Posts Terkini

Thursday, October 06, 2011

Isu Air KHTP - Apa Respon SADA.....?

Berikutan isu tarif air di Kedah dan KHTP, baru2 ni Datuk Adzmi Din, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), telah dilaporkan dlm akhbar Sinar Harian pada kira2  tiga minggu lepas, menyatakan bahawa KTPC perlu main peranan.

Apa yg tersirat kat sini ialah beliau menyatakan bahawa Presiden KTPC la ni iaitu Y.Bhg Tuan Hj Sobri sepatutnya memainkan peranan yg lebih aktif dan tegas dlm menangani isu ini.

Lebih mengejutkan lagi ialah beliau menyatakan KTPC di kawal selia oleh MIDA iaitu agensi promosi pelaburan Kerajaan Persekutuan.  Tulah agaknya tanggapan semua agensi kerajaan negeri, yg la ni menganggap KTPC di bawah jagaan MIDA.

Depa lupa bila mana menang saja PRU 12 di Kedah, terus ambil alih semua syarikat GLC negeri, hinggakan KISMEC di Sg Petani pun nak ambil alih. Nasib baik KISMEC bukan milik Kerajaan Negeri Kedah.

Tulah taktik biasa MB Kedah dan anak2 buah beliau la ni.  Apa2 saja yg depa tak boleh selesaikan di peringkat negeri, mudah saja, tolak masalah tu kpd Kerajaan Persekutuan dan persalahkan Kerajaan Pusat mengenai masalah tersebut.   Sama juga seperti Lim Guan Eng di Pulau Pinang, apa saja masalah, salahkan UMNO dan BN.

Satu lagi syarikat yg telah diselamatkan oleh Kerajaan Persekutuan di Kedah ialah di Kerpan, iaitu projek penternakan udang usahasama Kerajaan Negeri dan Binladin Group yg la ni telah diambil oleh Blue Archipelago Berhad, anak syarikat Khazanah Nasional.  Bezanya di sini ialah Kerajaan Persekutuan tak mendabik dada dgn kejayaan menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri, tetapi dgn jayanya memulihkan projek tersebut, hingga terdapat sebuah kilang memproses udang yg moden dan canggih yg memberi peluang pekerjaan kpd anak tempatan di Kerpan.

Sebagai rujukan, disertakan artikel yg di scan dari Sinar Harian, yg disiarkan tiga minggu lepas.

Sila lihat juga berita Bernama "Bil Air Tertunggak - Sada Akan Bincang Dengan Pengilang Sebelum Tindakan Lanjut".

Datuk Adzmi akan bertambah fining kepala apabila MITI mula menekan menyegerakan masalah air di KHTP.



11/09/2011 7:09pm

JERLUN 11 Sept – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggesa kerajaan Kedah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengkaji semula tarif air kepada syarikat di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, langkah itu perlu bagi mengelak salah faham berpanjangan memandangkan tarif baru yang ditetapkan SADA itu berbeza antara satu syarikat dengan yang lain.

MITI dimaklumkan oleh empat syarikat di KHTP bahawa mereka menerima surat daripada SADA agar menjelaskan tunggakan bayaran dengan caj baru secepat mungkin, sedangkan baru-baru ini SADA dikatakan bersetuju menangguhkan kenaikan itu.

"Syarikat terbabit juga menyatakan jika tunggakan itu tidak dijelaskan, SADA akan mengenakan tindakan memotong bekalan air kepada mereka,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

SADA baru-baru ini dilapor berkata, ia akan berbincang dengan empat syarikat terbabit bagi menyelesaikan isu tunggakan bil air kira-kira RM100,000 masing-masing sejak Oktober lepas. – Bernama



Jawapan Datuk Adzmi pulak:




ALOR SETAR 10 Sept. - Syarikat Air Darul Aman (SADA) meminta pihak pengurusan empat buah kilang di Kulim Hi-Tech dekat sini menjelaskan segera tunggakan bayaran sejak Oktober lepas yang berjumlah kira-kira RM100,000 setiap kilang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din, keengganan mereka membayar tunggakan tersebut disebabkan kekeliruan berhubung tarif air yang baharu iaitu RM1.05 meter padu berbanding RM1 sebelum ini.

Beliau berkata, kenaikan tarif air itu diputuskan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diwartakan oleh Kerajaan Pusat Oktober lalu, membabitkan premis perniagaan, perumahan, sekolah dan pusat pengajian tinggi seluruh Kedah.

"Kilang di Kulim Hi-tech masih mendapat keistimewaan sebenarnya kerana tarif air yang dikenakan jauh lebih rendah iaitu sehingga 73 peratus berbanding kawasan perindustrian lain.

"Adalah tidak benar jika ada mengatakan SADA menindas kilang di situ dengan tidak menerima apa-apa subsidi daripada penstrukturan semula itu," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SADA di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Adzmi, kos penyelenggaraan operasi SADA antaranya caj bekalan elektrik meningkat sehingga RM9 juta sehingga Julai tahun ini berbanding RM4 juta pada 2007.

"Subsidi masih ada walaupun tarif air meningkat kerana kenaikan kos tersebut termasuk kos bahan mentah dan tenaga kerja," katanya.

Adzmi bagaimanapun memberi jaminan isu tersebut akan diselesaikan memandangkan ia hanya membabitkan kekeliruan berhubung kenaikan tarif tersebut.

"SADA akan menggunakan pendekatan lembut iaitu berunding dan memujuk syarikat tersebut serta menunjukkan perbezaan antara caj di tempat lain dan Kulim Hi-tech," katanya.

Beliau pada masa yang sama menafikan akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air di kilang tersebut ekoran caj yang tertunggak sejak Oktober lalu.

"SADA cuma menghantar notis pemberitahuan tentang tunggakan tersebut dan ia adalah prosedur biasa. SADA juga sedia berunding dengan syarikat terbabit bagi membolehkan mereka menjelaskan tunggakan tersebut.

Sila rujuk artikel aku yg lepas "Masalah Pemotongan Air Di KTPC" (klik sini).Dari Sept 2010 sampai la tak selesai lagi...

"Kilang-kilang lain tidak mempunyai masalah dan sudah pun menjelaskan bil mereka mengikut tarif ditetapkan. Cuma empat buah kilang ini saya enggan berbuat demikian dan kita berharap mereka menjelaskan secepat mungkin," katanya. – Utusan Malaysia.


PS: Utk pengetahuan Datuk Adzmi Din, KTPC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan bukannya di bawah kawal selia MIDA atau pun NCIA, (BELUM LAGI).
Adzmi Din mengiringi Azizan Abdul Razak (melambai tangan) ketika hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya SADA

5 comments:

Anonymous said...

apa la malang hj kita ni, dulu masa BN jaga, tak dak la msalah ayaq ni, semua dijaga dgn elok. Dulu masa Engineer Fatah jaga, semua ok. Tapi bila bulan ambil alih, Eng. ni dah kena trasnfer ke Aloq Staq, la ni org yg baru jaga, bukan macam member kita Engineer Fatah ni yg memang dedicated jaga & monitor bekalan air. Lagi satu semua masalah ni start bila Harun Jasin jadi Pengarah JBAK, mungkin dia cut down expenditure, jadi tak beli lat gantian baru, tu la masalah dia, bukannya masalah besaq pun, tapi dah biaq lama2, last2 kilang2 jugak yag menangung kerugian besar berjumlah lebih RM50 juta

Anonymous said...

Aku sokong bro, dulu water supply KHTP memang excellent di bawah kawal selia Ir Fatah, JKR Air. Memang terbaek masa tu. Bila dapat kat hamPAS, semua rekod kecemerlangan BN dahulu berjaya dipecahkan dengan jayanya. Kalau Cybercity MSC mai audit, sahih memang KHTP akan fail punya. Dulu rekod MSC Cybercity Performance Standard Audit semua lepas 100%. Inilah buktinya walau pun Kerajaan sediakan infrastruktur bertaraf dunia, tapi masih tak dapat di kekalkan tahap penggunaannya akibat manusia yg kurang pengalaman yg jaga KHTP la ni

Anonymous said...

memang betoi dulu KISMEC pun nak take over, nasib baik KISMEC register bawah ROS masa tu, nasib baik Pak Wan & geng, kalau tidak kena tendang keluar jugak ala KHTP & KTPC

Anonymous said...

Bil paip air yang jarang sekali aku gunakan di kebun menunjukkan tiada bacaan. Contohnya bil bulan Ogos bacaan meter bulan lalu ialah 145 dan bacaan bulan September pun 145, ini menunjukkan tiada penggunaan air pada bulan tersebut, apa yang menjadi tanda tanya ialah kadar cas yang dikenakan ialah sebanyak RM 15.00. Adakah kadar sewa meter air yang tiada penggunaannya adalah sebanyak RM15.00?

Pengguna yang ingin tahu.

Warga Sebelum Merdeka

Anonymous said...

sebenarnya hal air adalah perkara kecil sahaja, dan ini pun tak dapat ditangani oleh pihak kerajaan negeri dengan bijak. SADA hanya tak nak potong, sedangkan kilang ada alasan kukuh untuk tidak membayar bil air tersebut. isu ni telah ditangani secara tidak profesional oleh MB, SADA & KTPC

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top