Posts Terkini

Sunday, August 14, 2011

Kemaskini Pelaburan Di KHTP.....Entahlah....

Zero Investment

Walau pun la kita telah memasuki Q3 2011, namun masih tak nampak kedatangan pelabur baru ke KHTP. Setakat ni projek yg berjalan rancak di KHTP ialah pembinaan sebuah balai polis (projek Kerajaaan Barisan Nasional/kerajaan persekutuan) dan juga usahasama Kedah BioResources Corporation (anak syarikat KTPC) dgn Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) utk pembangunan sebuah makmal kultur tisu (tissue culture lab) di Techno Centre. 

Sedikit maklumat mengenai pembinaan balai polis KHTP: 


LATARBELAKANG CADANGAN PEMBANGUNAN BALAI POLIS DI KULIM HI-TECH PARK
30 Jun 1999
MMK membuat keputusan untuk memberi hakmilikan percuma tapak balai polis kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
6 Mei 2009
MMK bersetuju membatalkan keputusan bertarikh 30 Jun 1999 dan bersetuju memperuntukkan tanah seluas 5 ekar sebagai tapak balai polis di mana 1 ekar diberi percuma sementara baki 4 ekar dikenakan bayaran RM3-50 sekaki persegi.
1 Julai 2009
Bayaran premium sebanyak RM25,565-80 untuk proses penyediaan dan pengeluaran hakmilik untuk tapak balai polis telah dibayar di Pejabat Tanak Kulim (PTK).
6 Julai 2009
PTK berurusan terus dengan Pejabat Tanah & Galian Negeri Kedah (PTG) untuk proses penyediaan dan pengeluaran hakmilik. Suratan hakmilik individu dijangka siap dalam tempoh sebulan.
Status
Surat tawaran akan dikeluarkan kepada KDN sebaik sahaja suratan hakmilik individu dikeluarkan.


Syarikat Kontraktor: Anzul Enterprise Sdn Bhd, Seberang Jaya.
Modal Berbayar: RM1,000,000.00

Ahli Lembaga Pengarah:

1)            Anwar bin Pawan Chik
2)            Mohd Mustaffa Kamal bin Shaik Ismail

Tarikh Anugerah Kontrak: 26 Januari 2010

Jumlah Kontrak: RM14,868,409.20

Projek Oleh: Jabatan Kerja Raya/JKR (Caw. Kerja Keselamatan)


Jadi kalau pembaca melihat kerja2 tanah yg rancak dijalankan di KHTP, ianya adalah utk pembinaan sebuah balai polis. Itu pun Kerajaan Persekutuan kena beli tanah tu dari Kerajaan Negeri. 

Utk pelaburan pula, setakat ni adalah zero. Sebabnya….. pelaburan utk Saint Gobain Solar pada awal tahun ni khabarnya telah direkodkan pada tahun lepas utk menampung target sales tahun 2010. Macam mana depa nak reverse investment ni balik dalam akaun ke tahun 2011.....? 

Mai mari kita tengok pulak apakah yg sedang dibuat oleh kakitangan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yg mengurus KHTP bagi mengisi masa lapang (kerana ketiadaan kerja akibat tiada/zero pelaburan). Depa ni mengisi masa lapang dgn pelaksanaan Amalan 5S. 

Sebagai contoh, email utk kakitangan hanya dipenuhi dgn 5S sahaja, dan pada 10 Ogos lalu, MPC telah datang utk audit 5S di KTPC dan anak syarikat. 

Berikut disiarkan sedutan email, satu dari Tuan Hj Shahiran dan lagi satu dari Ibrahim Ahmad tentang tips mencuci keyboard & mouse PC.

Email # 1

From: Shahiran Md Hassan
Penambaikkan Amalan 5S - ulasan awal dari MPC

Maklumat
Selepas sesi taklimat kepada staff yg dikelolakan oleh Pn. Aniza dari JawatanKuasa Latihan yg diadakan pada minggu pertama bulan Julai, 2011, ramai yg telah mengambil inisiatif fotostat kriteria odit 5S berkenaan (memandangkan saiz fail yg agak besar utk diemail kepada setiap staff) dan melaksanakan amalan 5S berpandukan kepada kriteria berkenaan.

Hasilnya banyak kriteria yg telah dan sedang dilaksanakan bagi mematuhi kriteria odit berkenaan.

Sungguhpun demikian, masih terdapat penambaikkan yg perlu dilakukan sebagaimana yg diutarakan oleh pegawai MPC semalam sebagaimana berikut :

1)         Inventory barangan perlu disediakan – sila rujuk laporan lawatan odit oleh Tuan Haji Abdullah yg telah diemailkan kepada staff bertarikh 10/6/11 dan 23/6/11
2)         Bilik Setor lukisan bahagian Development – Plan / Lukisan Teknikal yg melebihi 10 tahun perlu di susun menggunakan label bagi memudahkan pencarian / disimpan semula
3)         Masih terdapat tampalan kertas / sticker pada bahagian perspec partition di GridLine D–F
4)         Laci peribadi hendaklah laci yg kecil bukan drawer cabinet
5)         Auditor akan menggunakan cotton bud bagi mengesan habuk pada keyboard dan seumpamanya
6)         Pada sesi lawatan perundingan akan datang, pegawai MPC akan menyemak Fail – Fail setiap JawatanKuasa dan juga Kumpulan bagi memastikan bukti / dokumen amalan 5S dilaksanakan
7)         Susunan barangan di Pantri perlu dipertingkatkan
8)         Arah Kiblat hendaklah disediakan di Bilik Presiden dan Bilik Chairman

Pn. Kasturi akan mengemukakan laporan lengkap pada minggu hadapan utk tindakan.

Sekian, harap maklum.


Email # 2

From: Ibrahim Ahmad (9 Ogos 2011)

5S - Tips utk Bersihkan Keyboard dan Mouse PC anda.

1.           Shutdown PC.
2.           Ambil tisu atau kain lap.
3.           Gunakan cecair pembersih bersama tisu atau kain lap utk lap keyboard dan mouse.
4.           Utk memeriksa tahap kebersihan keyboard, gunakan cotton bud.
5.           Lap sehingga tiada kesan kekotoran pada cotton bud.

Terima Kasih.

As-Salam dan Selamat Sejahtera


Ni la akibatnya kalau tak dak langsung pelaburan asing (FDI) di KHTP utk diuruskan; kakitangan kena buat kerja cuci keyboard dan mouse PC sahaja bagi mengisi kelapangan masa. 

Walhal, jika kita teliti laporan akhbar, di Trengganu pun terdapat pelaburan utk pembuatan panel solar oleh SolarTIF seperti di bawah ni:



KUALA TERENGGANU 9 Ogos - SolarTIF Sdn., Bhd., pengeluar panel solar akan mengembangkan operasi perniagaannya dgn membina kompleks kilang baharu di kawasan seluas 1.2 hektar di Chendering dekat sini.

Projek yg menelan belanja kira-kira RM20 juta itu bakal dilengkapi pelbagai prasarana dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsul Ezan Zairi berkata, projek tersebut akan melalui tiga fasa pembinaan dan keseluruhan projek dijangka mengambil masa antara 12 bulan hingga 18 bulan utk siap.

Tambah beliau, fasa pertama pembinaan membabitkan sebuah blok setinggi empat tingkat yg menempatkan unit pengeluaran.

Fasa kedua pula jelasnya, mengandungi ruang pejabat, asrama, restoran, bangunan latihan manakala utk fasa ketiga menempatkan surau, kolam renang, rumah rehat dan taman solar.

"Buat masa ini kita sedang dalam proses perundingan dgn pihak-pihak berkenaan termasuk di segi pelepasan pembangunan utk memajukan tanah dan tanah ini adalah milik kita.

"Jika segala-galanya berjalan lancar, ia akan mula dibina pada tahun depan. Kilang baharu ini hanya terletak 200 meter dari kilang sedia ada di kawasan perindustrian Chendering," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebaik sahaja kilang itu siap kelak, Shamsul Ezan berkata, pihaknya menyasarkan pengeluaran kira-kira 250,000 panel solar 50 megawatt (mw) dihasilkan pada tahun 2013 manakala kira-kira 500,000 panel solar 100 mw pada 2015.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada Jun 2007 lalu, syarikat itu kini mempunyai tiga cawangan operasinya termasuk sebuah di Chittagong, Bangladesh.

"Selain ibu pejabat di Chendering ini, kami sudah membuka sebuah cawangan di Serdang, Bangi di samping di Bangladesh," ujarnya.

Shamsul Ezan Zairi (kanan) bersama kakitangan SolarTIF Sdn. Bhd. menunjukkan panel solar di Pejabat SolarTIF Sdn. Bhd. Chendering Kuala Terengganu, semalam


Kalau di Trengganu pun boleh dapat investment solar panel, inikan pula KHTP yg masyhur di seluruh pelosok dunia dgn membuat lawatan ke luar negara utk menarik pelaburan. Tapi hakikatnya saudara dan saudari ialah utk tahun ini sehingga Q3 (Ogos 2011), pengurusan KHTP masih juga gagal menarik pelaburan pada tahun 2011 walau pun kos utk promosi itu adalah dgn menggunakan wang geran atau lebih senang kita sebut sebagai wang rakyat. Pengurusan KTPC dan MB Kedah masih lagi menjaja nama First Solar hingga kini. 

Adalah salah satu factor ketiadaan FDI di KHTP berpunca dari YB Dato’ Amiruddin (Pengerusi KTPC) juga yg mengikut jejak MB Kedah yg menambah satu lagi cawangan hingga terlupa kerjanya utk menambah bilangan kilang di KHTP.....? 

Kepada Y. Bhg Dato’ Redza Rafiq, Ketua Eksekutif, NCIA, tolong la apa yg patut kat KHTP tu, bagi la FDI sikit kat KHTP, jangan la semua bagi kat Penang, depa kan DAP yg pegang, at least KHTP ni projek ‘funded by Federal Government’, tapi saja bagi kat State Kedah pegang sat, bagi depa rasa syok sikit dan boleh claim depa yg punya. Dato Redza dok join MIDA Trade Mission oversea tu, kalau ada investment potential kat KHTP, tolong huloq la kat depa, kesian aihh staff depa dok kena cuci keyboard dan mouse PC saja. Depa pun dok tertanya2 tentang projek LFoundry Malaysia di KHTP tu, apa dah jadi la ni Dato Redza.....? Kalau sapa2 ada update sila bagi komen. 

Juga adalah amat menghairankan dan membingungkan berkenaan kejadian ‘zero investment’ di KHTP hingga setakat Q3 2011 yg tidak sepatutnya berlaku kerana di kalangan Ahli Lembaga Pengarah KTPC juga ada seorang Director General MIDA. Mungkinkah perlu Dato’ Redza Rafiq, Ketua Eksekutif. NCIA dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KTPC agar ianya menjadi lebih berkesan dan pro-aktif memandangkan KHTP berada dalam kawasan Northern Corridor Economic Region (NCER).....?

9 comments:

Anonymous said...

Dulu Yusrin pernah berkata, beruk pun boleh jual tanah di KHTP. Sekarang beliau perlu menelan kata2 itu, kerana ternyata menjual tanah atau sebenarnya pajakan tanah di KHTP adalah tidak semudah yang disangkakan. Ianya perlukan pengalaman dan kelayakan yang sesuai. Bukan main tangkap muat sahaja ambil orang utk tadbir KHTP

Anonymous said...

Kalau kita baca mula2 dlm artikel di atas tu masa MMK zaman BN bagi tanah free kat Polis/KDN, tapi bila mai tang Exco/MMK Pas, depa ubah keputusan tu dan caj tanah tu RM3.50 psf, hanya satu ekar bagi free, sama la macam kes UUM. Padahal Balai Polis adalah utama untuk keselamatan, dan keuntungan bukan kita cari dari Kerajaan Pusat, tapi dari pelabur luar negara. Takkan Hj nak masukkan penjualan tanah kpd KDN dlm list investor jugak kot? PAS masih dgn mentaliti mereka bahawa Kerajaan Pusat adalah musuh mereka dan oleh itu mestilah kena mintak bayaran untuk tanah

Anonymous said...

Ya la apa dh jadi dgn Lfoundry ni? Blm jln lagikah Dato Redza NCIA? Bila nak jln projek ni? Ada sapa2 org dlm KTPC boleh bagi tentang LFoundry ni tak?

Anonymous said...

kalau dah tak der investment kasi pecat saja sama itu Hj Sobri Presiden, tak perform la tu, takkan la jadi Presiden semata2 utk nak laksanakan 5S kot? Tak logik langsung bro

DKS said...

Anon Aug 16, 2011 3:39:00 PM. Bab pecat tu memang patut dan layak dari perlantikan dulu lagi. Tapi kena pertalian dgn Ustat Jijan sapa boleh kata apa.

5S tu salah satu kerja yg dia dok implement. Banyak lagi kepincangan yg ada. Aku cuba terjah semamapu aku. Kalau dapat kerjasama dari warga KTPC boh sikit dlm komen or hantaq mail kat aku lagi molek.

Kalau betul KTPC bawa pelaburan, aku nak minta WARTA DARULAMAN lidah rasmi kerajaan PAS Kedah tolong senaraikan. Warta Darulaman pun dok senak. Hutang percetakan bertimbun dan dikhabarkan ratusan ribu ringgit. Kalau tak percaya boleh tanya Zul Yahaya..... Apa perlu aku terjah.....?

Anonymous said...

Ha ha ha, apa kerja staff KTPC kena cuci keyboard & mouse PC ni, kesiannn

Anonymous said...

Dulu Yusrin Zakri kata kat org beruk; tengok la ni PAS dah jadi lebih teruk dari beruk sebab tak boleh jual tanah KHTP. Tu la lain kali cakap tu elok2 sikit, sekarang dah kena kat batang hidung PAS. Takkan nak salahkan UMNO jugak kot kalau FDI tak masuk KHTP?

Anonymous said...

Wahh!! Mustafa Kamal ni dpt lagi projek kat HiTech, apa formula yg dia pakai ni? Supply mesin dpt, pilot plant dapat, balai polis pun dia dapat jugak. Mungkinkah sebab dia Ketua Pemuda UMNO Kulim/B. Baharu? Tapi apa sumbangan dia kepada parti dan rakyat? Adaka? Mungkin dia tengah nak cari fund lobi nak jadi calon PRU13? Cable besaq kot

Anonymous said...

dok dengar crita mustafa kamal dah team up dgn hj fitri la ni, ada betoi ka? kalau mcm tu dia dah geng la dengan Tuan HJ Anuar yg dia dok maki dulu2 tu masa tender mesin CNC

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top