Tuesday, January 31, 2012

Laporan Bulanan Kewangan KHTP.....?

Amboih mak..... awat ka simple sangat report tu..... Inilah report yg amat diperlukan oleh Hj Sobri, simple dan mudah difahami. Setiap report staff wajib kena letak "GOOD NEWS" and "BAD NEWS". Barang sapa yg tak letak, aku rasa..... "WARNING LETTER" akan sampai la kot.


MONTHLY REPORT : OCTOBER 2010
DEPARTMENT: FINANCE



Good News

Received 2nd last payment from First Solar amounting to RM10,154,237.20 on 28 October 2010.

Bad News


Trend  Of Achievement


Profit & Loss result for the period – Loss


Name: XXXXXXX XXXXXX
Date : 8 NOV 2010



Yah oiiii..... aku rasa sepatutnya hang bubuh "Profit & Loss result for the period – Loss" tu kat "BAD NEWS" kan cantik. Tinggai ruang kosong lagu nampak kekok laaaaa.

Hj2 di KHTP tu dok kata banyak buat untung, pelaburan dan MOU banyak dok buat, tapi masih ada LOSSES ka.....?

[ READ MORE ]

Saturday, January 28, 2012

Sorotan Di KHTP Dari Kacamata Seorang Pemberita Sambilan.

Tarikh Liputan/Wawancara: Khamis, 22 Disember 2011

Disiarkan di bawah satu kesah benar yang dihantar ke DKS pada bulan lepas sebagai tatapan dan bacaan kita semua.

Pagi tadi aku sempat ikut Datuk Mukhriz ke KHTP, yang belum pernah aku lawati atau aku jejakkan kaki.  Pada program anjuran Malaysian Productivity Centre (MPC) ni, aku sempat berjumpa dengan beberapa kakitangan KHTP.

Berikut adalah serba sedikit maklumat hasil ‘interview’ dengan kakitangan tersebut yang dapat aku rangkumi setelah hampir empat tahun KHTP berada dalam tampuk pengurusan oleh Presiden, Hj Muhamad Sobri Osman yang dilantik oleh kerajaan negeri Kedah dari kalangan parti politik, iaitu Timbalan Presiden PAS Kawasan Sg Petani.

Rata2 kakitangan KHTP sudah muak, meluat dan tidak menyokong cara pengurusan yang cuba diterapkan oleh PAS.  Lebih2 lagi cara pengurusan seorang lagi lantikan politik, iaitu Hj Awang Hashim, Naib Presiden Kewangan KHTP.  Beliau juga sering dilabel ‘lebih sudu dari kuah’ oleh mereka yang aku dah interview.

Memang terdapat banyak yang Datuk Mukhriz sentuh mengenai KHTP semasa ucapan beliau yang banyak menempelak pengurusan tertinggi KHTP sekarang.  Tapi yang lebih menarik lagi ialah ‘inside story’ dari mereka yang masih bekerja di situ yang aku senaraikan di bawah sebagai tatapan.

Difahamkan terdapat berbagai masalah, malapetaka dan bencana dan tidak ketinggalan tragedi yang telah dihadapi sejak pengurusan KHTP diambil alih oleh PAS aka Kedah Sejahtera.  Disiarkan senarai masalah/bencana yang dihadapi oleh KHTP sejak 2008 hingga 2011 dengan bantuan staf KHTP:
  1. Ketiadaan bekalan air pada hujung tahun 2009 (Oktober) sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM53 juta kepada kilang2 di KHTP disebabkan kegagalan ‘maintenance’ Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) untuk loji air di Pinang Tunggal dan pengurusan KHTP yang kurang pengalaman gagal menangani kemelut ini, walau pun terdapat Cybercity Guidelines yang boleh diguna pakai untuk menangani krisis ini sewaktu kecemasan
  2. Gangguan bekalan elektrik di MIMOS (syarikat kaitan kerajaan yg beroperasi di KHTP)
  3. Pembelian mesin yang masih tidak boleh digunakan hingga sekarang (water jet CNC); belum diselesaikan isu ini, puncanya dari kegagalan Naib Presiden Tn Hj Anuar Safar meletakkan budget untuk bekalan air (‘DI/de-ionised water‘ untuk mesin tersebut).  Patutnya dia & semua staf/engineer terlibat juga dikenakan DI (domestic inquiry)
  4. Naib Presiden Kewangan yang tidak berkelayakan sebagai akauntan, tidak mempunyai kelayakan hanya pengalaman sebagai seorang pegawai bank (current account) di Hong Leong Bank
  5. Pemberian kontrak kepada kroni PAS, termasuklah catering, maintenance, repair bumbung bocor, cuci bangunan, supply mesin dll
  6. Presiden yang miang2 keladi (mat romeo & syok kat bini orang)
  7. Ramai kakitangan yang berhenti & diberhentikan termasuk dari anak syarikat
  8. Ramai kakitangan yang diberhentikan dan tidak disambung kontrak masing2 walau pun tiada masalah disiplin
  9. Ketiadaan pelaburan besar yang masuk, hanyalah pelaburan yang menyokong pelaburan besar
  10.   Kemarahan kilang2 di KHTP apabila tarif air dinaikkan tanpa mengira kelulusan tarif istimewa mereka yang diberikan oleh kerajaan negeri terdahulu
  11. Lawatan ke luar negara diadakan tapi tidak membuahkan hasil kerana tidak berjaya membawa masuk pelaburan
  12. Naib Presiden Pembangunan Industri yang terlampau sehingga menghabiskan wang peruntukan kerajaan untuk melawat luar negara
  13. Sikap Presiden yang tidak mesra pelabur & menyebabkan sekolah antarabangsa ELC yang dibuka waktu BN perintah, sekarang terpaksa ditutup akibat tiada sokongan dari KHTP sendiri
  14. Ramai kakitangan yang tidak disukai oleh Presiden dikenakan surat tunjuk sebab tanpa sebarang sebab & usul periksa
  15. Terdapat kilang yang tidak mengembangkan operasi di KHTP, sebaliknya pergi ke Perak, walau pun masih mempunyai tanah di KHTP
  16. Kehilangan kereta syarikat KHTP, Toyota Camry, sampai kini belum ditemui, walau pun KHTP mempunyai sistem CCTV yang canggih, tapi gagal merekod sebarang bukti kecurian di tempat parking yang dikhaskan untuk bos2 KHTP
  17. Memberi zakat kepada YIKED yang bukan merupakan penerima wang zakat.  Zakat sepatutnya diserahkan kepada Pejabat Zakat Kulim.  YIKED ini dipimpin oleh Yusrin (ex menantu MB Kedah)
Demikianlah sedikit sebanyak yang patut semua orang Kedah & daerah Kulim/Bandar Baharu tahu sebelum PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini belum lagi dimasukkan dalam senarai masalah / bencana / skandal peringkat negeri, terutamanya isu penyelewengan tabung Memali, isu bangunan KUIN yang mungkin boleh roboh, pergaduhan merebut jawatan MB Kedah dan MB Kedah yang sentiasa cakap ‘saya tak tau’.

Itulah Kedah Sejahtera, yang hanya gah pada slogan, tapi nyata tidak mampu dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri mahu pun pengurusan KHTP.

Hasil Nukilan & Coretan:
Pemberita Sambilan dari Ipoh & Peminat Setia Laman DKS

[ READ MORE ]

Thursday, January 26, 2012

Sorot Kembali 2010 : Isu KTPC Tak Ikut Procedure Kerajaan.....

Kali ni kita terjah pula satu isu iaitu perlantikan kontraktor yg tak mengikut prosedur yg diterajui oleh Hj Fitri, VP di KTPC melalui sebahagian petikan minit mesyuarat di bawah ni…..:


MINIT MESYUARAT MENGENAI PERMASALAHAN VARIATION ORDER (VO) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ASAS ZON INDUSTRI FASA 3, KULIM
BIL. 2/2010

Tarikh : 13 Mei 2010 (Isnin)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
               Aras 10, Blok Tengah, Perbendaharaan Malaysia,
               Kementerian Kewangan, Putrajaya 

Kehadiran: Seperti Di Lampiran A

I.   KATA ALUAN PENGERUSI

1.   Y. Bhg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat kerana dapat hadir ke Mesyuarat Permasalahan Variation Order (VO) bagi Projek Pembangunan Infrastruktur Asas Zon Industri Fasa 3, Kulim Bil 2/2010. Beliau seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:

a)   tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai tuntutan VO dan Variation of Price (VOP) kontraktor yang masih belum diselesaikan dan seterusnya mendapatkan persetujuan antara kontraktor dan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut;

b)  status Sijil Tidak Siap Kerja (CNC) yang dikeluarkan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC); dan

c)   mesyuarat akan mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak KTPC dan kontraktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

II. ISU-ISU PERBINCANGAN

2.   Extra over excavation for rock

a)   Akan keterangan dan pandangan daripada pihak KTPC:

   i. Kerja-kerja penyiasatan tanah (SI) telah dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh KTPC iaitu Carden Sdn. Bhd. Pembayaran untuk kerja-kerja tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan KTPC sendiri;

   ii. Kadar harga yang telah dipersetujui diantara KTPC dan kontraktor untuk kerja-kerja pengorekan hard material adalah RM 11/m3 manakala harga kontrak untuk kerja pengorekan batu adalah RM 20/m3;

   iii. Satu surat daripada perunding telah dikeluarkan pada 24 Disember 2009 yang menyatakan persetujuan ke atas kuantiti batu sebanyak 1,001,138 m3 dan kuantiti hard material adalah sebanyak 602,885 m3 dan kuantiti tersebut telah disahkan oleh jurutera tempatan (resident engineer) berdasarkan hasil pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor. Ini menjadikan jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 26,653,495. Pada 7 Januari 2010, satu surat dari pengarah MEI Consultants Sdn. Bhd. (perunding) dikeluarkan dengan menyatakan bahawa persetujuan ditarik balik kerana terdapat kesilapan dalam pengiraan kuantiti batu dan hard material tersebut dan hasil pengiraan semula didapati jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 21.5 juta; dan

   iv. KTPC pada dasarnya bersetuju dengan kuantiti dan harga yang dikemukakan oleh RE iaitu RM 26.6 juta; 

b)   akan keterangan dan pandangan daripada Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK):

   i. Pihak KTPC sepatutnya telah membuat pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah VO yang dituntut oleh kontraktor bergantung kepada pengesahan daripada Pegawai Penguasa (SO);

   ii. Pihak KTPC juga tidak sepatutnya menyerahkan segala keputusan dibuat oleh perunding semata-mata memandangkan KTPC merupakan pelanggan dan juga SO untuk projek ini;

   iii. Pihak KTPC dipersoalkan mengenai perlantikan KTPC Construction Sdn. Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja tanah memandangkan syarikat tersebut adalah anak syarikat KTPC sendiri. Perlantikan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran daripada Kementerian Kewangan. Terdapat arahan kabinet yang menyatakan bahawa sesebuah agensi tidak boleh melantik anak syarikat sendiri untuk sesebuah projek; dan

   iv. Perunding akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kuantiti kerja yang dilakukan di tapak.

c)  Akan keterangan dan pandangan daripada pihak kontraktor:

   i. Kontraktor menyatakan tidak bersetuju dengan hasil pemeriksaan bersama yang dijalankan bersama dengan perunding pada 24 Disember 2009 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 26.6 Juta.

d) Mesyuarat bersetuju supaya:

   i. Kuantiti rock dan hard material diambil daripada kuantiti yang dikira semasa pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor di mana jumlah keseluruhan tuntutan bagi kerja-kerja extra over excavation for rock adalah sebanyak RM 26.6 juta.

10. Bayaran Kemajuan

a) akan keterangan dan pandangan daripada wakil kontraktor:

   i. Jumlah bayaran no. 24 yang telah diperakukan adalah sebanyak kemajuan RM 4,100,000 tetapi bayaran yang telah diterima adalah sebanyak RM 2,000,000.

b) akan keterangan dan pandangan daripada wakil KTPC:

   i. KTPC mengalami kekurangan working capital untuk membayar jumlah penuh bayaran kemajuan no. 24 dan hanya mampu membayar sebanyak RM 2,000,000 terlebih dahulu;

IV. PENUTUP

14. Y. Bhg. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat ini.

15. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.

______________________________________________________

LAMPIRAN A

SENARAI KEHADIRAN

AGENSI

8.   Encik Romli Hasan
      Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
9.   Encik Awang Hashim
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
10. Encik Khairul Fithri
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
11. Encik Azhar Bin Abd. Hadi
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.

URUS SETIA

16. Encik Chou Ai Hong
      Ketua Seksyen Pembangunan
      Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam & Khidmat 
      Pengurusan Perbendaharaan Malaysia
      (geng baik kepada Hj Sobery)/simpati kepada PAS/PR

  
Dgn jelas berdasarkan minit mesyuarat ni, KTPC dgn tidak merujuk Kerajaan Pusat, telah melantik anak syarikat utk menjalankan kerja kontrak, dan terdapat juga masalah kekurangan "working capital", maknanya kurang wang (cash) dalam bank utk bayar kontraktor pada tahun 2010, iaitu setahun selepas ambil alih KTPC, walau pun ini adalah geran, maknanya HJ rollling duit geran utk projek lain (SPRM kena mai siasat la)

Puak2 ni la yg dok bising pasal isu NFC la ni, tapi depa tak sedaq yg sendiri tak ikut prosedur kerajaan sejak dari 2010 lagi di Kedah. Mai kita bangkitkan isu ini kepada Tn Hj Mahfuz & MB Kedah, mintak pandangan depa pulak…..


PS.....; Kpd yg berkenaan (nama hang aku rahsia - pasai depa suruh aku rahsia) buat apa repot blog aku ni kat IT Cyberjaya..... Minta TOLONG la sangat2 pi report kat SPRM sama lagi baguih..... Boleh aku londeh di dada akhbar pulak..... Kerana mangkok ni, Hj2 yg ada memang dah tak selamat dah.....

[ READ MORE ]

Wednesday, January 25, 2012

Hasil Manifesto "KEDAH SEJAHTERA" PAS.....

Hasil atau pendapatan yg diperolehi Kerajaan Negeri adalah dari beberapa sumber yg telah termaktub di dlm Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iatu pemberian dan sumber2 hasil yg diserah kpd negeri ni antaranya telah diputuskan bahawa hasil dari tanah, lombong dan hutan adalah dibawah hasil Negeri. Sumber2 hasil inilah merupakan pendapatan yg akan digunakan utk mentadbir urus Negeri Kedah sama ada dalam aspek Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Modal Insan dan aspek lain yg bersangkutan.

Di dlm Kanun Tanah Negara (KTN) antara seksyen2 yg selari dga perolehan pendapatan ialah Seksyen71,93,293, dan 301A. Seksyen2 ni telah memberi peruntukkan atau kuasa kpd Kerajaan Negeri utk mengenakan bayaran terhadap urusan urusniaga, bayaran premium tanah, royalti bahan batuan serta mengutip cukai atau sewaan tanah yg berulang. Perkembangan ni adalah selaras dga peruntukkan yg diluluskan di dlm Aturan-Aturan Tanah Kedah yg telah diberi penambahbaikan dari masa ke masa.

Permasalahan berhubung pengurangan jumlah hasil atau pendapatan cukai tanah bermula setelah pindaan Aturan-Aturan Tanah Kedah (Pindaan) 2009 melalui: Warta Kerajaan Jil.52 No.12 menggantikan Pemberitahuan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Perkara ni terjadi disebabkan oleh janji manifesto pilihanraya. Ketika PAS Kedah melancarkan manifesto pilihanraya khusus utk negeri ni pada 24 Februari 2008, mungkin tak ramai yg memandang serius isi kandungan manifesto yg mengemukakan pakej tawaran ‘Kedah Sejahtera: Nikmat Utk Semua’ hanya dilihat sebagai pelengkap syarat pada kempen pilihan raya PAS Kedah dalam usahanya menawan negeri jelapang padi ni.

Namun selepas 8 Mac 2008 Kerajaan Negeri Kedah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).  PAS berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dga mendapat 16 kerusi bersama pakatan pembangkang lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 4 kerusi dan Parti Tindakan Demokratik 1 kerusi.  Calon bebas yg memenangi kerusi DUN Bukit Selambau menyertai PKR. Barisan Nasional hanya memenangi 14 kerusi. 

Lanjutan dari tu, Dasar Pengurangan Cukai Tanah telah dilaksanakan. Sebagai contoh:

Cukai tanah dturunkan antara 25-58% utk tiga kategori tanah:

PERTANIAN

·     Kawasan padi MADA dturunkan sebanyak 25 peratus dari RM20 kpd RM15 sehektar atau RM5.75 kpd RM4.31 serelung;

PERINDUSTRIAN

·         Tanah industri sederhana: RM0.20 meter persegi (mnimum RM600) kpd RM0.15 sen (mnimum RM400) (25%);

·         Tanah industri ringan: RM0.15 (mnimum RM300) kpd RM0.11 sen (mnimum RM300), (26%).

KEDIAMAN

·         Tanah kampung: RM60 kpd RM25 sehektar (58%) atau dari RM17.27 serelung kpd RM7.19 serelung;

·         PPRT: RM30 kpd RM20 satu lot (33%);

·         Rumah sesebuah (banglo): RM0.25 kpd RM0.15 satu meter persegi atau mnimum; RM150 kpd mnimum RM100 (40%);

·         Rumah teres: RM0.20 (mnimum RM60) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM45) (40%);

·         Rumah kos rendah: RM0.15 meter persegi (mnimum RM50) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM35) (30%).

Akibat dari perlaksanaan dasar ni, perbezaan ketara berhubung jumlah patut kutip bagi hasil cukai tanah Negeri Kedah telah menurun dan dapat dilihat dga jelas di dlm Jadual 1 dibawah.

Jadual 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah

TAHUN
JUMLAH CUKAI TANAH PATUT KUTIP BAGI NEGERI KEDAH
2006
RM 212,609,182.73
2007
RM 298,870,201.23
2008
RM 288,004,804.99
2009
RM 244,471,763.65

Jika dirujuk jadual 1 diatas maka kita dapat melihat pada tahun 2006 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM212,609,182.73 dan telah bertambah sebanyak RM86,261,018.50 atau 40.6 %.  Peningkatan ni adalah disebabkan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Pada tahun 2007 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM298,870,201.23. Pada tahun 2008 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM 288,004,804.99 iatu penurunan akibat rebat yg diberikan melalui suatu kelulusan di dlm Majlis Mesyuarat Kerajaan iatu sebelum pilihanraya umum ke–12.

Setelah selesai pilihanraya pada 8 Mac 2009, Kerajaan Negeri Kedah telah ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan baru ni telah meluluskan rebat ni. Penurunan hasil ni adalah sebanyak RM10,865,396.24 atau 3.6%. Setelah tu, pada tahun 2008 juga satu lagi penurunan cukai tanah telah dibuat dan ianya memberi impak yg besar terhadap jumlah hasil kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2009 iatu penurunan sebanyak RM43,533,041.34 atau 14.6% dari cukai tanah patut kutip tahun 2007. Jumlah atau kadar penurunan ni akan lebih mudah diteliti menerusi Graf 1 dibawah.

Graf 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah
Menurut keratan akhbar Harakah bertarikh 02 Mei 2008 oleh Bashir Ishak, :

“Azizan memberitahu bahawa hasil penurunan cukai tanah ni, kerajaan Kedah dijangka kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun.

Namun hakikatnya, Kerajaan Negeri Kedah kehilangan hasil negeri sebanyak RM43 juta lebih utk setahun.

Ternyata ni lagi satu pembohongan dari MB Kedah, seorang yg bertaraf Ustaz & lulusan universiti agama utama dunia. Dan tak layak utk terus menjadi MB Kedah.

Patut la Si Sobri KHTP cekap dok muhong..... Sekali dia belajaq dekat pak menakan dia daaaaa.....

[ READ MORE ]

Sunday, January 08, 2012

Hj Sobri KHTP Berbohong Pada Akhbar The STAR.

Setelah merasmikan suatu majlis di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) baru2 ni, Datuk Mukhriz tampil memberi statistik yg mengesahkan bahawa pelaburan di Kedah pada tahun 2011 hanyalah berjumlah RM765 juta saja, sedangkan terdahulu iaitu pada bulan lepas, dlm interview kpd akhbar The Star (klik sini) juga, Hj Sobri ada menyatakan pelaburan di KHTP pada tahun 2011 telah mencecah RM6 billion. Ada juga aku tulis dlm artikal aku yg lepas “Pelaburan Di KHTP : Kelentongan Dan Pemalsuan…..” (klik sini).

Sila baca berita di bawah ni:


Mukhriz: More local firms keen to invest at home 
Saturday December 24, 2011 

KUALA LUMPUR: The era of local companies being more keen to invest overseas has come to an end, said Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Mahathir. 

He said companies had seen a lot of excitement in the local economy due to the Economic Transformation Programme and the Entry Point Projects. 
‘I believe we can achieve the same investment figure of RM47bil recorded last year’ in 2011.



“Domestic direct investment (DDI) totalled RM19.7bil, or 48.4%, and foreign direct investment RM21bil, or 51.6%, just slightly higher than the DDI as at October 2011.

“With the country achieving RM40.7mil in investments as at October, I believe we can achieve the same investment figure of RM47bil recorded last year as we still have figures for the last two months to include,” he told the media after launching the “KL Principle Code of Ethics for the SMEs” programme in Kuala Lumpur yesterday.


In terms of investment, Mukhriz said Sarawak was the top state with RM7.3bil as at October and the largest investor was local company, Leader Universal Aluminium (Sarawak) Sdn Bhd.

Selangor was second with RM6.8bil, Johor (RM6.7bil) - (kejayaan dari bekas Boss KHTP dulu yg diterajang keluar oleh kerajaan PAS Kedah), Penang (RM5.7bil), Negri Sembilan (RM3.5bil), Pahang (RM2.9bil), Terengganu (RM1.4bil), Perak (RM966mil), Kedah (RM765mil), Sabah (RM720mil), Kuala Lumpur (RM299mil), Kelantan (RM129mil) and Perlis (RM23mil).

Meanwhile, SME Corp and Malaysia Anti-Corruption Commission have teamed up to draft a Code of Ethics for small and medium enterprises (SMEs), known as KL Principle Code of Ethics for the SMEs.

The code supports the principles of curbing corruption such as integrity, transparency, freedom and precision. — Bernama

It is one of the initiatives based on Asia-Pacific Economic Cooperation’s Kuala Lumpur Principles, which were agreed to and endorsed at the 18th ministerial meeting in the United States last May. — Bernama



Tahniah kpd kakitangan KTPC yg bekerja dgn rajin menjayakan 5'S; tapi yg naik pentas pegang frame tu ada buat kerja ka...?


MUKHRIZ Mahathir (tiga dari kiri) bersama Muhamad Sobri Osman (tiga dari kanan) dan Mohd. Razali Hussain (kanan) serta pengurusan anak syarikat Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. pada majlis menyampaikan Sijil Persekitaran Berkualiti 5S Perbadanan Produktiviti Malaysia di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah semalam.
KULIM 22 Dis. - Pengeluar peralatan elektronik, Panasonic Corporation (Panasonic) akan melabur sebanyak RM1.84 bilion (45 bilion Yen) untuk mendirikan sebuah pusat operasi pengeluaran panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), dekat sini. 

Pusat yang mengeluarkan kepingan wafer, sel dan modul bersepadu tenaga boleh diperbaharui itu dijangka beroperasi menjelang hujung tahun depan. 

Buat permulaan, ia dijangka menyediakan peluang kepada lebih 1,500 pekerja mahir dan separuh mahir. 

Presiden Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC), Muhamad Sobri Osman berkata, pelaburan terbaru itu melibatkan pemindahan teknologi canggih dari Jepun untuk pembangunan sumber tenaga panel tempatan. 

"Kilang ini akan dikendalikan syarikat Panasonic Energy (Malaysia) Sdn. Bhd. dan mereka akan membina sebuah kilang di tanah seluas 63 ekar (25.2 hektar) di Zon Industri KHTP Fasa II. 

"Pembinaan bermula dalam suku pertama tahun depan dan dijangka siap menjelang akhir 2012," kata beliau. 

Muhamad Sobri berkata demikian pada majlis penyampaian Sijil Persekitaran Berkualiti 5S, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Ketua Pengarah MPC, Mohd. Razali Hussain. Muhamad Sobri berkata, pihaknya gembira kerana pelaburan tersebut mencerminkan keyakinan pelabur asing yang meningkat terhadap KHTP. 


"KHTP menawarkan kemudahan dan infrastruktur terbaik. Selain faktor kos yang efektif, Kerajaan Malaysia menerusi MIDA juga berjaya menunjukkan rekod cemerlang dengan menarik pelbagai syarikat melabur di sini," katanya.


Sejak dibuka pada tahun 1995, KHTP berjaya menarik minat 23 syarikat termasuk multinasional dan 50 syarikat penyedia perkhidmatan sokongan menanam modal lebih RM29.6 bilion di situ. 

Sementara itu, tiga anak syarikat KTPC iaitu Kulim Technology Management Sdn. Bhd.; Kulim Golf and Country Resort Sdn. Bhd. dan Kedah Bioresources Sdn. Bhd., berjaya mendapat Sijil Persekitaran Berkualiti 5S daripada MPC hari ini. 

Mohd. Razali berkata, ketiga-tiga syarikat itu diiktiraf memenuhi piawaian pihaknya selepas berjaya memenuhi kriteria penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif, selesa, selamat, bersih dan produktif. 



Akhirnya ada juga org PAS mengeluarkan kenyataan ni.....:


"KHTP menawarkan kemudahan dan infrastruktur terbaik. Selain faktor kos yang efektif, Kerajaan Malaysia menerusi MIDA juga berjaya menunjukkan rekod cemerlang dengan menarik pelbagai syarikat melabur di sini," kata HJ SOBRI

Mengaku jugak bahawa yg buat kerja menarik pelabur ni datangnya dari KERAJAAN PUSAT melalui MIDA.

Tapi seperti biasa jugak tak ulas langsung atau berterima kasih kpd kakitangan yg bertungkus lumus buat kerja utk 5S. Kesiannya..... org lain buat kerja, org lain yg dapat nama (yg terhegeh pegang frame atas stage tu la kot.....).

Inilah yg dikatakan "KEDAH SEJAHTERA".

[ READ MORE ]

Saturday, January 07, 2012

Awas Kedatangan Bulan SAFAR Di KHTP.....

Dulu beliau adalah Encik Anuar Md Safar (AMS), GM, sekarang dia sudah di upgrade (naik taraf) menjadi Tuan Haji AMS (THAMS), Naib Presiden/VP IDR sejak bersekongkol dgn pemerintahan PAS di KHTP. 

Dengar khabarnya, beliau sekarang sedang menjalankan jarumnya utk menggantikan Tuan Haji Sobri sebagai Presiden KHTP atau pun Pemangku (Acting) yg baru menjelang PRU 13, apabila Hj Sobri yg hampir PASti (99%) akan bertanding sebagai calon ADUN PAS di Pantai Merdeka. 

Inilah yg perlu diawasi oleh semua org di KHTP. Komplot sulit dan pakatan ini hanya didedahkan kpd org beliau sahaja seperti Hj Zaidi, Ahmad Shiraz & Alfa Sudinar. 

Sebenarnya yg paling layak memangku jawatan Presiden kalau Hj Sobri bertanding PRU 13 ialah En Zulkelfli Ahmad, Naib Presiden yg paling kanan & berpengalaman sejak KHTP dibangunkan dari ‘ground zero’ hinggalah sekarang. 

Apa pun perlu diingatkan kpd semua kali ini ialah THAMS ni akan naik ‘syeikh’ beliau tidak lama lagi, memandangkan selepas bulan Muharam, akan timbul pula bulan Safar. 

Jadi awaslah semua kakitangan KHTP, dalam sebulan ni, jangan lah jadi seperti kakitangan di bawah ni yg telah diberikan ‘email warning’ oleh THAMS pada 2009 seperti dibawah:


From: Annuar Mohd Saffar <annuar62@gmail.com>
Date: Wed, Apr 22, 2009 at 7:51 AM
Subject: Weekly Report
To: Nor Salman <salman@khtp.com.my>
Cc: Muhamad Sobri Osman <sobri@khtp.com.my>, Norizan Dollah
<norizandollah@khtp.com.my>


Assalamualaikum wrt.

Dear Salman,

I have noticed that you have NEVER submitted the weekly report to me. Please be reminded that this is an instruction fron the President himself.

You are required to submit any good news, bad news and trends, every Monday morning.  All head of departments have been prompt in their weekly submission.

The first reminder was send to you on 17 March 2009.

This is my SECOND REMINDER to you.

Regards,

TH Annuar Mohd Saffar


Diikuti dgn email berikut:


Dear Salman,

I do not feel it is "fair" for your to suggest (or instruct) Patrick Teh, the PR Manager, to come up with the Agenda.  The matter on Human Capital has been entrusted to you for the past several years (since Dato AST's time).

I suggest you STOP pointing fingers at others, to shoulder your responsibilities.  You have been doing so (pointing fingers at others) at your own whims and fancies.  There has been several complaints on your (this particular) behavior, from both KTPC and KTMSB staff.

I wish to inform you too that KITA President has raised matter with regards to your absenteeism (at several KITA HR Meetings), recently (KITA Dialogue) in the presence of YB Dato Amiruddin Hamzah, KTPC Chairman.  This is not good for KTPC's image.  I suggest that you better take the KITA HR meetings seriously, from now on.

Thank you.

Regards,

TH Annuar Mohd Saffar
VP IDR




From:  Annuar Mohd Saffar [annuar62@gmail.com]
Sent:     Wed 19/08/2009 12:37
To:        Nor Salman
Cc:         Norizan Dollah; Muhamad Sobri Osman
Subject:  Sharing of (WEEKLY) CALENDAR.. Third and Last Reminder!

Dear Salman,

I wish to express DISAPPOINTMENT that you have yet to "share" your Calender with me,  in spite of my reminders since April 22.  That was four (4) months ago.

I do not accept the "excuse" that you do not know how to handle CALENDAR.  Wan Naim can teach you.  Furthermore, you are an IT instructor.  Even I myself do not need a formal training on how to operate CALENDAR.   So, this is NOT an acceptable excuse.

My only worry is that you do not have sufficient (or any) activities or appointment to report.  This too is not acceptable.

This is my last (Third) reminder to you.

If you do not share your calendar by Friday 21 August, I will be left with no choice but to issue you a SHOW CAUSE LETTER.

Thank you.

Regards,

THAMS


Ini juga adalah salah satu kisah keangkuhan Tn Hj AMS yg pada tahun 2009 dalam pemerintahan PAS telah pandai mengeluarkan email warning kpd staff, dan juga mengugut staf utk memberi surat tunjuk sebab (show cause letter), yg memang telah menjadi trend setelah kemasukan PAS & Tuan Hj Sobri, Presiden. 

Mintak maap THAMS, aku cilok email hang..... Hang kena pekemas IT hang tu..... Jgn dok menunding jari la pulak..... Punya la tak harap sampai terpaksa guna gmail commuicate dgn staff.....

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top