Thursday, October 06, 2011

Bagaimana Kedah jatuh kembali ke tangan BN? - Bahagian Satu (1)

Artikal ni aku petik dari komen sahabat kita Raja Simurak (klik sini) utk dikongsi bersama. Terimakasih.

"Menara Alor Star ni agak-agak kalau terbalik, kena kita dak?", soal Haji Kob kepada kawan-kawan semejanya.

"Ni kalau aku luku kepala hang, hang nak marah kat aku!", Che Din mencelah.

"Awat plak?", terbeliak biji mata Haji Kob.

"Dak la, menara ni kalau terbalik, aku tak bimbang pasal kita, yang aku bimbang pasal Ustaz Azizan", sambil Che Din sedut Teh O Ais guna straw warna merah putih.

Semua mata yang ada di meja tu memandang Che Din.

Semua orang tahu yang Che Din ni suka berkawan dengan orang-orang politik. Setiap kali duduk bersembang dengan Che Din, mesti ada isu yang timbul pasal keadaan di Kedah. Che Din hirup Teh O Ais senafas. Macam malaikat nak tarik nyawa dalam masa terdekat.

"Ada kisah ka Din?", tanya Mail yang bertentang badan dengan Che Din.

Che Din buat endah tak endah dengan soalan Mail tadi. Dia cukup faham yang kawan-kawannya cuba korek rahsia yang ada dekat dia. Pasal Ustaz Azizan kena serangan jantung dulu pun, bermerah muka dok bertahan bagitau benda tu mainan politik sebelah BN. Siap dengan fakta-fakta serta gambar peribadi kononnya masa kejadian, dia bersama Ustaz Azizan.

"Tak payah la hang nak sembunyi Din, semua pakat tau apa yang dah jadi la ni", Wahab serkap jarang Che Din

 Terbeliak mata Che Din macam nampak kain janda sebelah rumah terselak.
  
"Pasal SADA kan?", tambah Wahab lagi sambil mengharap tekaan dia kena.

SADA adalah singkatan bagi nama Syarikat Air Darul Aman. Syarikat air ni telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010 semasa dibawah pemerintahan Ustaz Azizan. Kerajaan Negeri melantik Datuk Adzmi Din sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pelbagai isu telah timbul semenjak Jabatan Bekalan Air Kedah dikorporatkan. Antaranya, kenaikan tarif air 1.6% pada 1 Oktober 2010. Kenaikan ini memberi kesan yang mendalam bagi individu yang berkhidmat di bawah Syarikat Air Darul Aman ini.

"Panggg!" meja ditepuk dengan kuat.

"Aku tak sangka dengan apa yang terjadi. Harapkan pagar, pagar makan padi", agak kuat suara Che Din. Mail tunduk mencari kasut seliparnya bawah meja. Takut-takut Che Din jadi gila.

"Aku ingatkan dia ni orang yang boleh caya, rupanya dia ni liberty kepada kita", punya laju Che Din sebut. Che Din nak sebut liabiliti sebenarnya. Wahab dari tadi dok tengok muka Che Din yang merah menyala tu.

"Syak aku menjadi kenyataan  sejak Mat Arop kena tamat perkhidmatan dia", sambung Che Din.

Kebanyakkan orang di SADA mengetahui siapa itu Mat Arop. Mat Arop bukan kaki bodek. Penggerak utama Jabatan Bekalan Air sebelum dikorporatkan. Mat Arop adalah penyelesaian kepada sebarang masalah air di Kedah. Permasalahan bekalan air di Baling, di Kuala Nerang mahupun serata negeri Kedah diselesaikannya. 

"Bebudak Mat Arop semua kena tukar bahagian, suruh susun surat. Juruteknik kena surun surat?", waktu ni Mail dah ubah kedudukan kerusi dia bersebelahan Wahab. 

"Aku nak bagitau hampa satu benda ni, dan hampa jangan bagitau sapa-sapa buat masa la ni", Mail yang tadi sebelah Wahab tetiba berubah tempat duduk sebelah Haji Kob.

"Krisis air yang teruk akan berlaku di Kedah sebelum pilihanraya ni!"

Sambung Bahagian Dua  ...

Insyallah.....kita ikut sambungannya...

2 comments:

Anonymous said...

Bahgian 2 dah ada la..

DKS said...

Tau dah ada....saja bagi pembaca pi kat facebook tu... Promo.....

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top