Sunday, September 18, 2011

Isu Air KHTP : Aantara Kerugian RM53j Berbanding Dgn Bil Air SADA Ogos Tertunggak RM600,000.00.

PAS mempunyai ingatan singkat apabila sekali lagi gagal menangani kemelut terkini kenaikan tarif air di Kedah. 

Terkini terdapat laporan akhbar The Star menyatakan 4 kilang di KHTP yg enggan membayar bil air tertunggak. Ternyata sekali lagi PAS gagal menyelesaikan isu yg sungguh mudah ini. 

MB Kedah juga menggunakan alasan pasai pa kilang lain boleh bayar, pasai pa tak 4 kilang ni....? 

Tapi beliau lupa, (Melayu mudah lupa) bahawa 4 kilang ni telah mengalami kerugian sebanyak RM53juta pada bulan Oktober 2009 akibat kecuaian Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) sekarang dikenali sebagai Syarikat Darul Aman Kedah (SADA) yg gagal mengawal selia loji air depa di Sg Petani. Ini telah lama aku dedahkan "Masalah  Pemotongan Air DI KHTP" dan juga Kedah Times.

SYARIKAT-SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN AIR 2009 DI KHTP
Bil.
Nama Syarikat
Aktiviti
Pelaburan
(RM Juta)
Pekerja
Anggaran Kerugian
(RM)
1.
Intel Products (M) Sdn. Bhd.
SMD micro
processors, server board
2,300
3,083
12,600,000
2.
Fuji Electric (M) Sdn. Bhd.
Magnetic disk for hard disk (Media)
2,400
748
35,000,000
3.
AIC Semiconductor Sdn. Bhd.
Assembly and test of IC’s
244
914
250,000
4.
Toyo Memory Technology Sdn. Bhd.
Aluminium substrates for hard disk
610
281
175,000
5.
Showa Denko HD (M) Sdn. Bhd.
Aluminium substrates
200
365
1,000,000
6.
Hoya Glass Disk Malaysia Sdn. Bhd.
Mask blanks for TFT-LCD panels
247
154
4,200,000

Juga ditambah dgn isu kelebihan karbon (TOC) selepas isu ni, yg juga telah aku jelaskan terlebiih dahulu dalam laman blog ni. 

Kilang2 ni juga hanya memohon agar keputusan Exco Kerajaan Negeri Kedah spt kat bawah ni dikekalkan hingga ke 2012. Bukannya meminta kadar RM1 per cubic meter tu dikekalkan selama2nya utk mereka di KHTP. Ini adalah jelas spt dalam surat di bawah:


Jika MB Kedah seorang yg "pro-business", maka beliau boleh menggunakan budi bicara beliau utk menyelesaikan isu kadar tarif air ni, dgn mengekalkan kadar tersebut pada RM1 dan hanya akan dinaikkan menjelang 2013. 

Jika anda berada dipihak kilang, setelah mengalami kerugian RM53juta, tanpa sebarang bayaran ganti rugi daripada Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) la ni dikenali sebagai Syarikat Darul Aman Kedah (SADA), anda juga akan bertindak spt 4 kilang tersebut. 

Akhir kata, kita ingin beri jawapan kpd soalan MB Kedah mengapa 4 kilang tersebut enggan menjelaskan bila air tertunggak bulan Ogos 2011.

JAWAPAN:

1.  4 KILANG TERSEBUT TELAH MENGALAMI KERUGIAN RM53 JUTA DAN SURAT MEMOHON BAYARAN GANTI RUGI TERSEBUT MASIH TERPERAP DI PEJABAT MB KEDAH.

2.  TARIF ISTIMEWA DI KHTP JUGA DIPOHON OLEH KILANG-KILANG DI KHTP UTK DIKEKALKAN HINGGA AKHIR 2012, BUKAN UTK SELAMA-LAMANYA.

3.   BAYARAN BIL KILANG-KILANG JUGA AMAT TINGGI, DAN WAJARLAH MEREKA INI DILAYAN DGN ELOK DAN BUKAN DI SERGAH DAN DIMARAHI OLEH MB KEDAH DAN CEO SADA MACAM BUDAK-BUDAK KECIL.

4.   SILA GUNA BUDI BICARA ANDA SEBAGAI MB KEDAH DGN SEBAIK-BAIKNYA UTK MENYELESAIKAN ISU NI.  INGATLAH BAHAWA KILANG2 NI AKAN MEMBERI TAHU RAKAN MEREKA DI LUAR NEGARA BAHAWA KERAJAAN NEGERI KEDAH SEKARANG BUKAN LAGI “BUSINESS FRIENDLY” AKIBAT KENAIKAN KADAR AIR NI.  AKIBATNYA AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT NEGERI KEDAH APABILA KURANG PELUANG PEKERJAAN DAN JUGA KURANG PELUANG PERNIAGAAN

Dengar cerita salah satu sebab Datuk Seri Ustaz Azizan MB Kedah mengalami masalah jantung dan masuk IJN ialah kerana telah hilang sabar dgn Hj Sobri, Presiden KTPC, yg hampir2 dipecat sebelum bulan puasa apabila cuba bertemu dgn MB utk menyelesaikan isu kadar air ini di pejabat MB Kedah di Wisma Darulaman. 

Antara dialog MB Kedah ialah "Hang jangan dok ingat hal2 dunia ni; hang pi balik jaga Hi-Tech". Selepas tu nyaris MB Kedah memecat Hj Sobri secara lisan, tetapi disabarkan oleh para pegawai2nya pada hari tu. Kemudian, spt yg kita semua tahu, MB Kedah dimasukkan ke IJN. 

PATUT LA PELABURAN MAKIN KURANG DI KHTP. NCIA PUN DOK KOMPLEN PASAI HJ SOBRI NI. KILANG DI KHTP DULU PUN SOKONG GILA2 PAS, LA NI TAK TAU LA, BOLEH PI TANYA KAT DEPA LA NI APAKAH MEREKA LEBIH BAIK DARI PENGURUSAN TERDAHULU....? 

6 comments:

Anonymous said...

Haji Muhamad Sobri Osman memang patut dipecat dari jawatannya sebagai Presiden KTPC dengan segera. Ganti la dgn org yg ada pengalaman. Masalah air pun tak dapat nak selesaikan, inikan pula nak cari pelaburan masuk KHTP, takkan la Wisma tak tau kot, ini kes dah silap pilih calon jaga KHTP

Anonymous said...

Awat MB Kedah tak dedahkan surat minta ganti rugi dari kilang KHTP sebanyak RM53 juta masih terperap dalam biliknya di Wisma. Kilang yg tak rugi memangla tak dak isu nak bayar pertambahan tarif air tu, hanya yg rugi saja yg merasa beban pertambahan kadar tarif air di Kedah

Anonymous said...

Sepatutnya 4 kilang tu buat press conference, dan saman SADA/MB Kedah/Kerajaan Negeri/KTPC kerana menyebabkan kerugian yang besar. Tapi kan aku rasa depa tak akan buat lagu kerana depa di kilang2 ni penyokong PR kebanyakannya, dan semua pastinya perlu menarik balik sokongan yg mereka berikan apabila terbukti Kerajaan Negeri sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah kilang2 KHTP. Geng kilang ni sokong PR, sebab gaji depa besaq & katanya depa kerja dgn swasta, tak sangkut dgn kerajaan. Depa ni lupa sebenarnya Kerajaan la yg pi buat promosi luar negara & tarik pelabur luar dtg & beri kerja kpd semua penyokong PAS & PKR & DAP

Anonymous said...

Rata-ratanya kilang di mana2 pun ramai yg pekerjanya dari atas sampai bawah sokong Anwar Ibrahim, PKR, DAP & PAS & apa sahaja selain dari BN/UMNO, terutamanya di KHTP. Sebab tu la sekarang mereka ni terkedu kerana geng depa sendiri dah nak hentam dgn kenaikan bil/tarif air, dan langsung tak prihatin atau dah lupa dengan kerugian RM53 juta tu. Itu la dari dulu kita dah bagi tau jgn undi Pakatan Rakyat, tapi degil nak try jugak, sekarang terpaksalah merasa 'nikmat' berada dibawah lindungan bulan PAS, siap dgn kena maki hamun oleh MB Kedah & CEO SADA lagi

Anonymous said...

bro, apa la KTPC ni tulis laporan pun buat silap, yg kerugian HOYA dlm slide tu sampai 42 juta, sebenaqnya hanya 4.2 juta. Yg atas report tu dah betui, cuma yg dlm summary ada silap sikit

Anonymous said...

https://www.facebook.com/notes/raja-simurak/bagaimana-kedah-jatuh-kembali-ke-tangan-bn-bahagian-satu-1/2472791785339

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top