bank
  5. Pemberian kontrak kepada kroni PAS, termasuklah catering, maintenance, repair bumbung bocor, cuci bangunan, supply mesin dll
  6. Presiden yang miang2 keladi (mat romeo & syok kat bini orang)
  7. Ramai kakitangan yang berhenti & diberhentikan termasuk dari anak syarikat
  8. Ramai kakitangan yang diberhentikan dan tidak disambung kontrak masing2 walau pun tiada masalah disiplin
  9. Ketiadaan pelaburan besar yang masuk, hanyalah pelaburan yang menyokong pelaburan besar
  10.   Kemarahan kilang2 di KHTP apabila tarif air dinaikkan tanpa mengira kelulusan tarif istimewa mereka yang diberikan oleh kerajaan negeri terdahulu
  11. Lawatan ke luar negara diadakan tapi tidak membuahkan hasil kerana tidak berjaya membawa masuk pelaburan
  12. Naib Presiden Pembangunan Industri yang terlampau sehingga menghabiskan wang peruntukan kerajaan untuk melawat luar negara
  13. Sikap Presiden yang tidak mesra pelabur & menyebabkan sekolah antarabangsa ELC yang dibuka waktu BN perintah, sekarang terpaksa ditutup akibat tiada sokongan dari KHTP sendiri
  14. Ramai kakitangan yang tidak disukai oleh Presiden dikenakan surat tunjuk sebab tanpa sebarang sebab & usul periksa
  15. Terdapat kilang yang tidak mengembangkan operasi di KHTP, sebaliknya pergi ke Perak, walau pun masih mempunyai tanah di KHTP
  16. Kehilangan kereta syarikat KHTP, Toyota Camry, sampai kini belum ditemui, walau pun KHTP mempunyai sistem CCTV yang canggih, tapi gagal merekod sebarang bukti kecurian di tempat parking yang dikhaskan untuk bos2 KHTP
  17. Memberi zakat kepada YIKED yang bukan merupakan penerima wang zakat.  Zakat sepatutnya diserahkan kepada Pejabat Zakat Kulim.  YIKED ini dipimpin oleh Yusrin (ex menantu MB Kedah)
Demikianlah sedikit sebanyak yang patut semua orang Kedah & daerah Kulim/Bandar Baharu tahu sebelum PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini belum lagi dimasukkan dalam senarai masalah / bencana / skandal peringkat negeri, terutamanya isu penyelewengan tabung Memali, isu bangunan KUIN yang mungkin boleh roboh, pergaduhan merebut jawatan MB Kedah dan MB Kedah yang sentiasa cakap ‘saya tak tau’.

Itulah Kedah Sejahtera, yang hanya gah pada slogan, tapi nyata tidak mampu dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri mahu pun pengurusan KHTP.

Hasil Nukilan & Coretan:
Pemberita Sambilan dari Ipoh & Peminat Setia Laman DKS

[ READ MORE ]

Thursday, October 06, 2011

Bagaimana Kedah jatuh kembali ke tangan BN? - Bahagian Dua (2).

Kita ikuti sambungan bahagian 2.

[ Sedutan dari bahagian satu ]

"Aku nak bagitau hampa satu benda ni, dan hampa jangan bagitau sapa-sapa buat masa la ni", Mail yang tadi sebelah Wahab tetiba berubah tempat duduk sebelah Haji Kob.

"Krisis air yang teruk akan berlaku di Kedah sebelum pilihanraya ni!"

-----------------------  Sambungan -------------------------

"Cuih, aku ingatkan hang nak bagitau pasal rahsia salahlaku Ustan Azizan apa ka", Wahab rasa macam tertipu.

Wahab ni AJK UMNO kawasan Tengah Kedah. Kalau ada peluang nak hentam Ustaz Azizan MB ni, Wahab nombor wahid!

"Macam la Kedah selama ni bawah JBA ka, SADA ka, krisis air tak pernah jadi", Wahab perangat. Waktu ni, Mail waktu ni dok mencebik mulut sebab Wahab potong jalan cerita Che Din.

"Hang pun satu Wahab, kalau ya pun, bagi la si Din ni cerita bagi habih dulu. Ni tak dan-dan nak menyampuk cakap kawan ni", Haji Kob bersuara.

"Hang caya dak kalau aku habaq hang yang ada arahan supaya buat bagi jadi krisis air di Kedah?", Che Din naik angin. 

"Nak bagi kerajaan negeri hura-hara dengan krisis ni", tambah Che Din lagi.

Kening Wahab mula terangkat pelan-pelan. Tanda dia faham apa nak disampaikan oleh Che Din. Haji Kob mengangguk macam orang sakit Parkinson.

"Tanya la orang tu, sebab apa dia pie jumpa PM kita dekat Sungai Petani aritu. Kononnya kalau dia dapat ambik balik Kedah dari PAS, dia naik jadi MB", Che Din dah naik syeikh.

"Abis tu, kami punya orang nombor satu macam mana?", Wahab bersuara.

"Itu la, semua orang tak tau kisah ni. Ni yang aku dok pongoih sorang-sorang ni. MB Kedah tak boleh ditegur langsung. Orang bagitau si-anu dan si-polan tu bahaya, dia tak caya. Dia kira dia ja yang betoi", Che Din dok jeling Haji Kob menguap tak tutup mulut.

Kebanyakkan warga Kedah mengetahui pe'el Ustaz Azizan. Dalam masa yang sama, tidak ada sorang pun yang menghidu perancangan yang dibuat oleh pihak berkepentingan bagi menjatuhkan kerajaan negeri. Ustaz Azizan kini ditikam kiri kanan.

"Tu aku dok kata ni, aku lagi risau Ustaz Azizan terbalik dari Menara Alor Star terbalik", Che Din tak berhenti-henti dari tadi.

"Cuba hang cerita apa perancangan yang SADA buat sampai boleh menjatuhkan kerajaan negeri? Dia buat macam mana?", tanya Haji Kob serius.

"Macam ni perancangan dia.. mula-mula..."
  
Sambung Bahagian Akhir 
[ READ MORE ]

Bagaimana Kedah jatuh kembali ke tangan BN? - Bahagian Satu (1)

Artikal ni aku petik dari komen sahabat kita Raja Simurak (klik sini) utk dikongsi bersama. Terimakasih.

"Menara Alor Star ni agak-agak kalau terbalik, kena kita dak?", soal Haji Kob kepada kawan-kawan semejanya.

"Ni kalau aku luku kepala hang, hang nak marah kat aku!", Che Din mencelah.

"Awat plak?", terbeliak biji mata Haji Kob.

"Dak la, menara ni kalau terbalik, aku tak bimbang pasal kita, yang aku bimbang pasal Ustaz Azizan", sambil Che Din sedut Teh O Ais guna straw warna merah putih.

Semua mata yang ada di meja tu memandang Che Din.

Semua orang tahu yang Che Din ni suka berkawan dengan orang-orang politik. Setiap kali duduk bersembang dengan Che Din, mesti ada isu yang timbul pasal keadaan di Kedah. Che Din hirup Teh O Ais senafas. Macam malaikat nak tarik nyawa dalam masa terdekat.

"Ada kisah ka Din?", tanya Mail yang bertentang badan dengan Che Din.

Che Din buat endah tak endah dengan soalan Mail tadi. Dia cukup faham yang kawan-kawannya cuba korek rahsia yang ada dekat dia. Pasal Ustaz Azizan kena serangan jantung dulu pun, bermerah muka dok bertahan bagitau benda tu mainan politik sebelah BN. Siap dengan fakta-fakta serta gambar peribadi kononnya masa kejadian, dia bersama Ustaz Azizan.

"Tak payah la hang nak sembunyi Din, semua pakat tau apa yang dah jadi la ni", Wahab serkap jarang Che Din

 Terbeliak mata Che Din macam nampak kain janda sebelah rumah terselak.
  
"Pasal SADA kan?", tambah Wahab lagi sambil mengharap tekaan dia kena.

SADA adalah singkatan bagi nama Syarikat Air Darul Aman. Syarikat air ni telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010 semasa dibawah pemerintahan Ustaz Azizan. Kerajaan Negeri melantik Datuk Adzmi Din sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pelbagai isu telah timbul semenjak Jabatan Bekalan Air Kedah dikorporatkan. Antaranya, kenaikan tarif air 1.6% pada 1 Oktober 2010. Kenaikan ini memberi kesan yang mendalam bagi individu yang berkhidmat di bawah Syarikat Air Darul Aman ini.

"Panggg!" meja ditepuk dengan kuat.

"Aku tak sangka dengan apa yang terjadi. Harapkan pagar, pagar makan padi", agak kuat suara Che Din. Mail tunduk mencari kasut seliparnya bawah meja. Takut-takut Che Din jadi gila.

"Aku ingatkan dia ni orang yang boleh caya, rupanya dia ni liberty kepada kita", punya laju Che Din sebut. Che Din nak sebut liabiliti sebenarnya. Wahab dari tadi dok tengok muka Che Din yang merah menyala tu.

"Syak aku menjadi kenyataan  sejak Mat Arop kena tamat perkhidmatan dia", sambung Che Din.

Kebanyakkan orang di SADA mengetahui siapa itu Mat Arop. Mat Arop bukan kaki bodek. Penggerak utama Jabatan Bekalan Air sebelum dikorporatkan. Mat Arop adalah penyelesaian kepada sebarang masalah air di Kedah. Permasalahan bekalan air di Baling, di Kuala Nerang mahupun serata negeri Kedah diselesaikannya. 

"Bebudak Mat Arop semua kena tukar bahagian, suruh susun surat. Juruteknik kena surun surat?", waktu ni Mail dah ubah kedudukan kerusi dia bersebelahan Wahab. 

"Aku nak bagitau hampa satu benda ni, dan hampa jangan bagitau sapa-sapa buat masa la ni", Mail yang tadi sebelah Wahab tetiba berubah tempat duduk sebelah Haji Kob.

"Krisis air yang teruk akan berlaku di Kedah sebelum pilihanraya ni!"

Sambung Bahagian Dua  ...

Insyallah.....kita ikut sambungannya...

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top