Posts Terkini

Sunday, January 02, 2011

Gobala Menyalak Dan Terus Menyalak.

Buat helah nak keluar lubang - Macam kisah Sang Kancil dengan Gajah

Rasa hormat dan tatasusilanya sudah tidak wujud lagi! Tanpa berselindung, ahli parlimen PKR Padang Serai N Gobalakrishnan menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam PKR hari ini..

Nampaknya dia sangat berminat menghentam kepimpinan PKR menggunakan media cetak... Dia merasakan seolah-olah beliau seorang saja yang memperjuangkan keadilan dalam PKR.

“ Dato’ Seri Anuar Ibrahim yang patut dihukum!, bukan saya “  katanya lagi.

Tindak tanduk N Gobalakrishnan sebijik macam kisah “Sang Kancil dengan Gajah”,  cerita penglipur lara zaman dulu-dulu…...

Kancil berada di dalam sebuah lubang besar bersama gajah. Kancil teringin sangat nak keluar dari lubang itu.  Dia berkali-kali mengusik dan menyentuh telur gajah, dan gajah tak tunjuk apa-apa reaksi pun. Tujuan dia memang nak buat gajah marah, tapi Gajah buat tak kisah !

Maka ini membuatkan Kancil menjadi bertambah bengang, lalu menjentik telur gajah dengan agak kuat sikit. Gajah buat diam saja!  Kemudian Kancil menjentik lebih kuat lagi. Gajah kata ..” Jangan Kancil!  Jangaaan!.  

Dan Kancil terus menjentik! Jangannn!! kata gajah. Gajah kelihatan sangat sabar. Kancil tetap mengharapkan agar Gajah mencampaknya keluar dari lubang itu, tetapi masih  belum berhasil !!

Kita tunggu apa tindakan kancil seterusnya!!

0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top