Wednesday, September 14, 2011

KHTP Masih Ada Banyak Lagi Tanah Industri Utk Dipajak.

Kegawatan pelaburan yg melanda Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sejak dua tahun lepas masih belum menunjukkan tanda yg ianya akan berakhir. 

Utk makluman, KHTP dibahagikan kpd tiga fasa tanah industri iaitu Zon Industri Fasa 1, 2 dan 3. 

Utk kesenangan pembaca, disertakan Google Map yg boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dlm Internet spt di bawah: 
KHTP: ZON INDUSTRI FASA 1, 2 & 3
KHTP: ZON INDUSTRI FASA 1
KHTP: ZON INDUSTRI FASA 2
KHTP: ZON INDUSTRI FASA 3
Apa yg dapat kita lihat dari peta-peta Google di atas ialah masih banyak tanah yg kosong dan belum dipajak (leased) terutamanya di Fasa 3. 

Dlm pada tu sebanyak RM107.4 juta dah pun dipohon dlm bentuk geran (sabaq sat….. aku dok tengah menggali isi kandung geran tu) kpd Kerajaan Pusat utk membangunkan Fasa ke 4 pulak spt berikut: 
KHTP: CADANGAN ZON INDUSTRI FASA 4 
KHTP: ZON INDUSTRI FASA 4
Akhirnya ungkapan yg sering digunakan oleh Yusrin (pegawai khas GLC MB Kedah) bahawa ‘beruk pun boleh jual tanah’ di KHTP terbukti tak semudah yg diucap. Presiden tajaan PAS Hj Sobri di KTPC sampai la ni masih gagal menjual tanah industri KHTP yg masih banyak spt yg dibuktikan melalui peta-peta Google di atas. 

Sebagai rujukan dan pengetahuan semua pembaca, disertakan dibawah senarai harga tanah sebahagian kawasan industri di Malaysia.

BIL
KAWASAN
NEGERI
HARGA
NOTA
1
Kulim Hi-Tech Park
Kedah
RM18 psf

2
Bukit Minyak Industrial Park
Pulau Pinang
RM18 psf
psf =per square foot
3
Batu Kawan Industrial Park
Pulau Pinang
RM25 psf
effective date - 11/7/2011
4
Penang Science Park
Pulau Pinang
RM25 psf
effective date - 11/7/2011
5
Seberang Jaya Industrial Park
Pulau Pinang
RM18.80 – RM23.50 psf
effective date - 11/7/2011
6
Senai Industrial Estates
Johor
RM20 – RM25 psf
psf=sekaki persegi
7
Techpark@Enstek
Negeri Sembilan
RM20 – RM25 psf

Perbandingan harga pajakan tanah industri di Malaysia

Berdasarkan fakta di atas, sebenarnya tiada alasan bahawa KHTP tidak kompetitif dari segi harga pajakan tanah, kerana ianya masih lagi terendah jika dibandingkan dengan lain-lain kawasan di Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

Tu la Yusrain, cakap tak bertapis langsung, dulu pun dia kerja consultant di KL pun bukan laku pun, projek pun tak dak, tu yg MB Kedah panggil dia mai kerja jaga GLC (Pegawai Khas). Sebagai garis panduan, beruk yg cantik adalah Brooke Shield, dan beruk yg menjajah pula ialah James Brooke, tak tau kat Kedah ada jugak kot? Mungkin ada yg dari spesis beruk mat yeh?

Anonymous said...

Aku pon heran macam mana Robert Bosch boleh pilih buat kilang solar panel di Batu Kawan, sedangkan kos tanah pun dah lebih mahal. KHTP yg canggih dgn IPP sendiri pun tak boleh nak convince Bosch ni. Lagi pun krisis kadar air juga mungkin menyebabkan Bosch pilih utk ke Penang. Apa pun harap Kerajaan Negeri Kedah carilah calon lain sbg CEO baru KTPC tu. Lagi satu aku nak cadang ubah lah jawatan tu kepada CEO balik. Bila jwatan Presiden tu rasanya mcm Presiden negara, dan tek berapa kena dengan KHTP. Lain la kalau mcm MIMOS, depa letak President & CEO kepada top post tu

webmahaen said...

Hi, anda boleh bertukar-tukar link dengan saya?terima kasih

Anonymous said...

Kedah Sejahtera, tanah banyak kat KHTP boleh buka dusun durian, apa susah, Hj boleh jadi towkay durian, jual durian pun boleh dapat untung, boleh dapat durian runtuh, report bagi MB KHTP dah untung hasil jual durian hi-tech

Anonymous said...

Yusrain tu memang felagak pun, walau pun tak dak nama dalam Ahli Lembaga Pengarah KTPC, dia selalu hadir mesyuarat dan juga kuat mengarah, macam la orang lain tak tau buat kerja langsung. Padahal dia tu tau sikit saja, tapi action macam tau semua benda. Bos KTPC tak berani nak tegur dia. Sebenarnya dia tak boleh hadir pun dlm mseyuarat BoD, kalau pemerhati, hanya boleh mendengar sahaja, tak lebih dari itu.

Anonymous said...

Tanah Fasa ke 2 & 3 masih banyak kosong lagi, apa pasai Tuan haji sobrie nak buat fasa ke 4 pulak, nanti geng yg guna feng shui tak mau mai melabur pulak. Intel pun kilang depa tak ada kilang no. 5, semua dari 1,2,3 dan terus ke 5. Aku cadang guna la Fasa 3a atau pun pi fasa 5 terus, hantam saja la labu. Apa pun Federal Govt tak kan nak bagi duit lagi, jual la dulu semua tanah yg belum dipajak tu. Dalam map google yg klea tu, fasa 3 ada banyak lagi tanah yg kosong. tu sebab pilkington tak jadi mai

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top