Saturday, December 03, 2011

Soalan Bocor Dari KHTP.....

Lama jugak aku tak menjengah blog ni dgn artika2 terbaru. Agak sibuk sikit la ni. Maklum la hujung tahun, banyak perkara yg nak diselesaikan. Tambahan pulak dekat dgn PRU13, double work kena buat. Cuma artikal kali ni aku cuma nak lampirakan Laporan Kemalangan di KHTP yg aku jumpa. Hj2 sibuk implement 5s, tapi dokumen semuanya berterabur..... 



LAPURAN KEJADIAN KENDERAAN TERBABAS MEMBAWA CECAIR KIMIA INDUSTRI SEHINGGA MENYEBABKAN TUMPAHAN DI PERSIMPANGAN MASUK DARI LEBUHRAYA BKE KE KHTP.

Tarikh :
12 Mac 2010 (Jumaat).

Masa :
Lebih kurang jam 4.15 petang.
(Operasi pembersihan selesai pada 13 Mac 2010 jam 12.12 tgh malam)

Keadaan cuaca :
Hujan

Lokasi :
Persimpangan masuk lampu isyarat dari BKE ke KHTP (lampu isyarat no. 1) 

Kenderaan terbabit :
Sebuah  Lori 2 tan dari syarikat Positive Chemical Sdn Bhd.
No. Pendaftaran :- JJQ 9934 (warna biru)

Destinasi :
Penghantaran sebanyak 6 tong cecair kimia industri (Asid Hidroklorik) ke kilang First Solar.

Kecederaan :
Pemandu lori berbangsa Melayu mengalami kecederaan – di hantar ke Hospital oleh orang awam.

Akibat dari kemalangan :
Akibat lori terbalik, satu tong berisi Asid Hidroklorik telah tumpah. Akibat dari cuaca hujan, tindakbalas air hujan dengan asid telah mengakibatkan asap berkepul di kawasan kejadian. Jarak penglihatan terhad dan wap asap memudaratkan kesihatan.

Agensi terbabit di dalam operasi :
i)  Jabatan Bomba & Penyelamat M’sia  (4 jentera dari Bomba KHTP, Bomba Kulim, Bomba Prai –Hazmat dan Bomba Alor Setar) anggota seramai 35 orang.

ii)    Polis Diraja Malaysia Anggota Polis trafik,  Polis Kulim dan Polis KHTP.

iii)  Unit Patrol KHTP dan pengawal keselamatan syarikat Secure Guards.

iv)     Wakil dari Jabatan Alam Sekitar dan DOSH.

`Incident Commander’ ialah Pegawai Bomba Chor dari Bomba Kulim.

Kronologi Kejadian : 
i)      Pada lebih kurang jam 4.15 petang, 12 Mac 2010, sebuah lori 2 tan membawa 6 tong cecair kimia industri (Asid Hidroklorik –HCL) yang dalam perjalanan penghantaran ke kilang First Solar telah terbabas dan terbalik di persimpangan lampu isyarat BKE ke KHTP. Lori terbalik semasa membuat pusingan dari Lebuhraya BKE ke arah kanan menuju KHTP. Pemandu lori mengalami kecederaan dan di bawa ke Hospital oleh orang awam yang melalui tempat kemalangan.

ii)  Sebuah lagi lori dari syarikat yang sama tidak mengalami sebarang kemalangan. Lori tersebut berada di hadapan lori yang terbabit. Beliau berhenti di tepi jalan memberi bantuan.

iii)  Daripada 6 tong yang terbalik, satu tong membawa asid Hidroklorik telah tumpah. Pada mulanya tiada apa berlaku, namun kemudian hujan renyai telah turun dan berterusan hingga ke malam. Hasil dari tindakbalas air hujan dan asid, telah mengakibatkan wap asap asid berkepul keluar di kawasan kejadian. Jarak penglihatan terhad.

iv)    Pihak Bomba KHTP yang tiba awal di tempat kejadian, telah mengarahkan supaya radius kawasan kejadian di tutup. Pihak Polis dan KTPC telah membantu menutup jalanraya di 3 lokasi :

1.      Dari Lebuhraya BKE ke Baling berdekatan Petronas.
2.      Dari Baling ke BKE, berdekatan persimpangan Guthrie.
3.      Dari KHTP ke BKE (Lebuhraya Perdana) di persimpangan
4.  Lampu isyarat First Solar. Kenderaan di arahkan melalui jalanraya yang baru (R2) dari fasa 3 ke jalan konkrit.

v)       Pasukan `Hazmat’ dari Bomba Prai tiba mengambil alih operasi meneutralkan asid tersebut. Namun mengalami kesukaran akibat hujan lebat pada malam hari.

vi)  Pada malam hari, operasi pemindahan tong cecair kimia dilakukan dengan bantuan peralatan `fork-lift’ dari First Solar. Kemudiannya kesemua tong-tong di bawa ke First Solar untuk diguna pakai (pihak First Solar memerlukan cecair kimia tersebut untuk tujuan operasi kilang dengan segera).

vii)  Sebuah lori kren juga diguna untuk mengangkat lori yang terbalik dan membantu memindahkan tong-tong terbalik untuk dipindahkan ke lori yang lain.

viii)  Operasi pemindahan dan pembersihan asid yang tumpah selesai pada jam 12.12 tengah malam (3 Mac 10) dan kesemua jalanraya dibuka semula.

Hasil siasatan awal :
1.   Disyaki pemandu lori membawa dengan laju semasa membelok dari BKE ke KHTP.
2.   Cuaca hujan telah mengakibatkan tindakbalas wap asap (HCL + H20).

Lampiran :
1)      Lokasi tempat kejadian kemalangan
2)      Gambar-gambar di tempat kejadian.

Dilapurkan oleh :-
Ku Masharizal Hj Ku Mahmood
(Security, Safety & Health Officer )
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD
15 Mac 2010 



Lampiran 1.





Lampiran 2.
GAMBAR-GAMBAR DI LOKASI KEJADIAN
Jarak penglihatan yang terhad akibat wap asap


Lori terbabit


 Pasukan Bomba HAZMAT dari Prai


Kawalan Lalu-Lintas oleh Unit Patrol KHTP di persimpangan lampu isyarat First Solar


Operasi pembersihan di waktu malam



Ramai yg dok komplain pasal lampu isyarat tak betoi di KHTP dan dimaklumkan Sobri kita tu sampai dah pening kepala memikirkan masalah yg dok mai menimpa. Yg menjadi mangsa staf bawahan..... Benda kecik pun tak boleh selesai, ada hati nak jagi Calon PAS di Pantai Merdeka PRU13 nanti. Tambahan pulak nama dah semakin buruk dari kaca mata Wisma Darul Aman.

13 comments:

Anonymous said...

APAkah motif DSK kali. Terang-terang maklumat ini dari orang dalam syarikat sendiri.
Bagi gaji, gaji ambil. Bagi makan, makan. Bagi apa-apa, ambil.

Hentam-hentam juga dari belakang. Kalau nak hentam, hentam individu bukannya syarikat. Tak puas hati tapi nak kerja kat situ juga. Tak ke BODOH namanya.

Sah muka tak malu.

Aku tak sokong siapa-siapa.
Tapi ada dekat 200 keluarga dalam KTPC yang makan gaji.

Kita ada sistem DEMOKRASI.
So 2-3 yang tak puas hati lawan satu Negeri Kedah.

Nobody perfect. BN, PAS, PKR. Masing-masing ada kepincangan. Tapi rakyat yang pilih. So samada u ikut atau tak ikut.

Yang ni seperti perumpamaan "lempar batu sembunyi tangan".

Anonymous said...

kesimpulannya
mat bri mmg bodoh,kaki betina,sombong,bongkak
harkhptuih

Anonymous said...

Semua jantan kaki betina. harkhptuih, alamak, kena muka sendiri daa..

Anonymous said...

tak jadi hal org dlm atau or luar, soalnya, email bocor, semua rahsia org boleh access, jgn jadi emosional, kalau rasa tak layak, letak saja jawatan sebagai Mr Presiden tu, ada lagi org yg lebih layak samada org dlm atau org luar. jgn soal motif DKS, tak ada motif selain nak tunjuk fakta semasa zaman PAS perintah skrg yg di claim sebagai rasuah free ni, semakin banyak yg bercelaru, semakin banyak caca merba, kacau bila, bila dibandingkan dgn semasa BN jaga dulu2. Ini belum masuk cerita skandal mesin water jet yg masih belum selesai, kisah supply utk DI water kpd water jet CNC ni memang dah sepatutnya dikenakan DI (domestic inquiry) kepada THAMS, ASK, ASA & MN, itula lain kali ingat sebelum kena, kalau kita tak mau org buat kat kita, kita jgn buat kat org.
INGAT LAH TUHAN ITU MAHA ADIL
WHAT U GIVE IS WHAT U GET
PAS IS NOT ALWAYS RIGHT

Anonymous said...

Surah Al-Falaq ditujukan khas untuk orang-orang yang sakit jiwa dan jiwa yang tak tenteram.

Anonymous said...

bukan semua jantan kaki betina, tapi HJ PAS di KHTP saja yg confirm kaki betina, jumlah HJ PAS semuanya ialah 5 sahaja, bukan ramai pun, jgn la terasa hati pulak yg lain tu, pls carry on the good work, hanya HJ PAS sahaja yg perlu dikeluarkan dari KHTP, yg lain memang diakui kerja bagus dan mai kerja tepat pada waktunya
FOR THOSE ABOUT TO ROCK WE SALUTE YOU

Anonymous said...

hj2 PAS kuat kencing & tuang kerja kat KHTP, selalu kat pi KL rupanya dok ada di Sg Petani, lepak kat rumah

Anonymous said...

Kepada 200 pekerja syarikat KTPC, sila lihatlah gelagat mereka-mereka ini.

Bukan bagi senang, menyusahkan lagi ada. Macam yang kutuk-kutuk, silap-silap ada 2 gaji apa, mereka-mereka ini.

Pergi mana-mana syarikat, kategori orang sperti ini memang wujud dan ada. Antara ramai tak ramai sahaja.

Bukan apa.
Dengki sahaja.
Matlamat nak puaskan hati sendiri.

Tak kira yang lagi 200 keluarga KTPC mcmana perasaan mereka. Disebabkan 2-3 orang, 200 keluarga menerima akibatnya. silap-silap satu negeri Kedah.

Sebenarnya siapa-siapa yang berada di atas mereka, kalau tak sehaluan, memang macam tu keadaannya.

Cerita. Kalau hati dah _ _ _ _ _, Macam-macam cerita boleh buat.

Fikir-fikirkan lah.


Wassalam.

Anonymous said...

Hj Sobri adalah lantikan kroni kerana ada persaudaraan isteri beliau dgn MB Kedah sekarang, Ustaz? Azizan. 200 staf KTPC kebanyakan buat kerja dari dulu lagi, tapi bila HJ2 hamPAS datang, buat kacau & punahkan KHTP hingga tiada pelabur yang datang, adahal ada promosi dari NCIA, InvestKedah, MIDA Kedah dll, so 200 keluarga KTPC jangan la takut, kalau boss hangpa tak perform, boss saja yg kena terminate, bukan hangpa pun, yg ni WISMA pun dah tau, apa yg nak takut, bukan ada masalah pun.
Kalau dah tau 2-3 tak boleh perform, pasai apa dok pi bagi gaji buta kat depa, suruh depa pi oversea melancong? bagi elaun lebat2, CUBALAH FIKIR WAHAI SAUDARA/I KU SEKALIAN, YG DEPA TAU CUMA LAH BAGI SHOW CAUSE LETTER SAJA, STAF YG SAPU RM20K APA TINDAKAN PUN TAK DIAMBIL
RENUNG2 KAN LAH
SATU KEDAH DAH TAHU HJ2 PAS KTPC KUAT KENCIN

Anonymous said...

itula PAS, staf yg ngaku ambik 20k takpa sebab dah insaf & ada jangoat, yg tak ngaku ambik yg kena sebab tak ikut cakap depa, bisala tu, undang2 depa. Dengar cerita makin ramai staf KTPC yg resign, tak tau pulak kot ada termasuk yg dalam lingkungan 200 keluarga yg diceritakan diatas ni. Apa pun rezeki tu Tuhan yg bagi, bukannya PAS atau Ust?Azizan/Nik Aziz/Hj Sobrie/Hj AdaWANG/PAS Negeri Kedah
PS: PECAT TU PERKARA BIASA BAGI DEPA(PAS), SHOW CAUSE LETTER TU NORMAL UTK PAS; MANA STAF YG DEPA TAK SUKA MEMANG DEPA AKAN KAIH SAMADA DI KULIM ATAU ALOR SETAR

Anonymous said...

Laporan yg diberi ni lengkap & bagus, memang org di KTPC ni tau buat kerja, yg taktau hanyalah bos sahaja aka Presiden. Walau pn dah lama, agak menarik cerita ni kerana belum pernah saya baca di mana-mana akhbar beserta gambar lengkap. Good report

Anonymous said...

depa kata la ni presiden dok ceria sebab ada pelaburan dah masuk. Tapi hang kena Ingat HJ, tu bukan kerja hang, tapi MIDA Jepun yg dok cari, jgn la berbangga sangat dengan kemasukan pelaburan tu, semua adalah usaha kerajaan persekutuan, geran pun MoF bagi, bukan dari Kerajaan Negeri, gera utk fasa ke4 rm220 juta tu mai kot mana, kalau bukan dari federal govt, nk harap state, tok sah la, buang masa. Soalanya adakah HJ akan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat?

Anonymous said...

betul tu bro, mukhriz yg buat kerja, Hj yg nak claim pulak. Hj ni apa tau, dgn Robert Bosch Solar sorang2 dia pi jerman, last2 tak dpt. Nasib baik ada MIDA yg masih utamakan rakyat Kedah, kalau ikutkan hati, memang MIDA tak recommend KHTP, tapi MIDA sebagai agensi kerajaan persekutuan adalah profesional dan meletakkan KHTP sebagai pilihan utama syarikat Panasonic utk melabur di KHTP

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top