Suara Belia Suara Keramat.....

Posts Terkini

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Thursday, March 22, 2012

KES TUTUP ATAU KATUP MASIH BERTERUSAN DI KHTP.

Artikal ni aku petik dari sahabat aku SUNGGUHKA untuk dikongsi bersama juga sebagai koleksi aku pasai KHTP.....

Bagaimana berlakunya kes penutupan di ASetar yang ada kaitannya dengan KHTP.......?. Adakah ini satu fitnah..?. Tapi hakikatnya ialah pengurusan tertinggi syarikat pengurusan iaitu Kulim Technology Park Corpo....rati. Bhd (KTPC) telah menutup operasi sebuah Unit yang dikenali sebagai Digital Village (DV) disebabkan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) mengambil alih bangunan yang selama ini diduduki oleh Digital Village di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

DIGITAL VILLAGE yang diasaskan oleh bekas MB Kedah Sanusi Junid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmatannya mulai 31 Januari 2012. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga ASetar dan sekitarnya. DV memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma, atau pun dikenakan bayaran ‘token’ berjumlah RM20 sahaja. Sambutan dari rakyat amat memuaskan. 

DIGITAL VILLAGE menyediakan 3 orang tenaga pengajar. Kelas diadakan pagi dan petang. DV juga dilengkapi dengan 2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan. Guru-guru mereka amat berkemahiran. Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan, juga pihak polis, bomba, kakitangan kerajaan dan juga isteri-isteri Exco dan ADUN Kerajaan Negeri Kedah. 

Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri. Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri. 

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak-anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui oleh Kerajaan Negeri 

Kita tidak tahu apa sebab sebenarnya ia ditutup begitu sahaja, sedangkan ia adalah projek CSR KTPC yang sekian lama mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kedah. 

Adakah sebab ianya projek dari Kerajan BN terdahulu, maka sekarang ianya ditutup.......? 

Ada sumber sahih dari AS melaporkan ianya berpunca dari pergeseran peribadi antara Exco dan Pengerusi KTPC dengan bos INSPIN. Jika ini benar, ianya amatlah sedih kerana yang rugi ialah rakyat Kedah yang tidak dapat menikmati kelas-kelas komputer secara percuma atau pun begitu murah iaitu seminggu hanya RM5 dan sebulan berjumlah RM20. 

Kesian jugak kat semua staf DV yang sekarang terpaksa berulang dari ASetar ke KHTP hanya semata-mata untuk mencari rezeki sesuap nasi bagi menyara keluarga masing-masing. 

Apa pun benda yang mendatangkan faedah dan manfaat tidak sepatutnya ditutup begitu sahaja, tanpa alasan yang kukuh dan konkrit. 

Mungkin ada saudara atau saudari di luar sana yang dapat memberi beberapa klu lagi mengapa operasi DV ini terpaksa ditutup, walau pun hanya sekadar melakukan kerja CSR bagi pihak KTPC, yang juga anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 


RANJIT SINGH
DIGITAL VILLAGE, Alor Setar
Tue Jan 31, 2012 11:01pm
203.82.90.65

DIGITAL VILLAGE yang diasas olih bekas MB Kedah Sanusi Jonid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmat nya mulai 31 Januari 2012. Digital Village adalah anak syarikat Kulim Hi Tech.Ia adalah dibawah Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga Alor Setar dan sekitar nya...ia memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma.

Sambutan dari rakyat amat memuaskan.DIGITAL VILLAGE telah menyediakan 3 orang tenaga pengajar.Kelas diadakan pagi dan petang.2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan.Guru Guru amat berkemaheran.Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan.
Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri.Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri.

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui olih Kerajaan Negeri.Ranjit adalah salah seorang pelatih DIGITAL VILLAGE.Kalau kelas komputer tutup aku terpaksa balik kampong bela lembu lembu pawah Kak Jat dan cuba ngorat Milah janda muda dihujung kampong...


Apakah peranan dan siapakah Haji Mohamad bin Che Nai, Pengurus Besar INSPIN.......? Apakah Hj Sobri, Presiden KTPC tidak mempunyai kuasa langsung untuk menyelesaikan sebarang masalah atau pergeseran kuasa antara DV dan INSPIN.......? dan Hj Anuar Saffar, VP in charge DV juga tidak mampu berbuat apa-apa.......?, atau pun ini hanya helah dan dendam kesumat THAMS supaya staf DV akhirnya meletak jawatan setelah tidak sanggup berulang jauh dari ASetarr ke KHTP (banyak kena bayar tol & minyak ni).
Peneraju DV, Salman & bosnya THAMS sewaktu masih ceria bersama, sekarang DV hanya tinggal secebis kenangan
Digital Village (KTPC),Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah
Bangunan Digital Village telah diambil alih oleh INSPIN
APA SALAHNYA DV DAN INSPIN BEKERJASAMA DAN MELETAKKAN EGO PENGERUSI DAN GM MASING-MASING KE TEPI.......? 

PERALATAN YANG LENGKAP DI DIGITAL VILLAGE KINI TERPAKSA DIANGKUT BALIK KE KULIM, HANYA SEMATA-MATA KERANA PERTELINGKAHAN ANTARA PENGERUSI KTPC DAN GM INSPIN.......?

[ READ MORE ]

Monday, March 05, 2012

Hj Sobri Diperkudah PKNK.....?

Nama Hj Sobri bukan lagi asing di KHTP, malah makin terkenal akibat kebebalannya menangani isu ketiadaan air 2010, penutupan sekolah antarabangsa ELC di KHTP, isu kenaikan tarif air, isu menamatkan sewaan lot perniagaan usahawan bumiputera di KHTP Business Centre dan terkini sedang diambil kesempatan oleh PKNK untuk membeli anak syarikat KTPC, iaitu KTPC Construction (KTPCC) pada harga yang teramat murah.

Umum sudah mengetahui bahawa PKNK sudah kehilangan Seri Temin Development Construction Sdn Bhd sebagai ‘construction arm’ mereka.  Oleh sebab itu mereka terpaksa mencari satu syarikat ‘construction’ sedia ada bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan di Kedah.

Setelah puas mencari, mereka telah mengenal pasti yang syarikat yang paling ideal untuk dibeli ialah KTPCC.  Hal ini kemudian dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif PKNK kepada Tuan Haji Presiden KTPC, Hj Sobri, yang telah dikenal pasti dulu dan kini, senang diperbodohkan dan diperkudakan oleh mereka.

PKNK telah menyatakan hasrat untuk membeli KTPCC pada harga RM170,000.00  Ini adalah harga yang sangat murah bagi sebuah syarikat pembinaan Kelas A, Grade 7, yang mempunyai ‘track record’ yang baik, antaranya membina Balai Bomba KHTP.

Seperti dicucuk hidung, Hj Sobri memang sangat teringin dan teruja untuk menjual KTPCC kepada PKNK pada harga ‘cheap sale’, tetapi akibat tiada kuasa mutlak, beliau terpaksa membentangkan cadangan dan tawaran dari PKNK ini kepada Ahli Lembaga Pengarah KTPC.

Apabila dibincangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah dengan panjang lebar, maka mereka berpendapat bahawa harga yang munasabah untuk dijual ialah pada RM2 juta dan menegur Hj Sobri yang kurang arif mengenai isu penjualan dan pembelian syarikat (maklumlah, dulu Hj Sobri hanyalah berlatar belakang sebagai Pengurus HR/’cold storage’ sahaja di Renesas selama 25 tahun dan tidak pernah memegang jawatan besar pun).  Maka kempunanlah Hj Sobri untuk menjual KTPCC pada harga murah dan terpaksa akur kepada kehendak dan keputusan Lembaga Pengarah, dan perkara ini masih lagi berada dalam rundingan kedua-dua pihak KTPC dan PKNK.

Apa yang kita boleh rumuskan dalam episod Presiden KHTP diperkudakan oleh PKNK ialah:
  1. Hj Sobri memang tak tau langsung buat valuation untuk jual syarikat.
  2. Seri Temin yang dahulunya dijaga dengan baik oleh PKNK boleh ‘bungkus’ setelah PAS memerintah serta PKNK ditadbir oleh Ketua Eksekutif yang berpaling tadah (standard excuse: aku terpaksa buat, nak cari makan brader’) semakin dilihat tenat dan tidak bermaya.
  3. Memang banyak dah tanda PAS gagal memerintah dan mentadbir Kedah dan KHTP dengan baik, cuma tinggal untuk diundi keluar pada PRU13.
 PS: PAS HANYA NAMPAK ISU NFC, TAPI ISU LAIN SEPERTI ISU AWARD KONTRAK DI PERAK KEPADA SYARIKAT ISTERI NGA KOR MING, TAK SALAH PUN, DEPA NAK ROBOH SURAU PUN TAK PA, TAK SALAH, APA NAK BUAT ITULA KEDAH LA NIE.....

[ READ MORE ]

Wednesday, February 08, 2012

Kedah Terlalu Harap Kerajaan Pusat Tarik Pelabur.....

Hj Sobri, Presiden KTPC sekali lagi diberi teguran secara tidak langsung oleh MITI, apabila Datuk Mukhriz memberitahu bahawa kerja2 mempromosi pelaburan ke Kedah terutamanya untuk KHTP terletak 100% di bahu MITI. 

Maknanya Hj Sobri sebagai Presiden 100% tak buat kerja, maknanya yang dok pi melawat luar negara memang sah makan angin sahaja, terutamanya yg dianjurkan oleh sahabat dan Naib Presiden, Industri & Teknologi beliau iaitu Tuan Haji Annuar Mohd Saffar, sejak empat tahun kebelakangan ni. Baru2 ni pun masa perasmian 5S KTPC di KGCR, Hj Sobri dah kena tegur sekali sebab umum pelaburan di KHTP cecah RM6 billion tahun 2011, ni pulak dah kali kedua dah. Dalam bolasepak membawa makna 2 kad kuning, kalau ikut rule tu automatik dapat ‘red card’, kena keluar padang dah.

Mai kita layan Berita kat bawah ni.....


Kedah terlalu harap kerajaan Pusat tarik pelabur

26/01/2012 6:27pm


ALOR SETAR 26 Jan. — Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan Pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.


"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan Pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini hari ini.


Katanya, tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.


Beliau berkata, Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.


"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik,” katanya.


Katanya, beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas sebab-sebab berlakunya kemerosotan itu tetapi akan meningkatkan daya tarikan Kedah sebagai destinasi pelaburan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing.

"Kita kena faham negeri-negeri lain yang selalu lebih berjaya daripada Kedah dalam menarik pelaburan adalah negeri-negeri yang mempunyai prasarana yang cukup iaitu dari segi lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang dan juga kemudahan lain seperti kemudahan institusi pengajian tinggi yang akan memudahkan syarikat-syarikat perkilangan tersebut.” "Sebab itulah negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang selalu mendapat kedudukan yang tinggi,” katanya.

Untuk 2011, Mukhriz berkata Sarawak berada pada kedudukan teratas kerana pembukaan kawasan industri baru yang melibatkan pelaburan yang agak besar dan ada juga yang memerlukan tenaga elektrik dari sumber-sumber seperti projek Bakun.

Pada 2010, Sarawak berada pada kedudukan keempat. — BERNAMA


Dipetik dari UTUSAN ON-LINE

KTPC lebih2 lagi Hj Sobri..... kena la ambik iktibar dari ucapan Datuk Mukhriz ni. Rasanya patut Datuk Mukhriz ni pi pulaih telinga si Sobri. Kalau biaq lama nanti bertambah susut RM yg ada di KHTP sebab nanti si Hj Sobri ni gagau habuan kempen PRU13 utk dia bertanding.

[ READ MORE ]

Tuesday, January 31, 2012

Laporan Bulanan Kewangan KHTP.....?

Amboih mak..... awat ka simple sangat report tu..... Inilah report yg amat diperlukan oleh Hj Sobri, simple dan mudah difahami. Setiap report staff wajib kena letak "GOOD NEWS" and "BAD NEWS". Barang sapa yg tak letak, aku rasa..... "WARNING LETTER" akan sampai la kot.


MONTHLY REPORT : OCTOBER 2010
DEPARTMENT: FINANCE



Good News

Received 2nd last payment from First Solar amounting to RM10,154,237.20 on 28 October 2010.

Bad News


Trend  Of Achievement


Profit & Loss result for the period – Loss


Name: XXXXXXX XXXXXX
Date : 8 NOV 2010



Yah oiiii..... aku rasa sepatutnya hang bubuh "Profit & Loss result for the period – Loss" tu kat "BAD NEWS" kan cantik. Tinggai ruang kosong lagu nampak kekok laaaaa.

Hj2 di KHTP tu dok kata banyak buat untung, pelaburan dan MOU banyak dok buat, tapi masih ada LOSSES ka.....?

[ READ MORE ]

Saturday, January 28, 2012

Sorotan Di KHTP Dari Kacamata Seorang Pemberita Sambilan.

Tarikh Liputan/Wawancara: Khamis, 22 Disember 2011

Disiarkan di bawah satu kesah benar yang dihantar ke DKS pada bulan lepas sebagai tatapan dan bacaan kita semua.

Pagi tadi aku sempat ikut Datuk Mukhriz ke KHTP, yang belum pernah aku lawati atau aku jejakkan kaki.  Pada program anjuran Malaysian Productivity Centre (MPC) ni, aku sempat berjumpa dengan beberapa kakitangan KHTP.

Berikut adalah serba sedikit maklumat hasil ‘interview’ dengan kakitangan tersebut yang dapat aku rangkumi setelah hampir empat tahun KHTP berada dalam tampuk pengurusan oleh Presiden, Hj Muhamad Sobri Osman yang dilantik oleh kerajaan negeri Kedah dari kalangan parti politik, iaitu Timbalan Presiden PAS Kawasan Sg Petani.

Rata2 kakitangan KHTP sudah muak, meluat dan tidak menyokong cara pengurusan yang cuba diterapkan oleh PAS.  Lebih2 lagi cara pengurusan seorang lagi lantikan politik, iaitu Hj Awang Hashim, Naib Presiden Kewangan KHTP.  Beliau juga sering dilabel ‘lebih sudu dari kuah’ oleh mereka yang aku dah interview.

Memang terdapat banyak yang Datuk Mukhriz sentuh mengenai KHTP semasa ucapan beliau yang banyak menempelak pengurusan tertinggi KHTP sekarang.  Tapi yang lebih menarik lagi ialah ‘inside story’ dari mereka yang masih bekerja di situ yang aku senaraikan di bawah sebagai tatapan.

Difahamkan terdapat berbagai masalah, malapetaka dan bencana dan tidak ketinggalan tragedi yang telah dihadapi sejak pengurusan KHTP diambil alih oleh PAS aka Kedah Sejahtera.  Disiarkan senarai masalah/bencana yang dihadapi oleh KHTP sejak 2008 hingga 2011 dengan bantuan staf KHTP:
  1. Ketiadaan bekalan air pada hujung tahun 2009 (Oktober) sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM53 juta kepada kilang2 di KHTP disebabkan kegagalan ‘maintenance’ Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) untuk loji air di Pinang Tunggal dan pengurusan KHTP yang kurang pengalaman gagal menangani kemelut ini, walau pun terdapat Cybercity Guidelines yang boleh diguna pakai untuk menangani krisis ini sewaktu kecemasan
  2. Gangguan bekalan elektrik di MIMOS (syarikat kaitan kerajaan yg beroperasi di KHTP)
  3. Pembelian mesin yang masih tidak boleh digunakan hingga sekarang (water jet CNC); belum diselesaikan isu ini, puncanya dari kegagalan Naib Presiden Tn Hj Anuar Safar meletakkan budget untuk bekalan air (‘DI/de-ionised water‘ untuk mesin tersebut).  Patutnya dia & semua staf/engineer terlibat juga dikenakan DI (domestic inquiry)
  4. Naib Presiden Kewangan yang tidak berkelayakan sebagai akauntan, tidak mempunyai kelayakan hanya pengalaman sebagai seorang pegawai bank (current account) di Hong Leong Bank
  5. Pemberian kontrak kepada kroni PAS, termasuklah catering, maintenance, repair bumbung bocor, cuci bangunan, supply mesin dll
  6. Presiden yang miang2 keladi (mat romeo & syok kat bini orang)
  7. Ramai kakitangan yang berhenti & diberhentikan termasuk dari anak syarikat
  8. Ramai kakitangan yang diberhentikan dan tidak disambung kontrak masing2 walau pun tiada masalah disiplin
  9. Ketiadaan pelaburan besar yang masuk, hanyalah pelaburan yang menyokong pelaburan besar
  10.   Kemarahan kilang2 di KHTP apabila tarif air dinaikkan tanpa mengira kelulusan tarif istimewa mereka yang diberikan oleh kerajaan negeri terdahulu
  11. Lawatan ke luar negara diadakan tapi tidak membuahkan hasil kerana tidak berjaya membawa masuk pelaburan
  12. Naib Presiden Pembangunan Industri yang terlampau sehingga menghabiskan wang peruntukan kerajaan untuk melawat luar negara
  13. Sikap Presiden yang tidak mesra pelabur & menyebabkan sekolah antarabangsa ELC yang dibuka waktu BN perintah, sekarang terpaksa ditutup akibat tiada sokongan dari KHTP sendiri
  14. Ramai kakitangan yang tidak disukai oleh Presiden dikenakan surat tunjuk sebab tanpa sebarang sebab & usul periksa
  15. Terdapat kilang yang tidak mengembangkan operasi di KHTP, sebaliknya pergi ke Perak, walau pun masih mempunyai tanah di KHTP
  16. Kehilangan kereta syarikat KHTP, Toyota Camry, sampai kini belum ditemui, walau pun KHTP mempunyai sistem CCTV yang canggih, tapi gagal merekod sebarang bukti kecurian di tempat parking yang dikhaskan untuk bos2 KHTP
  17. Memberi zakat kepada YIKED yang bukan merupakan penerima wang zakat.  Zakat sepatutnya diserahkan kepada Pejabat Zakat Kulim.  YIKED ini dipimpin oleh Yusrin (ex menantu MB Kedah)
Demikianlah sedikit sebanyak yang patut semua orang Kedah & daerah Kulim/Bandar Baharu tahu sebelum PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini belum lagi dimasukkan dalam senarai masalah / bencana / skandal peringkat negeri, terutamanya isu penyelewengan tabung Memali, isu bangunan KUIN yang mungkin boleh roboh, pergaduhan merebut jawatan MB Kedah dan MB Kedah yang sentiasa cakap ‘saya tak tau’.

Itulah Kedah Sejahtera, yang hanya gah pada slogan, tapi nyata tidak mampu dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri mahu pun pengurusan KHTP.

Hasil Nukilan & Coretan:
Pemberita Sambilan dari Ipoh & Peminat Setia Laman DKS

[ READ MORE ]

Thursday, January 26, 2012

Sorot Kembali 2010 : Isu KTPC Tak Ikut Procedure Kerajaan.....

Kali ni kita terjah pula satu isu iaitu perlantikan kontraktor yg tak mengikut prosedur yg diterajui oleh Hj Fitri, VP di KTPC melalui sebahagian petikan minit mesyuarat di bawah ni…..:


MINIT MESYUARAT MENGENAI PERMASALAHAN VARIATION ORDER (VO) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ASAS ZON INDUSTRI FASA 3, KULIM
BIL. 2/2010

Tarikh : 13 Mei 2010 (Isnin)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
               Aras 10, Blok Tengah, Perbendaharaan Malaysia,
               Kementerian Kewangan, Putrajaya 

Kehadiran: Seperti Di Lampiran A

I.   KATA ALUAN PENGERUSI

1.   Y. Bhg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat kerana dapat hadir ke Mesyuarat Permasalahan Variation Order (VO) bagi Projek Pembangunan Infrastruktur Asas Zon Industri Fasa 3, Kulim Bil 2/2010. Beliau seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:

a)   tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai tuntutan VO dan Variation of Price (VOP) kontraktor yang masih belum diselesaikan dan seterusnya mendapatkan persetujuan antara kontraktor dan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut;

b)  status Sijil Tidak Siap Kerja (CNC) yang dikeluarkan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC); dan

c)   mesyuarat akan mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak KTPC dan kontraktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

II. ISU-ISU PERBINCANGAN

2.   Extra over excavation for rock

a)   Akan keterangan dan pandangan daripada pihak KTPC:

   i. Kerja-kerja penyiasatan tanah (SI) telah dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh KTPC iaitu Carden Sdn. Bhd. Pembayaran untuk kerja-kerja tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan KTPC sendiri;

   ii. Kadar harga yang telah dipersetujui diantara KTPC dan kontraktor untuk kerja-kerja pengorekan hard material adalah RM 11/m3 manakala harga kontrak untuk kerja pengorekan batu adalah RM 20/m3;

   iii. Satu surat daripada perunding telah dikeluarkan pada 24 Disember 2009 yang menyatakan persetujuan ke atas kuantiti batu sebanyak 1,001,138 m3 dan kuantiti hard material adalah sebanyak 602,885 m3 dan kuantiti tersebut telah disahkan oleh jurutera tempatan (resident engineer) berdasarkan hasil pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor. Ini menjadikan jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 26,653,495. Pada 7 Januari 2010, satu surat dari pengarah MEI Consultants Sdn. Bhd. (perunding) dikeluarkan dengan menyatakan bahawa persetujuan ditarik balik kerana terdapat kesilapan dalam pengiraan kuantiti batu dan hard material tersebut dan hasil pengiraan semula didapati jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 21.5 juta; dan

   iv. KTPC pada dasarnya bersetuju dengan kuantiti dan harga yang dikemukakan oleh RE iaitu RM 26.6 juta; 

b)   akan keterangan dan pandangan daripada Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK):

   i. Pihak KTPC sepatutnya telah membuat pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah VO yang dituntut oleh kontraktor bergantung kepada pengesahan daripada Pegawai Penguasa (SO);

   ii. Pihak KTPC juga tidak sepatutnya menyerahkan segala keputusan dibuat oleh perunding semata-mata memandangkan KTPC merupakan pelanggan dan juga SO untuk projek ini;

   iii. Pihak KTPC dipersoalkan mengenai perlantikan KTPC Construction Sdn. Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja tanah memandangkan syarikat tersebut adalah anak syarikat KTPC sendiri. Perlantikan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran daripada Kementerian Kewangan. Terdapat arahan kabinet yang menyatakan bahawa sesebuah agensi tidak boleh melantik anak syarikat sendiri untuk sesebuah projek; dan

   iv. Perunding akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kuantiti kerja yang dilakukan di tapak.

c)  Akan keterangan dan pandangan daripada pihak kontraktor:

   i. Kontraktor menyatakan tidak bersetuju dengan hasil pemeriksaan bersama yang dijalankan bersama dengan perunding pada 24 Disember 2009 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 26.6 Juta.

d) Mesyuarat bersetuju supaya:

   i. Kuantiti rock dan hard material diambil daripada kuantiti yang dikira semasa pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor di mana jumlah keseluruhan tuntutan bagi kerja-kerja extra over excavation for rock adalah sebanyak RM 26.6 juta.

10. Bayaran Kemajuan

a) akan keterangan dan pandangan daripada wakil kontraktor:

   i. Jumlah bayaran no. 24 yang telah diperakukan adalah sebanyak kemajuan RM 4,100,000 tetapi bayaran yang telah diterima adalah sebanyak RM 2,000,000.

b) akan keterangan dan pandangan daripada wakil KTPC:

   i. KTPC mengalami kekurangan working capital untuk membayar jumlah penuh bayaran kemajuan no. 24 dan hanya mampu membayar sebanyak RM 2,000,000 terlebih dahulu;

IV. PENUTUP

14. Y. Bhg. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat ini.

15. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.

______________________________________________________

LAMPIRAN A

SENARAI KEHADIRAN

AGENSI

8.   Encik Romli Hasan
      Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
9.   Encik Awang Hashim
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
10. Encik Khairul Fithri
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
11. Encik Azhar Bin Abd. Hadi
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.

URUS SETIA

16. Encik Chou Ai Hong
      Ketua Seksyen Pembangunan
      Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam & Khidmat 
      Pengurusan Perbendaharaan Malaysia
      (geng baik kepada Hj Sobery)/simpati kepada PAS/PR

  
Dgn jelas berdasarkan minit mesyuarat ni, KTPC dgn tidak merujuk Kerajaan Pusat, telah melantik anak syarikat utk menjalankan kerja kontrak, dan terdapat juga masalah kekurangan "working capital", maknanya kurang wang (cash) dalam bank utk bayar kontraktor pada tahun 2010, iaitu setahun selepas ambil alih KTPC, walau pun ini adalah geran, maknanya HJ rollling duit geran utk projek lain (SPRM kena mai siasat la)

Puak2 ni la yg dok bising pasal isu NFC la ni, tapi depa tak sedaq yg sendiri tak ikut prosedur kerajaan sejak dari 2010 lagi di Kedah. Mai kita bangkitkan isu ini kepada Tn Hj Mahfuz & MB Kedah, mintak pandangan depa pulak…..


PS.....; Kpd yg berkenaan (nama hang aku rahsia - pasai depa suruh aku rahsia) buat apa repot blog aku ni kat IT Cyberjaya..... Minta TOLONG la sangat2 pi report kat SPRM sama lagi baguih..... Boleh aku londeh di dada akhbar pulak..... Kerana mangkok ni, Hj2 yg ada memang dah tak selamat dah.....

[ READ MORE ]

Wednesday, January 25, 2012

Hasil Manifesto "KEDAH SEJAHTERA" PAS.....

Hasil atau pendapatan yg diperolehi Kerajaan Negeri adalah dari beberapa sumber yg telah termaktub di dlm Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iatu pemberian dan sumber2 hasil yg diserah kpd negeri ni antaranya telah diputuskan bahawa hasil dari tanah, lombong dan hutan adalah dibawah hasil Negeri. Sumber2 hasil inilah merupakan pendapatan yg akan digunakan utk mentadbir urus Negeri Kedah sama ada dalam aspek Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Modal Insan dan aspek lain yg bersangkutan.

Di dlm Kanun Tanah Negara (KTN) antara seksyen2 yg selari dga perolehan pendapatan ialah Seksyen71,93,293, dan 301A. Seksyen2 ni telah memberi peruntukkan atau kuasa kpd Kerajaan Negeri utk mengenakan bayaran terhadap urusan urusniaga, bayaran premium tanah, royalti bahan batuan serta mengutip cukai atau sewaan tanah yg berulang. Perkembangan ni adalah selaras dga peruntukkan yg diluluskan di dlm Aturan-Aturan Tanah Kedah yg telah diberi penambahbaikan dari masa ke masa.

Permasalahan berhubung pengurangan jumlah hasil atau pendapatan cukai tanah bermula setelah pindaan Aturan-Aturan Tanah Kedah (Pindaan) 2009 melalui: Warta Kerajaan Jil.52 No.12 menggantikan Pemberitahuan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Perkara ni terjadi disebabkan oleh janji manifesto pilihanraya. Ketika PAS Kedah melancarkan manifesto pilihanraya khusus utk negeri ni pada 24 Februari 2008, mungkin tak ramai yg memandang serius isi kandungan manifesto yg mengemukakan pakej tawaran ‘Kedah Sejahtera: Nikmat Utk Semua’ hanya dilihat sebagai pelengkap syarat pada kempen pilihan raya PAS Kedah dalam usahanya menawan negeri jelapang padi ni.

Namun selepas 8 Mac 2008 Kerajaan Negeri Kedah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).  PAS berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dga mendapat 16 kerusi bersama pakatan pembangkang lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 4 kerusi dan Parti Tindakan Demokratik 1 kerusi.  Calon bebas yg memenangi kerusi DUN Bukit Selambau menyertai PKR. Barisan Nasional hanya memenangi 14 kerusi. 

Lanjutan dari tu, Dasar Pengurangan Cukai Tanah telah dilaksanakan. Sebagai contoh:

Cukai tanah dturunkan antara 25-58% utk tiga kategori tanah:

PERTANIAN

·     Kawasan padi MADA dturunkan sebanyak 25 peratus dari RM20 kpd RM15 sehektar atau RM5.75 kpd RM4.31 serelung;

PERINDUSTRIAN

·         Tanah industri sederhana: RM0.20 meter persegi (mnimum RM600) kpd RM0.15 sen (mnimum RM400) (25%);

·         Tanah industri ringan: RM0.15 (mnimum RM300) kpd RM0.11 sen (mnimum RM300), (26%).

KEDIAMAN

·         Tanah kampung: RM60 kpd RM25 sehektar (58%) atau dari RM17.27 serelung kpd RM7.19 serelung;

·         PPRT: RM30 kpd RM20 satu lot (33%);

·         Rumah sesebuah (banglo): RM0.25 kpd RM0.15 satu meter persegi atau mnimum; RM150 kpd mnimum RM100 (40%);

·         Rumah teres: RM0.20 (mnimum RM60) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM45) (40%);

·         Rumah kos rendah: RM0.15 meter persegi (mnimum RM50) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM35) (30%).

Akibat dari perlaksanaan dasar ni, perbezaan ketara berhubung jumlah patut kutip bagi hasil cukai tanah Negeri Kedah telah menurun dan dapat dilihat dga jelas di dlm Jadual 1 dibawah.

Jadual 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah

TAHUN
JUMLAH CUKAI TANAH PATUT KUTIP BAGI NEGERI KEDAH
2006
RM 212,609,182.73
2007
RM 298,870,201.23
2008
RM 288,004,804.99
2009
RM 244,471,763.65

Jika dirujuk jadual 1 diatas maka kita dapat melihat pada tahun 2006 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM212,609,182.73 dan telah bertambah sebanyak RM86,261,018.50 atau 40.6 %.  Peningkatan ni adalah disebabkan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Pada tahun 2007 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM298,870,201.23. Pada tahun 2008 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM 288,004,804.99 iatu penurunan akibat rebat yg diberikan melalui suatu kelulusan di dlm Majlis Mesyuarat Kerajaan iatu sebelum pilihanraya umum ke–12.

Setelah selesai pilihanraya pada 8 Mac 2009, Kerajaan Negeri Kedah telah ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan baru ni telah meluluskan rebat ni. Penurunan hasil ni adalah sebanyak RM10,865,396.24 atau 3.6%. Setelah tu, pada tahun 2008 juga satu lagi penurunan cukai tanah telah dibuat dan ianya memberi impak yg besar terhadap jumlah hasil kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2009 iatu penurunan sebanyak RM43,533,041.34 atau 14.6% dari cukai tanah patut kutip tahun 2007. Jumlah atau kadar penurunan ni akan lebih mudah diteliti menerusi Graf 1 dibawah.

Graf 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah
Menurut keratan akhbar Harakah bertarikh 02 Mei 2008 oleh Bashir Ishak, :

“Azizan memberitahu bahawa hasil penurunan cukai tanah ni, kerajaan Kedah dijangka kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun.

Namun hakikatnya, Kerajaan Negeri Kedah kehilangan hasil negeri sebanyak RM43 juta lebih utk setahun.

Ternyata ni lagi satu pembohongan dari MB Kedah, seorang yg bertaraf Ustaz & lulusan universiti agama utama dunia. Dan tak layak utk terus menjadi MB Kedah.

Patut la Si Sobri KHTP cekap dok muhong..... Sekali dia belajaq dekat pak menakan dia daaaaa.....

[ READ MORE ]

Komen Artikal

Kekalahan BN PRU12

Utara : Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Jerai, dan Sik.

Parlimen : BN(4) PAS (5) PKR (1) DAP (0) - BN Kena 6-4

DUN : BN(13) PAS (10) PKR (0) DAP (1) - BN Menang Tipis 13-11

Selatan : Merbok, Sungai Petani, Baling, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu.

Parlimen : BN(0) PAS (1) PKR (4) DAP (0) - BN Dibelasah 5-0

DUN : BN(1) PAS (6) PKR (5) DAP (0) – BN Diaibkan 11-1

Keseluruhan:

Parlimen : BN diaibkan 11-4

DUN : BN dimalukan 22-14

Nak lena lagi….Ataupun sudah merasa selesa…..?


Maaf aku terpaksa letak kat bawah Gelombang Merah ni pasai tak nampak lagi berlaku di Kedah. BN dan UMNO Kedah dok lena lagi.

Jemaah Menteri

back to top