Saturday, January 08, 2011

RM62,000,000.00 Tambahan Hutang Kerajaan Kedah Setiap Tahun.


Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.


Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan : KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan.

Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00.

BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Di sini Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.

Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun  RM40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan   RM22,000,000.00

Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah sebanyak  RM62,000,000.00.

Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20,000,000.00.

Persoalannya, di manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak korek RM62,000,000.00 ini bagi menyiapkan KUIN…..?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62,000,000.00, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang ini saja sebanyak RM82,000,000.00.

Kalau macam ni la gayanya, boleh BANKRUPT.
SABANKRUPT punya…….


Renung-renungkanlah…….
Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebihkurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikaiq”.


Dipetik dari: sungguhka.......?

3 comments:

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI" (UTARA) dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan tepat kepada pembaca-pembaca blog.

2. Blog tuan telahpun di'link'kan di ruangan RAKAN MM-R : UTARA blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

3. Diharap tuan sudi bertukar 'link' dengan blog mulutmelayu-realiti dengan menyenaraikannya di blog tuan.

DKS said...

Insyallah dan terimakasih.

Abu Garcia said...

Aku: Datuk Seri, bolehkah kerajaan negeri menguruskan pembayaran hutang tahunan dengan pinjaman sebanyak itu sedangkan projek KUIN sudah dilanda kontroversi?

MB: Tak tau ... tak tau ... adaka pi tanya macam ni .... huh !

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top