Saturday, August 24, 2013

Hanya Pembangkang Yang Untung Dari Kematian Altantuya.

Kes pembunuhan Altantuya menjadi kes berprofil tinggi kerana orang yg disyaki sebelum ni merupakan individu yg mempunyai hubungan dgn Perdana Menteri iaitu Razak Baginda. Dari situ, pembangkang mengambil kesempatan utk memburukkan Perdana Menteri dan juga isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai terlibat dlm pembunuhan tersebut.

Cerita awal yg disebarkan oleh pembangkang ialah Datin Seri Rosmah dikatakan berada di tempat kejadian pembunuhan, mengarahkan dan menontonnya sendiri. Kononnya, beliau berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana Mendiang Altantuya mempunyai hubungan sulit dgn suaminya.

Namun, cerita ni terbukti sebagai fitnah kerana pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah dan Dato’ Seri Najib masing2 mempunyai alibi yg kukuh kerana berada di program buka puasa berasingan dgn beratus orang saksi termasuk rakaman video dan laporan berita. Cerita ni juga diakui sebagai rekaan oleh penulis asalnya iaitu Raja Petra Kamaruddin.

Oleh itu, pembangkang terpaksa menukar cerita kononnya bukan Perdana Menteri tetapi Razak Baginda yg mempunyai hubungan dgn Altantuya. Perdana Menteri hanya membantu ‘menutup’ hubungan sulit tersebut dgn ‘membenarkan’ penggunaan anggota keselamatan dan juga bahan letupan.

Namun, cerita ni juga gagal mengaitkan Dato’ Seri Najib secara langsung.

Maka, pembangkang mencipta pula kisah Altantuya menjadi penterjemah dlm urusan pembelian kapal selam scorpene dan Dato’ Seri Najib terlibat dari segi menerima rasuah.

Jelas sekali bahawa pembangkang sejak dari awal cuba sedaya upaya utk mengaitkan pembunuhan Altantuya dgn Dato’ Seri Najib. Apabila gagal melakukannya, mereka menukar dan menukar cerita itu berkali-kali agar nama Dato’ Seri Najib dapat dikaitkan juga.

Kebenaran tak mungkin berubah atau bertukar-tukar. Oleh itu, cerita pembangkang yg berubah-ubah, dgn sendirinya membuktikan yg mereka berbohong.

Apatah lagi apabila terdedahnya bahawa pembangkang, khususnya, Anwar Ibrahim cuba memaksa dan menyogok tertuduh utk menipu dgn mengaitkan nama Dato’ Seri Najib sebagai dalang pembunuhan. Pendedahan ni dilakukan oleh bekas peguam Anwar, Zulkifli Nordin dan tertuduh sendiri. Bertitik tolak dari situ, Zulkifli telah meninggalkan Anwar kerana tak sanggup bersekongkol dlm taktik kotornya.

Selain itu, kisah mengenai kaitan Dato’ Seri Najib dgn Altantuya dan komisyen dari pembelian scorpene juga terbukti sebagai kisah dongeng yg tak berasas sama sekali. Ni kerana Altantuya muncul dlm kisah ni dua tahun selepas urusniaga scorpene selesai. Urusan pembelian scorpene juga tak memerlukan penterjemah dan Altantuya pula tak pernah menjejak kaki ke Perancis dlm tempoh urusniaga berjalan. Ni disahkan sendiri oleh pihak polis dan Kementerian Luar Perancis. Lebih dari itu, kes scorpene yg kononnya sedang dibicarakan di mahkamah Perancis adalah sebenarnya tak pernah wujud sama sekali sepertimana yg disahkan oleh Mahkamah Perancis sendiri.

Sedangkan, pembangkang telah pun menyebarkan cerita mengenai senarai nama saksi yg bakal disapina.

Kita faham bahawa pembangkang ingin sangat agar nama Dato’ Seri Najib tercemar. Tetapi, kenapa perlu berbohong berkali2 dan mengulang2 pembohongan walaupun telah beberapa kali terkantoi.....?

Siasatan telah membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib tak terlibat. Malah, tertuduh sendiri tak sanggup mengaitkan beliau walaupun cuba disogok oleh Anwar. Peguam tertuduh yg merupakan peguam Anwar sendiri tak sanggup bersekongkol dgn Anwar utk mengenakan Dato’ Seri Najib sehingga memilih utk meninggalkan Anwar. Dan kita juga tak lupa bagaimana bapa Altantuya sendiri mengakui bahawa Anwar ada berjumpa dgnnya semata2 utk mengaitkan Dato’ Seri Najib dgn Altantuya.

Maka kita tertanya2, kenapakah begitu penting bagi pembangkang, khususnya Anwar, utk mengaitkan kes ni dgn Dato’ Seri Najib walaupun ia mustahil.....?

Apa ada dgn kes ni.....? Kenapa pembunuhan Altantuya begitu menarik hati Anwar.....?

Persoalan semakin bertambah apabila mahkamah hari ni telah memutuskan utk membebaskan kedua-dua tertuduh. Hari ni, telah terbukti bahawa Dato’ Seri Najib sememangnya tak terlibat walau bagaimana hebatnya usaha pembangkang utk mengaitkan beliau.

Jika Dato’ Seri Najib tak terlibat, maka siapakah dalangnya.....? Utk mencari dalang, kita perlu bertanya apakah motifnya.....? Atau siapakah yg memperoleh keuntungan dari kematian Altantuya.....?

Setakat yg kita tahu, satu-satunya pihak yg mendapat keuntungan dari kematian Altantuya adalah pembangkang. Pembangkang telah menggunakan isu ni selama bertahun-tahun sebagai modal politik bagi memburukkan nama Dato’ Seri Najib. Malah, isu ni juga membantu mereka mengumpul dana melalui sumbangan orang ramai kepada SUARAM.

Kesimpulannya, keuntungan yg diraih oleh pembangkang dari pembunuhan Altantuya bukan sahaja dari segi modal politik, tetapi juga dari segi kewangan.

Dlm kata lain, hanya pembangkang mempunyai motif yg kukuh utk membunuh Altantuya. Mungkinkah kes ni perlu dibongkar semula.....?

0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top