Aku petik artikal ni dari Harakah Daily "Bersama artis saat paling gembira saya - TG Nik Aziz" (klik sini). Saja aku nak kongsi dan nak bagi tau la ni PAS dah semakin kehilangan sokongan.....
Kenyataan Harakah Daily "Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuannya dengan para artis hijrah adalah antara perkara paling menggembirakan sepanjang 23 tahun bergelar Menteri Besar."
Tu dia..... sepanjang 23 tahun bergelar Menteri Besar inilah saat yg paling Pok Nik gembira..... So sepanjang tempoh tu boleh aku simpulkan yg Pok Nik amat sedih dan berduka dgn pentadbiran beliau.....
Namun begitu, kepelikkan yang melampau adalah apabila Pok Nik mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama2 artis. Umum mengetahui, golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ni dan depa memandang hina kpd profesyen seni dan persembahan. Begitu juga dgn aktiviti kebudayaan yg diharamkan di Kelantan kerana kononnya melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kini lain pula ceritanya, dimana artis2 difatwakan oleh Pok Nik utk dijadikan ikon dan contoh kpd masyarakat walaupun depa tak mempunyai ilmu agama yg cukup utk dijadikan contoh.
Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah pondok menolak Pok Nik dan partinya, beliau mengambil langkah populis dgn bersengkongkol dgn artis yg telah merudum populariti mereka. Seolah2 ada satu perjanjian tolong menolong antara artis pro-pembangkang dan para pemimpin PAS. Depa menggunakan artis utk menaikkan imej liberal depa tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya dgn jubah dan serban sudah mampu untuk depa rasakan syurga akan berada di bawah tapak kaki depa.
Pok Nik kini lebih selesa utk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding dgn guru2 pondok dan ulama’ yg selama ni menyokong beliau tetapi telah tersedar dari lamunan permainan kata2 PAS. Jgn kerana terlalu terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama’ seperti mana perjuangan PAS yg terdahulu.
0 comments:
Post a Comment