Tuesday, February 01, 2011

Komen Pembaca - MENCARI WINABLE CANDIDATE!!!!. (Pdg Terap).



Aku terbaca satu komen yg menarik dari blog Kedah Times tajuknya “MENCARI WINABLE CANDIDATE!!!!” utk kita kongsi bersama. Tapi sayang penulis tidak meletakkan nama sebenar mahupun nama samaran. Terimakasih.

Assalamu'alaikum and Salam 1 Malaysia.

Saya amat setuju dengan saranan PM dan renacana tuan dan sebagai ahli biasa yang tiada ada mana-mana kepentingan hanya mahukan BN memerintah Kedah kerana mengenangkan jasa BN yang memperjuangkan rakyat dan pembangunan kami sehingga mampu berdiri sama gagah dengan rakyat dibandar dan mengubah senario kehidupan Daerah Padang Terap. Kalau kawasan Padang Terap saya dapati calon yang paling sesuai aalah YB. Dato Syed Sobri kerana apa yang saya tinjau daripada kawasan Kuala Nerang, Pedu dan Naka semuanya memuji beliau dan berpuashati dengan peranan dan amanah beliau laksanakan sebelum dan selepas dipilih sebagai calon. Banyak rugutan daripada kalangan ketua cawangan mahukan Dato' Syed Sobri dicalonkan ke PARLIMEN Padang Terap dan bukannya ADUN kawasan. Kta mereka ini kerana apa yang beliau lakukannya kinipun beliau membantu semua penduduk Daerah Padang Terap tak kira rakyat kawasannya atau DUN Pedu yang meminta pertolongan.

Ramai pemimpin PAS di Bahagian Pedu, Naka dan Kuala Nerang berpendapat kiranya Dato' Syed Sobri ambil Perlimen PAS akan katoi awal-awal lagi.

Ini kita lihat pemimpin PAS Kedah iaitu Nasir Zakaria yang gagal menjalankan amanah dan mentadbirkan Daerah Padang Terap yang sudah sedia dibangunkan oleh Kerajaan BN sebelum mereka ambil alih. Bukan sahaja beliau gagal dalam perpanduan ummah tetapi beliau gagal mentadbir dan menyelenggarakan kemudahan yang tersedia megah dibiarkan mengelami kerosakan tanpa tindakan segera untuk penyelenggaraan.

Pertama kemudahan asal seperti jalanraya yang gagal diselenggarakan menyebabkan tar yang sediada hilang terus dan setengahnya penuh dengan lopakan besar dan dalam. Jalanraya menjadi tinggi rendah beralun disebabkan penggunaan lori-lori mengangkut kayu balak. Banyak kemalangan dialami oleh pembonceng motosikal dan kerosakan harta benda dan kecederaan terutamanya motosikal.

Kedua Kemudahan Asas Bekalan Air bersih. Paling malang Padang Terap gah dengan Ampangan Pedu tetapi rakyat persekitarannya dinafikan mendapat kemudahan berterusan teruatamanya kaum suku sakat Nasir Zakaria sendiri. Paling menyedihkan apabila bulan puasa dan musim perayaan kerana bekalan air terputus ketika waktu berbuka puasa dan waktu tengahai untuk mengambil wuduk solat. Ini bertambah teruk kerana air tiada waktu puncak dihari Raya dan menyebabkan rakyat terpaksa mengambil air sembahyang mengikut ala kadar dan cantuan dan paling menyedihkan untuk kegunaan membasuh peralatan Hari raya.

Ketiga, Kemudahan asas seperti tandas yang disediakan oleh Kerajaan BN gagal diselenggarakan dan amat memalukan kerana ianya tidak dapat digunakan. Sedangkan dalam islam menitik berat soal kebersihan kerana ianya separuh daripada iman.

Keempat, Rumah ibadah terpaksa UMNO memainkan peranan dalam membaiki dan menyelenggarakan sedangkan kerajaan PAS megah dengan amalan Takzirah ceramah mengutu dan mengata UMNO.

Kelima, Khazanah seperti sumber kayu kayan dan flora fauna banyak dimusnahkan secara rakus tanpa belas ehsan dan banyak kawasan tadahan air dihapuskan menyebabkan kemusnahan ketara dan banjir lumpur.

Keenam, Pendidikan, PAS gagal dalam memberi mutu pendidikan kepada rakyat Padang Terap. Kita lihat Sekolah yang memberi didikan awal Nasir Zakaria beliau gagal memberi sumbangan dan sokongan moral bahkan ADUN UMNO yang tiada ada kepentingan membantu menaikkan Sek. Keb. Belukar Luas, Naka dengan memberi semangat moral dan bantuan kewangan bagi menaikkan imej dan mutu pendidikan.

Ketujuh, Kerajaan PAS yang dipimpin oleh Nasir Zakaria gagal dalam menyediakan perasarana kemudahan asas seperti komputer kerana UMNO/BN bermurah hati memberi komputer dan membina perpustakaan kepada rakyat Padang Terap.

Kelapan, Ehsan yang dijanjikan untuk kebajikan golongan emas dan ibu tunggal gagal ditunaikan bahkan UMNO yang memberi bantuan dan membantu seadanya dan memberi rumah PPRT kepada yang memerlukannya.

Kesembilan, Tiada Ehsan dan simpati terhadap rakyat yang menimpa musibah sepertimana yang telah diwar-warkan mangsa ribut di KEDA Bendang Tok Teri, Naka dimana YB Nasir Zakaria menghilang diri ke Kuala Lumpur.

Kesepuluh, Pemimpin PAS seperti Nasir zakaria ini terlalu ego dan dan syok sendiri sehingga belanjawan yang dibentangkan oleh PM dipersendakan walaupun ianya telah memberi komitmen yang positif dan menjana ekonomi bahkan dakui oleh Negara lain bahkan dicemburui oleh Negara pimpinan sahabat baik Nasir Zakaria iaitu Lee Kuan Yew.

Maaf kerana kalau nak senaraikan terlalu banyak dan tuan-tuan lihat sendiri perkembangan Kuala Nerang yang begitu lembab dewasa ini dan kalau adapun hanya pembangunan daripada BN sahaja. Tak dinafikan kerja Nasir Zakaria hanya gah membina markaz PAS sahaja sedangkan untuk rakyat dinafikan. Apakah ini pemimpin yang mempunyai ciri2 islam sedangkan perpanduan UMMAH ahlinya sendiri cacamerba. Inilah dia pemimpin yang cakap tak serupa bikin dan tiada pimpinan untuk kesejahteraan rakyat hanya gah gambar menunjukkan keegoaan dan kesombongan sahaja. Tak Percaya lihatlah webnya.

Petikan dari komen blog Kedah Times “MENCARI WINABLE CANDIDATE!!!!”.

0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top