Thursday, July 19, 2012

Syarikat Kosmetik Tempatan Kulim Berjaya Bangun Produk Hasil Dari Sokongan K-Bio Corp.

Kedah Bio-Resources Corporation Sdn Bhd (KBioCorp) adalah anak syarikat Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yg beroperasi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berperanan menyediakan peralatan R&D, mesin analisa herba dan ‘pilot plant utk herbal extraction and solvent recovery’ utk kegunaan usahawan IKS tempatan.

Hal yg paling menakjubkan KBioCorp ialah Sobri masih gagal mengambil tindakan ke atas seorang staf yg mengaku (pengakuan sukarela tanpa paksaan) menerima RM20,000 dari kontraktor dan telah membuat pengakuan terbuka itu pada tahun 2009. Khabarnya dia ada pi mengadap cerita kat Sobri bukan dia yg minta, tapi kontraktor tu (Malchem) yg nak bagi sebagai duit raya, depa ‘bank in’ dlm akaun terus. Tambah staf itu lagi, duit tu dia buat beli kereta 2nd hand, tapi kereta tu pun dah accident. Mungkin la ayat yg terakhir tu Sobri terkesian dan terus tak jadi ambil tindakan hingga la ke saat ini. Khabarnya sekarang staf ini dah dinaikkan pangkat setelah memuji Nik Aziz melangit di depan Sobri. Apabila isu ini ditanya kepada Sobri, dia akan kata, bagi kat saya bukti, tu saja.

Apa pun berbalik kita kepada keratan akhbar di atas, dlm artikel tersebut ada menceritakan seorang usahawan wanita tempatan yg mengucapkan terima kasih kepada KBioCorp kerana telah membantu beliau membangun produk kosmetik sehingga berjaya dipasarkan ke seluruh negara.

Usahanya itu bermula sekitar 2007 dan mengambil masa selama 3 tahun utk membangunkan sepenuhnya produk-produk beliau. Apabila beliau melancarkan produk tersebut di Kulim Mall pada Disember 2011, beliau telah menjemput Datin Norsabrina Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Melaka Biotechnology Corporation utk merasmikan majlis pelancaran produknya.

Persoalannya mengapa ucap terima kasih kepada KBioCorp, tetapi tidak menjemput Tuan Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC atau pun Tuan Haji Aminudin Shuib, CEO, KBioCorp ke majlis pelancaran tersebut? Sebaliknya dijemput CEO Melaka Biotech Corp pulak.....?

Jika kita kaji balik, tahun Puan Noraida Yahya ini memulakan kerjasama dengan KBioCorp (berdasarkan keratan akhbar tertera) ialah pada tahun 2007. Semasa itu, Datin Norsabrina (yg ketika itu masih bertitle Puan) adalah Pengarah Eksekutif KBioCorp. Jadi sebagai menghargai kerjasama KBioCorp ketika beliau mula-mula bertapak sebagai usahawan, beliau telah menjemput Datin Norsabrina ke majlis tersebut sebagai perasmi. Inilah mengenang budi namanya dlm Bahasa Melayu. Dlm Bahasa Inggeris ia disebut ‘give credit where it is due’.

Bukannya seperti sekarang di KHTP yg mana Presidennya mengaut segala ‘credit’ atas kenaikan mendadak pelaburan di KHTP tanpa rasa segan silu dan tak malu, mana la tau kalau PRU 13 dijalankan tahun depan, bulan 2 atau 3, boleh lagi lobi utk dapat gelaran ‘Dato’ pada bulan 1, 2013 ni di Kedah.


10 comments:

Anonymous said...

aku kenai budak KBiol dlm cerita ni, kreta dia tu exsiden di hiway tu, lama dah, kreta fiat jer, heran jugak mengapa kes ni ditutup dgn rapi (NFA=no further action) tanpa sebarang tindakan disiplin walau pun panel di mana pengakuan itu dibuat menasihati pegawai KBIOL terbabit supaya mencari kerja lain apabila laporan dibuat kpd HJ Prez mengenai pengakuan sukarela beliau. Tup2 tak dak apa tindakan sikit pun, samada potong gaji atau bonus ka. Org yg repot kt hj tu kalau tak salah aku nama pun ada mcm nabi2 sikit pun menjadi tersangat heran, walau pun dah lama, ini kes mmg semua KHTP tau, tapi kalu HJ tu tak ingat, ini dah jadi kes buat2 lupa

Anonymous said...

WOW DUIT RAYA RM20K, TU BARU RAYA SAKAN NAMANYA!!

Anonymous said...

Peranan Pas di KHTP hanyalah sebagai Pak Lebai sahaja, tak lebih dari itu

Anonymous said...

Datin Sab pun khabarnya ada juga tersenarai dalam nama calon2 berpotensi utk PRU 13 di Kulim & Bandar Baharu utk kerusi ADUN

hafiz maha said...

Kamu adalah blogger yg memutar belitkan fakta serta memperbesarkan isu yg remeh dgn harapan pihak pengurusan atasan ktpc akan rasa tergugat dan hilang fokus pd tugas. Namun hakikatnya semua penulisan kamu tidak memberikan sebarang kesan kpd ktpc pn. Malah kamu dilihat hanyalah blogger yg cemburu dan gilakan Publisiti. Cuba terima hakikat yg zaman BN makin pupus.

hafiz maha said...

Kamu adalah blogger yg memutar belitkan fakta serta memperbesarkan isu yg remeh dgn harapan pihak pengurusan atasan ktpc akan rasa tergugat dan hilang fokus pd tugas. Namun hakikatnya semua penulisan kamu tidak memberikan sebarang kesan kpd ktpc pn. Malah kamu dilihat hanyalah blogger yg cemburu dan gilakan Publisiti. Cuba terima hakikat yg zaman BN makin pupus.

Anonymous said...

amboi PAS, lepas sahur terus masuk 2 komen yg sama nih. Sebenarnya tulisan hang ni adalah bukti2 bahwa PAS mmg terasa kepanasannya membaca belog ni. Tu saja rumusan aku. Belog ni kita boleh baca, percaya jangan, tapi hang dok kalut komen maknanya hang dok follow belog ni tiap2 hari la bro.
Aku pun baca tapi tak nampak ada fakta yang diputarbelit pun, biasa saja, nak kata gila publisiti, tak nampak pun.
Kalau hang kata pengurusan atasan ktpc tu hang maksudkan pencacai PAS, depa ni dah lama hilang fokus, cuma hanya mengambil gaji buta dan penting diri sendiri.
Kalau ikut dlm belog ni ada lagi isu tertunggak yg pengurusan atasan/kanan PAS kena settle ialah skandal tender waterjet, kereta camry hilang secara misteri dan perjalanan keluar negara yg kerap setiap tahun oleh pengurusan atasan tetapi tidak membawa pelaburan FDI, hanya sekadar makan angin shj, iaitu hj awang & hj anuar

Anonymous said...

PAS Kedah lah sebenarnya yang memutarkan belitkan fakta. Bila yang baik terus mengaku mereka yang buat, tetapi apabila yang tidak elok sahaja, itu BN/UMNO punya kerja. Apabila kita yang pegang kerajaan, segala tanggungjawab seperti masalah air, sampah, rumah dsbnya adalah menjadi tanggungjawab kerajaan sekarang. Takkan la kalau kereta hilang masa Tuan Hj jaga KHTP pun nak disalahkan UMNO yang curi kot?
Pada hemat aku, blogger ni tak nampak pun gila publisiti atau cemburu, penulisan pun ada fakta, penuh dan padat dengan bukti, siap dengan tunjuk email secara detail pulak tu. Blog hit pun dah lebih 51,000 dah, ok la tu.
Hangpa PAS kena ingat kalau hangpa pengurusan atasan (hebat istilah ni) menjalankan tugas, maka tiada orang yang akan komplen dan marah. Bagi pendapat aku, blogger ni hanya menyampaikan laporan keadaan semasa pengurusan atasan (bukan bawahan) KTPC sahaja, tidak lebih dari itu

Anonymous said...

sedikit info: Datin Sab ni husband dia Azizan Mat, baru dpt Dato dari Melaka. Azizan ni org kuat Dato Kadiax yg dah join Anwar Al Juburi. Tak tau la ni depa ni ikut sapa pulak, bos atau setia dgn parti. Apa pun kabel depa kuat sbb dpt supply ebook ke Sarawak, power tu

Anonymous said...

kadiag dah ikut anwar, jadi sekarang boleh la panggil kat dia & juga pengikutnya kadiaq al jubury

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top