Artikal ni aku dapat drp pihak tertentu utk dikongsi bersama. Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh bekas ahli DAP yg telah sedar dan lari dari kerakusan DAP di dlm pentadbiran depa.
Beliau akan memuatkan artikel2nya melalui blog beliau "DAP INSIDER" (klik sini).
____________________________________________________________________________
Wednesday, September 18, 2013
PENDAHULUAN
Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor. Saya menyertai DAP sejak tahun 1998. Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia. Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP. Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman. Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim. Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim. Hidup saya lebih aman di sini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa Melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim. Saya tidak mahir menggunakan bahasa Melayu. Mujurlah ada seorang rakan berbangsa Melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya.
Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC. Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim, Tony Pua, Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.
Posted by DAP INSIDER at 3:02 PM
0 comments:
Post a Comment