Posts Terkini

Friday, September 09, 2011

TAHNIAH.....! Kontrak Hj Patrick Disambung 1 Tahun Lagi.

Walau pun ada desakan utk tak mengambil balik Patrick Teh Guan Hoe, namun ianya tak dihiraukan oleh Hj Sobri, dan beliau telah membuat keputusan utk mengambil semula Patrick dgn sambungan kontrak selama setahun lagi. Patrick adalah penyokong kepada Hj Sobri dan tidak ramai lagi penyokong dan simpati PAS di KTPC sekarang.

Dari artikel2 yg lepas, kita telah ketahui bahawa memang Hj Patrick merupakan kaki bodek no. 1 dlm apa jua keadaan pun kat KTPC tu.

Di bawah adalah e-mel contoh mengapa Hj amat sayang kpd Hj Patrick dan mengambil keputusan yg tak popular dikalangan kakitangan DENGAN MENGHADIAHKAN SAMBUNGAN KONTRAK KERJA SELAMA SETAHUN LAGI, walaupun Hj Patrick sepatutnya pencen wajib pada 18 September 2011.


From: Patrick Teh
Sent: Friday, September 24, 2010 8:30 AM 
To: ktpcstaff; ktpccstaff; Aminudin; Mohd Bakry bin Abu Kasim; 'Ahmad Mokhtar Azizan'; Ghazali Bin Ahmad
Subject: Artikel Harakah Untuk Dikongsi Bersama: Patutkan Rosmah mengakui sebagai "First Lady" Malaysia ?

23 September 2010
(Harakahdaily) - Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu  mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia ' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.

"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.

Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara. "Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.

"Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.

"Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.

"Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.

Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia.


Patut la dia dapat extend contract, kerana dia pandai dan tahu guna keadaan. Kalau masa BN, dia kutuk PAS, tapi masa PAS, dia kutuk BN. Sebenarnya ada banyak lagi yang dia buat utk bodek PAS, tak pa, lain masa kita pamer yg pulak. 

Biasala tu Mr Patrick, u kan cari makan, u got no choice kan.....?

5 comments:

mat bendit said...

bila muslimut PAS Sosialis Malaysia rujuk perlemabgaan.Mat Sapu kata lain pula.

Anonymous said...

alahai nasib la pekerja KTPC yg lain akan terus di spy oleh hj patrick di celah-celah cubiclenya. Sebenaqnya HJ Sobri memang telah kekurangan penyokong di KTPC, sebab itulah dikekalkan HJ Patrick selama setahun lagi. Tapi kalau tukar kerajaan, Hj Sobri & Hj Patrick dua2 akan kena ligan keluaq dari ofis dgn serta merta. Buat masa sekarang hanya Hj Patrcik sahaja yang mengupdate HJ Sobri mengenai pergerakan staf yg dipercayai menjadi talibarut BN dlm ofis tu

Anonymous said...

nak bagi elok dan hebat KHTP ni kena lantik Mat Sabu berada dalam board sama.Baru rancak untuk promosi PAS Sosialis Malysia.

Anonymous said...

ha..ha..idea yg bernas..

Anonymous said...

sebenarnya selepas mr patrick teh melancarkan email tu, dia telah banyak dihentam oleh staff sendiri yg kurang setuju akan konteks email yg dihantar tu kerana tiada berkaitan langsung dgn kerja mencari FDI di KHTP/KTPC, tapi dia ni jenis spesis tebai muka, tak kesah la, janji kontrak kerja disambung lagi olej HJ SOBRIE

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top