Wednesday, July 06, 2011

Kes Kehilangan Di KTPC.....

Terimakasih pasai komen2 yg diberi dan terimakasih juga kat depa yg hantaq email. Juga tak lupa juga ceramah ugama yg Maizan bubuh dlm komen tu. Memandangkan aku mendapat banyak pertanyaan pasai..... mana la tau kalau2 kot ada apa2 lagi yg hilang lagi.

Untuk tak mengecewakan pembaca setia DKS ni, sempat juga aku menggali satu kehilangan agak baru berlaku di KTPC tu. Korek punya korek dlm system IT KTPC yg canggih tu, terjumpa satu email kes kehilangan tu..... Kalau dah tak tau buat kerja lagu ni lah jadinya.....

Email tu berbunyi.....

Entahlah..... apa yg difikirkan tak tau laaaaa. Bubuh tempat lain..... cari tempat lain..... simpan tempat lain..... lepas tu cuba dok tuduh org nak curi maklumat..... Mungkin terlalu sibuk dan terlalu banyak kerja yg nak dibuat la kot. Dengaq kata sampai jumpa tok moh.....

Baru2 ni sempat juga aku menyelidap masuk cari bahan yg nak diterjah. Terjumpa aku satu dokument lama yg juga pasai bab hilang..... Laporan yg aku dapat ni juga teringin aku nak kongsi bersama pembaca.....



LAPURAN KEJADIAN PECAH PEJABAT DAN KECURIAN SYARIKAT KULIM TECHNOLOGY MANAGEMENT SDN BHD (KTMSB) DI IT CENTRE

Tarikh  : 7 Februari 2009 (Sabtu)
Masa   :  Di antara jam 7.00 malam (6 Feb ’09) hingga 8.30 pagi (7 Feb ’09)
Lokasi  :  Pejabat KTMSB di IT Centre
M/O     :  Pencuri masuk melalui tingkap yang di umpil di pejabat En Annuar (VP).

Kronologi :

1.    Pada pagi 7 Februari 2009, lebih kurang jam 8.30 pagi, staf KTMSB (En Saridun) yang datang ke pejabat KTMSB (berkunci) telah menyedari terjadi kecurian di dalam pejabat.  

2.    Pencuri telah didapati memasuki melalui tingkap pejabat En Annuar yang di umpil. Dari dalam pejabat tersebut, pencuri telah mengumpil pintu bilik pejabat untuk masuk ke dalam pejabat KTMSB.

3.    Pencuri telah memasuki bilik pejabat En Saidin, En Saridun dan pejabat Akaun. Meja-meja staf KTMSB yang lain juga telah digeledah.

4.  Lapuran Polis telah dibuat oleh pengawal keselamatan dan pihak KTMSB.

Barangan yang dicuri :   (Rujuk LAMPIRAN di bawah)

Anggaran jumlah kerugian :     RM27,000.

Hasil siasatan awal :

1.  Terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian. Rondaan telah dijalankan oleh beliau setiap 1 jam sekitar pejabat.

2.    Anggota Patrol KHTP yang datang membuat kunci jam setiap 2 jam sekali di IT Centre juga tidak nampak apa-apa yang disyaki. Mereka juga mengesahkan memang terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian.

3.    Adalah didapati pejabat KTMSB berkunci dan gelap (tiada lampu dinyalakan dalam pejabat KTMSB).

4.    Pencuri disyaki melakukan jenayah di dalam keadaan senyap dan bergelap (mungkin guna lampu suluh). Kemungkinan semasa pengawal membuat rondaan, pencuri mendiamkan diri dan bersembunyi.

5.    Pencuri disyaki memasuki melalui tingkap dan kemudian menutup semula tingkap. Jadi dari pandangan luar, tidak nampak kesan pencerobohan.

6.    Kawasan luar IT Centre juga di dapati gelap dan tidak cukup lampu menerangi persekitaran bangunan. Ini memudahkan pencuri memasuki bangunan.

7.  Pencuri disyaki lebih dari seorang. Pencuri juga didapati seperti sudah memahami selok belok dalam pejabat dan disyaki juga telah memancitkan tayar kereta pengawal keselamatan. Bekas pengawal keselamatan di IT Centre mungkin boleh disyaki (Butiran peribadi seorang bekas pengawal di IT Centre yang disyaki diberi kepada Polis).

Tindakan / Langkah pencegahan serta-merta :

1.    Surat teguran kepada Syarikat Keselamatan akan diberi untuk meningkatkan lagi tahap kawalan keselamatan. Pengawal dikehendaki lebih peka dan waspada sepanjang masa kawalan. Tindakan : KTPC  & Secure Guards

2.    Pengawal keselamatan yang diambil bertugas, mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah. Tapisan keselamatan hendaklah dibuat senantiasa dengan pihak Polis. 
     Tindakan : KTPC  & Secure Guards

3.    Lampu di dalam pejabat KTMSB hendaklah dibiarkan menyala pada waktu malam, sekurang-kurangnya 1 lampu, supaya dapat menghalang kejadian dari berulang dan memudahkan pengawal keselamatan membuat pemeriksaan semasa membuat rondaan. Tindakan : KTMSB

4.   Lampu luar (perimeter) dipasang sekeliling bangunan. 
     Tindakan : KTMSB

5.   Dicadangkan juga supaya kunci pintu masuk bangunan IT Centre diberi kepada pengawal. Jadi pengawal dapat membuat rondaan lebih kerap tanpa risau pintu masuk hadapan IT Centre tidak berkunci. Semasa rondaan, pengawal boleh mengunci pintu. Tindakan : KTMSB

6.    Tingkap-tingkap luar pejabat KTMSB di kunci terus (seal) dari dalam atau pun menggunakan kunci yang lebih kukuh. 
      Tindakan KTMSB

7.    Sistem perhubungan dua hala di antara pengawal keselamatan di IT Centre dengan Pegawai Penyelia / Command Centre di kemaskini (Walkie-Talkie). 
      Tindakan Secure Guards

Tindakan / Langkah pencegahan jangka panjang untuk pertimbangan pihak KTMSB:

1.  Pihak KTMSB boleh mencadangkan pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di dalam dan luar bangunan IT Centre dan sistem dihubung terus ke Cybercity Command Centre untuk tugas pemantauan.

2.    Penambahan anggota pengawal keselamatan terutamanya untuk syif malam.

3.    Mengadakan sistem kunci jam (clocking) di bangunan IT Centre.

4.    Memasang penggera (alarm ) di tingkap-tingkap dan pintu pejabat.

Lapuran oleh :-
Ku Masharizal Hj Ku Mahmood
(Security, Safety & Health Officer )
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD
9 Februari 2009

Lampiran Barang Yang Hilang

Lokasi tingkap Anuar Safar yg dikopak.

Tingkap pejabat Anuar.
Pejabat KTMSB.
Pintu pejabat yg dikopak.
Kawasan geledahan.
Kawasan geledahan.
Kawasan geledahan.
Kawasan geledahan.
 Laporan Polis yg sempat aku cari.....

Inilah serba sedikit yg dapat aku ceritakan atas permintaan pembaca. Seperti komen2 yg diberi dlm artikal yg lalu, lepas ni tak tau la apa pulak yg akan hilang..... Mungkin sahabat2 berkhidmat di KTPC lebih mengetahuinya dan boleh berkongsi maklumat seadanya.

11 comments:

Anonymous said...

Ni semua kes curi yang disedari....bagaimana pulak kes-kes curi yang tak disedari dan diaturi

Anonymous said...

kes curi yang tak disedari lagi banyak, depa dah buat company ni macam mak bapak depa punya dah, maklumlah sapa nak mai check selalu, audit pun tak dak, buat ikut suka saja

Anonymous said...

Camner ni fail pun boleh hilang, takkan magic kot?

Anonymous said...

Fail pun mungkin sengaja dihilangkan sama juga macam kereta yang tiba2 saja kena curi, satu lagi yang hairan, ada lagi Toyota Alphard yang mahai kat situ tak kena curi pun.

Aku rasa lepas fail hilang, yang akan hilang ialah Hj Sobri akan kehilangan jawatan Presidennya pulak

Anonymous said...

Memang menarik fakta ni apa saja yg anuar safar ada, mesti ada kes hilang, satu yang lama barang hilang kena curi, buat apa la pencuri pi curi SD card & thumb drive? kalau laptop tu make sense jugak. Thumb drive berapa sangat boleh jual? Terkini kereta company yg dia drive pulak hilang. Heran jugak

Anonymous said...

Mungkin Hj Sobri perlu mengadakan siasatan adakah si Anuar ni sebenarnya mengupah orang untuk melakukan kedua2 kecurian tersebut. Motif untuk menghilangkan barang seperti thumbdrive ni selalunya berkait rapat dengan percubaan untuk menyembunyikan maklumat. ADAKAH TUAN HAJI SOBRI BERANI & MASIH BER TELLUR UTK BERBUAT DEMIKIAN?

Anonymous said...

Report Ku Rizal ni memang lengkap dan padat, tapi satu yang lupa di highlight di sini ialah di IT Centre ni Anuar Safar tak letak pun CCTV. Nak tau sebab apa, sebab bila supplier mesin mai jumpa dia kasi angpau, tak dak rekod. Jadi bila kena rompak pun, CCTV tak dapat rakam, sebab memang tak dipasang. Hanya di KHTP Business Centre dan Techno Centre saja ianya dipasang. Sebelum ni pun ada kes org hilang laptop semasa hadir ke seminar di IT Center. Lagi satu ada juga staf syarikat yg sewa bilik di IT Centre juga kena raba semasa waktu pejabat. FUYOO DASYAT IT CENTRE NI

Anonymous said...

Korang nak baca berita sensasi penyanjung AMS sejati di KTPC, pergila ke twitter @TweetFafa USA; ada berbagai cerita sensasi kutuk mengutuk rakan sepejabat, hebat & class dari artis sensasi KTPC, the one & only. Good or bad u decide? Betoi ka anak mak aji oi?

Anonymous said...

alamak siott, minah nie dah protect tweet dia, tak sporting la lu minah glamer. Alaa, kan email pun yg protect pun boleh masuk, ini kan protect tweeter, lagi senang kasi masyuk

Anonymous said...

KTPC ada banyak hantu, tu yang barang selalu dok hilang, tak caya tanya kak ramlah

Anonymous said...

INI BLOG FITNAH, PUAK PAS JANGAN DOK BACA, NANTI HAMPA TAK BOLEH TIDOQ MALAM.

SEMUA BERITA DI ATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA, REPOT POLIS TU PUN REKAAN SAHAJ, SEMUA INI TIDAK UJUD

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top