Thursday, May 05, 2011

KTPC 2011 Ada Cadangan Ka Penyelarasan Gaji Baru...?

2011 dah 4 bulan berlalu, aku dengaq ketidakpuasan hati bab gaji di KTPC berbunyi. Entahlah macam mana review yg depa nak buat kali ni. Pelaburan takdak... RM makin berkurang... Pening jugak PKNK nak kena pikiaq.

Aku rasa tak payah bawak naik la gaji di KTPC ni. Gaji yg depa dapat rasanya dah cukup dari sepatutnya. Kalau sekadar dok goyang kaki... pi melancong... pi pameran... pi siminar... sedangkan masuk takdak lebih dah tu. Elok kalau PKNK guna duit tu buat perkara yg lebih faedah pada rakyat.

Aku huluq sikit tangga gaji yg depa dapat (nama2 kroni and geng Hj aja laaa...) buat pembaca nilai sendiri.
Seperkara lagi aku dengaq Hj Sobri buat rombakan dlm struktur pentadbiran dia dipercayai atas dasar hilang kepercayaan kat staff dia. Dia syak puak2 ni yg bocorkan maklumat pasai KTPC. Hj Sobri oiii…, aku rasa percaturan hang ni silap daaa… Sepatutnya hang perati org2 kuat hang tu…

5 comments:

Anonymous said...

Oiii Hj Sobri/Awang/Annuar, hangpa tiga org tak tau ka peribahasa melayu ada kata musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, hangpa pi guna spy cekodok saja, tu la hang dapat maklumat yang silap tentang sapa yang dok pi bocoq rahsia syarikat kat blog ni, lepas tu buat keputusan pun jadi tak betoi. Hang kena ingat orang yang dah resign atau yang hang dah buang tu la yang dok laku di pasaran. Yang ada dok tinggai situ semua boleh kata yang kurang laku di pasaran atau nak jadi fixed asset kat KTPC atau pun tunggu time jugak nak angkat kaki. Apa pun aku nak juga tanya pasai apa Sabki, Legal Manager (SU Pemuda PAS Pusat) pun tak tahan dengan management style hang tu? Dia pun angkat kaki balik KL. Takpa la apa pun gaji sekarang sudah lebat, kalau aku jadi Hj Sobri, aku pun nak tunggu keja kat sini, gaji 20k, elaun minyak ada, kereta Camry, phone blackberry, bil company settle, driver pun ada, apa lagi mau? girifriend pun ada jugak, tapi di KL, bini pun ada, di SP. La ni Hj PAS dah jadi moden, Hj Awang pun ada marka jugak kat KGCR dengaq kata, la ni hebat kalau bagi sms ada tulih sent from my blackberry, canggih tu, tapi sms tu kalau english pun tak reti nak tulih, kalau surat lagi la, mintak tolong fitri draft, tak malu punya PAS

Anonymous said...

Tabik spring kat hang Hj Bri, hang memang pandai, tang hang punya gaji ada kenaikan 15%, org lain hang tak bagi pun, apa punya bos macam ni? Apapun, mereka yg tidak tersenarai disini boleh merasa legaaa kerana nama mereka tiada tersenarai sebagai penyokong atau pembodek PAS, jadi senarai ini boleh dijadikan kayu pengukur kepada Mukhriz jika berjaya menawan Kedah semula. Mereka semua ini perlu dinyahkan dari mukabumi KHTP apabila kuasa dipegang oleh BN, baru depa taw macam mana depa la ni dok buat kat staff semua. Ingatlah abg Hj & Pak Aji KTPC sekalian, kalau kita tak mau org buat kat kita, jangan buat kat org lain

Wak said...

Waaduh waaduh... nasib baik Wak tiada worker macam Suster..
Bikin sakit Jantung langsung saja.. Siapa-siapa jadi majikan Suster mesti
pening kepala. Tak puas hati main curi-curi kasi bikin ngomong-ngomong satu dunia.
Kasi langsung tikam-tikam sama majikan lepas dapat gaji ngujung bulan.


Orang lain bagi kompeni suksess, langsung ini suruh tambah mati lagi.
Waduh Waduh, ampunnn , ampunnn Wak doa jauhkan diri jangan dapat worker macam Suster.

Wak dulu worker buat bangunan tapi sekarang Wak
dah buka Kedai Ayam penyek. Wak tak mahu ngomong banyak tapi Wak udah
buat 30ribu malaysia ringgit 1 bulan di bandaraya Kuala Lumpur.

Dapat ongkos kasi anak bini dekat Bandung.
Wak lansung cadangnya mahu buka cawangan di Kedah.

Suster malam-malam kedinginan Ya? Usah bimbang, Wak kan ada...

Anonymous said...

kerja ni satu ibadah
nak buat kerja buat cara orang islam

podah
ni semua kaki ampu puak2 bola pingpong patut la dapat nek gaji

podah
kerja cara islam
nak bagi gaji nek pun sengap2

kak zarah nek gaji jgak kaa
waaa syoknya pasni leh tukaq kereta baru yoo

kak norizan pun naik jugak
dalam dok pening kepala tu
takpa kak zan pening2 jgak
janji MAAAAASSSSYUUUUUUKK
apa nak berenti kheja?
rugi mampoih

Anonymous said...

Yang gaji naik banyak ni, nanti ada lagi ka duit nak bayar semua ni? Elaun rumah dan subsistence pun ada, canggih la ni, dulu masa Datuk syukri, dia tak reti nak reka macam Hj la ni, ni baru nama kerajaan welfare, kebajikan, tapi memang tak dapat disangkal, yg gaji naik paling tinggi ialah Tuan Hj Sobri, yang ni aku nak tengok jugak apa komen PAS totok, contohnya Encik Monier yg kat Fuji Elektrik tu, sila lah komen, mungkin nanti bunyinya macam ni: Hj ni memang kerja keras, dia yg bawak masuk pelaburan berbillion-billion ke KHTP, wajarlah gaji nya dinaikkan sehingga begitu tinggi. Tapi kalau suruh MB Kedah komen, mesti dia kata "yang ni saya saya tak tau, kena tanya Exco saya YB Datuk Hj Amiruddin (juara golf PAS Kedah/duta golf Kedah ke Australia), dia yg lebih arif bab gaji-gaji ni

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top