Tuesday, August 27, 2013

Phahrolrazi Zawawi Minta Isu KUIN Ditamatkan Pada Sidang DUN Kedah.....


Teringat aku tulisan Zul Yahaya pasai KUIN yg cuba menyalahkan kerajaan Kedah sekarang tentang permasalahan KUIN.

Rata MACAI PR menuding jari menyalahkan UMNO tidak amnil berat pasai KUIN.....
_________________________________________________________________________________

Sebahagian tulisan Zul Yahaya dlm Harakahdaily bertajuk:

Zulkifli Yahaya,  04 Ogs 2013 

AKHIRNYA Kulliyah Muamalat yang menjadi kelompok terakhir bertahan di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kuala Ketil juga diarah berpindah kembali ke Alor Setar. Bermakna selepas Aidilfitri nanti kosonglah kembali kampus induk Kuin yang telah dirasmikan oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong penghujung tahun lalu. 

Apa ertinya apabila kampus induk Kuin yang tersergam indah di Kuala Ketil itu dikosongkan oleh kerajaan negeri? Pertama, ia bermaksud kerajaan Umno tidak berminat lagi untuk menjadikan kampus induk tersebut untuk kegunaan Kuin. Kampus di Kuala Ketil adalah simbol kejayaan kerajaan lalu membangunkan sebuah institusi pendidikan tanpa sesen pun bantuan Pusat. 

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, BN cuba mematikan pembangunan yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dahulu. 

Secara tidak langsung mereka tidak mahu lima tahun Pakatan memerintah Kedah meninggalkan kesan fizikal terhadap Kedah. 
_________________________________________________________________________________

Tetapi pada hari ini.....

ADUN PAS Phahrolrazi Zawawi minta Isu KUIN ditamatkan pada Sidang DUN Kedah sebentar tadi.

Beliau juga sanggup menerima kepincangan Pentadbiran PAS dalam Isu KUIN.

Jadi. Penganut & Media PAS tidak perlulah 'Buat Fitnah' dalam Isu KUIN. ADUN PAS sendiri telah teruk dilunyaikan pada Sidang DUN.....


0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top