Wednesday, October 12, 2011

Bantuan Kerajaan Pusat Utk KHTP - NCIA Beri RM4 Juta Geran Kpd KBioCorp.

Sebagai makluman, NCIA, takat ni membantu Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dlm dua projek iaitu:

1.      HAZMAT (Bomba & Penyelamat)
2.      MDERS (di Hospital Kulim)

Kini, kali ketiga , NCIA telah membantu KTPC  lagi dgn membangunkan sebuah Pusat Kultur Tisu (Tissue Culture Centre) berjumlah RM4 juta.

Asalnya cadangan ni datang dari Orchid Life Sdn Bhd syarikat berstatus BioNexus, dan apabila ia mengemukakan kpd Hj Sobri, cadangan ni mendapat sokongan beliau, tetapi tiada sumber kewangan utk membangunkannya.

Orchid Life kemudian mengemukakan cadangan ni kpd NCIA yg bersetuju membiayai pembelian peralatan dan penggajian, manakala KTPC pula menyediakan tempat di Techno Centre, KHTP, dan ianya dibangunkan melalui anak syarikat KTPC iaitu Kedah BioResources Corporation Sdn Bhd.

Kita sama2 baca kertaskerja cadangan yg dibuat oleh Kedah BioResources Corporation.  Rujuk kat penghujung artkel ni…..

Ini satu lagi bukti walau pun bantuan yg diberikan oleh NCIA agak kecil iaitu RM4 juta, tetapi tetap membuktikan MB Kedah tidak bercakap benar apabila mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak memerlukan bantuan dari Kerajaan Persekutuan/Pusat/Federal Government. Sebenarnya MB Kedah tidak tahu pun megenai perjalanan pentadbiran keseluruhan negeri Kedah, dan sepatutnya meletakkan jawatan sahaja.

Berita mengenai bantuan ni disiarkan dlm The Star, kat di bawah atau (klik sini)


PETALING JAYA: Four companies will be investing a total of RM690mil in the Northern Corridor Economic Region in the agriculture and manufacturing key thrust areas.

ECE Technologies Sdn Bhd, Kedah BioResources Corporation Sdn Bhd,Aviatron (M) Sdn Bhd and KTM-Motonation exchanged documents with the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) in Putrajaya witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

According to NCIA chief executive Datuk Redza Rafiq in a press statement, the investments would create about 1,030 jobs and other business opportunities.


Mungkin ramai yg tidak perasan, gambar Hj Presden KTPC terpampang dlm berita TV1 jam 6 petang tersenyum mengambil dokumen dan bersalaman dgn Dato Redza NCIA, di Putrajaya pada 26 Ogos 2011, yg mana YB Pengerusi KTPC Datuk Hj Amiruddin juga turut hadir.

Walau bagaimana pun, KTPC tidak boleh mendabik dada dgn Pusat Kultur Tisu ni kerana sebenarnya NCIA merancang utk membuka sebuah Pusat Kultur Tisu yg lebih besar lagi di Penang, dan pusat di KHTP ni akan menjadi pusat kedua (secondary) sahaja.  Kertas kerja ni pun disediakan oleh Orchid Life Sdn Bhd, bukannya dari KTPC atau KBioCorp pun.

*******************************
Kertas Kerja Cadangan
*******************************

CADANGAN MENAIK TARAF MAKMAL BIOTEKNOLOGI DI KULIM HI-TECH PARK BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN SEKTOR PERTANIAN (AGROBIOTECH), PEMBANGUNAN PRODUK DAN PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA


TUJUAN

1.       Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon peruntukan dari Kementerian Kewangan (MOF) bagi cadangan menaiktaraf makmal Bioteknologi yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park di bawah penyeliaan Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd. (KBioCorp) iaitu anak syarikat Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC).

2.       Kertas ini juga mengemukakan cadangan menaiktaraf makmal dan perancangan pembangunan beserta maklumat mengenai operasi sedia ada di makmal bioteknologi di Kulim Hi-Tech Park.

LATAR BELAKANG

3.  Di bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMKe8) dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe9) KTPC telah menerima peruntukan bagi perolehan peralatan serta penubuhan makmal bioteknologi di Techno Centre untuk tujuan R&D dan pengujian.

4.    Tujuan utama penubuhan makmal bioteknologi ini adalah bagi  memenuhi keperluan piawaian dan kawalan kualiti untuk produk berasaskan herba serta penyelidikan untuk membantu industri terutama pengusaha IKS dalam sektor makanan, kosmetik dan produk kesihatan.

5.  Buat masa ini makmal bioteknologi ini telahpun 4 tahun beroperasi dan menawarkan perkhidmatan
·         Pengujian dan Analisa kandungan Nutrisi (Nutrition facts)
·         Pengujian Microb (Microbial limit test)
·         Pengujian Logam Berat (Heavy Metal test)
·         Pengujian Steroid (Steroid test)
·         Ketulinan (purity test)
·         Pengujian bahan terlarang (Sildenafil, Tadanafil, Verdanafil)
·         Perkhidmatan ektraksi Herba

6.       Di antara peralatan yang disediakan di makmal ini adalah :
·         Atomic Absorption Spectrometer (AAS)
·         High Performance Liquid Chromatography Mass Spectrometer (HPLC-MS)
·         Gas Chromatography Time of Flight Mass Spectrometer (GCTOF-MS)
·         High Performance Thin Layer Chromatography (HPTLC)
·         Ultra Performance Liquid Chromatography Time of Flight Mass Spectrometer (UPLCTOF-MS)
·         Food Analysis System (Soxtec, Kjeltec, Fibertec)

7.       Selain dari menjadi makmal pengujian dan R&D, peranan makmal ini juga dikembangkan untuk tujuan latihan dan pembangunan.  Di antara program  latihan yang ditawarkan  ialah:

Latihan Analisis Elemental Menggunakan Atomic Absortion Spectroscopy
Kursus Kawalan Kualiti Ke Atas Produk-Produk Herba, Kosmetik, Makanan Dan Ubat-Ubatan
Latihan Analisa makanan Dan Penglabelan Fakta Nutrisi Ke Atas Produk
Seminar Pembangunan Kualiti Industri Makanan Dan Pembiayaan

KEPERLUAN TAMBAHAN PERKHIDMATAN UNTUK RANTAIAN NILAI MAKMAL BIOTEKNOLOGI

8.       Di antara fokus utama negeri Kedah ialah pembangunan sektor Pertanian dan bioteknologi yang mana keduanya berkait rapat dalam pengeluaran bahan makanan utama seperti padi dan juga tanaman herba untuk kegunaan makanan, ubatan dan kosmetik.

9.       Petani di Kedah mengalami kekurangan bekalan benih untuk tanaman asas seperti Pisang, Nenas dan sebagainya disebabkan kekurangkan pembekal  yang dapat menawarkan benih yang berkualiti. Dengan itu makmal pembenihan perlu ditubuhkan bagi mengatasi masalah ini.

10.    Kebanyakan bahan mentah pertanian pula tidak dapat dipasarkan kerana tidak menepati piawaian di samping kurangnya produk hiliran dari bahan ini. Keperluan dan permintaan produk berasaskan sumber pertanian terutamanya herba amat tinggi tetapi masih kurang aktiviti penyelidikan dan usaha pembangunan produk untuk bahan-bahan ini. Keperluan kepada makmal yang dapat membantu usaha membangunkan produk ini amat penting dan pada masa ini makmal sedia ada tidak dapat menawarkan perkhidmatan tersebut.

CADANGAN MENAIK TARAF MAKMAL

11. KTPC bercadang untuk menaiktaraf makmal sedia ada bagi memenuhi keperluan rakyat terutama petani dan industri (IKS) di samping menyediakan makmal yang menepati piawaian antarabangsa.

12.    Makmal yang dinaiktaraf ini juga akan dimanfaatkan oleh :
·  Syarikat bertaraf Bionexus Partner dan Status di bawah program Malaysian Biotech Corporation
·    Universiti di sekitar seperti USM, UniMap, AIMST, UiTM dan lain-lain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.
·         Agensi yang berkaitan seperti MARDI, MADA dan sebagainya.

PROGRAM MENAIKTARAF YANG DICADANGKAN

13.    KTPC mencadangkan tiga (3) program naik taraf untuk tahun 2010:
·         Makmal Tissue Culture.
·         Makmal Pembangunan Produk dan Prototaip.
·         Makmal yang memenuhi keperluan piawaian antarabangsa.

MAKMAL TISSUE CULTURE.

14.    Makmal Tissue culture ini merupakan yang pertama di Kulim Hi-Tech dan akan fokus kepada pembentukan
·         Plantlets
·         Plantlets untuk pelbagai species
·         Young Plants  dalam polybag untuk edaran kepada petani

15.    Antara ciri utama penyelidekan di makmal tissue culture ini ialah:
·         Rapid protocols of micropropagation
·         Disease free, stress-tolerant & quality plantlets

16.    Keputusan dan ujian untuk pembenihan disini pula akan menggunakan pelbagai  teknik dan proses seperti
·         Cell culture – mass propagation of selected clone varieties with chosen characteristics
·         Clone stocks storage for long term supply
·         Rapid clone stock generation to address sudden market demand                           

17.    Proses
·         Pemilihan “mother plant” yang bermutu menggunakan biochemical dan molecular studies
·         Mother plant yang terpilih akan di “micropropagated”
·         Clones yang dibangunkan akan diuji dan dinilai untuk memastikan ialah adalah asli dan terbaik disamping terus dipertingkatkan kualitinya.

18.    Kelebihan kepada proses Tissue Culture ini ialah :
·         “Superior/elite plants” melalui kaedah penyelidekan.
·         Hasil tissue culture dan clones akan menjadi “disease-free & virus-free”.
·         Penggunaan DNA markers untuk memastikan keaslian clones

Makmal Tissue culture ini akan menempatkan kemudahan seperti Media Preparation
Room, Tissue Culture Room; Growth Room dan lain-lain.

MAKMAL PEMBANGUNAN PRODUK DAN PROTOTAIP

19. Pembangunan Produk merupakan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh petani dan pengeluar bahan mentah bagi mewujudkan produk hiliran yang mampu menjana ekonomi. 

20.    Antara aktiviti yang dijalankan dalam makmal ini ialah
·         Formulasi produk berasaskan makanan dan herba dari konsep sehingga pasaran
·         Menjalankan Ujian dan analisa Produk
·         Membangunkan prototaip untuk makanan dan produk herba.
·         Latihan usahawan IKS untuk membangunkan produk.

21.  Makmal ini juga mampu untuk meningkatkan mutu dan hasil produk melalui siri ujian dan penyelidikan.

22.  Program pembangunan produk akan bekerjasama dengan pakar dari institusi penyelidikan dan pengajian  Tinggi untuk kaedah formulasi dan pengujian.

MAKMAL YANG MEMENUHI PIAWAIAN ANTARABANGSA

23.  Bagi menembusi pasaran antarabangsa, barangan buatan Malaysia perlu diuji dan mendapat akreditasi dari makmal yang diiktiraf di peringkat antrabangsa dan diakui oleh agensi pengawalan seperti USFDA/Health Canada, ISO dan lain-lain.
24.  Dengan Pengiktirafan dan akreditasi antarabangsa, makmal Bioteknologi di Kulim Hi-Tech Park ini akan bertindak sebagai makmal premier yang menjadi penghubung dengan agensi penguatkuasaan melalui kolaborasi dan kerjasama .
25. Untuk pasaran antarabangsa, makmal ini juga akan memfokuskan aktivitinya kepada penyelidikan herba hutan hujan serta pengujian dan formulasi produk berasaskan herba.
26.    Aktiviti utama program menaiktaraf makmal ini adalah :
·    Pembelian peralatan ujian dan aparatus yang memenuhi kehendak piawaian antarabangsa seperti USFDA/Health Canada dan sebagainya.
·         Pembangunan metod dan personel yang dapat melaksanakan pengujian dan analisa produk untuk pasaran luar negara.

JUSTIFIKASI

27.    Keperluan dan kepentingan untuk cadangan ini ialah
·     Menyediakan makmal “tissue culture” sebagai tambahan dari perkhidmatan sedia ada bagi memenuhi keperluan sektor pertanian di negeri Kedah yang menghadapi masalah kekurangan benih untuk tanaman asas seperti pisang, nenas dan herba. Ia  juga sebahagian dari Perancangan Pertanian Nasional (NAP3) di mana arahan strategik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti pertanian melalui adaptasi  teknologi tinggi, kepakaran pengetahuan dan kepelbagaian produk.

·   KTPC telah pun mempunyai makmal bioteknologi yang berupaya menjalankan ujian dan analisa kandungan bagi membantu IKS yang terlibat dalam Industri makanan, kosmetik dan kesihatan. Oleh itu tambahan peralatan makmal diperlukan  untuk membolehkan aktiviti pembangunan produk dan ujian barangan berasaskan pertanian dan herba bagi memajukan industri tersebut.

·         Menaiktaraf makmal sedia ada untuk pengiktirafan piawaian antarabangsa bagi menjalankan ujian dan analisa produk yang ingin dipasarkan di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah dan juga bagi mengatasi masaalah kekurangan makmal yang diiktiraf. (i.e Health Canada/FDA,EU, ISO)

IMPLIKASI KOS UNTUK PROGRAM MENAIK TARAF

28.    Rumusan maklumat implikasi kos untuk program adalah seperti di bawah:

Deskripsi
Jumlah diperlukan (RM)
Laboratory Infrastructure (Diagnostic Room, Media PrepRoom, Transfer Room, BioMolecular Lab, Product Development lab, Growth Chamber, Sterilisation Room, Washing Area, Administrative & Office Fit-Out)
1,500,000
Laboratory Equipments (Laminar Flows, , Autoclaves, Media Dispenser, Computers, Software, Oven etc), Consumables, Utensils & Chemicals (R&D and Production), RO water system, viscometer, refractometer, and detector.
1,500,000
Human Capital and Training Development (Management/Research Professionals/Semi Professional, Intellectual Property/Consultancy/Legal etc) Marketing & Business Development (Local and International Markets)
500,000
Acclimatisation & Distribution Centre (Nursery, Planting and packing facilties, Warehouse, Sprinklers & Mechanicals etc), Office Fit-Out and Equipment
500,000
Jumlah
4,000,000

CADANGAN / SYOR

29. Dengan ini pihak KTPC memohon peruntukan sebanyak RM4,000,000 dari MOF bagi pelaksanaan Tiga (3) program menaiktaraf makmal Bioteknologi yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park seperti di atas. 


4 comments:

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan kerajaan pusat prihatin yang sedia memberikan sumber kewangan walau pun peringkat kerajaan negeri sering menuding jari menyalahkan kerajaan pusat sekiranya berlaku sebarang masalah yang tidak dapat diatasi oleh mereka. Soalannya adakah Kerajaan Negeri pernah mengucapkan kata terima kasih kepada Kerajaan Pusat? Rasanya belum pernah lagi didengari dari KTPC/KBIoCorp

nYok_tua said...

Salam Bro..
Nak minta tolong skit. Tolong siasat asal CREST hanya buat kerja utk 1 company ni jerkk (aku dapat info company cina). Mana2 company yg nak gunakan kemudahan dalam crest dah tak bleh..tanya budak2 dlm2 tuh...ini arahan org atas. diorg hanya ikut arahan. Aku rasa tujuan ditubuhkan crest adalah utk membantu vendor2 melayu utk bersaing dgn cina dipasaran terbuka. Tapi kalu diorg support cina lagi kaya laaa puak lahanat tuh. dah laa beli material murah, kasi CREST buat dapat harga murah lagi..bro tolong siasat...aku rasa ada tak kena aaa....dah laa ada Sobri benarkan kawan dia hindu guna machine wirecut takpa ada had. hindu ni bebas bergerak dlm crest mcm dia kerja dgn crest.

Anonymous said...

sobri ni dulu xTPM jugak, memang depa buat duit kat dlm CREST tu, dulu pun masa kisah KHT Engineering & AKTY, depa ni jugak yg claim mesin kerajaan beli tu sebagai depa punya. Aku nak nasihat bro, buat la laporan SPRM kat Aloq Staq sebagai salah guna kuasa. Tentang hindu tu senang saja, bagi nama dia kat HJ SOBRI, Presiden KTPC, sms saja kat hp ni 019-572 0007, suruh dia buat siasatan terperinci & menyeluruh tentang CREST. Jgn lupa, last2 mesti ada involvement THAMS

Anonymous said...

Hj ni no hp belakang 007, perasan mcm james bond atau pon jebon?

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top