Kita buka pula apa cerita sebenarnya Tok Mahfuz dok mengamok ni…….
Pada hakikatnya apa tindakan yang dibuat oleh Tok Mahfuz ni ada kebenarannya…….
Tok Mahfuz merupakan “Board of Director” kepada Kedah SATO Sdn. Bhd.
Tok Mahfuz merupakan “Board of Director” kepada Kedah SATO Sdn. Bhd.
Kedah SATO Sdn. Bhd. adalah anak syarikat milik BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah).
Projek pembinaan kampus KUIN telah dianugerahkan kepada IJM Corporation Berhad sebuah syarikat kontraktor swasta. Difahamkan, IJM dipegang 20% pemegang sahamnya milik bumiputra dan selebihnya bukan bumiputra. Khabarnya RM340,000,000.00, BDB hanya mendapat pulangan sebanyak 3%.
I - IGB Construction Sdn. Bhd. subsidiary to Ensignia Construction Sdn. Bhd.
J - Jurutama Sdn. Bhd. was incorporated in 1970 as Soon Tat Construction Sdn. Bhd.
M - Mudajaya Construction Sdn. Bhd. was incorporated in 1965 as Chye Hin Construction Co. Ltd.
Perkara ini yang membuatkan Tok Mahfuz melenting.
Persoalannya:
1. Mengapa projek milik penuh BDB tidak diserahkan kepada Kedah Sato menyelengarakannya…….? Sekurang-kurannya mungkin Kedah Sato dapat memberi percent lebih dari apa yang ditawarkan oleh IJM dan setidak-tidaknya memudahkan kitaran perolehan untuk Kerajaan Negeri juga.
2. Di dalam BDB juga terdapat anak-anak syarikat miliknya yang mampu melaksanakan kerja-kerja pembinaan ini. Selain dari Kedah SATO Sdn. Bhd., Bina Kuari Construction Sdn. Bhd., Syarikat Bina & Kuari Kedah Sdn. Bhd., BDB Quarry Sdn. Bhd., BDB Construction Sdn. Bhd., Darulaman Realty Sdn. Bhd. dan Kedah Holdings Sdn. Bhd. Alangkan cantik jika anak-anak syarikat ini diberi tender kerja ini. Sama-sama cari makan dan sama-sama dapat untung untuk Negeri Kedah juga, daripada terus lena diulik mimpi makan gaji buta.
3. Bukannya nak buat longkang, malah kontrak nak tanam rumput pun jangan dok harap la kontraktor-kontraktor kelas A ka, B ka, C ka, D ka dan F ka lebih-lebih lagi kontraktor bumiputra kot-kot dapat nak merasa sikit. Mana BDB nak percaya kat hampa semua.
Sumbang-sumbang bunyi dari BDB sendiri,
“payah bagi kat puak-puak ni, pi mai pi mai “Ali Baba” jugak. Kena memba-memba mai mintak tak bagi dapat maki. Depa huluq kira rasuah. Ambik kalu buat silip ngan depa mola la repot SPRM. Anak syarikat yang ada dok nganga macam boya, cari kerja malas. Senang bagi kat syarikat besaq biaq depa urus semua, kita goyang kaki”.
Wahai kawan-kawanku dalam persatuan kontraktor Negeri Kedah, apa tindakan tuan-tuan sekelian sedangkan rezeki dah ada depan mata yang dok nampak tu tak dapat kita tumpang apatah lagi nak harapkan nak harapkan tender-tender lain milik kerajaan Negeri.
4. Adakah berkemungkinan CEO BDB yang begitu berkuasa dan IJM mempunyai sebarang pertalian mahupun ikatan atau ehem…ehem…. Perkara ni aku tak berani nak komen sebab macam mana kata Tok Mahfuz dan Sanusi (SETPOL MB) kita serah perkara ni pada SPRM. Itu pun kalau depa atau sapa-sapa geng PR berani buat repot……. Setahu aku mampuih hidup balik pun tak berani punya……. Takut makan tuan gamaknya…….
5. Dimanakah slogan “KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”.......?
Tetapi aku rasa kalau la Tok Mahfuz ada HUN dalam semua perkara ni, TOBAT dia tak melompat punya…….
Hangpa pikiaq la sendiri.
Dipetik dari: sungguhka.......?
0 comments:
Post a Comment