Takdir ALLAH, Pakatan kalah. Walaupun berlaku peningkatan jumlah kerusi pada Pakatan, namun ianya tidak terjadi pada PAS dan PKR. Sebaliknya hanya kepada DAP. Lebih memalukan, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang pun atas ihsan DAP yang memiliki suara dan kuasa paling dominan dalam Pakatan.
Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dlm PRU13 yang lalu.
Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kpd UMNO, org2 Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ni kebelakangan ni.
Seimbas membaca blog2 yg menyokong UMNO akhir2 ni, kita tak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu2, yg sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dgn cara menempelak keras. Menepis bahawa perasaan ragu2 itu sebagai ‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak. Seharusnya, pengajaran ni telah pun difahami dgn baik oleh UMNO dlm PRU12.
Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yg diragui oleh org2 Melayu terhadap parti ni.
Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger.....?
Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yg membawa rentak yg sama dgn blog2 itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut.....?
Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yg diperhatikan oleh org2 Melayu secara dekat pada hari ni ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC.
Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yg dikhuatiri oleh org2 Melayu dlm semua isu ni.
Secara dasarnya, org2 Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yg semakin menjadi2 pada hari ni adalah berpunca dari keputusan kerajaan utk tunduk kpd tekanan pembangkang dan org-org Cina.
Org Melayu yg telah dikejutkan dgn tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yg dilihat bakal membuka lebih ruang kpd org2 seperti Namewee utk menghina Islam dan Melayu.
Ternyata apa yg dikhuatiri itu benar2 berlaku. Begitu juga dgn peningkatan kadar jenayah yg berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kpd pembangkang dgn menghapuskan Akta EO dan ISA. Kerajaan mungkin menafikan yg penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera utk memberi berbagai alasan utk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan.
Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tak mampu mengembalikan keyakinan org-org Melayu terhadap UMNO, sekurang2nya setakat hari ni.
Bagaimanapun, setakat hari ni juga, harapan terus diberikan kpd UMNO kerana org2 Melayu tak mampu mempercayai PR utk membela nasib mereka. Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan org2 Cina menjadikan org2 Melayu bimbang terhadap keputusan yg bakal diambil oleh kerajaan dlm isu-isu yg berkaitan ekonomi, terutama TPPA.
Org2 Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yg bersekutu dgn kuasa besar utk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kpd kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dlm strategi kuasa besar utk menguasai ekonomi negara ni.
Bertitik tolak dari persepsi itu juga, org-org Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kpd org-org Cina utk menguasai GLC dan juga jawatan2 penting di dlm kerajaan. Ni kerana org2 Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dlm pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.
Kebimbangan org2 Melayu terhadap sikap perkauman org Cina ternyata berasas apabila org2 Cina menolak Barisan Nasional mentah2 dlm PRU13 yg lalu walaupun setelah diberikan hampir segala2nya oleh kerajaan.
Berdasarkan senario ni, mana2 individu yg ingin bertanding dlm pemilihan yg akan datang wajib menangani persepsi ni dgn baik. Sikap sesetengah pihak yg terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak.
Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dlm menghadapi pemilihan ni akan turut memberi kesan kpd pilihanraya yg akan datang. Apa guna menang dlm pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal.....?
Org2 Melayu ingin melihat UMNO yg menepati slogan "transformasi" dari segi minda dan sikap.
Org2 Melayu ingin melihat UMNO yg menepati slogan "transformasi" dari segi minda dan sikap.
Transformasi tak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dgn cara meningkatkan lagi semangat juang yg asal serta mengadaptasinya dlm mengharungi zaman utk kekal menjadi pemerintah di negara ni.
Mampukah UMNO memilih pemimpin yg menepati ciri2 "transformasi" ni.....?
0 comments:
Post a Comment