Saturday, December 25, 2010

BDB vs Kedah Sato – Semakin Merentung.

Terbaru, diberitakan suhu kepanasan di Menara BDB semakin meningkat berikutan gerak taichi dan kuntau dipentas pertembungan  semakin tangkas dan ganas.

Sebagaimana yang telah dijangkakan, YB Dato’ Mahfuz Omar akan berhadapan dengan kelicikan dan kerakusan Dato’ Jahubar and The Gang. Beberapa orang Exco Kerajaan Negeri telah mereka kunjungi untuk melobi sokongan terhadap mereka dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menyerang hendap dan melumpuhkan musuh.

Khabarnya hasil kurang memuaskan, buat masa ini. Kalau memgambilkira beberapa kes yang terdahulu, Dato’ Jahubar and The Gang terbukti mampu mempengaruhi serta memenangi sokongan daripada ’God Father’.

Dato’ Jahubar juga dikatakan sedang melobi Lembaga Pengarah BDB dan Wisma Negeri untuk mengugurkan Yb Dato’ Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd.

Amat diharapkan YB Dato’ Mahfuz Omar tidak mudah untuk mengalah, malah turut berusaha mematahkan serangan dan asakan dari Dato’ Jahubar and The Gang.

Projek Kampus Induk KUIN amat penting sebagai penanda aras serta ukuran keberkesanan dan ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS.

YB Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena bukanlah nama kecil diarena politik negeri dan nasional. Di Kedah beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya 2, sementara diperingkat nasional merupakan Naib Presiden (2) PAS.


‘Perhitungan Terakhir’, pertembungan yang berlaku dan berlangsung selama lebih enam (6) purnama telah sampai kemuncaknya.

Setelah berbagai hujah dan kaedah yang dikemukakan masih tidak menemui jalan keluar dan kata pemutus serta berpencak digelanggang dan medan yang tersedia masih tidak dapat menobatkan siapakah sebenarnya ‘pendekar’.

Maka hanya satu kaedah atau cara sahaja lagi yang boleh dilakukan iaitu dengan menyerahkan kepada ’Pendekar Mustar’ untuk memilih dan memutuskan siapakah diantara dua (2) Dato’ Panglima nya yang menjadi pilihan kalbu lalu dinobatkan sebagai ‘Pendekar’.

Untuk tujuan itu, YB Dato’ Mahfuz Omar telah menyerahkan surat perletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kedah Sato Sdn. Bhd. yang bertarikh 21hb. Disember 2010 kepada YAB Dato’ Sri Ustaz Azizan bin Abdul Razak berserta salinan kepada Setiausaha Syarikat.

Kini ‘bola’ berada dikaki YAB Dato Sri Menteri Besar, beliau paling layak untuk memutuskan sebagai ketua kerajaan yang empunya projek dan dengan pekenan beliau juga Dato’-Dato’ berada pada kedudukan mereka sekarang ini.

”Hijau kata Dato’ Sri, Hijau lah jadinya; Biru kata Dato’ Sri, Biru lah jadinya.”

Mungkin ramai pihak beranggapan tindakan YB Dato’ Mahfuz sebagai merajuk atau tidak ‘gentleman’. Tapi apakah yang terdaya dilakukan sekiranya semua saranan dan pandangan beliau didalam mesyuarat Lembaga Pengarah Kedah Sato berhubung isu KUIN-IJM tidak langsung diminitkan/ direkodkan oleh Setiausaha Syarikat (Puan Muna).

Jauh lebih mengecewakan, khabarnya persiapan untuk majlis menanda-tangani pelantikan IJM sedang disusun-atur tanpa melalui proses-proses tertentu sebagaimana yang disarankan.

Biarpun isu dan duduk perkara telah disuarakan secara terus kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar, namun jawapan yang pasti tidak juga diperolehi. Bagi memudahkan, kini terpulang sepenuhnya kepada YAB Dato Sri Menteri Besar untuk menentukannya.

Ehsan dari : Helang Kedah

2 comments:

Anonymous said...

kalau dengan GM GLC negeri Kedah pun kalah bertarung, macam mana YB Mahfuz nak berdepan dengan PM Malaysia dan kabinetnya.

beribesaq said...

Buatlah kerja macam Islam
Berfikirlah macam Islam
Bercakap macama Islam
Marahlah cara Islam
Tadbirlah cara Islam
Hukumlah cara Islam
Mesyuarat cara Islam
Kempen cara Islam PAS atau Islam Hadhari...betoikah ni........jangan-jangan cakap tak serupan bikin kot....cakapa saja pasai Islam tapi macam cakap orang munafik,,,macam cakap kafir je.........macam mana Umat islam nak maju dan berkembang kerana yang berstatus Ulama, Tuan Guru, Ustaz semuanya kaki kelentong...kalau tak percaya pi dengaq ceramah, kuliah dan tazkirah...baca ayat Quran sikit, baca Hadis sikit...kemudian temberang yang bukan-bukan,,,fakta cipta sendiri...kononnya apa yang orang lain buat semuanya salah tak ikut Islam,,,, bencana yang berlaku di atas muka bumi ni berpunca dari puak yang menentang PAS...hatta sekalipun gunung berapi yang meletup di Indonesia akibat UMNO tolah Hudud...betoikah ni.....aku rasa yang jadi bencana tu berpunca dari akibat keceluparan mulut dan lidah-lidah Ulama PAS, Tuan-Tuan Guru PAS serta Ustaz-ustaz PAS yang menggadai Islam untuk dapatkan kusa sehingga sanggup mati keran membela orang kafir dan sanggup tidak melakukan apa-apa semata mata tidak mahu membela sesama Islam......

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top