Saturday, April 30, 2011

MB Kedah Nak Jadi Anti Kerajaan Pusat... Anak Buah Pula Minta Bantua Kerajaan Pusat...

We must not depend on federal government grant.
Melihat kpd tajuk berita di dada akhbar utama lalu, kita mesti menyangka bahawa Kedah ni diperintah dgn cekap.  Apa taknya, MB Kedah semasa wawancara dgn wartawan sempat memberitahu bahawa jika Kerajaan Pusat tak mampu mengurus Universiti Utara Malaysia (UUM), kerajaan negeri Kedah boleh ambil alih.  Begitu hebat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercakap.  Tetapi beliau tak  sedar bahawa RM1.7 juta cukai tanah tu akan mengundang padah kpd projek lain di Kedah yg dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.

Mungkin Azizan perlu belajar menjadi seorang insan yg tak bongkak dan belajar apa itu ‘humble’.  Lag ni beliau ibarat kata mat saleh pulak; ‘if you are as great as I am; it is difficult to be humble’.
Pak Menakan aku ni taik LENA, junuh aku nak rengah cari duit...
Kita cuba ‘backtrack’ seketika dan lihat ke projek utama Kedah untuk pelaburan langsung asing (foreign direct investment/FDI) iaitu Kulim Hi-Tech Park (KHTP).  Rata-rata secara umum rakyat Kedah telah mengetahui bahawa projek ini dibiayai secara sepenuhnya infrastruktur dan pembangunan (termasuklah pengambilan tanah dari pihak swasta).  Secara keseluruhannya sebanyak RM2 billion telah dibelanjakan untuk membangunkan sebuah kawasan industri bertaraf taman teknologi atau taman sains yg menjadi contoh terbaik di Malaysia untuk pembangunan perindustrian yg teratur dan moden.  Hasilnya ialah KHTP berjaya menarik RM24 juta pelaburan dan menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan yg bernilai tinggi untuk anak Malaysia secara am dan anak Kedah secara khususnya.

Apa yg ingin ditonjolkan ialah Kerajaan Pusat mempunyai kemampuan untuk membayar cukai tanah berjumlah RM1.7 juta ini.  Tetapi Kerajaan Pusat melalui UUM ingin melihat sejauh manakah keikhlasan Kerajaan Negeri dalam menangani isu yg melibatkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga bidang pelajaran, iaitu bidang yg tak mendatangkan pulangan wang atau keuntungan kpd Kerajaan Pusat, hanyalah sekadar memenuhi tanggung jawab sosial menyediakan pelajaran lanjutan kpd semua lulusan SPM, termasuklah dari Kedah sendiri.

Sejak memegang tampuk pemerintahan KHTP, PAS melalui Tuan Haji Muhamad Sobri bin Osman (dia ni sain nama pun unik, sekerat rumi, sekerat jawi; tak tau pasai apa), beliau masih sehingga ke saat ini, menggunakan cara lama semasa BN memerintah, iaitu memohon bantuan geran dan pinjaman dari Kerajaan Pusat (melalui PKNK) atau secara terus bagi pembangunan infrastruktur KHTP.  Ini adalah polisi jelas dari beliau, walau pun pernah beliau mencuba untuk menjarakkan diri dari polisi ini sewaktu awal pemerintahannya apabila berkata dgn angkuhnya; ‘we must not depend on federal government grant’ atau pun dialih bahasakan; ‘kita tak perlu bergantung dgn geran dari kerajaan pusat’.  Beliau nampak begitu angkuh dan sombong ketika itu.  Malah beliau juga berkata semasa itu; ‘I am fully in charge’.  Ini berlaku disekitar hujung tahun 2008. 

Berbalik kita kpd tajuk di atas yg ingin aku kupas.  Selalunya apabila boss kita membuat sesuatu, ianya juga akan diikuti oleh anak buah. Tetapi terbalik pulak dgn apa yg terjadi di Kedah.  Boss dah nampak anti kerajaan pusat, tetapi anak buah di KHTP masih menagih bantuan dari Kerajaan Pusat. 

Kita sarankan kpd Kerajaan Persekutuan supaya menjemput MB Kedah untuk juga mengambil alih pengurusan dan juga tanggungjawab membiayai keperluan kewangan KHTP kpd Kerajaan Negeri Kedah.  Ini adalah kerana MB Kedah sudah membuat tawaran tak rasmi untuk mengambil alih UUM. 

Apa yg perlu Kerajaan Pusat buat lag ialah menuntut balik segala hutang KHTP dari Kerajaan Negeri Kedah yg mungkin berjumlah sekitar RM170 juta sahaja.  Ini boleh dibuat dgn kadar segera kerana hutang itu pun sepatutnya sudah dilunaskan, tetapi Kerajaan Pusat amat baik hati untuk menangguhkan pembayaran tersebut.

Nasihat kpd MB Kedah ialah agar berhati-hati dalam memberi kenyataan akhbar.  Jangan terperangkap dgn ideologi PAS bahawa apa yg kami buat semua betul dan apa yg BN/UMNO buat semua salah. 

Di harap Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri EPU ambil perhatian mengenai perkara ini dan bertindak dgn segera dgn menghantar surat dari EPU kpd pejabat MB, dan cc kpd PKNK dan Hj Sobri, meminta agar hutang Kerajaan Pusat yg tertunggak diselesaikan dgn segera.  Dan untuk UUM punya cukai tanah RM1.7 juta tu, kontra saja dari RM170 juta hutang tu.  Jangan pula pi kata kat media bahawa itu hutang dari Kerajaan BN/UMNO dulu.  Siapa yg perintah lag, dialah yg kena ambil tanggung jawab.  Macam jugak bila tarif air dinaikkan, yg bertanggungjawab ialah Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Pusat.  Pelaburan pun kalau naik atau turun, sendiri kena tanggung la, jangan pulak apabila banyak kata buat sendiri, bila sikit tuduh MIDA tak buat kerja.

Malah lebih menarik lagi disini ialah Hj Sobri yg amat marah dgn Datuk Shukri kerana menghantar cadangan KHTP untuk diambil alih oleh Kerajaan Pusat pada hujung tahun 2008, akhirnya akur juga dgn cadangan asal Datuk Shukri itu.  Walau pun Hj Sobri dgn keras menentang cadangan agar KHTP diambil alih oleh Kerajaan Pusat melalui penukaran status pinjaman RM200 juta oleh Kerajaan Negeri kpd geran (cadangan dari Datuk Shukri), akhirnya telah menghantar cadangan yg sama pada tahun 2010, iaitu setahun dari cadangan asal itu dihantar kpd Kabinet.

Ini boleh kita sifatkan seperti ‘menjilat ludah sendiri’.  Sama juga seperti YB Datuk Haji Amiruddin, yg dulu mencanangkan bahawa Kedah atau KHTP tak perlu lagi mengikuti ‘trade mission’ MITI/MIDA oleh Kerajaan Pusat, dan boleh pergi sendiri, akhirnya akur juga dgn keberkesanan misi pelaburan Kerajaan Pusat dan lag telah menjadi ‘regular customer’ untuk misi pelaburan MIDA ini. 

Sebagai rumusannya, mengapa MB Kedah tak mendapat gambaran sebenar apa yg berlaku di KHTP…?  Dahulunya adalah menjadi ‘precedent’ sesiapa sahaja yg menjadi MB Kedah dialah yg menjadi Pengerusi KHTP, ini adalah sesuatu yg baik yg dilakukan oleh BN/UMNO.  Tetapi ini tak diikuti oleh Ustaz Azizan yg hanya ‘mendelegate’ sahaja tugas ini kpd Exco Pelaburan & Industri.  Diharap ini juga akan diubah dgn segera oleh Ustaz Azizan dgn mengambil balik takhta Pengerusi KHTP dari YB Datuk Hj Amiruddin yg khabarnya sudah menambah cawangan beliau.

Kat sini aku selitkan kertas kerja dari KHTP untuk menukar RM130 juta pinjaman kpd status geran yg dihantar kpd Kementerian Kewangan pada tahun lepas untuk tatapan dan analisa pembaca sekalian.  Tak perlu kita heboh bagai mana dan macam mana maklumat bocor (memang kerja aku).  Yg penting, persoalan kita ialah adakah MB dan anak buahnya Hj Sobri dapat mentadbir Kedah dan mengurus KHTP secara cekap…?
 
 
 
 
 
 

[ READ MORE ]

Monday, April 18, 2011

UMNO Kedah yang Lesu...?


Aku amat tertarik dgn tulisan Sungguhka dlm bloq dia pasai UMNO Kedah Bakal Terpalit Sejarah Hitam. Aku tak mau salahkan sapa2 dlm hal ni. Cuma aku minta PBUNK duduk sidang betoi2 muhasabah balik erti perjuangan UMNO tu. Yg lepas tu lepas laaa... Panggil balik semua KB minta surat tunjuk sebab kegagalan Bhg masing2.

Cerita Sungguhka tu pasai peringatan pada PBUNK apa yg akan berlaku pada mesyuarat salah satu Bhg di Kedah pada 11/6/2011 (kalau tarikh tu kekal). Cuma yg menarik minat aku adalah komen2 yg diberi dlm blog tu. Di bawah adalah antara komen2 yg dapat aku petik buat kita pikaiq sama2…:


Petikan luahan Suara akar umbi.

Sahabat ku; cerita UMNO di Kedah serupa sahaja. 5x2=5x2. Ramai orang dah tahu bahagian-bahagian yang kucar kacir. Dalam UMNO ada Ketua,Timbalan Naid sampai AJK. Termasuk Wanita. Pemuda dan PU#. Kemudian dibawah cawangan pula. Punca segalanya ialah salah urus dan salah tadbir Ketua Bahagian. Tak patut 100% salah Dato Bashah selaku Pengerusi Perhubungan. Ada ketua bahagian yang manis didepan yes ok. Tapi tak boleh diharap tikam belakang.

Apa pun Dato Bashah kena tegas juga dengan kaki pelingkup UMNO di bahagian ini. Terus terang lah bahawa UMNO di Kedah sedang dihampiri kemusnahan kerana adanya ketua bahagaian yang nampak hebat diluar tetapi umpama kereta kebal dalam funfair sahaja. Yang salah ialah kepimpinan UMNO iaitu Ketua yang hari itu terhegeh-hegeh tawar diri, tawar duit ringgit untuk jadi ketua. Kemudian apa jadi hari ini. Yang diketahui kepung menteri sana sini lobi projek. Yang UMNO berselerak.

Kenapa dulu UMNO Kedah steady sahaja walaupun ada bergolak dan berkocak. Sebab pimpinan dulu mempunyai nilai hati yang terbuka. Tak macam kini jadi Ketua Bahagian pun dah ego, somobong, besar kepala lagak mewah. Jaga kroni sahaja. Habis bolehkah menang PRU 13 nanti. Jawap lah sendiri... ingat pemgundi tinggal dalam hutan dan atas pokok lagi ke.


Petikan luahan AnaQarbana.

Dato' Ahmad Bashah hanya seorang ADUN tidak mempunyai kekuatan di Bhg ataupun di cawangan, tidak punya pengaruh kuat di kalangan Ketua Bhg yang rata-rata mempunyai akademik yang lebih baik darinya. Dato' Ahmad Bashah seperti keseorangan, tidak mempunyai support group, Dato' juga di lihat tidak tegas, tidak berani bertindak untuk memulihkan kekuatan serta perpaduan dalam UMNO Kedah.

Ketua-Ketua Bhg tidak memberikan tumpuan kepada politik ataupun pilihanraya...tumpuan mereka hanya kepada bagaimana nak kaya...bagaimana nak dapatkan projek...bagaimana nak jahanankan UMNO...bagaimana nak bagi kawan dalam UMNO mampus....kita tengok apa yang bahagaian buat untuk menghadapi PRU ke-13.....la ni depa dok segheniang sesama sendiri.....Takkan Tok Basaha kena letak jawatan kot dan lantik orang lain sebagai pengerusi baru.....bukan setakat ahli UMNO sahaja yang meluat kat UMNO...pengundi dan rakyat kedah dah meluat dengan UMNO kerana sikap kepimpinan dan pemimpin UMNO di semua peringkat yang tersangat ego...bodoh, bangang tak sedar diri..... kalau macam ni punya dok ada....maas depan UMNO......gelap...jalan mati di hadapan....awassssssssss.


Petikan luahan Gelombang biru merah kelabu.

Pimpinan UMNO Bahagian yang gagal atau jadi tunggul reput letak jawatan sahajalah. Lagi lama jadi penunggu pun lagi mudarat UMNO di Kedah. Termasuklah Dato Bashah pun kalau tak mampu nak bawa perubahan dalam UMNO lepaskan jawatan Pengerusi UMNO Kedah. Tak nampak apa-apa perubahan pun sejak dia ambil alih dari Shafie Afdal. Lebih kurang sama sahaja keadaan UMNO Kedah. Apa nak jadi ini kalau orang ramai dan rakyat jelata sudah hilang rasa hormat . Di bawah orang tak hormat lagi ketua cawangan. Ketua Bahagian pun serupa. Ketua UMNO Negeri pun macam itu juga. Betul sahabat pengkomen kata ketua bahagian bagi laporan tak betul. Barangkali Dato Bashah percaya 200% laporan itu. UMNO dan BN akan sapu bersih PRU 13 nanti. Mana-mana yg tak jadi calon pula sabotaj parti macam PRU 12 lalu. Ramai juga yg jadi ketua bahagian hari ini kaki saboraj masa pilihanraya lalu. Kami nak tengok UMNO gerak laju dan pantas bersemangat serta berkoran. Sebab hari tu hangpa yg gatai nak jadi ketua. Habis laaa awat tak pulun kerja.


Petikan luahan Mahawangsa.

1.       Umum mentafsirkan boleh dikatakan sebilangan besar pimpinan yang ada di Kedah dan bahagaian di Kedah sama ada ketua bahagian, wanita, pemuda dan puterinya ibarat MAHARAJA TIKUS yang sedang membaiki labu.

2.       Suasana selesa dan relek masih belum habis dgn enjoy atas nama jawatan yg disandang.

3.       Merasa amat yakin akan dapat tambah kerusi untuk menjadi kerajaan semula. Bimbang dan takut yg dikendung pun tercicir.

4.       Banyak program yg dianjur bukan UMNO punya. Lebih kepada tumpang tui agensi KEDA, KEMAS, JASA dan Pejabat ICU.

5.       Program politik UMNO tak ada. Pimpinan UMNO semua peringkat tidak ada idea untuk mengadkan program yg impaknya berbentuk raksaksa.

6.       Demokrasi dalam UMNO sudah mati. Ada ketua bahagian menghalang ahli drp bercakap memberi idea memberi kritik yg membina kearah kebaikan parti.

7.       Begitu juga UMNO Kedah langsung tak pernah mengadakan satu program dailog dan mesra dgn pemimpin sama ada cara terbuka atau tertutup untuk memulihkan semangat dan hala tuju parti.

8.       Seluruh p[impinan UMNO banyak bergantung pada tokoh dari pusat. Tokoh temnpatan negeri Kedah tidak main peranan.

9.       UMNO Kedah ada :
a.       menteri...Jamil Khir
b.      tim menteri....Johari baharom
c.       tim mneteri....Masitah Ibrahim
d.      tim menteri....Mukhriz Tun Mahadir
e.      Pegawai PM....Ghazali Ibrahim
f.        Pegawai PM.... Lat Sahriman
g.       MKT UMNO....... Aziz Sheh Fazir
h.      MKT UMNO....... Aziz Raheeem
i.         MKT UMNO .......Mahazir Khalid

10.   Yang begitu ramai tokoh hebat yg diatas apa mereka buat dan sumbang dan bantu UMNO Kedah. Atau pun UMNO Kedah tak pernah minta bantuan drp mereka. Dato Basha tak pernah buat team untuk kuat Kedah. Atau Dato Basaha jalan sana sini SOLO takut duit habis. Menafaatkan menerkam.

11.   UMNO Kedah ada lagi EXCO Pemuda. EXCO Wanita, EXCO Puteri. Apa mereka buat.Apa mereka rancang.Apakah kerja mereka cuma pergi mesyuarat dgn fail di Menara Dato Onn sahaja. Bila balik Kedah simpan dalam jubok kereta.

12.   UMNO Kedah ada aset yg cukop banyak bekas tokoh ternama dan hebat. Bekas MB. Mantan Mneteri Mantan MP dan Manta ADUN yang mempunyai rekod cemerlang. Perkasa sahaja yg banyak mengenang jasa TUN Mahatir. UMNO Kedah agaknya masih terasa dosa lama yg tak terampun.

13.   Jentera UMNO dibawah akar umbi dan bahagian masih lagi siap dan sedia. Siap tak bergerak. edia pun tak bergerak.

14.   Hubungan UMNO dengan kelompok luar cukup membimbangkan. Seolah UMNO berada di suatu pulau manakala kelompok masayarakat yg berada disatu pulau yang lain. Politk apa ini namanya.

15.   Pemimpin UMNO tidak peka dengan politik baru dan trend serta lanskap baru politik. UMNO nampak besar tapi makin mengecil dan menguncup kerana pemimpin tak ideal dan tak ada idea serta wawasan yg hebat dan hala tuju yg jelas. Masih SYOK SENDIRI.

Aku petik sikit komne2 tu buat puak2 UMNO Kedah terutamanya pada Pimpinan Tertinggi, 4 sayap dan ahli UMNO pikaiq, buka mata, buka minda, tanya diri sendiri “Adakah aku ni benar2 mahu memperjuangkan UMNO demi Agamaku, Bangsaku dan Tanahaitku….?” atau “Aku hanya ingin bersama UMNO demi harta, tahta dan perutku…”.

Jawatankuasa Bertindak UMNO Kedah:

1.       Penerangan : Dato’ Seri Jamil Khair (Menteri Agama Lantikan Senator)
2.       IT : Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri Umno Kedah)
3.       Jalinan Rakyat : Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah)
4.       Poster/Gerak Kempen : Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda Umno Kedah)
5.       Daftar Pemilih : Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik)
6.       Pengundi Luar : Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena)
7.       Agensi dan NGO : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap)
8.       Sistem Blog : Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi)
9.       Kursus dan Latihan : Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani)
10.   Pembangunan : Datuk Johari Baharum (Ketua Bahagian Kubang Pasu)
11.   Kebajikan : Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Bahagian Baling)
12.   Keselamatan : Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai)
13.   Polling/Counting Agent : Datuk Mohd Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang)
14.   Pengangkutan : Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok)
15.   Makanan : Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai)
16.   Barong/Pondok Panas : Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun)
17.   Isu/Risikan : Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah)
18.   Tugas-tugas Khas : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu)

Adakah masih mahu LENA lagi…?
[ READ MORE ]

Thursday, April 14, 2011

Email Di KTPC Paling Canggih...?

Hj Sobri berbangga e-mail KTPC dah canggih dan selamat utk digunakan tanpa was2. Baru2 ini diberitakan oleh sebuah sumber sahih dari KHTP, bahawa seorang anak buah Hj Sobri aka Mr Presiden ‘numero uno’ KHTP, iaitu Encik Ibrahim Ahmad, Penolong Pengurus IT telah mendabik dada bahawa sistem yg telah beliau design tak boleh dicerobohi oleh sesiapa pun. Beliau juga menyebut bahawa orang yg terdahulu, iaitu seorang staff IT yg sudah dipetisejukkan (cold storage) oleh Hj Sobri dan Hj Annuar tidak pandai design sistem email yg canggih seperti beliau. Hj Sobri pun teramatlah bangga dgn pencapaian beliau ni.

Manakala dilaporkan pula Encik Patrick Teh, Pengurus PR pula sekarang hanya menggunakan Gmail sahaja setelah emailnya ditonjolkan di laman blog ni. 

Oleh itu, untuk dak menghampakan Tuan Haji Sobri dan Encik Ibrahim Ahmad, kita siarkan dua contoh email yg beliau sebut tak boleh dicerobohi tu seperti di bawah: 

CONTOH EMAIL PERTAMA 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

From:     Muhamad Sobri Osman
 Sent:     Thu 1/20/2011 4:43 PM
 To:          Patrick Teh; ktpcstaff; ktpccstaff
 Cc:          Noor Zarina
 Subject:  Re: Tempahan Bilik, Pekakasan dan Jamuan untuk Mesyuarat/Lawatan di KTPC 20/1/2011

Cuba gunakan appointment atau scheduler untuk buat booking. Berikan satu ID untuk satu bilik mesyuarat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile


From: "Patrick Teh" <xxxx@KHTP.COM.MY>
Date: Thu, 20 Jan 2011 15:29:23 +0800
To: ktpcstaff<ktpcstaff@KHTP.COM.MY>; ktpccstaff<ktpccstaff@KHTP.COM.MY>
Cc: Muhamad Sobri Osman<xxxx@KHTP.COM.MY>; Noor Zarina<xxxx@KHTP.COM.MY>
Subject: Tempahan Bilik, Pekakasan dan Jamuan untuk Mesyuarat/Lawatan di KTPC

Selamat Sejahtera Semua,
Sekali lagi, Jabatan Perhubungan Awam ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengisi Borang Tempahan Bilik sebelum menggunakan bilik mesyuarat di KTPC. Di dalam borang tersebut, silalah nyatakan butir-butir seperti tarikh, waktu, tujuan, bilangan peserta yang dijangkakan serta pelbagai keperluan seperti peralatan dan minuman/makanan. Borang Tempahan tersebut perlulah diterima sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh/waktu yang dipinta.

Borang Tempahan tersebut perlulah ditandatangani oleh peminta dan seterusnya diakuterima oleh Jabatan Perhubungan Awam sebelum bilik tersebut boleh digunakan. Sebarang penempahan yang bertindih akan dinyatakan kepada peminta tersebut. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesulitan kepada pihak yang sudah menempah bilik, kami ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan KTPC & KTPCC agar tidak menggunakan mana-mana bilik mesyuarat di KTPC tanpa sebarang tempahan walaupun kelihatan kosong pada waktu-waktu berkenaan. Sekiranya masih perlu menggunakan bilik berkenaan, silalah berjumpa dengan pegawai di Jabatan Perhubungan Awam untuk menyemak tempahan yang sedia ada.

Perhatian serta kerjasama Tuan/Puan terhadap perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Patrick

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CONTOH EMAIL KE DUA: E-MAIL SURUH STAFF TUKAR PASSWORD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

From:     Syahizan Sanusi
Sent:      Wed 2/16/2011 2:14 PM
To:           Nazmi Abdullah; Azharhadi; Azizah Ahmad; Mat Sharif Shaidin; Md. Nayan Mat; Wan Sharina; Noor Zarina; Ramlah Ahmad; Rosly Abdullah; Saidin; Zaharah               
Cc:           Ibrahim Ahmad; Mohd Khairul Najmi Ramli
 Subject:  RE: Diminta kerjasama anda untuk menukar password komputer dan email anda

Saya akan ke tempat tuan untuk selesaikan.

Thanks,

Mohd Syahizan Sanusi
ICT Development & Services Dept
Kulim Technology Park Corp Sdn Bhd
Suite 3.01 - 3.02, 3rd Floor KHTP Business Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim, Kedah Darul Aman
T : 04-401xxxx / F  : 04-401xxxx
M : 019-475xxxx

PG Save a tree, please do not print this e-mail unless necessary


From: Nazmi Abdullah
Sent: 16 February, 2011 2:12 PM
To: Mohd Khairul Najmi Ramli; Azharhadi; Azizah Ahmad; Mat Sharif Shaidin; Md. Nayan Mat; Wan Sharina; Noor Zarina; Ramlah Ahmad; Rosly Abdullah; Saidin; ZaharahCc: Syahizan Sanusi; Ibrahim Ahmad
Subject: RE: Diminta kerjasama anda untuk menukar password komputer dan email anda

Utk makluman saya tak diberi autoriti utk menukar password
THANK YOU & BEST REGARDS,

Muhammad Nazmi Abdullah
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD
3rd Floor, KHTP Business Centre
Kulim Hi-Tech Park
09000 Kulim, Kedah
Malaysia
Telephone / Fax : +604-403xxxx / 403xxxx
Email : xxxx@khtp.com.my
This e-mail and its attachments are intended for ease of communication and discussion only.
In the circumstances, the same will not and should not be construed as being legally binding and/or waiver of our rights.


From: Mohd Khairul Najmi Ramli
Sent: Wednesday, February 16, 2011 13:50
To: Azharhadi; Azizah Ahmad; Mat Sharif Shaidin; Md. Nayan Mat; Nazmi Abdullah; Wan Sharina; Noor Zarina; Ramlah Ahmad; Rosly Abdullah; Saidin; Zaharah
Cc: Syahizan Sanusi; Ibrahim Ahmad
Subject: Diminta kerjasama anda untuk menukar password komputer dan email anda

Diminta kerjasama anda untuk menukar password komputer dan email anda. Untuk pengetahuan anda, password komputer dan email adalah sama.

Cara :-
1.       Login komputer menggunakan password yang anda gunakan sekarang.
2.       Tekan Ctrl + Alt + Del dan pilih " Change Password ".
3.       Masukkan “Old password” iaitu password yang yang anda gunakan sekarang.
4.       Masukkan “New Password” Dan Masukkan “Confirm New Password” (Password Baru anda).
5.       Log off dan masuk semula dengan menggunakan password baru.

Untuk tujuan keselamatan dokumen sulit dalam komputer dan email, anda digalakkan menukar password dengan kerap.

Sebarang pertanyaan atau permasalahan sila berhubung dengan saya (mohd khairul najmi) @ Syahizan Sanusi

Mohd Khairul Najmi Bin Ramli
ICT Development & Services Dept
Kulim Technology Park Corp Sdn Bhd
Suite 3.01 - 3.02, 3rd Floor KHTP Business Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim, Kedah Darul Aman
T : 04-401xxxx/ F  : 04-401xxxx
M : 019513xxxx

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DENGAR KATA TUAN HAJI SOBRI BARU-BARU NI TELAH PERGI KE EUROPE UNTUK JOIN MIDA TRADE MISSION, SAJA NAK TANYA BERAPA BANYAK POTENSI PELABURAN YG TELAH DIBAWA BALIK UNTUK KHTP…?

TUAN HJ AWANG PULAK DENGAQ KATA TAK DAK DI OFIS LAGI; DOK KEMPEN DI SARAWAK…? BETOI KA…? ATAU PUN PI MELANCONG KE SARAWAK DENGAN FAMILY…? MACAM TU LA PUAK PAS NI POLITIK SAJA LEBIH, KERJA TAK TERA MANA PUN…
[ READ MORE ]

Tuesday, April 12, 2011

Siri Pendedahan KTPC & KHTP : Episod Kereta Oh Kereta...

Aku agak teruja menonton TV3 Nightline semalam, add wartawan perempuan yg berani tanya soalan maut kpd Anwar Ibrahim.

Memang class la reporter ni.  Sepatutnya ada banyak lagi soalan yg patut ditanya oleh wartawan kpd beliau sebelum pilihanraya di Sarawak. 

Antaranya ialah:

  1. Bila nak buat ‘asset declaration’ seluruh keluarga beliau (termasuk anak, isteri, bapak, adik, abang dan saudara sebelah ipar)...?
  2. Dari manakah PR memperolehi sumber kewangan untuk membiayai pilihanraya negeri Sarawak...?
  3. Jika ada, sila berikan sumbernya samada dari dalam atau luar negara...?
Pertama kali kita ucapkan tahniah kpd ketiga2 pemandu F1 yg telah berjaya memenangi siri kejohanan Formula 1 di Litar Sepang pada 10 April 2011, iaitu Sebastian Vettel, Jenson Button dan Nick Heidfeld. 

Berbalik kita ke senario di KHTP sekarang, di mana pentadbiran penggunaan kereta syarikat akan kita kupas dan ini sebenarnya akan mencerminkan bagaimana pengurusan ni akhirnya boleh kita lihat sebagai kayu pengukur sejauh mana pengurusan KHTP dibawah ‘political appointment’ PAS berjaya mengkucar-kacirkan pengurusan kenderaan syarikat KTPC yg mana sebelum ni amat stabil di bawah jagaan HR Dept (Kak Zaharah).  Kisah yg akan dipaparkan ni boleh kita jadikan iktibar kpd semua.

Sobri ni taik lena macam pak
sedara dia jugak Jijan.
Apabila Hj Sobri mula ditugaskan di KHTP sebagai Exec Director, beliau tiba dgn kereta Perdana, dan apabila disuruh meletakkan kereta di hadapan porch, beliau dgn tersipu2 menyatakan bahwa ‘tak pa aku park kat belakang’.  Wah, org KHTP semua kata ni la contoh org yg bagus, tak sombong pun, letak kereta kat belakang, tak ekk pun…

Begitu juga Awang Hashim, yg datang dgn kereta Citroen, park kat belakang jugak, cakap pun masa tu slow saja.  Baguih depa ni, kata puak2 di KHTP masa tu.

Ni adalah senario pada sekitar bulan Jun/Julai 2008 (sori dah lupa, lama dah cerita ni).  Tetapi selepas saja dilantik sebagai Presiden pada bulan September 2008, dgn sebuah Toyota Camry warna hitam, (plet depan WQS) sebagai kereta syarikat, Hj Sobri ni dgn angkuhnya telah mengarahkan sebuah petak dicat di porch KHTP Business Centre untuk keretanya sahaja.  Pernah satu ketika En Zul, VP KTPC meletak kereta di petak itu (sebab kecemasan), dan akibatnya telah dipanggil oleh Presiden dan di beri amaran lisan.  Khabarnya En Zul sekarang ni tengah tunggu amaran dalam bentuk surat pulak.

Ni adalah satu contoh sikap angkuh yg ada pada pemimpin PAS negeri Kedah yg telah didemonstrasi dgn baiknya oleh Hj Sobri.

Syoknya Awang boleh
melancung.
Al kisah Awang Hashim pula, menggunakan kereta Perdana syarikat,  tetapi beliau kelihatan lebih ganas dari Hj Sobri, kerana ibarat ‘kera mendapat bunga’, habis digunakan dgn sepenuhnya.  Antara kisah yg menjadi sebutan di KTPC ialah beliau telah membenarkan isteri beliau ke pasar membeli ikan, dan terlupa pula mengambil ikan dari bonet kereta Perdana, hingga busuk dan terpaksa dibawa ke pejabat untuk dibersihkan.  Malah beliau juga suka mengambil kereta syarikat sesuka hati, termasuklah kereta Volvo syarikat dgn ikut suka beliau.  Dengar cerita, kereta Perdana yg gear box problem dan busuk ikan ni pun dah nak kena jual.

Menunduk aja Shiraz ni.
Seorang lagi pekerja suruhan merangkap balaci Annuar Saffar, iaitu Ahmad Shiraz juga telah melakukan perkara yg sama iaitu membawa kereta syarikat balik rumah, walau pun beliau tidak layak berbuat demikian.  Untuk pengetahuan yg budiman, perkara ni tidak pernah berlaku sewaktu pemerintahan sebelum PAS mengambil alih KHTP.  Malah kereta-kereta syarikat dijaga dgn rapi oleh HR Department oleh Kak Zaharah (memang cenge). Habis saja guna, mesti serah balik kunci pada HR, nak ambil pun kena isi borang, dan betul-betul nak guna baru boleh ambil.

Tetapi sekarang ni lain jadinya.  Mungkin Hj Awang kita tak tau, tapi perangainya sedang diperhatikan.  Kita ambil contoh, hari terakhir sebelum cuti hari raya puasa tahun lepas, beliau tunggu hingga semua org balik dari pejabat, dan dia bawa balik kereta Volvo (yg dulu Datuk Shukri pakai), tujuannnya tak lain dan tak bukan, untuk menunjuk kpd org kampung Pendang yg dia ada kereta mewah.  Ni lagi satu contoh perangai menunjuk-nunjuk org PAS yg ada di Kedah.  Dia mungkin tak tau, tapi pergerakan beliau sedang dipantau.

Terkini, Hj Sobri telah menderma sebuah kereta Naza Ria (yg digunakan untuk membawa pelabur berpotensi dari Penang Airport ke KHTP) kpd sebuah sekolah agama di Alor Star.  Naza Ria ni kereta yg baru dan adalah dalam keadaan baik.  Kini Hj Sobri dan Hj Awang telah membeli sebuah Toyota Alphard sebagai ganti.  Apa yg menjadi soalan ialah kenapa Alphard yg dibeli itu ialah Alphard recon/second hand dari seorang kawan (iaitu kawan kpd pengurus undang-undang KTPC, Sabki, yg juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat).  Kalau ada duit, beli la yg baru punya.  Khabarnya tayar juga telah ditukar kpd tayar second hand.  Apalah nasib KTPC, dulu ada Rosly jaga kereta Volvo dgn tip top, la ni dapat kat depa, Volvo pun lingkup.

Maap Kahirul gambaq hang
blur sikit.
Seperti yg didedahkan sebelum ni, banyak kereta syarikat KTPC kini sedang ditender atau dijual oleh Hj Awang, termasuklah rangka motor buruk.  Seorang lagi VP yg khabarnya suka menunjuk-nunjuk kereta company ialah Tn Hj Khairul Fitri, ni termasuklah kereta Toyota Fortuner, kereta Honda CRV (sebelum dia serah kpd En Zul) dan juga kereta lain.  Katanya bini dia pun sama naik dok suka menunjuk kereta ni kpd org Kulim dan juga semasa ambil anak balik dari sekolah.  Pokoknya kalau kita berwang, beli la kereta sendiri, malu la sikit kat org Kulim yg amat maklum dgn senario ni, dari dulu hingga sekarang.

NILAH SECEBIS KISAH SALAH GUNA KUASA YG DIPAMERKAN OLEH MEREKA YG MENGGELAR DIRI MEREKA SEBAGAI ORG YG BIJAK DALAM SOAL AGAMA, SEDANGKAN SEBENARNYA MEREKA HANYALAH MANUSIA BIASA, APABILA DIBERI KUASA, MENJADI MABUK KUASA, HINGGA TAK KIRA APA YG BERLAKU DISEKELILING.

NI ADALAH CONTOH KECIL PAS DI KHTP.  ADA BANYAK LAGI KEPINCANGAN PENTADBIRAN DARI YG KECIL (SEPERTI KERETA) KPD YG  BESAR; YG SEDANG BERLAKU DI SELURUH KEDAH ANGKARA PAS, ANTARANYA DI MAJLIS PERBANDARAN KULIM, KUMPULAN LADANG KEDAH, KEDAH SATO, BDB, PKNK DAN KUIN.  DI HARAP RAKYAT SENUA JANGAN TERPEDAYA DGN MEREKA DI PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Persoalan akhir dari aku...

Pada hari raya tahun ni, apakah jenis kereta syarikat yg akan dibawa balik oleh Tn Hj Awang Hashim untuk ditaygkan kpd org kampung setelah semua org balik pada sebelah petang tu...?  Kesian kat dia tiap-tiap tahun dok guna strategi yg sama, walau pun dia ada MBA dan degree.

Siapa-siapa yg ada jawapan sila beri komen dibawah.
[ READ MORE ]

Monday, April 11, 2011

Update Semasa KHTP...

Sepatutnya tugas utama dan kebiasaan CEO dan Presiden menguruskan taman teknologi seperti menarik pelaburan FDI dan DDI adalah utk berurus dgn pelabur sedia ada, berurus dgn kerajaan negeri dan pusat, mentadbir KTPC, anak syarikat dan polisi syarikat.

Tetapi, kini Hj Sobri sebagai Mr Presiden, KTPC telah menambah dimensi baru kpd JD CEO atau Presiden, di mana terdapat beberapa tambahan ‘scope of work’ atau ‘job description’ yg telah diperkenalkan oleh beliau yg juga Ahli Lembaga Pengarah KTPC selama tiga tahun. Kita sama-sama lihat seperti berikut:

i. Menaikkan gaji Presiden dari RM15k ke RM22k (taktiknya ialah bagi elaun lebih).

ii. Menetapkan berapa inci rumput di KHTP patut dipotong kpd Bahagian Maintenance KTPC.

iii. Mengambil gambar tandas bangunan Business Centre menggunakan kamera handphone dan menetapkan piawaian berapa darjah kedudukan pintu tandas patut ditutup iaitu pada 36 darjah pada mesyuarat dgn kakitangan.

iv. Mengira sendiri jumlah pokok kelapa sawit di Kulim Golf & Country Resort (KGCR) utk direkodkan.

v. Mengambil gambar bulu babi hutan di kawasan hutan berdekatan KHTP.

vi. Menghantar pemandu syarikat (sepatutnya Presiden hadir) ke taklimat MIDA Trade Mission ke luar negara (MIDA pre-departure meeting).

vii. Mengadakan banyak sessi DI (domestic inquiry) dan banyak mengeluarkan surat tunjuk sebab utk kakitangan KTPC dan anak syarikat bagi membasmi segala rasuah yg katanya begitu banyak sekali di bawah pengurusan terdahulu (sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai proses ‘selective prosecution’ sahaja bagi mereka yg arif dgn selok belok taktik pemerintahan PAS) dgn bantuan Pengurus HR (merangkap Setiausaha Syarikat).

viii. Membayar zakat berjumlah RM2.3 juta kpd YIKED (diterajui oleh Yusrin Zakri Adnan, bekas menantu MB Kedah). Zakat sepatutnya dibayar kpd Pejabat Urus Zakat Negeri.

ix. Mengambil kakitangan baru yg ahli PAS atau cenderung kpd PR masuk KTPC tanpa sessi temuduga, sebagai contoh Hj Awang.

x. Menganjurkan jamuan hari raya syarikat dgn kos RM16k dan bayar cek kpd individu kerana syarikat katering tersebut belum mempunyai akaun bank. Nama syarikat terbabit ialah Pandan Catering.

xi. Menukar tayar ‘golf buggy’ sendiri di KGCR dan juga telah berguling tanpa baju di tempat simpanan ‘buggy’ tersebut utk menguji kebersihan lantainya.

xii. Mengambil gambar keadaan tangki air KHTP di Pinang Tunggal.

Apa yg aku dapat buat rumusan ialah beliau seorang engineer yg hanya tahu ‘process’ sahaja. Kebanyakan kerja ini adalah utk kakitangan yg kena buat, bukannya dia kena buat. Jangan ada golongan PAS yg tertipu dan kata dia ni baguih boleh buat kerja, kerana kayu ukuran prestasi CEO adalah the bottom line iaitu angka pelaburan di KHTP.

Siapa sebenarnya Presiden KTPC...?

1. Seorang tokoh KORPORAT GLC yg BERWIBAWA...?

2. Atau kaki GOLF (kenapa la kerap main di Penang Golf Resort Bertam...?) dan juga MAT ROMEO...? 

3. Atau hanya tokoh POLITIK PAS saja (dah set target nak bertanding kerusi DUN/Parlimen PRU13)...?


Hasilnya... 

Apakah hasilnya apabila tugas utama CEO di abaikan di KHTP...?

1. Berlakunya masalah air pada Oktober 2009 yg mengakibatkan kerugian RM53 juta kpd pihak industri.

2. Pada masa lawatan Dato Sri Idris Jala, Menteri, PEMANDU ke KHTP bulan Februari 2011, inilah yg ditanya oleh Idris Jala kpd Tuan Presiden KHTP, “WE HAD ENOUGH OF YOUR PRESENTATION (SELALUNYA DOK TUNJUK SLIDE CUMULATIVE INVESTMENT DIA LA TU); WHAT IS YOUR PLAN TO COMPETE WITH OTHER PARKS...?”. Terpaksalah THAMS pulak kena jawab, “Dato Sri in fact we are going to Germany (Hannover Messe) in April 2011 to market KHTP there”. THAMS ni pun khabarnya sudah menerima watikah pelantikan sebagai MENTERI PELANCONGAN KHTP berdasarkan rekod pelancongannya yg tiada tolok banding itu.

3. Juga diberitakan bahawa pelaburan di KHTP utk tahun 2011 masih lagi malap setelah Pilkington dilaporkan sudah memilih site lain utk pelaburannya.

Juga terkini, First Solar juga telah menambah pelaburan di Vietnam, dan ini menunjukkan bahawa mereka juga tidak berpuas hati dgn pimpinan Kerajaan Negeri PAS dan bertindak melabur di Vietnam dan bukan lagi KHTP.

Just fifteen miles outside of Ho Chi Minh City in Vietnam’s Dong Nam Industrial Park, First Solar has begun construction on its four-line PV module manufacturing plant. The ground breaking of First Solar’s US$300 million Vietnamese plant comes one week after the company announced its plans for a second U.S. manufacturing plant in Mesa, Arizona. Commercial production at the Vietnam site is slated to begin during the second half of 2012.

“Our Dong Nam factory will play a key role in our plan to nearly double First Solar’s capacity by 2012 and further reduce the cost of solar electricity,” said Bruce Sohn, president of First Solar. “We look forward to working closely with the Vietnamese authorities in the months and years to come.”

Up to 600 associates will be employed at the First Solar plant in Vietnam, which will generate over 250MW of the company’s thin-film solar modules every year using First Solar’s continuous manufacturing process. The manufacturing plant does allow for future expansion and will feature a 3MW solar installation on the factory roof to offset some of the plant’s energy needs.
[ READ MORE ]

Monday, April 04, 2011

Kepincangan Kerajaan Negeri Di Dalam Pentadbiran KHTP.

Setelah memegang tampuk pemerintahan sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengambil alih pentadbiran Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara rasmi pada bulan Ogos 2008. Sebelum itu, mereka telah menghantar wakil mereka sebagai Pengarah Eksekutif pada Mei 2008.

Pengarah Eksekutif ini akhirnya telah dilantik menjadi Presiden oleh Ahli Lembaga Pengarah yang didominasi oleh PAS di bawah Pengerusi YB Dato’ Hj Amiruddin Hamzah, dibantu oleh YB Gobalakrishnan dan pemimpin PAS dan PKR Kulim-Bandar Baharu pada Ogos 2008. 

Tindakan pertama beliau ialah membawa masuk seorang kakitangan dari anak syarikat yang terbukti mempunyai penglibatan dalam rasuah dan manipulasi wang (money laundering) ke syarikat pengurusan KHTP iaitu Kulim Technology Park Corporation (KTPC). Ini adalah tindakan yang amat dipersoalkan oleh semua kakitangan. 

Tindakan kedua ialah membawa masuk seorang eksekutif bank menjadi Naib Presiden Kewangan KTPC. Ternyata tindakan ini juga mengundang persoalan kepada kakitangan KTPC. Beliau adalah ahli PAS juga. 

Tindakan ketiga beliau ialah mengambil tindakan untuk menggantung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) dan juga seorang Timbalan Pengurus Besar (DGM) KTPC tanpa sebarang alasan kukuh. 

Semua ini hanya kerana beliau amat marah kerana mendapati CEO dan DGM ini membuat cadangan kepada Kerajaan Pusat agar mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri, sedangkan cadangan itu adalah arahan dari Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Isu memiliki dokumen rahsia kerajaan iaitu Kertas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada 7 November 2008, pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, satu mesyuarat telah diadakan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), dipengerusikan oleh Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC. Dalam mesyuarat itu, Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC telah menunjukkan kepada semua yang hadir beliau mempunyai dokumen rahsia dan sulit milik Kerajaan Malaysia berjumlah 25 mukasurat mengenai cadangan menjadikan KTPC milik Kerajaan Persekutuan. Ini adalah menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA), di mana satu dokumen rahsia dan sulit boleh berada ditangan beliau yang diperolehi secara tidak sah.

Dipendekkan cerita, beliau berjaya menyingkirkan pengurusan lama dengan yang baru, dan pasukan pengurusan yang selebihnya hanya akur dengan beliau. Kerajaan Negeri juga amat yakin dengan kebolehan Hj Sobri ini walau pun jawatan beliau sebelum ini hanyalah sebagai Pengurus sahaja di Renesas/Hitachi. 

Beliau juga mempunyai sikap agak gatal dan dikhabarkan mempunyai teman wanita di Kuala Lumpur. Beliau juga suka kepada seorang Pengurus Perundangan di KTPC, yang akhirnya berhenti dari KTPC, walau pun ditawarkan gaji lebih. 

Beliau telah membuat pelbagai lawatan kerja mengikut MIDA ke luar negara walau pun sebelum ini YB Dato’ Amiruddin mengatakan tidak perlu ikut MIDA, cukup hanya dengan lawatan sendiri oleh Kerajaan Negeri. Untuk makluman beliau telah melawat US, Vietnam, London, Paris dan Milan, mengikut MIDA (untuk pengetahuan, teman wanita beliau juga dari MIDA). 

Beliau amat peka menegur ’tile’ pecah, ’signboard’ senget dan bumbung bocor. Beliau juga telah mengira tapak kaki babi hutan, mengira pokok kelapa sawit dan mengambil gambar tandas kotor. Beliau juga kurang membaca dan gemar membuat keputusan dalam keadaan kurang pengetahuan. 

Cukup dengan masalah peribadi beliau, mari kita menilai prestasi kerja beliau sebagai Presiden KTPC yang mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP). 

Setelah memegang tampuk pemerintahan selama hampir dua tahun, mari kita lihat apakah yang terjadi kepada KHTP dan KTPC. Di sini disertakan beberapa fakta yang menarik seperti berikut:
  1. KHTP telah mengalami masalah ketiadaan air sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Oktober 2009, Disember 2009 dan terbaru terdapat kandungan karbon yang tinggi dalam bekalan air di KHTP pada bulan Februari 2010. Mengapa ini berlaku sewaktu pemerintahan Hj Sobri dan tidak pada masa BN memerintah...? 
  2. Terdapat juga gangguan bekalan elektrik pada bulan Januari 2010.
  3. Juga kurang pelaburan dari segi usaha KTPC sendiri (95% pelaburan adaah dari hasil usaha MIDA).
  4. Ramai kakitangan yang berhenti kerja sejak pemerintahan Presiden Hj Sobri ini (terbaru ialah Pengurus Perundangan).
 Mari kita kaji statistik MIDA untuk pelaburan di Kedah untuk 2009, 2008 dan 2007.

Approved Manufacturing Projects By State, January-September 2009
State
Project
Potential Employment
Local Investment (RM)
Foreign Investment (RM)
Total Capital Investment (RM)
Selangor
198
12,170
1,910,615,629
2,084,617,681
3,995,233,310
Penang
78
5,375
498,784,515
1,241,092,129
1,739,876,644
Perak
30
1,875
272,241,581
381,243,106
653,484,687
Johor
113
9,123
1,146,541,106
1,868,782,298
3,015,323,404
Kedah
26
2,618
279,400,380
559,818,949
839,219,329
Kelantan
3
657
8,179,000
110,700,000
118,879,000


Approved Manufacturing Projects By State, January-September 2008
State
Project
Potential Employment
Local Investment (RM)
Foreign Investment (RM)
Total Capital Investment (RM)
Selangor
302
30,980
2,866,163,788
9,004,746,225
11,870,910,013
Penang
151
22,215
5,068,720,530
5,087,580,883
10,156,301,413
Perak
50
4,792
696,814,578
2,433,202,672
3,130,017,250
Johor
173
17,192
2,315,056,624
9,396,616,223
11,711,672,847
Kedah
46
3,217
288,075,479
2,279,270,375
2,567,345,854
Kelantan
3
486
17,600,000
66,000,000
83,600,000

Approved Manufacturing Projects By State, January-September 2007
State
Project
Potential Employment
Local Investment (RM)
Foreign Investment (RM)
Total Capital Investment (RM)
Selangor
318
25,443
6,989,739,432
4,191,710,937
11,181,450,369
Penang
134
8,833
1,625,246,462
3,143,414,785
4,768,661,247
Perak
59
8,353
651,687,036
1,382,919,999
2,034,607,035
Johor
188
25,772
2,495,412,449
6,747,426,115
9,242,838,564
Kedah
46
5,288
7,856,661,494
6,133,555,679
13,990,217,173
Kelantan
9
1,429
52,576,800
30,090,000
82,666,800

Berdasarkan statistik MIDA di atas ini, Kedah berada di kedudukan 5 dari segi pelaburan pada 2009, kedudukan 6 pada tahun 2008, jauh kurang pencapaian dari masa lalu iaitu kedudukan 1 pada tahun 2007 dan 2006 dengan jumlah pelaburan yang besar, pada masa pemerintahan BN. 

Untuk jumlah pelaburan ke KHTP, ia sebenarnya adalah berkurangan jika kita nilai dari segi sebelum dan selepas PAS memerintah. Apa yang kita lihat sekarang terdapat pelaburan oleh First Solar yang besar, yang adalah usaha dari Kerajaan BN yang terdahulu. Kita belum lagi melihat sebarang pelaburan besar atas hasil usaha MB sekarang, Ustaz Azizan, atau pun YB Dato’ Amiruddin, atau Hj Sobri. 

Tidak apa yang perlu dibanggakan oleh penyokong mereka kerana apabila ekonomi dunia pulih, pelabur akan datang melabur atas usaha MIDA dan bukannya Kerajaan Negeri. Mereka ini tidak perlu mendabik dada kerana terdapat desas-desus yang mengatakan kilang-kilang di KHTP akan menuntut kerugian atas sebab ketiadaan air di KHTP dan juga kandungan karbon yang tinggi dalam air, kemungkinan berjumlah berjuta ringgit juga. 

Malah laporan dalaman KTPC ada menyatakan seperti berikut:
  1. Tragedi gangguan bekalan air tanggal 12, 13, 14, 15 dan 16 Oktober 2009 di Kulim Hi Tech Park (KHTP) telah memberi impak yang amat serius kepada pengeluaran para pengilang di KHTP dan menjejaskan imej KHTP khasnya dan Malaysia amnya. Jumlah kerugian akibat tragedi ini dianggarkan bernilai RM52.2 juta. 
  2. Dukacita dimaklumkan bahawa Presiden bagi Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yang baru didapati kurang cekap menjalankan tugas sebagai seorang ketua terutamanya dalam aspek menarik pelaburan asing ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP). 
  3. Presiden yang baru ini hanya berminat untuk melihat perkara yang remeh-temeh dan yang melibatkan perjumpaan dengan syarikat yang telah beroperasi di KHTP sahaja serta melayan kerenah mereka. Beliau juga amat berminat untuk menyiasat gejala rasuah di KTPC tanpa ada asas yang kukuh dan hanya tertumpu ke atas seorang individu sahaja.
Perkara pokok dalam pengurusan sebuah taman teknologi, yang kini nyata gagal dilaksanakan oleh Presiden yang dihantar oleh Kerajaan Negeri iaitu meningkatkan jualan. 

Buat masa sekarang diharap Kerajaan Pusat boleh memberi teguran kepada Kerajan Negeri agar calon yang sesuai dapat dicari dikalangan profesional dan tidak melibatkan mereka yang memegang jawatan politik untuk pengurusan taman teknologi seperti KHTP, seperti Presiden sekarang serta juga Naib Presiden (Kewangan dan Pentadbiran). 

Adalah dicadangkan bahawa hasrat Kerajaan Pusat untuk mengambil alih secara sepenuhnya KTPC dilaksanakan secepat mungkin, supaya pembangunan KHTP boleh dipulihkan kembali dan menjadi cekap seperti dahulu.
[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top