Disiarkan temuramah antara Warta Darul Aman, yang lebih mirip khasnya untuk menjawab segala artikel yang disiarkan di DKS. Jadi untuk tidak menghampakan Hj Sobri, di sini disiarkan komen selari dari DKS sebagai rujukan untuk blogger PAS terutamanya KedahLa/KedahLaNie/harakahdaily.
(sori lambat buat sebab baru terjumpa temuramah ni semasa dok search kat Google utk Hj Sobri).
DI PETIK DARI WARTA DARUL AMAN KEMASUKAN PELABUR LEBIH RANCAK DI MASA PAKATAN RAKYAT Ahad, 11 Mac 2012 10:31 | Ditulis oleh SARINA ISMAIL Kulim Technology Park Corporation (KTPC) merupakan salah satu syarikat milik kerajaan negeri yang bertanggungjawab secara langsung dengan kemasukan pelabur-pelabur luar khususnya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Berikut merupakan wawancara khas wartawan Warta Darul Aman bersama Presiden KTPC, Muhamad Sobri Osman mengenai perkembangan serta kemajuan yang telah diusahakan oleh KPTC untuk KHTP. Warta Darul Aman Bagaimanakah kemajuan dan perkembangan terkini serta kemasukan pelabur baru ke KHTP? Muhamad Sobri Kalau mengikut pelaburan terkini sepanjang tempoh sehingga 2011 dan yang telah memulakan operasi mereka, antaranya Laryngeal Mask (LMA), Saint Gobain Glass, Whizz System, Fuji Logistic, QT Technologies dan yang terkini iaitu Panasonic Solar. Panasonic Solar sebenarnya telah mengadakan ‘closed deal’ dengan pihak kita pada bulan November lagi dan mereka telah selesai upacara pecah tanah pada awal Mac lalu. Mereka menjangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada Disember 2012. Pelaburan terkini iaitu Panasonic Solar di mana mengikut perjanjian awal melibatkan RM1.8 bilion tetapi apabila keputusan akhir diambil, pelaburan meningkat ke RM4.5 bilion mengikut dalam beberapa fasa tertentu. Selain itu, Tissue Culture di KBio-Corp telah mula beroperasi yang fungsinya membantu merealisasikan impian Menteri Besar kita ingin menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur. KOMEN DKS: KHTP SUDAH BERHUBUNG DENGAN PANASONIC SEJAK 2006 LAGI. JANGAN KELENTONG HANG YANG PI CLOSE DEAL TU. TU SEMUA MIDA TOKYO YANG BUAT KERJA TU, YANG HANG TAK MALU PI CLAIM PASAI PA TUAN HAJI SOBRI; HANG NI SELALU MAIN HENPON MASA INVESTOR BRIEFING KAT TKT 3 MTG ROOM TU, SEMUA ORG TAU LA WALAU PUN HANG BAGI NAMA IANYA PELABURAN BARU, TETAPI IANYA TELAH DIMULAKAN OLEH MIDA DAN KHTP SEJAK DARI TAHUN 2006 LAGI (SILA RUJUK MAKLUMAT DI HUJUNG ARTIKEL NI) TISSUE CULTURE TU PUN DAH ADA ARTIKEL DKS YG BAGI TAU TU PELABURAN DARI NCIA DAN ORCHID LIFE, PAS (TAULAN) HANYA MAI TOLONG BUAT PERASMIAN & DGN TAK MALUNYA CLAIM INI ADALAH USAHA MB UTK JADI KEDAH SBG BELANDA TIMUR. KTPC PUN TAK JEMPUT NCIA MAI PERASMIAN TU Warta Darul Aman Bagaimana pula dengan pelaburan di KHTP? Muhamad Sobri Sebenarnya, di KHTP kita mempunyai dua jenis pelaburan iaitu pelaburan sedia ada dan pelaburan baru. Contohnya Infineon, dari pelaburan yang sedia ada, mereka menambah pelaburan baru. Begitu juga dengan Sirim AMREC, mereka akan membina bangunan baru di samping bangunan yang sedia ada. Kita juga akan ke zon industri fasa 4 (Industrial Zone Phase 4/IZP4) pada tahun hadapan yang melibatkan keluasan 410 ekar. Bermula pada tahun1996 seluas 3,600 ekar, pada 2008 bertambah 4,032 ekar dan pada tahun 2011 keluasan bertambah sehingga 10 ribu ekar. KOMEN DKS: SEBENARNYA PELABURAN TU ADA 2 IAITU BARU DAN PENAMBAHAN (EXPANSION); BUKANNYA SEDIA ADA & BARU; YG INFINEON NI PUN DULU MASA BN YG TARIK DATANG KE KHTP, TERPAKSA BERSAING MASA TU DENGAN SHANGHAI DAN LAIN2 NEGARA, SEKARANG SUDAH MENAMBAH PELABURAN; SIRIM PULA ADALAH AGENSI KERAJAAN PUSAT, MENAMBAH BANGUNAN HASIL USAHA MENGGERAK R&D DAN INOVASI, TIADA KENA MENGENA DENGAN USAHA TUAN HAJI SOBRI ATAU PUN KERAJAAN PAS/PR KEDAH; KHTP FASA 4 SEMUA KERJA TANAH ADALAH DENGAN GERAN BANTUAN KERAJAAN PUSAT YANG SEKARANG MEMERINTAH DARI PUTRAJAYA (YANG KINI INGIN DI TAWAN OLEH PAS); MALAH SEKARANG DAPAT PULAK GERAN OPERASI DARI KERAJAAN PUSAT Warta Darul Aman Jika ada pelaburan baru, adakah jumlah pelaburan tersebut telah dimasukkan dalam stastistik yang dibentangkan oleh MIDA bagi tempoh Januari hingga November 2011. Apakah benar Kedah berada di kedudukan ke lapan seperti yang dilaporkan? Muhamad Sobri Peningkatan pelaburan menjadi semakin aktif pada penghujung 2011. Kalau dibandingkan 16 tahun yang lepas, maknanya sepanjang tempoh tersebut, tahun 2011 mencacatkan kemasukan pelaburan yang agak tinggi tetapi ianya berlaku pada penghujung tahun berbanding sebelumnya. Statistik yang dikeluarkan oleh MIDA sendiri menunjukkan kemajuan yang begitu ketara. Pada tahun 2010 Kedah berada di tempat ke tujuh tetapi terjadi lonjakan pada tahun 2011, Kedah berjaya naik ke tempat ke lima dalam Malaysia. Keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh MIDA dalam pelaburan baru, menunjukkan Kedah berada di tempat ke dua selepas Sarawak dan mendahului Selangor dan Pulau Pinang. KOMEN DKS: DARI APA YANG AKU TAU PANASONIC SOLAR/SANYO SOLAR PADA MULANYA NAK PI PKFZ, TAPI ADALA USAHA MIDA UTK SWING KE KHTP, BUKANNYA APA PUN, NAK BAGI BALANCE PELABURAN TU KE SEMUA NEGERI, TU SAHAJA, JADI APA PASAL PAS JADI BANGGA DAN RIAK TERLEBIH MEMUJI HJ SOBRI SEDANGKAN MASA DIA KERJA DI KILANG JEPUN, HITACHI METAL/RENESAS PUN DIA DAH NAK KENA BUANG SEBAB RAJIN DOK PRINT PASAI CERAMAH PAS SAHAJA WALAU PUN BEKERJA SBG ENGINEER/JURUTERA TAPI RAJIN DOK KEMPEN UTK PAS Warta Darul Aman Sekiranya Kedah telah berjaya berada di tempat ke lima dalam Malaysia serta tempat ke dua dalam pelaburan baru, boleh Tuan berikan jumlah jumlah peningkatan yang terjadi sepanjang tempoh berkenaan. Muhamad Sobri Perbandingan pelaburan bermula pada tahun 1996 sehingga 2011 juga menunjukkan kenaikan yang ketara. Pada tahun 1996 sehingga 2007, purata pelaburan hanyalah sekitar RM1.6 bilion setahun berbanding pada tahun 2008 sehingga 2011 menjangkau sehingga RM2.57 bilion setahun. Di sini kita dapat melihat peningkatan sehingga melebihi RM1.6 bilion. Walau pun ada sedikit peningkatan bermula pada tahun 2004 sehingga 2007 tetapi peningkatan yang begitu tinggi berlaku pada tahun 2011, di mana ianya mencatatkan peningkatan sehingga RM6 bilion. KOMEN DKS: TELAH DINYATAKAN BERKALI-KALI BAHAWA KERJA MENARIK PELABURAN ADALAH DILAKUKAN OLEH MIDA, BERMULA DI LUAR NEGARA, KEMUDIAN DI MIDA KL, HINGGALAH KE MIDA KEDAH (95% KERJA MIDA & HANYA 5% KERJA KTPC). TAMBAHAN PULA ADA AGENSI BARU NCIA UNTUK MEMBANTU MENARIK PELABURAN KE NCER. KERJA PAS HANYALAH GOYANG KAKI & PI OVERSEA MAKAN ANGIN SAHAJA CONTOHNYA PI MASUK PAMERAN YG TAK ADA KENA MENGENA DENGAN MENARIK PELABURAN, SEPERTI PAMERAN MARITIME DI PERANCIS Warta Darul Aman Bagaimana pula dengan lima pelabur yang dikatakan sedang berunding dengan KTPC untuk melabur di KHTP dan boleh Tuan nyatakan nama pelabur-pelabur tersebut? Muhamad Sobri Sebenarnya bukan sahaja lima pelabur yang sedang berunding dengan kita sekarang malah hampir 20 pelabur. Ada antara mereka yang ‘calit kapur’ dengan kita tetapi telah menjadi ‘business strategy’, kita tidak akan mengumumkannya sebelum mengadakan perjanjian dengan mereka. Kita pernah terlepas pelaburan satu syarikat besar kerana ada pihak yang menguar-uarkannya terlebih dahulu. Akibatnya, pelabur telah berpindah ke tempat lain. Walau bagaimana pun ada kalanya kita memaklumkan ada tiga pelaburan baru tapi sebenarnya kita mempunyai lebih dari itu. KOMEN DKS: HANG INGAT NI APA MAIN2 DOK CALIT KAPOQ? JANGAN LA BOHONG SAMPAI ADA 20 PELABURAN, ‘IT IS A BIT TOO FAR FETCHED FOR OUR IMAGINATION’ aka HANG MEMANG KAKI KELENTONG NO 1 PAS KEDAH, YANG ADA TAHUN 2012 BARU INFINEON, TU PUN PELABURAN ‘EXPANSION’ HASIL USAHA KERAJAAN BN/UMNO YG HANG DOK MAKI & ANTI DI KTPC Warta Darul Aman Bagi menangkis dakwaan kononnya Kedah hanya mengharapkan kerajaan pusat untuk menarik pelabur luar masuk, apakah promosi yang dilakukan oleh pihak KPTC untuk tujuan tersebut? Muhamad Sobri Sebenarnya untuk kemajuan KHTP ini kita memerlukan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat. Untuk mengadakan promosi secara sendiri bukannya mudah. Kita perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti MIDA kerana mereka mempunyai ibu pejabat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun pihak KPTC juga berusaha mencari pelabur serta mengadakan promosi dengan berjumpa sendiri dengan pelabur. Ada yang kita pergi sendiri, ada bersama MIDA dan ada juga kita pergi bersama EXCO berkenaan. KOMEN DKS: MEMANG BETOI PUN MIDA YG BEKERJA KERAS DAN PROFESIONAL BUKAN MACAM HANG TN HAJI MASA BRIEFING INVESTOR DLM MEETING ROOM HANG DOK MAIN HANDPHONE. SEPERTI DI ATAS LA, KTPC SELALUNYA HANYA 5% DAN MIDA 95% BUAT KERJA TARIK PELABURAN NI. LAGI SATU PASAI PA INVEST KEDAH/KEDAH INVEST TAK SEBUT PUN? APA PERANAN DEPA NI, ATAU PUN MAKAN GAJI BUTA? Warta Darul Aman Selain itu, apakah yang ada di KHTP itu sendiri yang boleh promosi sebagai daya tarikan kepada pelabur? Muhamad Sobri Sebenarnya sistem yang kita tawarkan di KHTP ini sendiri boleh menarik minat pelabur. Misalnya, persekitaran KHTP yang selamat, sistem kabel bawah tanah, saluran gas bawah tanah, kita ada Logistic Shenker yang boleh memberi khidmat kontena penghantaran dengan cepat. KHTP juga boleh membekalkan air yang banyak di samping sistem ‘electric power’ oleh NUR di mana ianya boleh membekalkan dari 220mw sehingga 440mw. Buat masa sekarang kita telah menggunakan hampir 170mw. Perkara-perkara sedemikian juga menjadi tarikan kepada pelabur untuk melabur di KHTP dan ini tidak temasuk dengan keselamatan serta pasarana-pasarana lain seperti kediaman, kedai-kedai dan lain-lain keperluan yang disediakan di sini. KOMEN DKS: SEMUA YANG HANG CERITA NI TUAN HAJI SOBRI TERMASUK ASPEK KESELAMATAN, MASA BN LA DEPA DAH SEDIAKAN SEMUA KEMUDAHAN TU. MASA HANG PEGANG CUMA TAK DAK AYAQ SAJA SAMPAI KILANG SEMUA RUGI RM53 JUTA Warta Darul Aman Hasil dari pelancaran 5S, apakah kejayaan yang telah berjaya ditempa oleh KHTP? Muhamad Sobri Selepas kita memperkenalkan 5S, KTPC bersama KTMSB, K-Bio Corp dan KGCR, kita telah dianugerahkan QE Certificate yang disempurnakan oleh YB Dato’ Mukhriz pada 22 Disember 2011 yang lalu. KOMEN DKS: 5S NI KALAU DI KILANG BAGUIH LA, KALAU KTPC TAK DAK SANGAT SIGNIFIKAN, CUMA NAMPAK MEJA SAJA KOSONG, MACAM TAK DAK KERJA. LAGI PUN 5S NI TAK SANGKUT PUN DALAM USAHA MENARIK FDI KE KHTP Warta Darul Aman Dan apakah faedah yang diperolehi dari 5S berkenaan? Muhamad Sobri Antara faedah yang diperolehi dari 5S ini termasuklah, kualiti yang stabil, kos yang menurun, penghantaran tepat masa (delivery on-time), keselamatan yang baik serta moral pekerja semakin meningkat. KOMEN DKS: BETUI KA MORAL PEKERJA SEMAKIN MENINGKAT? YANG AKU TAU ADA STAF DAH BACA YASIN MINTA TUHAN TUNJUK KEBENARAN PASAI HANG BERAT SEBELAH DALAM HAL BAGI BONUS KAT STAF KTPC Warta Darul Aman Selain dari menyediakan ruang untuk para pelabur, bagaimana pula dengan insfrastuktur pendidikan yang diperolehi di KHTP? Muhamad Sobri KHTP menyediakan pasarana-pasarana yang agak lengkap untuk pelabur-pelabur. Selain tempat kediaman, pusat membeli belah, bank dan sebagainya, kita tidak lupa memastikan pusat pendidikan turut juga diperolehi di KHTP ini. Selain sekolah menengah dan rendah, di KHTP ini juga terdapat dua institusi pengajian tinggi seperti politeknik dan UniKL. Pihak kita pernah berusaha untuk mewujudkan sekolah antarabangsa di sini tetapi tidak mendapat sambutan dari pelabur kerana kebanyakan mereka yang datang ke sini bersendirian dan tidak membawa keluarga bersama. KOMEN DKS: LAGI NI SEMUA HANG DOK PUJI YG KERAJAAN PUSAT BAGUIH SEDIAKAN SEKOLAH, UNIKL. SEKOLAH ANTARABANGSA TU DATUK SHUKRI YG BAWAK MAI ELC, TAPI PASAI HANG BO LAYAN DEPA, TU DEPA TUTUP. HANG SAJA DOK KELENTONG YG EXPATRIATE TU MAI SORANG SAJA, TAK BAWA KELUARGA, MANA HANG TAU? ADA KA STATISTIK YG BULEH TUNJUK MAI? BUDAK KECIK BULEH LA HANG KELENTONG Warta Darul Aman Bagaimana dengan faktor keselamatan? Maksud saya seperti adanya kawalan dari pasukan keselamatan atau mewujudkan balai polis di KHTP? Muhamad Sobri InsyaAllah, di KHTP ini setakat ini keselamatannya terjamin. Sebuah balai polis telah siap dibina dan akan beroperasi pada pertengahan tahun 2012. Walau bagaimanapun sebelum ini memang telah disediakan kediaman oleh KHTP untuk anggota polis yang bertugas di sini. Keadaan di KHTP setakat ini terkawal dan kita tidak menghadapi masalah moral di kalangan pekerja-pekerja di sini. Kebanyakan mereka yang bekerja di KHTP merupakan orang-orang tempatan cuma ada sedikit sahaja dari kalangan pekerja asing. KOMEN DKS: LAGI2 TUAN HAJI HIGHLIGHT PROJEK KERAJAAN PUSAT, TAPI CALIT KAPOQ HANG KATA HANG BUAT. UTK PENGETAHUAN, BALAI POLIS TU KDN SEDIAKAN, BUKAN DARI PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI Warta Darul Aman Soalan terakhir, sekitar tahun 2011, KHTP dikatakan mengalami masalah tarif air dengan pelabur sehingga menyebabkan mereka lari dan apakah tindakan yang dilakukan oleh KTPC dalam menangani masalah tersebut? Muhamad Sobri Tidak benar sama sekali pelabur-pelabur lari akibat masalah tarif air berkenaan. Sebenarnya masalah tarif air itu secara langsung bersangkutan antara SADA dan kerajaan negeri. KTPC cuma bertanggungjawab dengan para pelabur. Cerita mengatakan para pelabur tidak mahu menjelaskan bil air adalah benar. Mereka sebenarnya membayar tetapi tidak diterima oleh pihak SADA. Masalah ini terjadi ekoran dari tarif air berubah tidak mengikut perjanjian asal bersama pelabur. Pelabur membayar mengikut tarif yang dijanjikan tetapi pihak SADA hanya menerima bayaran mengikut tarif baru. Walau bagaimana pun masalah ini telah diambil tindakan oleh Kerajaan negeri dan setakat ini tiada sebarang keputusan muktamad yang dikeluarkan lagi. KTPC bertanggungjawab ke atas pelabur kerana mereka mengadakan perjanjian dengan kami, walau bagaimanapun kita harap masalah ini dapat diselesaikan segera. KOMEN DKS: MEMANG TAK ADA KILANG TUTUP, TAPI ADA KILANG YANG TERPAKSA BERHENTI OPERASI, HINGGA MENYEBABKAN KERUGIAN SAMPAI RM53 JUTA. KESIMPULANNYA ANDA MENTADBIR KHTP HANYA SECARA AUTO PILOT, MB PUN NYARIS2 NAK PECAT HANG; SECARA KASAR MARKAH HANG HANYALAH 30% SAHAJA KALAU AKU YG JADI MB KEDAH LA NI; WALAU PUN HANG ADA MBA USM, TAPI HANG NI BUAT MALU USM SAJA, TAK DAK KELAS SBG CEO YG BERKARISMA, MELAINKAN HANYA TAHU BERLAGAK SEPERTI ORANG POLITIK DAN BUKAN TOKOH KORPORAT Warta Darul Aman Terima kasih Muhamad Sobri Sama-sama. |
P.S: MAKLUMAN KEPADA PAS/PKR/HJ SOBRI
Panasonic ni dah di monitor oleh KTPC sejak dari 2006 lagi. Sila rujuk no. 5 dari Laporan yang disertai oleh pegawai dari KTPC ketika itu:
SUMMARY OF MIDA SPECIFIC PROMOTION MISSION (SPM)
INDUSTRIAL FAMILIARISATION PROGRAMME ON DISPLAY TECHNOLOGY AND SEMICONDUCTOR IN JAPAN
(17-25 APRIL 2006)
OSAKA, NAGOYA AND TOKYO
No. | Name of Company | Activities/ Products | Requirement | Current Status of project and follow-up actions required | Assessment of Potential/ Status Code |
Showa Denko K.K. | Manufacture of aluminum substrate | Not available | Proposal to expand in KHTP especially for substrate as well as other business such as blue LED production | Potential (recently expanded in Singapore for media production) | |
Hoya Corporation | Manufacture of mask blanks for LCD | Already has vacant land for expansion (Lot 28) | Intend to expand for a new project and will decide in Q3 2006 | Potential | |
Ibiden Co. Ltd. | Ceramic & electronic substrate (incl PWB) | - | Already expanded in Japan (moved into new building). 2 expansion plans in process (Japan & Philipppines). 3rd expansion already planned | Potential | |
Sharp Corporation | LCD module | - | Has plan to expand the LCD operation. Need huge quantity of water for LCD plant | Potential | |
Panasonic | Semiconductor Group PDP Group | - | New factory just opened in Suzhou, China | No expansion plan indicated after Suzhou | |
Rohm Co. Ltd | LED, laser diodes & capacitors | - | Presently has no plan to expand | Invited to send investigation to KHTP | |
Kyocera Corporation | Solar module | - | Plans to shift Japan to elsewhere for asembly of solar module (recently AVX, capacitor producer in Penang taken over by Kyocera) | Invited to conduct feasibility in KHTP | |
Toppan Printing | Photomasking | - | Silterra is a customer of Toppan. Infineon have a joint development centre in Dresden with Toppan & AMD | Discuss on possibility of opening an office in KHTP | |
Tokyo Electron (TEL) | Semiconductor equipment manufacturer | - | 2nd in world after Applied Materials. Hermes Epitek representing TEL in KHTP | Invited TEL to consider opening office in KHTP & possibility to JV with local partner for refurbish of semiconductor equipment | |
Sony Corp. | LCD TV (brand-Bravia) | - | Expansion in Prai for HDD walkman & hi-fi, TV & DVD in Bangi | Malaysia in Sony centre for South East Asia. | |
Taiyo Yuden Co. Ltd. | Capacitor | - | Currently has a plant in Sarawak | Plans to increase volume in current site but not location. Has a rep office in Penang | |
Funai Denki | Flat panel display assembly (PDP & LCD) | - | Has an operation in Pasir Gudang | Potential for promotion of KHTP to semiconductor operations nof Funai Denki | |
Shinsei Engineering | Polariser for LCD panel | - | Plans to produce LCD TV in Perak (JV with Perak State SEDC). Brand name COTAC. | JV with Perak SEDC is already at advanced stages. | |
Nitto Denko | Flat panel display industry e.g polariser & metal circuit board for HDD | - | Currently operating 2 factory in Shah Alam | No plan to expand to Northern Region. Concentrate expansion in Shah Alam. | |
JST Mfg. Co. Ltd. (Japan Solderless Terminal) | Precision connectors | - | Expanded in PTP Advised MIDA to inform Sykt Air Johor (SAJ) of not enough water for next 2-3 years & should improve & increase capacity. | No other expansion plan in Malaysia |
Dan juga HJ SOBRI yang pi buat deal? Jangan dok buat lawak kat sini.
Nanti hang pi bagi interview sekali lagi dgn Warta Darul Aman, hang akan claim Infineon expansion di KHTP pun hang yang pi deal, sebab tanah tu memang pun depa dah ambik masa mula melabur dulu tahun 2004 dulu, ni pun projek expansion jugak, dan termasuk dalam EPP Kerajaan Pusat/PEMANDU.
RUMUSAN AKHIR:
SEBENARNYA HJ SOBRI BERNASIB BAIK APABILA PANASONIC MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MELABUR DI KHTP MEMANDANGKAN TANAH PLOT TERSEBUT MEMANG LAMA TELAH BERADA DI ZON INDUSTRI FASA 2,
TAK PERLU SUSAH PAYAH, HANYA KERANA SATU PELABURAN ANGKA PELABURAN NEGERI KEDAH MELONJAK. TAPI KEPUTUSAN UNTUK MENAIKKAN PELABURAN DARI RM1 B LEBIH KEPADA RM4.5 B ADALAH HASIL PERBINCANGAN KERAJAAN PUSAT/MITI/MIDA DAN TIADA ADA KENA MENGENA DENGAN PAS KEDAH ATAU PUN HJ SOBRI.
HARUS JUGA DIINGAT PELABURAN TAMBAHAN INFINEON DI KHTP PADA TAHUN 2012 BERJUMLAH RM4 B JUGA HASIL USAHA DARI BN/UMNO DAN KERAJAAN NEGERI TERDAHULU (MASA ZAMAN SYED RAZAK JADI MB) YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MELOBI SYARIKAT TERSEBUT.
13 comments:
hj sobri mmg dah obses dgn DKS, dia tak boleh tahan sbb email dia telah kena godam dgn DKS. Sebab tu la semua soalan wawancara tu hanya ke arah mejawab artikel DKS sahaja.
Apasal MB tak nak gantikan hj sobri ni lagi? aku pun tak tau, yang dia tau la ni bagi bonus banyak kat KRONI dia dan sapa yg mirip sokong BN/UMNO atau tak sokong/bangkang dia, bonus kurang dr 1 bln. sapa sokong bonus 2 hingga ke 3 bulan
Selalunya mcm tu la, MIDA ni especially MIDA Negeri Kedah langsung tak diberi penghargaan. Depa shj puak pAs yg baguih & jaguh pelaburan, mcm jugak lim guan eng yg jadi bongkak & sombong masa debat dgn CSL claim skrg penang dh jd negeri terbanyak dpt pelaburan. Dulu masa BN pegang, negeri2 tak pernah tunjuk lagak spt ni, sbb yg penting ialah pelaburan/FDI masuk ke Malaysia, bukannya persaingan nak tunjuk siapa jaguh.
Apa pun terima kasih Encik Ardi dari MIDA Kedah yg dari dulu menyokong penuh pelaburan FDI ke KHTP & MIDA ni selalunya adalah 'unsung hero' atau pun la ni dlm BM disebut 'wira tak didendang' yg bunyinya mmg pelik, tapi nak buat camna DBP dah bagi direct translation. Patutnya cari la term lain contohnya 'wira berbakti tanpa mengharap penghargaan' dll. Guna la sebutan yang baik sikit sbb 'tak didendang' tu mcm tak ada makna shj
Sekarang ni trend terbaru Pakatan Rakyat & juga tak ketinggalan Pak Lebai PAS Negeri Kedah ialah menumpang glamer. Tengok sajalah Leman Raja Lawak dari Kuala Nerang yg join Raja Lawak sebab mahu dikenali orang kawasannya dan selepas ini mahu menjadi calon YB. Hj Sobri pun sama jugak, ingin mencari glamer, nanti boleh juga jadi calon di Pantai Merdeka, silap2 haribulan menang jadi Exco & Chairman KHTP pulak, hebat tu, lepas tu boleh la lobi utk gelaran Datuk. Walau pun dia tau yang dia kurang kerja dan kurang berada di ofis, dia mesti claim kalau ada investment di KHTP, dia yang deal. Orang kampung PAS boleh la dia kencin, tapi orang kat ofis semua tau perkara sebenar. Hanya pak guard kat bawah yg tau berapa hari sahaja Hj Sobri ada kat pejabat
Tasja Development bangunkan KuHTP
TN HJ SOBRI, NI ADA SATU LAGI SAINGAN UNTUK KHTP & NAMA PUN MIRIP KHTP IAITU KuHTP:
PUTRAJAYA 10 Julai - Syarikat pembinaan, Astral Asia Bhd. (AAB) menerusi anak syarikatnya akan bekerjasama membangunkan Kuantan Hi-Tech Park (KuHTP) membabitkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.8 bilion di Kuantan, Pahang bermula awal tahun hadapan.
Kedua-dua anak syarikat AAB itu ialah Syarikat Ladang LKPP Sdn. Bhd. dan Tasja Development Sdn. Bhd. (Tasja Development)
Projek tersebut yang dibahagikan kepada lima fasa itu bakal mendapat bantuan daripada kerajaan menerusi Dana Mudah Cara yang diuruskan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Menurut Pengurus Besar Pembangunan Hartanahnya, Yew Tuck Leong, projek tersebut akan dibangunkan di bawah koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) membabitkan tempoh 15 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
"Kawasan tersebut akan dibangunkan dengan kediaman, pusat latihan dan infrastruktur komersial sejajar dengan pembangunan perindustrian utama bertaraf antarabangsa baru.
Tahun 2007, pelaburan FDI Kedah ialah RM14 billion, terbanyak di Malaysia pada tahun tu, tapi tak ada pihak yg kecoh pun naikkan nama mereka di peringkat negeri mcm yg kita tgh lihat skrg ni
wahh hj sobri sudah bengang aka bangang & sudah pi report ke cybertrooper berbayar PAS iaitu kedah la & sudah ada respons yg terkini dari mereka. TERNYATA MEREKA DAH TAK TAHAN SAMPAI SEGERA BUAT JAWAPAN BALAS & MENJAWAB SEGALA KOMEN ARTIKEL INI. TERNYATALA MEREKA YANG MENULIS DI KEDAH LA TIDAK PROFESIONAL KERANA TAK TAHU BAHAWA KILANG BERHENTI OPERASI IALAH MEMBERHENTIKAN OPERASI KILANG SELAMA BEBERAPA HARI DAN INILAH YANG MENYEBABKAN KERUGIAN. INI TELAH DIPOSTKAN DALAM BLOG DKS DAH KERUGIAN SEMUA KILANG YG TERBABIT SEMUANYA MENCECAH RM53 JUTA. BOLEH BACA DLM ARCHIVE PREVIOUS POSTING
errr nak tanya sikit tn hj sobri, calit kapoq ka atau hang yg jadi dah jadi ayam berak kapoq?
Alahai hang hj sobrie awatnya cek ni manja sangat sampai pi report kat Wisma Sarul Aman?
Seriously man, Kedah La, a team of magnificently sponsored, well paid, writers trying to put a wedge between pro-UMNO bloggers, give me a break. Try writing the truth for once, instead of what the one-eyed wants. Does Kedah La ever write in support of Islam? Of course not, they are pakatan people, who receive sponsorship from the same piggy bank that is used to ensure Palestinians are killed and the Muslim world remain in shambles
Patutla KedahLa ni sama spesis dgn hang, mmg terer muhong & makan gaji buta
he he he hj sobri macam ayam berak kapur maksud: keadaan muka seseorang yang pucat atau takut
BTW, apa calit kapoq tu? aku pun nak tau jugak istilah baru nie
salam hajee, jgn la mare, nnt kena jual
assalamualaikum, saya seorang pak guard di tingkat bawah khtp ni, memang saya tau hj saiburi ni selalu nya jarang ada di pejabat. satu minggu boleh kira berapa hari saja dia mai. mungkin hari lain dia kata pi KL ada mesyuarat, tapi mungkin dia dok lepak kat rumah dia di sg petani, tuang kerja, gaji jalan
rancak ka pelaburan?.. yang dok dengar hj sobri ni dok sibuk ambil gambar buat koleksi 5s dia
kalau dah dulu manager kilang, yg dia pakar mestila ambil gambar 5s, iaitu sebelum & selepas (before & after)
Post a Comment