Saturday, August 27, 2011

KTPC Bakal Menerima Ahli Lembaga Pengarah Baru.

Mungkin ramai org yg terkejut apabila membaca berita laman web Bernama yg mengumumkan “Persaraan Wajib” Y.Bhg Dato Jalilah Baba, sebagai Director General MIDA pada hari Jumaat (19 Ogos 2011) lalu.

Umum amat mengetahui desas-desus perkhidmatan Dato J sebagai DG MIDA akan disambung selama 2 tahun lagi, walaupun ianya telah tamat. Berita pengumuman “Persaraan Wajib” beliau juga telah disusuli dgn berita pelantikan DG MIDA yg baru iaitu Datuk Noharuddin Nordin yg berkuat kuasa juga pada 20 Ogos 2011, yg sebelum ni bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.

Ini bermakna KTPC akan menerima peletakan jawatan Dato Jalilah Baba sebagai Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors), sebagai mana kebiasaannya akan mengangkat sapa saja yg dilantik sebagai DG MIDA menjadi Ahli Lembaga Pengarah KTPC.

Artikel terdahulu ada aku bagi tau pasai pa Kulim Hi-Tech Park (KHTP) masih gagal menarik pelaburan pada tahun ni, walaupun di kalangan Ahli Lembaga Pengarah adalah merupakan DG MIDA. Nampaknya dgn pengumuman pelantikan DG MIDA yg baru ni, Perdana Menteri Malaysia telah bertindak lebih awal dgn keputusan yg akan memberi impak besar kpd negara, di mana MIDA adalah satu agensi yg penting di bawah MITI. Jawatan DG MIDA adalah satu jawatan yg amat diidami oleh ramai org kerana kepentingan MIDA menbawa masuk pelaburan luar negara (foreign direct investment/FDI).

Oleh itu sama2lah kita nantikan impak yg akan di bawa oleh Datuk Noharuddin sebagai Ahli Lembaga Pengarah KTPC yg baru. Juga beliau diharap dapat membantu mengembalikan sinar kpd KHTP yg dilihat semakin suram sejak kebelakangan ni, dan membantu Pengerusi KTPC, YB Datuk Amiruddin (masih “honeymoon” kahwin kot.....?) dan Tuan Haji Presiden Muhamad Sobri Osman, utk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.

Jangan hanya pejabat KTPC saja kelihatan kemas setelah 5S (ada ambil gambar sebelum & selepas), tapi pelaburan yg diterima tidak berbaloi dgn segala infrastruktur bertaraf dunia yg telah disediakan di KHTP (berbanding dgn tempat lain di Malaysia) seperti:

1. Dedicated power plant (NUR)
2. Dedicated water plant (Pinang Tunggal)
3. Dedicated highway to port & airport (BKE)
4. Dedicated local authority (PBT-KHTP)

KHTP amat beruntung kerana diberi peruntukan yg amat besar berbanding dgn tempat lain di Malaysia, tapi sayang seribu kali sayang Kerajaan PAS Negeri Kedah tak dapat memanfaatkan keadaan ni sebagaimana yg dibuat tiga tahun lepas.

Petikan kat bawah yg aku ambil dari akhbar atau boleh klik kat The Star On-line atau Bernama On-line.



Published: Friday August 19, 2011 MYT 11:13:00 AM

Datuk Noharuddin Nordin
KUALA LUMPUR: Matrade chief executive officer Datuk Noharuddin Nordin has been appointed as the director-general of the Malaysian Industrial Development Authority (Mida), effective Saturday.

Datuk Jalilah Baba
He succeeds Datuk Jalilah Baba, who will go on mandatory retirement Saturday,  aid Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan, in a statement here Friday.

Mohd Sidek said Noharuddin, 55, was appointed to the position based on his experience and knowledge that could help Mida created the best investment environment and services, in line with the country's aspiration as outlined in the Economic Transformation Programme (ETP).

Noharuddin began his career in the civil service as an enforcement officer with the Road Transport Department in 1978. He later joined the administrative and diplomatic service in 1986, before joining Matrade in 1994, where he served as CEO from 2006.

Mohd Sidek also announced the appointment of Dr Wong Lai Sum as the new Matrade CEO effective Saturday, in place of Noharuddin. Dr Wong was previously the Matrade deputy CEO 1.- Bernama


Akhir kata, aku nak sidetrack sikit. Soalan sekarang yg patut ditanya oleh PAS selain mensensasikan cerita PM & isteri dlm Harakah ialah:

1.     Berapakah kos jumlah perjalanan yg dibuat oleh Anwar Ibrahim ke luar negara.....? Berapakah jumlahnya dalam RM.....? Siapakah yg menaja semua kos perbelanjaan tersebut.....?
2.     Adakah jam Omega dipakai oleh org miskin.....? YA atau TIDAK
3.     Berapa jumlah harga rumah Anwar Ibrahim di Segambut.....?
4.     Berapakah jumlah harta (asset) yg dimiliki oleh Azmin Ali.....?

Mintalah kedua2 mereka buat “asset declaration” dan lihatlah nilai itu nanti; tentunya semua ahli PAS akan terkejut besar.

PS: Dulu Yusrin (bekas menantu MB Kedah/KJ versi PAS) kata kat KTPC “beruk pun boleh jual tanah”; sekarang hamPAS di KHTP yg “terkejut beruk” kerana masih gagal menarik pelaburan mega utk tahun 2011.

6 comments:

Dr Kg said...

Lantikkah siapa pun.Kalau budaya kerja penuh dengan protokol peribadi banyak sangat pelabur akan meluat dan menyampah.DiMalaysia anatara yang dikenal pasti memualkan pelabur ialah protokol,procuder,kerenah itu ini banyak sangat.

Anonymous said...

Dato Noha ni PM yg lantik, mestila ada kriteria yg dia ada yg lebih dari org lain. MIDA ada beberapa Deputy DG, tapi akhirnya org Matrade yg jadi DG MIDA. Harap dapat rescue KHTP dgn secepat mungkin

Manika Varagam said...

Kalau kerja dok ikut jubok menteri saja pun problem juga.Kerja sebenar tak buat.sekali sekala tak pe lah.Ini memanjang oversea ikut jubok menteri.Kerja dalam negeri tak jadi.Ada projek sampai bertahun-tahun tak selesai.Cerita kat luar negeri Malaysia ok ,mesra dsbnya.Bila sampai kat Malaysia bermacam karenah pula.Sebab itu Singapura ambil kesempatan ini dengan memberi pelbagai kemudahan pelabur.Tambah di Kedah pun susah juga.

Anonymous said...

Kerajaan Persekutuan sepatutnya jgn bagi peruntukan kat KTPC. Duit dgn lain-lain kemudahan digunakan oleh kerajaan PAS Kedah untuk kepentingan politik depa dan juga untuk hentam Kerajaan Persekutuan. Yg rugi Kerajaan Persekutuan jgk. Kerajaan Persekutuan sepatutnya pertimbangkan perkara-perkara sprt ni.

Anonymous said...

baguihlah KTPC nak daoat BoD baru. Diharap kalau hamPAS tukar MB pulak, MB tu dapat jadi Chairman KTPC. Tapi kalau YB Amirudin yg jadi MB Kedah baru, memang betullah dia skrg jadi Chairman, lagi senang, tak payah tukar. Apa pun, harap Kerajaan Persekutuan bantulah KHTP sebab pengurusannya dah tak bermaya nampaknya

Anonymous said...

BoD baru ok jugak, jgn BoDoh sudah la

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top