Tuesday, January 11, 2011

Kedah Communication Events (KCE) Pulak.......?

Sinar Harian bertarikh  08hb. Januari 2011, menyiarkan di muka depan nya berita berhubung kemungkinan Kedah Communication and Events Sdn. Bhd. (KCE) akan di tutup. Krisis GLC yang meruncing makin  menjerat kepimpinan PR dan mencerna bahang kepanasan yang kian menghakis ozon politik negeri.

KCE  adalah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah. Fungsi utama adalah mewujudkan suatu system penyelarasan bagi membantu Pejabat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri amnya, dalam pelbagai bidang yang merangkumi media, komunikasi dan penganjuran acara, agar ia seragam, efisien dan lebih bersystematik.

Selain daripada itu juga ianya bertindak sebagai jentera perhubungan awan dan korporat Kerajaan Negeri disamping mewujudkan system perpustakaan maklumat dan bahan hebahan media.

KCE yang ditubuhkan diera Dato’ Seri Diraja Mahathir Khalid dan terus beroperasi apabila Dato’ Seri Azizan Razak mengetuai Kerajaan Negeri Kedah baru berusia sekitar 4-5 tahun.

Persoalannya, mengapa hanya setelah hampir 3 tahun beroperasi dibawah kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat ianya mungkin ditutup.......?

Mungkinkah ada berlaku kegagalan urus tadbir perniagaan.......? KCE merupakan antara GLC yang aktif, secara tiba-tiba mengalami kemungkinan ditutup. Mengapa.......?

Tunggu perkembangan yang selanjutnya.......

Entah bilalah PAS Kedah ini akan terus menipu rakyat.......? Entah bilalah PAS Kedah ini akan mengakui kelemahan diri sendiri yang tidak tahu menjana wang untuk Kerajaan Negeri Kedah.......?

Entah sampai bilakah mereka akan belajar.......?

Kini, mungkin mereka sedar dan malu sendiri di dalam hati bahawa bukan senang untuk memerintah, dan mereka sememangnya tak tahu mentadbir sebuah negeri. Namun pastinya kesedaran di hati mereka ini mereka simpan dalam-dalam di dalam hati, untuk mengakuinya dihadapan rakyat adalah sangat mustahil sekali dalam benak mereka......

0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top