Pemilihan semula CEC hujung minggu lepas membuatkan Dinasti Lim dan Dinasti Singh semakin pening kepala. Semuanya kerana kehadiran Jenice Lee sebagai perwakilan dan turut membuang undi.
Rakyat Malaysia telah mengetahui Jenice Lee dipecat daripada DAP semasa GE 13 April 2013. Tiba-tiba Jenice hadir membuang undi untuk memilih CEC minggu lepas. Gambar-gambar kehadiran Jenice termasuk gambar Jenice sedang memasukkan kertas undi CEC ke dalam kotak disebarkan dengan meluas di internet.
Penyebaran gambar-gambar itu membuatkan orang ramai yakin bahawa pemilihan CEC tidak dilakukan dengan betul dan tindakan ROS selama ini betul. Warga internet mempersoalkan bagaimana orang yang telah dipecat boleh hadir sebagai perwakilan.....?
Dinasti Lim dan Dinasti Singh mengeluarkan arahan kepada semua ahli CEC supaya jangan mengulas perkara itu jika ditanya oleh pemberita atau sesiapa sahaja. Ini bagi mengelakkan bahana besar melanda DAP.
Kehadiran Jenice sebagai perwakilan adalah mengikut peraturan kerana pemecatannya sebelum ini tidak sah akibat CEC yang ada pada waktu itu tidak diiktiraf. Sebab itu beliau masih kekal sebagai perwakilan.
Jika ada mana-mana ahli CEC yang menjelaskan sebab kehadiran Jenice sebagai perwakilan ianya akan mengesahkan CEC sebelum ini tidak diiktiraf. Itu akan menyusahkan Dinasti Lim. Mereka mengambil tindakan mendiamkan perkara itu sebaliknya mengalihkan isu dengan menyerang ROS untuk menunjukkan mereka tidak bersalah dan mengelirukan rakyat. Sebab itu dalam tempoh seminggu ini Lim Guan Eng, Tony Pua dan Karpal Singh terus menyerang ROS. Rakyat Malaysia sekarang patut tahu bahawa bapak pembohong dan pembelit.
Dalam masa yang sama mereka juga sedang susah hati kerana kredibiliti mereka teruk tercalar di kalangan golongan intelek dan ahli perniagaan Cina. Kecelaruan pemilihan CEC turut dirasai oleh Kerajaan Penang kerana ahli perniagaan mula berkira-kira untuk melabur modal di sana akibat dari kedudukan Lim Guan Eng yang tidak stabil.
Tahukah anda bahawa kini DAP sedang berusaha untuk mengharamkan parti mereka sendiri.....?
Apa yang saya sebut ini mungkin sukar untuk anda semua percayai. Namun saya boleh mempercayainya dengan mudah kerana saya telah lama bergaul dengan golongan ini. Cakap di depan lain dan lain perbuatan di belakang adalah perkara lumrah dalam DAP. Mereka bercakap pasal rasuah dan intergriti di depan rakyat namun di belakang ramai yang tidak tahu bahawa DAP sebuah parti yang kuat rasuah.
Sukar untuk percaya kan.....?
Namun itulah hakikat yang berlaku sekarang selepas pemilihan semula CEC minggu lepas.
Bagaimana dan apa yang sedang dilakukan oleh DAP untuk haramkan parti mereka.....? - Peter
0 comments:
Post a Comment