Posts Terkini

Thursday, January 26, 2012

Sorot Kembali 2010 : Isu KTPC Tak Ikut Procedure Kerajaan.....

Kali ni kita terjah pula satu isu iaitu perlantikan kontraktor yg tak mengikut prosedur yg diterajui oleh Hj Fitri, VP di KTPC melalui sebahagian petikan minit mesyuarat di bawah ni…..:


MINIT MESYUARAT MENGENAI PERMASALAHAN VARIATION ORDER (VO) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ASAS ZON INDUSTRI FASA 3, KULIM
BIL. 2/2010

Tarikh : 13 Mei 2010 (Isnin)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama
               Aras 10, Blok Tengah, Perbendaharaan Malaysia,
               Kementerian Kewangan, Putrajaya 

Kehadiran: Seperti Di Lampiran A

I.   KATA ALUAN PENGERUSI

1.   Y. Bhg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat kerana dapat hadir ke Mesyuarat Permasalahan Variation Order (VO) bagi Projek Pembangunan Infrastruktur Asas Zon Industri Fasa 3, Kulim Bil 2/2010. Beliau seterusnya memaklumkan perkara-perkara berikut:

a)   tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai tuntutan VO dan Variation of Price (VOP) kontraktor yang masih belum diselesaikan dan seterusnya mendapatkan persetujuan antara kontraktor dan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut;

b)  status Sijil Tidak Siap Kerja (CNC) yang dikeluarkan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC); dan

c)   mesyuarat akan mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak KTPC dan kontraktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

II. ISU-ISU PERBINCANGAN

2.   Extra over excavation for rock

a)   Akan keterangan dan pandangan daripada pihak KTPC:

   i. Kerja-kerja penyiasatan tanah (SI) telah dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh KTPC iaitu Carden Sdn. Bhd. Pembayaran untuk kerja-kerja tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan KTPC sendiri;

   ii. Kadar harga yang telah dipersetujui diantara KTPC dan kontraktor untuk kerja-kerja pengorekan hard material adalah RM 11/m3 manakala harga kontrak untuk kerja pengorekan batu adalah RM 20/m3;

   iii. Satu surat daripada perunding telah dikeluarkan pada 24 Disember 2009 yang menyatakan persetujuan ke atas kuantiti batu sebanyak 1,001,138 m3 dan kuantiti hard material adalah sebanyak 602,885 m3 dan kuantiti tersebut telah disahkan oleh jurutera tempatan (resident engineer) berdasarkan hasil pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor. Ini menjadikan jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 26,653,495. Pada 7 Januari 2010, satu surat dari pengarah MEI Consultants Sdn. Bhd. (perunding) dikeluarkan dengan menyatakan bahawa persetujuan ditarik balik kerana terdapat kesilapan dalam pengiraan kuantiti batu dan hard material tersebut dan hasil pengiraan semula didapati jumlah tuntutan adalah sebanyak RM 21.5 juta; dan

   iv. KTPC pada dasarnya bersetuju dengan kuantiti dan harga yang dikemukakan oleh RE iaitu RM 26.6 juta; 

b)   akan keterangan dan pandangan daripada Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK):

   i. Pihak KTPC sepatutnya telah membuat pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah VO yang dituntut oleh kontraktor bergantung kepada pengesahan daripada Pegawai Penguasa (SO);

   ii. Pihak KTPC juga tidak sepatutnya menyerahkan segala keputusan dibuat oleh perunding semata-mata memandangkan KTPC merupakan pelanggan dan juga SO untuk projek ini;

   iii. Pihak KTPC dipersoalkan mengenai perlantikan KTPC Construction Sdn. Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja tanah memandangkan syarikat tersebut adalah anak syarikat KTPC sendiri. Perlantikan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran daripada Kementerian Kewangan. Terdapat arahan kabinet yang menyatakan bahawa sesebuah agensi tidak boleh melantik anak syarikat sendiri untuk sesebuah projek; dan

   iv. Perunding akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kuantiti kerja yang dilakukan di tapak.

c)  Akan keterangan dan pandangan daripada pihak kontraktor:

   i. Kontraktor menyatakan tidak bersetuju dengan hasil pemeriksaan bersama yang dijalankan bersama dengan perunding pada 24 Disember 2009 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 26.6 Juta.

d) Mesyuarat bersetuju supaya:

   i. Kuantiti rock dan hard material diambil daripada kuantiti yang dikira semasa pemeriksaan bersama antara KTPC, perunding dan kontraktor di mana jumlah keseluruhan tuntutan bagi kerja-kerja extra over excavation for rock adalah sebanyak RM 26.6 juta.

10. Bayaran Kemajuan

a) akan keterangan dan pandangan daripada wakil kontraktor:

   i. Jumlah bayaran no. 24 yang telah diperakukan adalah sebanyak kemajuan RM 4,100,000 tetapi bayaran yang telah diterima adalah sebanyak RM 2,000,000.

b) akan keterangan dan pandangan daripada wakil KTPC:

   i. KTPC mengalami kekurangan working capital untuk membayar jumlah penuh bayaran kemajuan no. 24 dan hanya mampu membayar sebanyak RM 2,000,000 terlebih dahulu;

IV. PENUTUP

14. Y. Bhg. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat ini.

15. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.

______________________________________________________

LAMPIRAN A

SENARAI KEHADIRAN

AGENSI

8.   Encik Romli Hasan
      Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
9.   Encik Awang Hashim
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
10. Encik Khairul Fithri
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
11. Encik Azhar Bin Abd. Hadi
      Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.

URUS SETIA

16. Encik Chou Ai Hong
      Ketua Seksyen Pembangunan
      Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam & Khidmat 
      Pengurusan Perbendaharaan Malaysia
      (geng baik kepada Hj Sobery)/simpati kepada PAS/PR

  
Dgn jelas berdasarkan minit mesyuarat ni, KTPC dgn tidak merujuk Kerajaan Pusat, telah melantik anak syarikat utk menjalankan kerja kontrak, dan terdapat juga masalah kekurangan "working capital", maknanya kurang wang (cash) dalam bank utk bayar kontraktor pada tahun 2010, iaitu setahun selepas ambil alih KTPC, walau pun ini adalah geran, maknanya HJ rollling duit geran utk projek lain (SPRM kena mai siasat la)

Puak2 ni la yg dok bising pasal isu NFC la ni, tapi depa tak sedaq yg sendiri tak ikut prosedur kerajaan sejak dari 2010 lagi di Kedah. Mai kita bangkitkan isu ini kepada Tn Hj Mahfuz & MB Kedah, mintak pandangan depa pulak…..


PS.....; Kpd yg berkenaan (nama hang aku rahsia - pasai depa suruh aku rahsia) buat apa repot blog aku ni kat IT Cyberjaya..... Minta TOLONG la sangat2 pi report kat SPRM sama lagi baguih..... Boleh aku londeh di dada akhbar pulak..... Kerana mangkok ni, Hj2 yg ada memang dah tak selamat dah.....

7 comments:

Anonymous said...

romli hasan pun dulu cold storage, tapi la ni dah ok di pknk, jadi org kuat utk pi meeting dgn kerajaan pusat dah, tahniah la. Tapi awat yg KTPC ni pi buat kerja tak inform kerajaan pusat, tu la yg tak betoi tu, tapi tu la sejak PAS mai sini, banyak yg dah jadi caca merba, kronisma banyak berlaku, hj fitri pun yg lantik KTPC Construction tu pun ada la kira2 tu

Anonymous said...

hj fitri aka KFO = VO KHTP, biasala cari makan ni

Anonymous said...

kalau nak dapat ang pow mesti kena buat VO, ni memang menjadi adat projek/kontrak sejak 3 tahun kebelakangan ni di KTPC, kalau tak masakan boleh beli rumah sebijik kat Cameron Highland (rumah holiday)

Anonymous said...

yg urusetia nama Chou Ai Hong tu pun geng atau pun simpati kepada PAS, mungkin juag dia ni DAP nampak gayanya, sapa2 ada kang tow, pi la check & repot kat PM kalau Ketua Seksyen ni geng depa. Apasal kalau dah buat salah, tak ambik tindakan langsung, sekadar catat dlm minit mesyuarat sahaja?
KALAU SALAH AMBIK LA TINDAKAN TERHADAP HJ KAHIRUL FITRI TU, BUKAN BAGI DIA NAIK PANGKAT & NAIK GAJI, WALAU PUN DIA PAKAI BOMO & GUNA TEKTIK CIUM TANGAN; EN ZUL PERLU AWAS KERANA TEMPAT & JAWATAN DIA DLM BAHAYA

Anonymous said...

BUTOH PAK HANG ....dok merepek apa kt sini...

Anonymous said...

jgn la marah brader PAS & HJ2 sekalian, bacalah & ambil iktibar, yg salah tu jgn buat & sebagai Haji yg dah pi Mekah, jgnla dok mencarut di alam maya ni & tulih dgn huruf besar, sapa pun tak heran, tunggulah banyak pendedahan demi pendedahan akan di buat, syoknya aku dok baca blog ni

Anonymous said...

dah la tak tau buat keja, procedure pun tak boleh ikut, dgn ini dicadangkan hj presiden aka mat romeo membuka satu domestic inquiry kpd hj fitri dgn kadar segera, sebab dah tertera dlm minit mtg tu yg ktpc ada buat salah & yg jaga & sign dokumen ialah hj fitri aka kfo
AMACAM ADA BERANI KA TUAN HJ PRESIDEN? MESTI U TAKUT NAK BUAT SBB TAKUT & SERIAU KNA BOMO KAN, HE HE HE!!!

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top