Friday, March 25, 2011

Masalah Pemotongan Air Di KTPC. - INI JAWAPAN YB AMIRUDDIN DI DUN.

Dari penulisan aku yg sudah atas tajuk "Masalah Pemotongan Air Di KTPC" terima kasih kpd Anonymous Mar 23,2011 1:09:00 PM sudi memberi komen dan mengeluarkan fakta jawapan YB Ir Amiruddin dlm Sidang DUN utk kita kongsi bersama...

Tiada pelabur lari kerana masalah air
Isnin, 03 Mei 2010 16:14

Tiada pelabur yang lari dari Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kerana masalah air. Demikian penegasan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah di Sidang DUN.

Menjawab soalan lisan dari YB Dato’ Seri Mahadzir Khalid (BN-Pedu),
YB Dato’ Amirudin menjelaskan bahawa KHTP tidak mengalami masalah bekalan air sebenarnya.

“Rekabentuk loji di kawasan tersebut dibuat untuk menampung kapasiti sebanyak 150 juta liter air sehari dan pengeluaran loji tersebut (kini) hanya 137 juta liter sehari,” katanya.

Tambah beliau, masalah sementara di Kulim Hi-Tech tempohari berpunca apabila dua buah pam yang berfungi mengepam air ke kolam simpanan Bukit Jelutong mengalami masalah.

Masalah tersebut hanya dikesan apabila kilang terbabit mengalami masalah kekurangan tekanan dan dimaklumkan kepada SADA.

SADA telah mengambil tindakan segera dengan menggunakan tiga pam untuk meningkatkan semula tekanan air di kawasan terbabit. Sebagai langkah memantau tekanan air tersebut, SADA telah memasang alat yang dapat memaklumkan keadaan tekanan dengan pantas.

“Kerajaan negeri sedang memantau tekanan air di kawasan berkenanan setelah memasang alat baru tersebut dan hanya dengan menghantar SMS, kadar tekanan tersebut dapat di pantau melalui telefon mudah alih,” jelasnya.

Menjawab soalan tambahan YB. Dato’ Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak – BN) mengenai gangguan air yang berlaku di KHTP, Dato’ Amiruddin menjelaskan
terdapat satu masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu peningkatan Total Organic Carbon (TOC) atau kadar jumlah kandungan karbon organik di dalam air yang disalurkan ke KHTP.

“Kejadian bermula apabila kita mengalami kemarau yang panjang, oleh itu paras air di Sungai Muda berhampiran Kuala Ketil menjadi rendah dna dibawah paras pam.

“Sada telah mengambil langkah segera dengan melepaskan air dari empangan Beris dan ketika itulah berlakunya TOC,” ujarnya.

Jabatan Alam Sekitar yang melakukan semakan selepas kejadian tersebut memaklumkan kemungkinan tahap TOC di dalam air meningkat kerana pembakaran terbuka dan sisanya telah masuk ke dalam air dan kebetulan quantiti air didalam sungai muda rendah, maka tahap TOC menjadi tinggi.

“TOC adalah parameter yang tidak diukur dan tidak termasuk dalam perjanjian dengan pelabur berhubung bekalan air. Tahap TOC tidak termasuk didalam standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang digunapakai oleh kerajaan negeri di dalam menganalisa kualiti air,” jelasnya.

Bagi mengatasi masalah TOC tersebut, SADA telah merawat air dari sumbernya iaitu di Loji Pinang Tunggal dengan menggunakan bahan kimia. Sejumlah RM100 ribu lebih telah dibelanjakan untuk tujuan rawatan tersebut. Bagaimanapun, SADA tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap kilang-kilang terbabit.

Seterusnya Dato’ Amiruddin memberitahu, pihak SADA telah menasihatkan kilang-kilang terbabit supaya mengadakan sistem rawatan air sendiri khusus untuk TOC

POINT IS:

Memang tiada kilang lari, tapi tutup operation seminggu dan rugi RM53 juta. Masalah apa pun, mesti kena tanggung jawab. Yang kilang di KHTP bengang ni adalah kerana bekalan air supply pun ada problem tapi ada hati nak naikkan tarif air, itulah YB Amirudin tak reti nak jawab pasal isu ni.

Lagi satu nak tanya bukanka Hj Sobri dah minta MIDA tulong bagi peruntukan RM10 juta pasai Kerajaan
Negeri tak dak duit nak bagi? MIDA dah bagi ka duit tu? Atau pun tak pi KL lagi untuk ligan geran ni

Aku cuba dapatkan dokumen mohon bantuan Hj Sobri dgn MIDA dan urusan2 yg sewaktu dgnnya... Harap pembaca bersabar...

0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top