Saturday, December 18, 2010

Dato' Paduka Ahmad Bashah Dan Dato' Mukhriz Bukan Pemimpin Paling Top Di Kedah.

Ramai pemimpin Umno di Kedah merasakan diri mereka paling layak untuk dinobatkan sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah termasuklah mereka yang kalah pada PRU-12 Mac 2008.

Najib Razak mungkin telahpun memuktamadkan pilihan beliau dan hanya menunggu masa untuk mengumumkannya.

Ahmad Bashah Md Hanipah dan Mukhriz Mahathir dikatakan bakal diumumkan sebagai Ketua dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Adakah Bashah dan Mukhriz calon paling popular di Kedah?

Kepada mereka yang tidak tersenarai, ianya disebabkan samada mereka tewas semasa pilihanraya tersebut atau mempunyai masalah besar sehinggakan mereka hilang kelayakan untuk disenaraikan seperti Syed Sobri Syed Hashim (Kuala Nerang) yang dibelenggu hutang dan Abu Hasan Sharif (Kota Seputeh) yang menunggu samada akan dilucutkan gelaran wakil rakyat kerana gagal menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah. 

BERIKUT SENARAI 12 PEMIMPIN UMNO PALING TOP DI KEDAH (Kajian berdasarkan kepada majoriti kemenangan mereka semasa PRU-12). 
  1. Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam) majoriti: 6,995 undi
  2. Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu): 7,060 (**kelebihan kepada Ahmad Zaini kerana kerusi yang ditandingi beliau hanya kerusi negeri berbanding kerusi parlimen yang besar yang ditanding Johari**)
  3. Abu Bakar Taib (Parlimen Langkawi): 4,970
  4. Nawawi Ahmad (Kuah): 3,324
  5. Suraya Yaakob (Sungai Tiang) 3,006
  6. Mahdzir Khalid (Pedu) 2,733
  7. Saad Man (Jitra): 2,258
  8. Mukhriz Mahathir (Parlimen Jerlun): 2,205
  9. Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat): 1,135
  10. Azmi Che Hussin (Bayu): 984
  11. Ahmad Bashah Mad Hanipah (Bakar Bata): 358
  12. Tajuddin Abdullah (Belantik): 254
Jelas Ahmad Zaini merupakan pemimpin yang tertinggi memperolehi undi majoriti di Kedah sementara Ahmad Bashah, pemimpin favourite untuk menyandang jawatan Ketua Perhubungan berada di tempat ke 11. Bakal timbalan beliau, Mukhriz, hanya berada di tempat ke-8.

Artikal dipetik dari Blog Jelapang.

Komen aku.......,

Najib terpaksa membuat percaturan nipis menentukan calon yang sesuai menerajui Kedah. Lobi melobi adalah amalan biasa di dalam UMNO. Tersalah pilih berkemungkinan untuk mengambil Kedah kembali 50-50.

Kepada mereka yang terpilih, di sinilah penentu politik mereka. Sekiranya berjaya mengambil kembali Kedah, semestinya namanya akan disanjung dan dipuji. Tetapi, kekalahan akan menghancurkan karier politik mereka. Lebih-lebih lagi kepada Dato' Mukhriz, dengan nama Tun akan rasa tempiasnya.

Anonymous Anonymous said...

Memang Najib tak nak BN menang di Kedah bila lantik dua org ni...untung Bashah sebab dia kawan Najib dan rupan2nya UMNO ni hanya utk kekawan shja....Tahniahlah Najib kerana lantik mrk ini...Timbalan tu bertanding KP Kubang Pasu pun kalah..cuba tanya Mukhriz..berapa kali dia hadir Mesyuarah AJK Bhgn Kubang Pasu?
Basha tu masa jadi Timbalan..apa yg dia bantu Shafie? Naib Oh Najib..jadilah anjing dgn bayang2nya...

Kalau nak diambil kira kajian daripada Jelapang tu bukannya tidak bagus tetapi kita kena ingat, kekalahan BN di Kedah adalah kerana tsunami politik Pak Lah. Penyokong parti tetap menyokong parti mereka, hanya pengundi atas pagar dan pegundi saluran 3, saluran 4 dan sedikit dari saluran 2.
Malangnya Kedah tiada ramai tokot-tokoh politik diperingkat atasan yang ada kredibiliti. Generasi lapisan kedua bersusun menungu peluang untuk naik, tetapi hakikatnya permainan dalam UMNO tidak memberi peluang kepada muka baru untuk menonjol. Muka-muka baru yang perpendidikan tinggi akan dicantas begitu sahaja. Maka naiklah nama nongoi-nongoi pengampu. Adat mengcantas ni bukan sahaja berlaku di Negeri mahupun Bahagian, tetapi di peringkat cawangan lagi. Yang kepala dok atoq datangnya dari orang atasan juga. Tak salah pepatah kuah dan nasi.......borek anak dan bapak....... kerana nila akar umbi tercalit.
Mungkin dalam masa yang terdekat ini Najib tiada pilihan untuk menentukan calon pilihan beliau, walaupun calon itu bukan favourite sesetengah akar umbi. Hakikatnya kita harus akur dengan pucuk pimpinan memandangkan pilihanraya kian hampir. YANG PENTING KEDAH MILIK KITA.
Selepas ini ahli akar umbi dipeingkat cawangan perlu memainkan peranan untuk memilih siapa bakal pimpinan bahagian mereka. Ini tidak, kalau kena sogok sikit mula la buat kroni. Bila pimpinan bahagian rosak, mula la nak salahkan depa, sedangkan kita yang membuat pilihan. Kena ingat....... satu jari menunding, tiga lagi patah balik kat kita....... 
Generasi muda kita terlalu ramai dan mereka juga mampu memimpin sekiranya diberi peluang. 

1 comments:

Anonymous said...

peringkat akar umbi yang terdiri dari ketua cawangan dalam pemuda dan wanita yang selalunya awal2 kena beli.
ketua bahagian sumbat mulut mereka dengan macam2 benda.
pecaya ke tak...selepas kalah pru12 ada juga ketua2 bahagian bawa ketua cawangan dari kedua-dua sayap pergi makan angin sampai kenegara cina.
konon mereka ini kuat bekerja...
ahli biasa dapat apa?
kalau mukhriz terpilih...mungkin aku mengundi pru13 nanti..jika yang lain dipilih..
maaflah...5 undi dari keluarga aku sah ke PAS.
bukan benci pada umno,cuma tak mahu lagi berketuakan pemimpin yang banyak dosa kepada parti.
nak menang pru13...umno kedah kena terima pembaharuan.
buang saja sebahgian dari ketua2 bahagian tu kedalam tasik pedu.

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top