Kali ni aku ingin mengajak pembaca semua mengupas dan menganalisa mengenai beberapa pengumuman di dada akhbar mengenai pelaburan di utara tanah air.
Mula2 kita lihat pengumuman dari Datuk Redza Rafiq, NCIA:
PULAU PINANG 7 Sept. - Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah menarik pelaburan bernilai RM6.89 bilion antara Januari dan Julai 2011, Ketua Eksekutifnya, Datuk Redza Rafiq berkata, pelaburan tahun ini menunjukkan penyertaan ketara daripada pelabur asing, terutama dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) berbanding dengan tahun lepas. "Daripada jumlah pelaburan RM6.89 bilion itu, 86 peratus diperoleh daripada pelabur asing manakala 14 peratus daripada pelabur tempatan," katanya selepas lawatan media ke NCER hari ini. Redza melihat arah hala pelaburan yang menaik bagi baki tempoh tahun ini, berdasarkan urus niaga yang dicapai baru-baru ini dengan tiga syarikat asing dan satu syarikat tempatan serta tinjauan ekonomi yang positif. - Bernama |
Kemudian tampil pula Hj Sobri, Presiden KTPC membuat pengumuman berikut:
Saturday, 3 December, 2011 For 2011, KTPC has drawn about RM6bil for Kulim Hi-Tech Park. “These include new investments from Saint-Gobain Solar of France, Fuji Logistics of Japan, QT Technology of Singapore and Whizz Systems of the United States. “Then there are also additional investments from existing MNCs such Infineon for its second phase. “These investments should generate some 4,000 jobs,” Sobri said. |
Di dlm STAR juga Sobri menyatakan:
On another note, Sobri said: “We will start the infrastructure development for the phase four, which is about 400 acres, in the first quarter of 2012. Works should be completed in seven to eight months. “We are investing about RM220mil for phase four, of which RM120mil is for land acquisition.” He said since 1995, KTPC had spent more than RM500mil to develop the first three phases of Kulim Hi-Tech Park, spanning 1,432 acres. TheStar On-Line (Dated 03/12/2011). |
Mungkin apa yang patut Hj Sobri maklumkan kpd akhbar The Star ialah semua perbelanjaan utk mengambil tanah tersebut adalah dari peruntukan Kerajaan Pusat (Federal Government) sepenuhnya tanpa membabitkan Kerajaan Negeri Kedah atau pun dana dalaman KTPC.
Sepatutnya ayat beliau berbunyi begini:
“We are thankful to the Federal Government for giving us grants and loans of RM220 million to develop the phase four”.
Juga utk pengetahuan am, utk ‘land acquisition’, biasanya Kerajaan Pusat akan memberi bantuan dlm bentuk ‘soft loan’, manakala selebihnya adalah dlm bentuk geran penuh (tidak perlu dibayar balik).
Akhir sekali Lim Guan Eng juga tidak ketinggalan mengumumkan angka RM6 billion sebagai jumlah pelaburan utk Pulau Pinang pada tahun 2011 spt di bawah:
November 10, 2011 KUALA LUMPUR, Nov 10 — Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the state is on track to achieve its targeted RM6.1 billion in investments for this year, with emphasis on higher-paying jobs. Up to August, Penang has attracted RM4.8 billion in investments, placing Penang at No. 4 among the states in the country. Of this total, RM3.7 billion was foreign direct investments (FDI). The Malaysian Insider (Dated 10/11/2011). |
Nampaknya angka RM6 billion adalah ‘magic number’ dikalangan Lim Guan Eng, Hj Sobri & Datuk Redza. Cuma yg dimusykilkan kat sini ialah kenyataan Hj Sobri yg menyatakan jumlah RM6 billion telah diperolehi utk pelaburan di KHTP pada tahun 2011, yg mana umum dah mengetahui jika dicongak jumlah semua pelaburan pun, serta jika dimasukkan angka pelaburan Panasonic mungkin berjumlah RM2 billion sahaja.
Persoalannya dari manakah jumlah RM4 billion lagi pelaburan spt yg diumumkan dlm The Star diperolehi oleh Hj Sobri; mungkinkan ini hasil dari daya imaginasi beliau…..?
Jika ada sesiapa yg mempunyai maklumat jumlah pelaburan RM6 billion di KHTP secara terperinci, mai kita kongsikan maklumat tersebut kita analisa dan nilai bersama. Atau pun jika mrk yg mempunyai rakan di MIDA, boleh lihat senarai pelaburan di KHTP utk tahun 2011 dan kongsikan bersama.
Apa pun, akhirnya Kerajaan Pusat yg dituduh oleh DAP, PAS dan PKR sebagai Kerajaan rasuah, tak peka kpd masalah rakyat dan berbagai2 tomahan lagi adalah Kerajaan Pusat yg memberi peruntukan KHTP utk membangunkan kawasan Perindustrian FASA 4.
Ini tak masuk lagi bantuan sekolah RM100, pusat pengajian tinggi RM200 dan juga bantuan RM500 kpd isirumah berpendapatan kurang dari RM3000 gaji bulanan. Inilah sebenarnya Kerajaan yg prihatin terhadap Kebajikan Rakyat sejak 50 tahun sampai la ni.....
6 comments:
Hj KHTP = juara kelentong antara ketiga2 mereka
Ye la, NCIA & LGE tu mungkin betul, sebab sama statistik sumber pelaburannya, LGE pun cakap pelaburan Penang RM4B, tapi boleh capai RM6B, tapi KHTP ni memang musykil sikit, tup2 saja RM6B, tapi apa nak heran, HJ ni pembohong left & right, tak heran la kalau Star pun dah kena kelentong dgn mamat ni. Mungkin pihak WISMA boleh minta HJ bagi detail RM6B tu sekarang, tapi jgnla pulak investment nak buat Balai Polis pun diambil kira, kita cuma nak tengok FDI sahaja
www.ssic.com.my
Approved Manufacturing Projects By State, January - April 2011
Total Capital Investment (RM)
Kuala Lumpur RM209,561,999
Selangor RM3,193,885,013
Penang RM3,240,561,556
Perak RM494,526,380
Johor RM3,534,142,355
Negeri Sembilan RM1,226,376,188
Melaka RM1,670,801,837
Kedah RM376,764,785
Pahang RM443,333,874
Kalau Kedah pun baru RM377 juta dari Jan-Apr 2011, mana mai sampai RM6B kat KHTP?
FYI: ni info dari MIDA yg ada kat website SSIC (Selangor State Investment Centre)
hal pelaburan KHTP ni aku dpt maklumat bahwa NCIA & MIDA yg dok tolong promote, kalau dpt pun buka hasil HJ2 tu, tapi hasil usaha & kerja keras Kerajaan Pusat. Begitu juga Penang pun, LGE hanya 10% saja kot, yg 90% kerja MIDA la yg memang dah expert dalam cari FDI ni. HJ2 KTPC hanyalah tau melancong saja ke luar negara, bukan nak cari investment masuk KHTP, tau tau dan tak mau buat pun
ya tak ya jugak, Pensonic 1.9B, St Goban 45 juta, baru 2B tu, lagi 4B tu mungkin pelaburan membina rumah burung walit hitech kat Business Centre 2 kot, joint venture HJ PAS & DAP, buat duit tu
tak malu punya hj, main hentam saja bagi statement kat press, nak jaga KPI kot, tak per, kalau MITI mintak detail, lu pandai2 dgn hj patrick klentong @ kencing kat menteri atau timbalan menteri MITI nanti kalau dia tanya kat hang
Post a Comment