Posts Terkini

Wednesday, January 19, 2011

Pengurusan Dan Pentadbiran Kulim Hi-Tech (KHTP).

Setelah PAS mengambil alih pengurusan KHTP sejak May 2008, mai kita buat analisis mengenai konsep kepimpinan dan pengurusan KHTP dahulu (BN) dan sekarang (PAS).

Kajian ini berkait rapat dengan pelaburan langsung asing kerana tampuk pemerintahan ini ditranslasikan melalui kejayaan dalam membawa pelaburan langsung iaitu Foreign Direct Investment (FDI)dan Domestic Direct Investment (DDI).

Sejak ianya ditubuhkan seawal tahun 1993 di Alor Setar bermula di bawah satu Unit di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), KHTP telah berkembang pesat menjadi kawasan perindustrian yang terkenal di dunia dengan nilai pelaburan anggaran sebanyak RM24 billion (2010). 

Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri pada masa itu telah berjaya menarik Intel untuk melabur, dan selanjutnya ianya amat mudah dipasarkan kerana nama Intel sudah cukup untuk menarik pelabur antarabangsa yang lain ke KHTP.  Pelabur lain yang tidak asing ialah Infineon, Silterra, Fuji Electric dan terbaru sekali First Solar.

Nama syarikat yang menguruskan KHTP ialah Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC).

Melalui pelaburan-pelaburan yang masuk ini, maka wujudlah salah faham sewaktu BN dahulu dan juga PAS sekarang bahawa KHTP adalah ‘lubuk emas’.  Berpaksikan ini jugalah ramai ahli politik UMNO dahulu dan PAS sekarang yang berlumba-lumba melobi untuk berada di KHTP baik diperingkat Ahli Lembaga Pengarah atau peringkat pengurusan.  Semuanya mahu berada di KHTP. Ramai yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi CEO atau Presiden di KHTP mahupun KTPC.

Walau pun UMNO juga cuba untuk berada di dalam pengurusan KTPC, ini tidak dilakukan sewaktu kepimpinan empat Menteri Besar UMNO iaitu Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak dan Mahdzir Khalid.  Pada waktu itu, orang politik atau ‘political appointment’ hanyalah di peringkat Ahli Lembaga Pengarah sahaja.

Peringkat pengurusan dibiarkan kepada golongan professional, di mana waktu itu, Y.Bhg Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin dan pasukan profesionalnya yang mana antara kriteria pada waktu itu memerlukan akauntan bertauliah menjadi GM, Pengurus Kanan atau Ketua untuk Bahagian Kewangan.  Malah Dato Shukri juga adalah jurusan ‘accountancy’ dan memiliki pengalaman luas dalam menguruskan syarikat GLC negeri dan juga ‘science park management company’.  Maka inilah yang dikatakan pengurusan yang professional.

Justru itu, apabila PAS mengambil alih pengurusan KTPC secara rasmi pada September 2008, maka kaedah ini ‘professional appointment’ telah ditukar menjadikan pasukan pengurusan dari kalangan ‘political appointment’.

1.       Haji Muhammad Sobri Osman yang mempunyai MBA (kelulusan tinggi juga) telah dilantik oleh Ustaz Azizan menjadi Presiden KTPC (bukan KHTP), hanyalah merupakan Pengurus Kanan HR di Hitachi Metals (sekarang Renesas) di Kulim dan Pulau Pinang.  Kalau kita bekerja di kilang, jika kita engineer dan ada MBA pulak tu , berada di HR, maka ini merupakan taktik ‘cold storage’ kilang tersebut.  Mungkin kepakaran beliau hanyalah dalam sistem 5S sahaja (6S kalau tambah nama dia sekali), dan tiada pengalaman dalam pengurusan GLC negeri.
 Tuan Hj Mohammad Sobri Osman
 Presiden Kulim HITECH Park (sebenarnya Presiden KTPC)
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani
Pengarah Majlis Tindakan DUN Bakar Arang
AJK PAS Negeri (Lantikan)

2.       Pelantikan Hj Awang Hashim (Mr Broken English) yang merupakan bekas Pegawai Bank di Hong Leong Bank dilantik menjadi Naib Presiden/Vice President iaitu orang yang menjaga perihal Kewangan KTPC.  Perlu diingatkan bahawa kerja di bank tidak sama dengan menguruskan KTPC yang menjadi syarikat mengurus dan membangunkan KHTP.
Bayangkan standard KTPC dahulu, untuk menjadi Ketua Bahagian Kewangan, iaitu yang memerlukan keahlian ACCA dan kelulusan akauntan sudah ditukar oleh PAS kepada hanya pengalaman bekerja di bank dalam satu tempoh yang lama.
 Hj Awang Hashim
Bergaya di samping mesin untuk KTPC dalam lawatan ke Jerman (tarikh seperti di gambar).
Dulu dok di bank mana nak merasa pi tempat-tempat macam ni.

Maka hilanglah profesionalisma pengurusan yang sekian lama telah menjadi tunjang kekuatan KHTP iaitu memiliki pasukan pengurusan berpengalaman dan berkelulusan tinggi dalam bidang masing-masing di KTPC.

Satu lagi yang perlu diberitahu kepada pihak umum bahawa YB Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai), sewaktu mendapat tahu pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah KTPC telah menelefon kepada Setiausaha Syarikat KTPC dan soalan pertama yang diajukan ialah ‘berapa elaun aku?’ dan kedua ialah ‘boleh tak main golf secara percuma?’.  Nah!, inilah pemimpin berjiwa rakyat dari Pakatan Rakyat.  Kita boleh semak dengan Setiausaha Syarikat untuk menentukan kesahihan jika beliau belum lagi hilang ingatan.

Tidak dinafikan bahawa sewaktu zaman UMNO pun terdapat cubaan untuk melakukan ‘political appointment’ tetapi ianya tidak dijalankan, dan ini sebenarnya adalah ‘rahsia kejayaan’ sewaktu pimpinan Dato’ Shukri dan juga orang kanannya pada waktu itu, tak lain dan tak bukan Encik Azaham Abidin.  Mereka juga dibantu oleh pengurusan kanan yang berpengalaman dan bersefahaman dan kurangnya kaki ampu pada masa itu (yang ada kaki ampu cuma dua orang saja masa tu).

Walau pun PAS menyatakan kerajaan dan pengurusan terdahulu mengamalkan rasuah, tetapi pada masa inilah rekod pelaburan tertinggi di KHTP telah dicapai.  Malah masalah infrastruktur seperti elektrik dan air juga adalah minimal.  Sebenarnya semua cerita rasuah ini digembar-gemburkan dalam ceramah PAS sahaja dan kemudiannya mereka sendiri terpengaruh dengan dongeng mereka sendiri.  Sila tanya kepada MIDA Kedah di Alor Setar untuk maklumat lanjut.

Pelaburan Yang Di Terima di KHTP (1996 – 2010)
Tahun
Jumlah Pelaburan
1996
RM1.03 billion
1997
RM926 juta
1998
RM1.144 billion
1999
RM2.785 billion
2000
RM115 juta
2001
RM6.217 billion
2002
0 (Kegawatan Ekonomi_
2003
0 (Kegawatan Ekonomi)
2004
RM5.27 billion
2005
RM1.3 billion
2006
RM566 juta
2007
RM2.084 billion
2008
RM1.440 billion
2009
RM134 juta
2010
RM1.295 billion
Jumlah
RM24.306 billion
(Biru=BN; Hijau=PAS)

Apa yang ingin ditekankan disini ialah ‘give credit where it is due’, dan kerajaan PAS sekarang perlu memberi ‘credit’ kepada kerajaan BN yang mentadbir KHTP melalui KTPC secara yang betul dan mengikut teori pengurusan yang betul, dan hasilnya ialah pencapaian FDI yang memberangsangkan seperti di atas.  Malah untuk mencapai FDI di atas ini, hanya sejumlah RM2 billion telah dibelanjakan untuk membangunkan infrastruktur di KHTP oleh Kerajaan Persekutuan. 

Janganlah menuduh secara melulu dan berusaha mengeluarkan beberapa individu secara paksa dan ‘cold storage’ dari KTPC, sedangkan Kerajaan Negeri sekarang mengamalkan pengurusan ‘nepotisme’ iaitu Presiden KTPC ada pertalian saudara dengan Menteri Besar Kedah melalui isteri beliau

Gembar-gembur aku dengar di mana pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) syarikat yang menguruskan Northern Corridor (Koridor Utara) yang juga merupakan agensi Kerajaan Persekutuan sudah pun diberikan mandat untuk menjalankan kajian kesesuaian (feasibility study) untuk mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri Kedah. 

Ironinya disini ialah Hj Sobri, Presiden KTPC menjadi teramat marah kepada mantan CEO KTPC dan kuncu-kuncunya apabila bila mengetahui bahawa satu cadangan iaitu Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan KTPC dicadangkan oleh Dato Shukri kepada Kabinet Malaysia pada tahun 2008. 

Malah dilaporkan kini Hj Sobri juga berada dalam Jawatankuasa kajian tersebut.  Punca utama cadangan untuk NCIA mengambil alih pengurusan KHTP adalah disebabkan oleh ketidakcekapan Presiden KTPC sekarang dalam menangani krisis ketiadaan air di KHTP yang menyebabkan penutupan beberapa kilang di KHTP (yang belum pernah terjadi dalam sejarah penubuhan KHTP).

Ternyatalah pengurusan di bawah Kerajaan PAS adalah pengurusan yang mengikut emosi sahaja.  Malah VP Kewangan, Hj Awang juga dilaporkan selalu tidak berada di pejabat.  Inilah padahnya menukar pasukan pengurusan kepada ‘political appointment’.

PAS dan juga BN buatlah kesimpulan sendiri dan bertanya adakah Hj Sobri, Hj Awang dan kuncu-kuncunya (Hj Anuar, Hj Fitri, Hj Shahiran, Hj Patrick, Hj Zaidi dan Hajah Laili) masih sesuai untuk berada di KTPC untuk mengurus KHTP secara professional atau mereka ini perlu diganti dengan mereka yang lebih mantap dan dari kalangan anti bodek…….?

Mungkinkah Dato Redza Rafiq, Ketua Eksekutif NCIA ada jawapannya.  Kita sama-sama tunggu dan lihat. 

Semoga padah melantik orang politik ke jawatan tinggi di KTPC tidak berulang lagi di masa hadapan (secara logik pun, orang politik ni tiada masa untuk mentadbir urus KTPC) dan tinggi harapan aku agar KTPC menjadi agensi persekutuan dan tidak berada di peringkat negeri kerana KHTP adalah projek nasional dan telah dibangunkan sepenuhnya dan jayanya oleh Kerajaan Persekutuan.

17 comments:

Anonymous said...

Hangpa ni dengki dengan Islam. Bila Islam memerintah, macam2 hangpa kutuk.

Mat Kodiang

sungguhka said...

Hang silap. Mana ada sebut pasai dengki Islam. Lain kali baca dan paham.

Manusia yg dengki Islam ni adalah manusia yg paling bodo. Lebih2 lagi kalau dia tu Islam.

Isu dia kalau nak pilih pentadbir biaq la betoi2 yg paham pasai pentadbiran.

Anonymous said...

Lagu ni la GLC Kedah rugi.

BILLYtheKID said...

"..dan tinggi harapan aku agar KTPC menjadi agensi persekutuan dan tidak berada di peringkat negeri kerana KHTP adalah projek nasional dan telah dibangunkan sepenuhnya dan jayanya oleh Kerajaan Persekutuan."

Alamak..! kantoi la plak..!!!

Anonymous said...

aku dah dengaq ni lama dah dari org PAS dalam KHTP sendiri yg cerita kat aku dan abang2 ipaq aku. dia kata mmg banyak beza pentadbiran "bukan Politik" dengan "Pentadbiran Kuasa Politik". pelabur2 pun yg dah nak mai sangat2 pun tak jadi mai. yg baru buat kilang spt First Solar tu pun sebab dah buat perjanjian sebelum PRU12.

pak lah bom said...

Baru padan muka hangpa semua.

Anonymous said...

pandai hampa noo..tang 2003, 2004 hampa boh kegawatan ekonomi. Bukan tahun 2009, 2010 pon kegawatan ekonomi gak ka? Bukan takat Kulim Hitek ja tapi satu malaysia malah satu dunia dok gawat.

Anonymous said...

anon 21/1 2.56 pm, 2003 dan 2004 tuuu terlalu gawat. 2009 dan 2010 gawat-gawat pun Dato Shukri di JHTP dapat bawa masuk hampir 10 blion. Hj Sobri pi melawat jeee... balik tangan kosong.

Anonymous said...

aku tak kira sapa...tp kalau lantikan politik tu la salah nya...sepatut nya mai kjaan negeri baru bg org yg pakar...yg amanah...kalau amanah tp tak pakar bab bab ni pun penin jugak...mmg la hj awang tu bkn ada kemahiran pun dlm bab bab akaun ni...hj sobri pun sama...tp pentadbiran ni blh pinjam dr pegawai pegawai yg mahir....penin penin...

Anonymous said...

nak tau perabih duit ka tidak tengok VP Kulim Golf...baru dilantik dah pi korea kunon nak cari peluang...balik mai habok pon tarak.sembang setinggi gunung bila orang tanya dia jawab you dont have to know.

Anonymous said...

salam...aku tertarik ngan ayat ni
"PAS dan juga BN buatlah kesimpulan sendiri dan bertanya adakah Hj Sobri, Hj Awang dan kuncu-kuncunya"
aku duk perati ada la sorang dua dalam kurungan tu dah ada dkt ktpc lama dulu time bn pun...betul ke fakta ni

Anonymous said...

Ha, betoi2 VP Kulim Golf konon, cakap memang x jatuh, aku ingat lagi ms dia br dapat jawatan dgn penuh angkuhnya dia kata"tgk la nanti aku bwk mai pelabur dr korea mai makan hr2 kt kulim golf ni sampai waiter dan waitress terlondeh sluaq nk layan (konon ramai gila la tu)tp sampai skrg, cehhhh.... omongan kosong, aku tgk dia y dok pulun makan hari2 dgn minah mata besaq tu. Hai nsb la Kulim Golf tu...

Anonymous said...

Respon untuk dalam kurungan (Hj Anuar, Hj Fitri, Hj Shahiran, Hj Patrick, Hj Zaidi dan Hajah Laili)
Sekadar nak tulong bantu DKS jawab Anon Mar 30 10:43 am.
Saya cuma nak bagitau mungkin apa yang ditulis ni apabila diletak dalam kurungan tu maknanya ialah mereka ni memang ada masa BN/UMNO pegang KHTP dulu, tapi sekarang dah convert letak title Hj/Hjh untuk tunjukkan sekarang mereka dah sokong PAS. Memang benar dulu mereka ni jugalah yg sellau cium tangan Datuk Shukri bila jumpa. Tetapi isunya jika BN dapat pegang balik Kedah dalam PRU13, adakah mereka ini patut dikekalkan atau diterajang keluar (pinjam istilah Hj Anuar) dari pengurusan KHTP. Ini adalah tujuan mengapa nama mereka diletakkan dalam kurungan tu, bukan ada kena mengena dengan fakta atau pun AUTA, hanya nak MENGATA.
VP KGCR pun sama jugak lah, sembang saja hebat, kerja zero. Semua ni rakan surau Hj Sobri, Taman Sejati SP, tak lebih dari itu, buat interview dalam surau saja, lepas tu datang kerja. PAS sebenarnya ketandusan ahli profesional untuk urus KHTP. Yang ada pun seperti Legal Manager, Sabki tu pun dah cabut dah sebab tak tahan dengan perangai PAS dua ekoq kat ataih tu, walau pun dia jugak SU Pemuda PAS Pusat.
Terbaru ni dengar crita ada Exec baru, Aida Zainol Abidin report kerja hari ni di Legal Dept, KTPC. Nasib hang la Cik Aida ooi, jaga2 HJ Sobri, jangan bagi dia ambik gambar u guna handphone camera mcm dia ambik gambar Pn Azian, legal mgr KTPC dolu tu, nanti panjang crita pulak. Dia memang gataiii Abg Hj kiter sorang nie

Anonymous said...

saya mencari pekerja bank untuk mendapatkan notes2 yang best untuk menambahkan koleksi saya 0193583545

Anonymous said...

hang pi jumpa hj awang vp ktpc la ni di khtp business centre utk notes2 yg banyak & baru, dia banyak gagau duit la nie

Anonymous said...

cikgu ja pun boleh jadi menteri besaq!!!

First Alliances Loan Firm said...

Hello,
Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda?
anda telah ditolak oleh
bank-bank dan agensi-agensi kewangan lain?
Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji?
mencari tidak lebih seperti yang kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda yang perkara yang telah lalu. Kami pinjaman dana kepada individu
yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang
untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: firstalliancesloanfirm@gmail.com

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top