Posts Terkini

Friday, August 26, 2011

KAKITANGAN SYARIKAT MILIK 100% KERAJAAN NEGERI KEDAH TIADA PERUNTUKAN BONUS SEMPENA HARI RAYA TAHUN NI?


Artikel bawah ni, aku terima luahan dari seorang pembaca setia.....

Di tengah2 kerajaan persekutuan mengumumkan bonus setengah tahun untuk semua kakitangan dan RM500 untuk mereka yang pencen (ini baru nama jaga kebajikan), terdapat sebuah organisasi di selatan Kedah yang tidak mendapat bonus dengan pihak pengurusan memberi alasan bahawa mereka telah dihentam teruk oleh kakitangan sendiri dalam blog. Organisasi ini juga adalah milik Kerajaan Negeri Berkebajikan 

Sebenarnya, ini adalah satu alasan yang tidak masuk akal kerana semua orang tahu alasan sebenar ialah kegagalan pengurusan menarik pelaburan ke dalam kawasan tersebut. 

Malah kakitangan yang telah bekerja lama di situ telah pun masak dengan perangai pengurusan terkini setelah 3 tahun lebih bertakhta; yang hanya asyik meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain, dan bukannya atas mereka yang berada di pengurusan tertinggi. 

Inilah akibat terlalu pandai berceramah hingga lupa nak buat kerja. Tambah pulak boleh bercerita kepada orang ramai, kerja menjual tanah teramatlah senang, hinggakan beruk pun boleh buat. Begitulah angkuhnya perangai mereka. 

Sekarang apabila ‘honeymoon year’ selama 2 tahun sudah tamat, dan masuk tahun ketiga, telinga mereka sudah tidak tahan dan mata mereka sudah sakit akibat terlalu membaca dan mempercayai berita dari laman blog. 

Sekarang apabila ‘the ball is in their court’, ternyata mereka hanya mampu berkata kepada kakitangan bahawa ‘tahun ini semua orang tiada bonus kerana terdapat banyak sangat berita dalam laman blog yang mengata kepada pengurusan tertinggi syarikat milik kerajaan negeri ini’. 

Kononnya mereka membalas dendam, dan mereka berpuas hati menidakkan hak kakitangan kerana bagi mereka, jika mereka sendiri tidak dapat bonus (Hj Presiden & Hj AdaWang, tak apa kerana gaji mereka sebenarnya cukup banyak. Tetapi mereka terlupa kakitangan bawahan amat perlu wang ‘extra’ untuk belanja sempena Hari Raya tahun dengan kenaikan kos dan harga barang. 

Inilah dia salah satu demonstrasi aksi syarikat milik 100% Kerajaan Negeri Kedah yang amat bertentangan dengan slogan Menteri Besar Kedah iaitu: 

‘KALAU NAK BUAT KERJA, BUATLAH CARA ISLAM’ 

serta tagline KEDAH NEGERI BERKEBAJIKAN 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan: 

‘SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI; MAAF ZAHIR BATIN’ 
kepada semua pembaca laman blog ini dan teruskan membaca sehingga ke PRU13


P/S:  Kedah Sejahtera..... Nikmat Untuk Semua.....

20 comments:

Anonymous said...

post anda disiar di page facebook berikut:-

http://tinyurl.com/3pmcvdp

jika setuju sila like, jika tidak sila email ke admin utk remove feed anda

Anonymous said...

itu baru betul negeri kebajikan.duit ada untuk kroni sahaja kot.

Anonymous said...

Padan la hangpa tak terima bonus pun, mulut capoi

Anonymous said...

mulut capoi pun nak raya jugak bro, kita sesama Islam, bukan lain bangsa pun. Kalau parti Islam, kena la buat amal kebajikan, tak kira la mulut capoi atau pon laser

mat teropong said...

dulu hangpa yang undi PAS bagi menang.dalam KHTP pun ramai pro PAS.Zaman BN hangpa dapat juga duit raya dan bonus.Zaman PAS baru padan muka hangpa.Zaman PAS depa ini naik tocang lagi le.Dulu semua tak betoi.Sekarang apa jadi.PAS hebat sangat urus negeri Kedah.Isu ayak pun tak selesai.Sampah berlunggok bau busuk lalat sana sini.Sampai tiga empat hari tak angkut.Itu dia cara PAS perintah kawasan Kulim dan Hitech.Daerah pengotor dan daerah busuk dan daerah lalat.Apa nak buat negara Kebajikan dan Sejahtera.

Anonymous said...

Aleh kalo setakat copycat apa yg dipraktikkan kat kilang tu sapa2 pun boleh buat 5S tu, 1 page report la, pabenda lagi lah yg memang tak berapa relevan di dunia korporat ktpc ni. Hullo tuan haji google pun tak pakai menatang jadah ni...La ni apa hasilnya ktpc dah jadi macam toyota ka? profit dah capai berkali ganda ka. Pelaburan dah bertambah ka?? satu apa pun hangpa tak capai. Langsung tak perform! Yg tercapai pintu tandas kena buka seragam ikut 45 degree. Haru letak si dungu ni jadi presiden dan awang adakeretabanyak jaga duit ktpc!Lingkuplah...

Anonymous said...

Hangpa katalah apa pun, tapi kalau maj rakyat tak mau kat BN sumbat undi hantu banyak mana pun takleh menang, BN tu perintah lama sgt dah org cemuih dah.. Pi tanya puak muda mana pun meluat kat BN, tinggai lapih tua tak berapa ekog, padam depa padamlah BN.. Hangpa nak bonus hangpa maki kjaan PAS banayk2 isok lusa dapatlah bonus

Anonymous said...

Tuan presiden toksah bg bonus, depa dok kutuk hangpa jgn bagi kat puak pengutuk

Anonymous said...

baru padan dengan muka, bagi la undi lagi kat PAS LEBAI PENYAMUN..sekarang sendiri buat sendiri tanggung..

Anonymous said...

Orang umno kena minta bonus dekat Rosmah dia duit banyak suruh dia pi gadai cincin puak pas mana reti cari duit, tudialah dok kata org bodo sgt lastly bodo timpa btg idong depa balik bonus tak dapat

Anonymous said...

Betulll..depa maki PAS LEBAI PENYAMUN.. nak bagi lagi depa depa? jangan bagi sekupang pun, bagi pun bukan depa nak timakasih, kutuk lagi ada..keh keh keh

senyum kambing said...

mai pondok aku .sapa yg tak dapat bonus.jangan susah hati.habak semua staff KHTP pondok aku bagi bonus tahun ini.syarat undi kena undi PAS kerana dia sangat berkebajikan dan sangat sejahtera.kah kah kah kah kah padan muka kamu semua.undi lagi PAS.Jawab dia melePAS laaa.

Anonymous said...

sebenaqnya Tuan Hj dah kena oder dgn Yusrin supaya simpan duit KTPC utk persediaan PRU 13, tu la tak bagi bonus tu, biasala, GLC semua kena pow utk PRU nanti

Anonymous said...

Oh Tuan Haji yg budiman, tak pa la kereta tuan haji semua minyak company cover, tapi kami pekerja marhaen bawahan ni semua kena boh minyak sendiri, takkan tak boleh huloq RM500 kot sebagai duit raya, kesianla kat kami, raya nak dekat dah. Yg dok kena kutuk tu bukan salah kakitangan, tapi Tuan Haji sendiri yg buat hal, felagak tak tentu hala, jgn marah Tn Haji, selamat hari rayer, tak pa bagi bonus kat kami Raya Haji ni, tq

Anonymous said...

sabaklah semua staff KHTP.Bonus tak penting.Yang penting elaun lembaga pengarah KHTP>Tengah dok himpun la ni untuk elaun depa.Lembaga Pengarah KHTP lah sepatutnya perjuangkan bonus pada kakitangan semua.Depa kira temolok depa dulu.PRU 13 dah dekat duit nak pakai juga.

Undilah PAS agar bonus tak ada sepanjang masa.

Anonymous said...

Bagui lah anak2 muda dah meluat kat umno. nanti depa tua nanti baru depa nampak masa depan yg depa ciptakan apabila anak2 depa nak kahwin dgn kapiaq tak payah si kapiaq tu tukaq agama Islam. Jadi macam Indon. Masa tu seronoklah tengok bila semua kegiatan Islam dikekang akibat pakatan syaitan dgn DAP dan PKR. Sebabnya nak jaga undi takut kena tekanan dgn puak kapiaq. Seronok la la ni, gelak la puas2. Bila negara dah tukaq perlembagaan nanti sejahteralah melayu islam negara M'sia, putih mata. Banghal dasar otak singkat!!

Anonymous said...

dengar khabar haji dah bagi sorang RM200, ok la tu, boleh jugak beli baju raya kat anak

Anonymous said...

Rakyat Kedah nak tau, la ni pemimpin-pemimpin PAS Kedah sebenaqnya berapa depa dapat hasil daripada GLC Kedah. Sbb ramai yg dok jadi ahli lembaga pengarah GLC Kedah. Termasuklah elaun pengarah, elaun perjalanan, rawatan perubatan, gaji bulanan, elaun mesyuarat dsbnya. Dulu depa dok bantai ahli-ahli lembaga pengarah masa BN dulu. Nak tau jgk apa peranan pemimpin-pemimpin PAS ni dlm memajukan GLC. Ada yg setakat dilantik tapi satu benda pun tak tau, hanya setakat yesman dlm mesyuarat. Yg tau dok tanya bila elaun mesyuarat dan elaun pengarah nak dpt.

jarman said...

mulut hangpa seropa jamban, baru padan x dapat bonus. kalu gheja tang lain, alamat cuci jamban la hangpa...

Anonymous said...

Itu la rakyat harus ambil iktibar apa yang dah berlaku di KTPC ni dan ambil tahu apa yang PAS boleh buat dan PAS tal boleh buat. PAS memang terer bab ceramah, tapi tak tau buat kerja. Bila mai hanya kata KERJA ADALAH IBADAH, tu saja. Depa dok ingat company oversea akan mai jumpa depa mintak nak beli atau pajak tanah diu KHTP. Rupanya bila ambik post Presiden, baru tau langit itu tinggi, tak tau macam mana nak tarik pelaburan atau FDI ke KHTP. La ni kerja depa hanya dok muhong semua orang. Adakah layak mereka ini bertitlekan HJ? Walhal kerja dok chong orang kata banyak pelaburan di KHTP sejak hamPAS ambil alih pada 2008

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top