Sunday, July 24, 2011

Iklan Oh Iklan.....

Gambar ni diambil dgn jelas, cuma yg kabur ialah papan iklan KTPC, yg menunjukkan nama KHTP yg pudar, sama pudar dgn kepimpinan PAS di KTPC.
Pengiklanan merupakan salah satu strategi pemasaran setiap produk.  KHTP juga bergantung kpd pengiklanan sebagai salah satu strategi pemasaran mendapatkan pelaburan luar negara dan dlm negeri.

Jika anda salah seorang yg menggunakan lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE), anda mungkin dapat melihat sebuah papan iklan KHTP yg lusuh lagi kusam, akibat dari hujan dan panas sudah menjadi pudar.

Kata orang putih, ‘first impression lasts’.  Jika anda seorang pelabur potensi, apakah impresi awal yg diberikan oleh papan iklan ni.....? Ini mungkin mencerminkan bahawa pengurusan KHTP tidak mengambil berat akan pemasaran KHTP, dan tentunya seseorang dlm perjalanan utk membuat tinjauan utk melabur di KHTP akan berfikir dua kali sebelum membuat keputusan melabur di KHTP berbanding tempat lain seperti Pulau Pinang.

Mungkin soalan2 ni juga akan bermain di benak fikiran kita semua:

1.       Adakah PAS dah divert budget pengiklanan KTPC ke kantung parti.....?
2.       Adakah KTPC tidak mempunyai budget utk pengiklanan, akibat membayar terlalu banyak gaji kpd Hj Sobri.....?
3.       Adalah semua budget pemasaran telah disapu semuanya oleh Hj Anuar Safar utk lawatan ke luar negara hinggakan tiada lagi budget utk memperbaharui papan iklan tersebut.....?
4.       Papan iklan itu berada di Seberang Perai & bukan dlm negeri Kedah (lantak pi la.....?), tu kawasan DAP
5.       Tiada siapa pun peduli tentang pemasaran KHTP di KTPC

Sebagai renungan terdapat beberapa kakitangan KTPC yg menggunakan lebuhraya tersebut berulang-alik setiap hari bekerja.

Jadi tiada ruang utk memberi alasan bahawa ‘aku tak tau’ pun papan iklan tu dah buruk lagi lusuh utk KTPC.

Kesian KTPC, duit nak baharui papan iklan pun dah tak dak.


17 comments:

mat kilat said...

sebenarnya cerita pasai papan iklan tu zaman BN perintah dulu pun tak ada sapa ambil peduli.Tambah zaman PAS perintah lagi tak ambilpeduli.Yang depa tahu dok gabus projek sahaja.
Sebenarnya yang dok ada dalam KHTPC tu ramai penyokong PAS.Yang sokong UMNO boleh dgn tahi gigi.Depa sokong PAS ini sejak BN perintah lagi.Masa BN depa berlakon sahaja.Za,man PAS terus naik tocang.Berlunggok sokong PAS dlm KHTPC.Ini disebabkan oleh kewrana UMNO lena dan tak mampu nak pikat hati orang lain.Depa ingat kuasa ditanagn depa.Bila undi habis lingkup.

Anonymous said...

Zaman BN dulu OK, iklan tu memang berkesan, ada pelaburan billion ringgit, cuma sekarang saja yg dah tak diambil peduli lagi, HJ Patrick tiap2 hari dok lalu BKE takkan tak perasan kot?

pipit said...

setengah pelabur lari ketempat lain antara faktornyalah kerenah birokrasi teruk sangat sama ada diperingkat negeri dan agensi pusat.Sedang kan dinegara jiran mereka mesra pelabur.Kadang-kadang ambil masa yg lama nak dapat kelulusan untuk beroperasi di sini.Cakap bolehlah yg kena ubah ialah sikap pegawai kita ygt banyak kerenah.Orang politik bukan tahu apa sangat.mereka kira main politik sahaja.

Anonymous said...

according to chinese fengshui pun... benda mcm ni, pasti no pelabur punyer la blur...., HJ pi tolong check sat dgn Ms Lilian Too, dia boleh explain kat hang macam mana nak bagi pelabur mai balik kat KHTP, takpa DAP kata boleh consult Lilian Too, no problem

Anonymous said...

tu la hj patrick ni asyik dok ikut mat kepit saja pi jln2 US & oversea, tu la sampai lupa iklan KHTP tu dah kabur, dan menjadi satu eye-sore di BKE. BKE pun satu jugak yang dok biaq papan tanda iklan yg kelabu tu pasai apa? mintak Hj turunkan papan iklan tu kalau dah takder duit nak renew atau letak iklan baru yg ada logo PAS & jugak gambar HJ atau Ostad Jijan

mami tongkang said...

minta saleh cina dan mamak kadiak sponser sikit renew papan iklan tu.depa dah kaya kerana KHTPC.bising apa nya.kah kah kah kah kah

Anonymous said...

betoi jugak mami, boleh minta depa dua2 sponsor papan iklan yg lebih besaq kat BKE tu, lepaih tu mintak jugak sponsor beli ganti balik camry yg hilang dan belum jumpa lagi (disorok di Jitra)

Anonymous said...

selain drp depa dua itu hangpa cerita mai sapa dia orang umno yg boleh cari metekedarah kat situ.hang habak mai.......

Anonymous said...

selain dari depa dua ada la jugak mustafa kamal pi jumpa Hj Sobri, tu pun tak lepaih kot. La ni banyak geng PAS Sg Petani yg dok mai lobi, termasuk nak catering Raya pun kos RM16k, semua dibolot oleh kroni Hj Awang. Dengaq saja nama UMNO, Hj nanti merah padam muka, sebab tu la semua UMNO kena tendang & terajang keluaq. Tu pun Kadiaq tu supported by azharhadi ktpcc & leh cina support by hj kahirul fitri, kiranya ader connection la. Leh cina pakai bmw x5 dok ronda kulim & kadiak pula alphard putih

Anonymous said...

cerita UMNO nak cari makan ni zaman dato shukri dulu pun susah melainkan leh cina dgn mamak.Depa dua juga yg hidup.Zaman umno pun hidup zaman pas pun hidup.hanpa pikiak ambil laaa.Depa dah kaya raya dah.Sapa naik pun depa yg buat duit.Pejunag UMNO apa ada.Sapa yg kaya kerana KHTP hang cerita mai lagi aku nak tengok.....UMNO perintah pun cina kaya>PAS perintah pun cina kaya.Melayu eeeelek.

Anonymous said...

ada lagi sorang penyokong PKR tegar yang kaya iaitu Anuar Safar yang tiap2 kontrak supply mesin dia ada sapu kurang2 rm1 juta. Bayangkan jumlah kontrak semua rm65juta, berapa dia dapat kaut. Itu la kalau ada org yg cuba kacau perolehan mesin KHTP, dia akan mengamuk sakan, kaw2 punya, dia kadang2 dah ambik upfront, so bila kontraktor dia tak dapat, sapa yg kacau tu akan kena tiaw ma (ambil bahasa KL Gengster). Kalau dia tak sapu dari kontraktor, dia akan sapu dari supplier. Si selain kadiak, leh cina, anuar ni memang benefit gila2 dari KHTP, i.e sapu duit kerajaan, lepas tu minta geran lagi nak pi seminar & pameran oversea, pau lagi. BERAPA BANYAK KALI PAU NI? LEH CINA PUN ADA KENA PAU JUGA DGN ANUAR, TAK CAYA PI LA TANYA DIA, MASA KONTRAK BUAT FLOORING METEX

Anonymous said...

dulu ejen iklan ni SNE Metro kalau tak silap aku, tempoh pengiklanan dah lama tamat semenjak dua menjak PASberg ambil alih, dan dibiarkan pudar akibat hujan & panas, terbiar dan tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. cuma melainkan kalau lampu trafik light tak berfungsi, maka Intel akan cepat2 call Patrick. Setakat iklan kabur, depa geng Intel pun tak komplen. aku agak la lepaih ni HJ SOBRI mesti panggil Patrick mengadap, tanya apa sebab iklan tu maish tak dibuang & Patrick pun akan suggest kat HJ, why not we make new one boss? I have some friend who can give the best deal; lalu HJ pun kata, I also got friend who can give the best advertising deal, you just come up with the design

Anonymous said...

mamoo ada apa nak kata ka? senyap saja? takkan busy sangat kot

Anonymous said...

aku bole tengok nombor telefon saja kat papan iklan tu, jadi lah tu, boleh cal jugak, kira ok la tu utk geng hamPAS KTPC

Anonymous said...

ni aku nak bagi cadangan la kat hangpa KTPC oii, kalau pun nak buat papan iklan, buat la kat Penang Airport tu, baru la ada competition dgn Penang. Bila investor turun mai Penang saja, nampak papan iklan KHTP besar tersergam indah apabila beliau mendarat kat arrival terminal. Tengok contoh, AirAsia depa iklan kat Subang Airport, MAS pulak advertise kat LCCT. Macam tu la org kata effective marketing, saja la aku nak tulong hampa,kesian aku tengok, nampak mcm tak ada org ygnak buat marketing KHTP. Yg jadi bos AMS si VP tu asyik keluarq negara saja dok himpun point ENRICH, President hampa pula dok nganga luas2, apapun selamat posa minggu depan

Anonymous said...

Sekarang baru la misteri kesusutan pelaburan KHTP telah terjawap, patutla pelabur bila mai terus sentot tak jadi nak invest, sebab tengok iklan KHTP pun dah kabur, depa mesti assume bahawa pengurusan KHTP jugak amat kabur. Tq DKS for giving this useful information which I can't find elsewhere about the truth in KHTP, ye la takkan papan iklan ni pun fitnah kot Tuan Haji, semua org yg lalu BKE boleh tengok, melainkan Tuan Haji gunakan jalan belakang ke KHTP dari Sg Petani, save la tak kena bayaq tol BKE tu. Dengar crita kalau KHTP tak turunkan iklan tu, BKE/PLUS akan tolong turunkan, kesian dah lama terbiar kat situ

Anonymous said...

la apa nak heran ..kalu tanya ustad azizan pun nanti jawap serupa jugak.."hat tu saya tak tau" pada hai depan mata. ..Benda terang-terang depan mata pun nak kata fitnah lagi ka..? mmg hang siot la Hj. Sobri woi... Hang kena ingat kerusi hang tu dah panaih dah...ramai geng hampa dok aim tu....

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top