Posts Terkini

Tuesday, January 11, 2011

PKR Kedah Mendedahkan Ketidakcekapan Tadbir Dato’ Azizan PAS.

Dato' Sri Azizan cekap mengamok. Tutup GLC. Mentadbir lemah.......


Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim yang juga Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB), telah mengesahkan kepincangan dan ‘tidak mahirnya’ Dato Azizan mentadbir negeri terutama sekali mentadbir perjalanan syarikat-syarikat dibawah kuasanya. Ini pendedahan berani beliau.

“Selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), satu perubahan dengan menukar (membuang) pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurus besar serta ketua pegawai eksekutif (CEO) setiap GLC milik anak negeri dibuat untuk melancarkan lagi urusan.”

Jika dari Pengerusi sehingga ke Lembaga Pengarah, CEO dan General Manager dibuang, tinggal siapakah yang hendak mentadbir dan membuat dasar-dasar syarikat.

Ramai dan berapa kerat kah Tok JanGoat PAS yang berkemahiran mentadbir? Dua tahun lebih kerjanya hanya berperang sesama Lembaga Pengarah dan Pengerusi yang tidak berkesudahan, jadi bilakah masanya membuat dasar perniagaaan sebenar. Elaun mesyuarat Lembaga Pengarah dipungut setiap bulan. Patutlah duit habis!

Jika Azizan mengamok lagi, nampak gaya memang dia cekap bab mengamok ni, dengan menutup GLC Kedah, macam mana nak bayar duit kepada penyokong-penyokong kuat PAS selain dari duit mesyuarat Lembaga Pengarah?

Apabila telah terjadi carca merba, maka paling mudah ialah menyalahkan pentadbir terdahulu. “Salah pentadbiran BN dulu-dulu” telah menjadi perbualan dan alasan setiap penyokong tegar PAS yang seperti tidak tahu berfikir.

Sepanjang jalan dimerata Alor Setar, ayat yang diucapkan seperti Indu Mabuk ditepi jalan ialah,
“Salah BN dulu-dulu”,  “Salah BN dulu-dulu”,  “Salah BN dulu-dulu”

Mahu kah perjalanan Negeri Kedah dipimpin oleh orang yang tidak tahu berfikir? Atau lebih tepat dipimpin oleh Tok JanGoat Indu Mabuk?

Lihat satu lagi alasan kegemaran PAS Kedah seperti di bawah.


Rujukan Sinar Harian...............................................

Ada unsur boikot, sabotaj dalam kepimpinan GLC.

ALOR SETAR - Terdapat unsur boikot dan tidak puas hati dengan polisi diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam kalangan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah sehingga membantutkan keputusan yang dipersetujui lembaga pengarah syarikat terbabit.

Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB), Ahmad Kassim berkata, rasa tidak puas hati itu timbul memandangkan kebanyakan pengurus GLC itu merupakan muka lama yang masih dikekalkan berdasarkan faktor perundangan dan mempunyai sentimen kepartian yang menebal.

Menurutnya, di sebalik wujud polemik boikot dan kronisme dalam kalangan pengurus beberapa GLC, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil sikap bertolak ansur bagi menjaga hubungan jangka masa panjang dengan kakitangan syarikat terbabit di samping tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu keputusan. 

“Selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), satu perubahan dengan menukar pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurus besar serta ketua pegawai eksekutif (CEO) setiap GLC milik anak negeri dibuat untuk melancarkan lagi urusan. 

“Bagaimanapun, terdapat sebahagian CEO dari rejim lama yang tidak boleh digugurkan atas faktor perundangan dan mereka inilah yang sering membuat kacau dan mengingkari keputusan yang dibuat lembaga pengarah atas sebab perbezaan fahaman politik,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Ahmad yang juga Pengerusi PKR negeri berkata, perubahan yang dilakukan Kerajaan Negeri di peringkat lembaga sejak dua tahun lalu hanya menyentuh aspek ketelusan dalam pentadbiran GLC bagi membanteras sebarang bentuk amalan kronisme dan korupsi oleh segelintir pemimpin tertentu.


Bagaimanapun, pendekatan Kerajaan Negeri itu tidak disenangi kebanyakan pengurus syarikat GLC di negeri ini sehingga kadang-kala timbul unsur sabotaj yang berniat menjatuhkan imej Kerajaan Negeri.


“Kita menghormati pengekalan beberapa muka lama sebagai pemimpin syarikat GLC bagi mengelakkan wujudnya krisis dalaman yang merosakkan masa depan syarikat itu sendiri. 

“Bagaimanapun, saya agak kecewa dengan tindakan segelintir mereka yang seolah-olah cuba mensabotaj imej Kerajaan Negeri dan sengaja tidak melaksanakan perancangan diputuskan lembaga pengarah dengan jayanya,” katanya. 

Sehubungan itu, Ahmad menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalaman membabitkan beberapa syarikat GLC di negeri ini bagi mengelakkan lebih banyak kerugian dialami. 

“Saya percaya masalah dalaman ini wujud disebabkan segelintir pengurus GLC masih tidak mengiktiraf pentadbiran Kerajaan Negeri dan memandang rendah kepada mereka. 

“Justeru, satu mekanisme penyelesaian terbaik perlu dibuat bagi memastikan semua GLC di Kedah berjalan lancar dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

2 comments:

detguaq said...

Salam,

Alhamdulillah. Bertambah lagi seorang blogger di Utara! Harap daapt bekerjasama demi mengembalikan Kedah kepada UMNO/BN.

DKS said...

Insyallah Detguaq... Sama2lah kita berjuang kembalikan Kedah kapada UMNO/BN. Semoga Pengerusi baru dapat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi.

UMB Kedah apa cerita...? Aku tengok UMB Penang, Selangor dan Perak begitu aktif sekali.

Sekembalinya aku ke Kedah nanti, akan kita bongkar apa yang patut...

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top