Hasil atau pendapatan yg diperolehi Kerajaan Negeri adalah dari beberapa sumber yg telah termaktub di dlm Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iatu pemberian dan sumber2 hasil yg diserah kpd negeri ni antaranya telah diputuskan bahawa hasil dari tanah, lombong dan hutan adalah dibawah hasil Negeri. Sumber2 hasil inilah merupakan pendapatan yg akan digunakan utk mentadbir urus Negeri Kedah sama ada dalam aspek Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Modal Insan dan aspek lain yg bersangkutan.
Di dlm Kanun Tanah Negara (KTN) antara seksyen2 yg selari dga perolehan pendapatan ialah Seksyen71,93,293, dan 301A. Seksyen2 ni telah memberi peruntukkan atau kuasa kpd Kerajaan Negeri utk mengenakan bayaran terhadap urusan urusniaga, bayaran premium tanah, royalti bahan batuan serta mengutip cukai atau sewaan tanah yg berulang. Perkembangan ni adalah selaras dga peruntukkan yg diluluskan di dlm Aturan-Aturan Tanah Kedah yg telah diberi penambahbaikan dari masa ke masa.
Permasalahan berhubung pengurangan jumlah hasil atau pendapatan cukai tanah bermula setelah pindaan Aturan-Aturan Tanah Kedah (Pindaan) 2009 melalui: Warta Kerajaan Jil.52 No.12 menggantikan Pemberitahuan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Perkara ni terjadi disebabkan oleh janji manifesto pilihanraya. Ketika PAS Kedah melancarkan manifesto pilihanraya khusus utk negeri ni pada 24 Februari 2008, mungkin tak ramai yg memandang serius isi kandungan manifesto yg mengemukakan pakej tawaran ‘Kedah Sejahtera: Nikmat Utk Semua’ hanya dilihat sebagai pelengkap syarat pada kempen pilihan raya PAS Kedah dalam usahanya menawan negeri jelapang padi ni.
Namun selepas 8 Mac 2008 Kerajaan Negeri Kedah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dga mendapat 16 kerusi bersama pakatan pembangkang lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 4 kerusi dan Parti Tindakan Demokratik 1 kerusi. Calon bebas yg memenangi kerusi DUN Bukit Selambau menyertai PKR. Barisan Nasional hanya memenangi 14 kerusi.
Lanjutan dari tu, Dasar Pengurangan Cukai Tanah telah dilaksanakan. Sebagai contoh:
Cukai tanah dturunkan antara 25-58% utk tiga kategori tanah:
PERTANIAN
· Kawasan padi MADA dturunkan sebanyak 25 peratus dari RM20 kpd RM15 sehektar atau RM5.75 kpd RM4.31 serelung;
PERINDUSTRIAN
· Tanah industri sederhana: RM0.20 meter persegi (mnimum RM600) kpd RM0.15 sen (mnimum RM400) (25%);
· Tanah industri ringan: RM0.15 (mnimum RM300) kpd RM0.11 sen (mnimum RM300), (26%).
KEDIAMAN
· Tanah kampung: RM60 kpd RM25 sehektar (58%) atau dari RM17.27 serelung kpd RM7.19 serelung;
· PPRT: RM30 kpd RM20 satu lot (33%);
· Rumah sesebuah (banglo): RM0.25 kpd RM0.15 satu meter persegi atau mnimum; RM150 kpd mnimum RM100 (40%);
· Rumah teres: RM0.20 (mnimum RM60) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM45) (40%);
· Rumah kos rendah: RM0.15 meter persegi (mnimum RM50) kpd RM0.12 meter persegi (mnimum RM35) (30%).
Akibat dari perlaksanaan dasar ni, perbezaan ketara berhubung jumlah patut kutip bagi hasil cukai tanah Negeri Kedah telah menurun dan dapat dilihat dga jelas di dlm Jadual 1 dibawah.
Jadual 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah
TAHUN | JUMLAH CUKAI TANAH PATUT KUTIP BAGI NEGERI KEDAH |
2006 | RM 212,609,182.73 |
2007 | RM 298,870,201.23 |
2008 | RM 288,004,804.99 |
2009 | RM 244,471,763.65 |
Jika dirujuk jadual 1 diatas maka kita dapat melihat pada tahun 2006 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM212,609,182.73 dan telah bertambah sebanyak RM86,261,018.50 atau 40.6 %. Peningkatan ni adalah disebabkan Penyemakan Hasil di bawah K.U.P. 8 Tahun 2005 diluluskan. Pada tahun 2007 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM298,870,201.23. Pada tahun 2008 jumlah cukai tanah patut kutip adalah sebanyak RM 288,004,804.99 iatu penurunan akibat rebat yg diberikan melalui suatu kelulusan di dlm Majlis Mesyuarat Kerajaan iatu sebelum pilihanraya umum ke–12.
Setelah selesai pilihanraya pada 8 Mac 2009, Kerajaan Negeri Kedah telah ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Kerajaan baru ni telah meluluskan rebat ni. Penurunan hasil ni adalah sebanyak RM10,865,396.24 atau 3.6%. Setelah tu, pada tahun 2008 juga satu lagi penurunan cukai tanah telah dibuat dan ianya memberi impak yg besar terhadap jumlah hasil kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2009 iatu penurunan sebanyak RM43,533,041.34 atau 14.6% dari cukai tanah patut kutip tahun 2007. Jumlah atau kadar penurunan ni akan lebih mudah diteliti menerusi Graf 1 dibawah.
Graf 1: Jumlah Cukai Tanah Patut Kutip Bagi Negeri Kedah
“Azizan memberitahu bahawa hasil penurunan cukai tanah ni, kerajaan Kedah dijangka kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun.”
Namun hakikatnya, Kerajaan Negeri Kedah kehilangan hasil negeri sebanyak RM43 juta lebih utk setahun.
Ternyata ni lagi satu pembohongan dari MB Kedah, seorang yg bertaraf Ustaz & lulusan universiti agama utama dunia. Dan tak layak utk terus menjadi MB Kedah.
Patut la Si Sobri KHTP cekap dok muhong..... Sekali dia belajaq dekat pak menakan dia daaaaa.....
Ternyata ni lagi satu pembohongan dari MB Kedah, seorang yg bertaraf Ustaz & lulusan universiti agama utama dunia. Dan tak layak utk terus menjadi MB Kedah.
Patut la Si Sobri KHTP cekap dok muhong..... Sekali dia belajaq dekat pak menakan dia daaaaa.....
3 comments:
di KHTP bekalan air putus, kilang rugi keseluruhan RM53 juta, ni Kedah Sejahtera pun ada rugi RM43 juta pulak, semua rugi, tapi tak masuk dlm harakah pun, yg masuk kata semua PAS buat adalah baguih. Bayangkan setahun rugi RM43 juta, la ni dah 4 tahun dah, kalilah dgn 4. Tu pun Kerajaan Pusat melalui JKR tulong ganti paip air kat Kedah, kalau tak lagi rugi nak tanggung kos penggantian paip air yg dah lama & uzur
rugi 43juta pun, PAS tak kisah, ahli depa bukan tau pun pasai semua ni. Yg depa tau hanya pi dengar ceramah, maki umno & bn, semua salah pi kat BN, yg betoi depa saja yg buat, MB pun kelam kabut tak tau nak jaga mana satu. Selesai satu masalah, mai lagi 10 pulak, tu la baru tau mcm mana jd MB, bukan senang mcm bagi ceramah politik
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
Post a Comment